The Journey Begin.

The Journey Begin.

Gambar diambil semasa travel ke Langkawi beberapa tahun lepas. Serius rindu sangat nak travel.

Missing for about three month from blogging world, and here I come again. ;)

⤖⤖⤖⤖⤖

Dear self,

Setiap orang ada ujian masing-masing yang harus ditempuhi dalam kehidupan. Apapun atau sebesar manapun ujian tersebut, yang pasti ia akan diberikan sesuai mengikut kemampuan sang penerima.

Saat kau rasa lemah sangat dengan ujian, semat dalam dada yang you are strong enough to face that test. Yakinlah, tiada yang dari Kekasih itu tidak baik melainkan yang baik-baik belaka.

Redha. Satu perkataan yang sangat biasa didengar. Tapi, untuk dipraktiskan dalam kehidupan adalah luar biasa susahnya. Usaha untuk mendapatkan redha itu semestinya perlu diiringi dengan sabar dan air mata. Namun, hanya dengan redha hatimu akan menemui ketenangan yang tidak akan kau dapat gambarkan dengan kata-kata. Kerna apa?

Kerna kita yakin senang atau susah sesuatu perkara itu datangnya dari Allah. Allah yang merancangkan untuk kita. Allah yang mngetahui apa yang terbaik untuk kita. Boleh jadi kita nak sangat sesuatu paerkara tu, tapi Allah tak bagi dekat kita. Sebab apa? Mungkin sebab belum tiba masanya ataupun sebab perkara tersebut adalah tidak baik untuk kita.

Apapun, sentiasa jaga akan prasangkamu terhadap Allah. Bersangka baik selalu kepada Dia. Kerna Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.❤

⤖⤖⤖⤖⤖

Semalam, aku dah balik semula dekat UIA. Susah sangat nak mujahadah tinggalkan keluarga lepas cuti lama. Yes, mungkin bagi sesetengah orang berpisah dengan keluarga adalah benda biasa. Tapi tak bagi aku. Walaupun aku dari form 1 duduk asrama, aku kena lawan homesick aku setiap kali aku nak tinggalkan keluarga tercinta. Sakitnya luar biasa. Haha kalau korang pun jenis homesick mesti korang pun paham kan?

But Fatihah, it's okay to not be okay. Sakit ni kejap je. Yang penting kau jaga niat belajar tu. Lillahi taala. InshaAllah semuanya akan terbayar kat akhirat nanti. Dunia ni memang bukan tempat bersenang-senang pun. Kejap je semua ni. Be happy okeyh!

Allah ada. Put your trust in Allah. Everything is going to be fine. ;)

So yeah, let's start our journey with bismillah and smile. ^^

4th September 2018
Mahallah Asiah, IIUM


Post a Comment

10 Comments

  1. InsyaAllah boleh..ikat dan jaga hubungan diri dan keluarga dengan doa..ianya menjadi sangat dekat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah akak.. :') InshaAllah kak, terima kasih sangat2. :)

      Delete
  2. Good luck sis! akak dulu homesick teruk masa form 1- form 2 time dok asrama. Esok nak balik..malam dah sedih. Lepas tuh siap doa supaya pagi tuh ALLAH freeze kan masa. HAHAH! ntah pape2..then, dulu akak jenis simpan pendam..mak tak tau pun akak homesick. Tapi lepastuh dah OK..heheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you soo much akak! Haha saya lagilah, form 1 tu asyik demam je. Padahal sejenis yang susah demam. Penangan rinduu orang kata. Hihi

      Delete
  3. Welcome back! & all the best n gudluck for your study!

    ReplyDelete
  4. All the best for u dear

    ReplyDelete

Bismillah. Titipkan kata-kata anda.