Aturan Allah itulah yang Terbaik

Tuesday, September 11, 2018


Semalam aku dan beberapa sahabat pergi Masjid Shah Alam. Nak pergi dengar kuliah dhuhalaa kononnya. Tapi, sampai-sampai kat sana. Kuliah batal. Harhar. Nak dijadikan cerita, kelmarin pun berlaku kisah yang sama dekat kami. Pergi keluar dengan semangatnya, tapi kuliah batal. Memang gelak je laa mampu. Haha

First kejadian tu, tempatnya agak dekatlah jugak dengan UIA ni. Jadi, kami cakaplah nasib baik dekat tempat ni. Kali kedua, Allah uji lagi kami dengan situasi yang sama. Tapi, tempat dia lagi jauh. Masya Allah, Allah Maha Besar. Allah nak ajar kami erti mujahadah mungkin. Mujahadah untuk mendapatkan ilmu. :')

Para ulama' terdahulu lagi jauh pergi cari ilmu. Bukan dengan kereta, tapi jalan kaki. Kalau guru takde, terpaksa patah balik berjalan kaki. Dahsyatkan mujahadah ulama' dulu-dulu nak dapatkan ilmu. Kita ni, kena usaha sikit pun dah mengeluh. Padahal dah macam-macam kemudahan ada di zaman kita sekarang ni. Huhu manjanya kita dalam menuntut ilmu.

Pesan sahabat, boleh jadi perkara ni terjadi dekat kami sebab ilmu-ilmu yang sebelum ni pun kami tak amal semua lagi. Jadi, Allah tangguhkan dulu waktu untuk kami hadir kuliah dan ambik ilmu baru. Sebab Allah nak kami amal dulu ilmu-ilmu sebelum ni. Yang penting, setiap taqdir Allah itu baik. Jangan risau. Sungguh, tiada upaya kita ni melainkan dengan bantuan Allah. 

Lepas duduk i'tiqaf dalam masjid sambil cari-cari program kalau ada yang berdekatan (tak jumpa, kalau ada pun sebelah petang), kami pun carilah pulak tempat jalan-jalan. Alang-alang dah jalan jauh ni kan. Kami pun pergi dekat tasik Shah Alam, kalau tak silap akulah. Sambil lepak atas rumput  tak tahu nak buat apa, kami pun berusrahlah dekat situ. Santai-santai je. Cakap apa yang teringat dekat kepala je. Haha jadilah dari takde.

Habis usrah tak dirancang tu, kami pegi cari makan. Pekena ABC mur murah je. Tapi, biasalah kami ni jumpa makanan jarang sangat nak sempat snap. Terus sebat je. Kehkeh. Aku beli ais cendol + pulut, harga dia RM4.00 dan banyak. Agak murahlaa bagi aku.

↠↠↠↠↠

Hmmm, okey aku saja je update entry ni sebab terasa macam hebatnya aturan Allah tu. Walaupun kami tak dapat hadir kuliah, tapi kami dapat jalan-jalan. Plus, dapat jugak ilmu baru dari sahabat-sahabat. Walaupun mungkin tak sebanyak kalau hadir kuliah, tapi tetap berbaloi-baloi. InshaAllah. :)

Ouh, sebelum aku tutup entry ni. Salam Maal Hijrah teman-teman. Semoga tahun baru ini menjadikan kita lebih baik dari sebelum ini. Semoga tahun ini akan menambahkan lagi cinta kita kepada Allah dan Rasulullah. Pendek kata, yang baik-baik ajerlah untuk tahun ni. InshaAllah. ;)

You Might Also Like

1 comments

  1. Allahu.. thanks for sharing :')

    ReplyDelete

Bismillah. Titipkan nasihat anda. :)