Sambut Hari Jumaat Macam Hari Raya

 

Assalamualaikum semua. Salam Jumaat, penghulu hari bagi seluruh umat islam. Tahu tak yang hari Jumaat tu saaaangat special. Tapi, tulah kadang-kadang kita terlupa nak hargai hari Jumaat sebab terlalu sibuk dengan dunia. Tak kata kat orang, kata kat diri sendiri jugak. Huhu

Mungkin disebabkan kita jumpa hari Jumaat tiap-tiap minggu salah satu faktor jugak yang buatkan kita kurang teruja dengan hari mulia ni. Padahal, belum tentu jugak yang kita akan berjumpa lagi dengan Jumaat minggu seterusnya. Atau mungkin jugak sebab ramai yang bekerja macam di hari Jumaat. Masing-masing sibuk fikirkan kerja. 

Sebabtu sebenarnya elok sangat kalau Malaysia ni semua negeri cuti hari Jumaat. Hari Jumaat kan macam hari raya. Mestilah kalau lelaki terutamanya, nak mandi sunat, bersiap-siap pakai serba putih (sunnah hari Jumaat jugak), datang awal masjid, berwangi-wangian. Kan?

Tapi, takpelah. Susah dah nak ubah yang part tu. 

Apapun, jangan jadikan itu alasan. Ustaz saya pesan, bagi lelaki kalau hari Jumaat tu usahakan jugak untuk pakai pakaian putih. Kalau takleh dari bawah sampai atas pun, biarlah baju yang dipakai putih. Kalau tak boleh jugak, pakailah kopiah putih. Haa akak-akak pun, kalau nak gosok baju untuk encik suami tu gosoklah baju putih ye. Kita tolong dorang amal sunnah, kitapun dapat pahala sekali. Best kan? Hehe ;)

Eh, habistu akak-akak nak buat sunnah apa pulak? Akak-akak tak pergi solat Jumaat lah.

No worrieslah akak! 

Buat je kerja akak macam biasa, tapi niatlah kerana Allah. Itupun dah jadi ibadah. Kalau tak, kita dapat penat jerlah dan imbalannya hanya habis dekat dunia je. Mestilah taknak macam tu kan? So, apapun yang kita nak buat niatkan kerana Allah. Bila niat kita jelas, hati pun akan rasa tenang. Kita berjaya ke tak dengan urusan duniawi, kita akan still positive sebab kita tahu Allah knows better. Dan
Dia tak menilai hasil, tapi Dia nilai usaha kita. See, maniskan bila hidup berTuhan ni? :)

Ouh, tercerita pasal niat pulak. Pasal sunnah pun banyak, antaranya baca surah al-kahfi, potong kuku, banyakkan berselawat. Selawat ni tak semestinya duduk atas sejadah je boleh buat. Buat jerlah apapun (kecuali kalau masuk tandas atau tempat-tempat kotorlah ye), lazimi mulut kita dengan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad ï·º. Sama-sama kita cuba ye. 



Ehem! So, tunggu apa lagi? #sollualannabiy ^^


Post a Comment

5 Comments

  1. pendek kata perbanyakkan amalan pada hari penghulu segala hari ini... thanks 4 sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Trueeee! Buatlah amal soleh apapun yang penting lillahi taala. ;)

      Delete
  2. Perkongsian yang bagus.. Ada sunnah yang memang dijadikan amalan..

    ReplyDelete
  3. Betul! Niat kerana allah semua ‘menjadi’ jek

    ReplyDelete

Bismillah. Titipkan kata-kata anda.