Turun Himpunan Aman 812 Bantah ICERD

Himpunan Aman 812 Bantah ICERD

81218, hari Sabtu adalah hari yang berlakunya sejarah himpunan aman 812 untuk bersama-sama bangkit menolak Icerd. Alhamdulillah, aku berkesempatan untuk turun dan menunjukkan sokongan juga. Disebabkan aku takde tudung putih, aku pun pakai jerlaa tudung kelabu lembut. Kalau tengok dari jauh, orang akan kata putih jugakle. Hehe baju pulak tak beli, jadi pakai jerlaa apa yang ada. Macam biasa, jubah hitamlah solusi dia. Haha

Himpunan Aman 812 Bantah ICERD

Himpunan Aman 812 Bantah ICERD

Gambar kat atas tu antara gambar-gambar suasana kat sana yang sempat aku snap. Memang ramai sungguh orang. Ada geng-geng UMNO dan ada jugak geng-geng PAS. Haha kalau tersilap masuk crowd tu kena bertabah jerlaa. :P

Himpunan Aman 812 Bantah ICERD

Highlight of the day. Haha takpe ke aku ambik gambar adik ni curik-curik? Maaflaa adik deh, tengok awok cool sangat berdiri kat situ. Kiki

Himpunan Aman 812 Bantah ICERD

Apapun, walaupun Himpunan Aman 812 Bantah ICERD ni UMNO pun turun sekali, ambo semestinyalah tetap setia dengan PAS. Opsss, jangan terkejut. ;) Semangat tunggu ucapan dari pimpinan PAS dan mendengar laungan takbir yang menggegarkan Dataran Merdeka. Allahu akbar!

Last but not least, semoga dengan turunnya kami pada hari Sabtu, 8 Disember 2018 akan menggegarkan hati pihak kerajaan untuk membuat sesuatu keputusan yang boleh mengganggu-gugat bangsa lebih-lebih lagi agama kita. Semoga dengan perkumpulan kita ini, dapat menyelamatkan anak-anak kita di masa hadapan dalam semua sudut khususnya agama mereka. Wallahi, bukanlah kami membenci bangsa-bangsa lain. Tapi, sebagai sebuah negara Islam (walaupun banyak lagi syariat Islam yang tidak tertegak), ada hak yang perlu kami jaga dan tegakkan.

Semoga Allah redha dengan semua ummat yang hadir pada Himpunan Aman 812 Bantah ICERD kali ini. Semoga ianya dikira sebagai amal soleh. Tiada yang lain yang kami harapkan selain redhaMu ya Allah. Amiin. :')

Psst, ada yang turun jugak tak hari tu? Ke ada dari kalian yang membantah himpunan ni? Hehe


Post a Comment

8 Comments

  1. himpunan teraman..meriah!!

    ReplyDelete
  2. Tak pergi pun tapi teringin, ayah ngan adik lelaki , dengan pak sedara turun. kami sokong kat rumah, tengok video gambar gamabr dah bergetar hati , nikan pula yang pergi sana kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangaaaat! Tambah2 bila dengar ucapan Tuan Guru, rasa nak mengalir air mata.

      Delete
  3. kenapa kita x bertemu hari tu??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmmmm kenapa ye? jodoh tak kuat sangat nii. Haha

      Delete
  4. Menyokong dari jauh sahaja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semangat akak ada bersama2 kami yang hadir. Heheh

      Delete

Bismillah. Titipkan kata-kata anda.