First Time Voter Experience

First Time Voter

Assalamualaikum semua. ;)
Ada tak geng first time voter kat sini? Say hi sikit! Haha

Dah seminggu berlalu, baru nak up story kah?
Bolehlaa kan, dari blog ni krikkrik. Lagipun, aku draft entry ni dari malam semalam lagi.

Gambar kat atas tu pun aku ambik malam semalam. Hari ni dah okey dah sikit dakwat tu, sebab dalam kelas petang semalam kawan aku rajin duk manicure aku punya jari pakai pembaris sampai tinggal sikit jer lagi. Maklumlah, kelas semalam dari pukul 5 sampai 9 malam. Yes, we were discussing about philosophy and history at that time! Haha can you imagine? Non-stop kecuali untuk solat maghrib je. *_*

Balik hari tu naik bas PERDANA UIA. Alhamdulillah, free je bas tuh and naik kat UIA je. Bas janji pukul 9 sampai dalam pukul 11. Bolehlaa dari takde and kena bayar mahal. Haha (Bas rosak dengar khabarnya, sebabtu lambat. Takpe, it's okay. Kami sabar menunggu demi nak balik mengundi.)

Tempoh berkempen hari tu. Aku sempatlah jugak join sikit2. First, dekat Gombak ni aku pi edar flyers rumah ke rumah. Sekali jer pun. And dekat kampung pulak, sempatlah satu malam pi kebar bendera sambut kepulangan geng perantau. Hahah jarang-jarang rasa suasana PRU kan. 


Ops, maaf guys. Haha 

Aku hari tu keluar agak lambat untuk mengundi, walaupun banyak iklan-iklan mengundi suruh keluar awal. Kihkih. Aku pergi mengundi lepas zohor sebab tunggu kakak aku dari Penang sebenarnya. Kalau ikutkan awal pagi tu dah siap-siap nak pegi mengundi awal, tapi sebab ma aku kata nak tunggu Kak Nor pegi sekali. Aku follow jerlaa. 

Pagi hari, Kak Sarah aku gi mengundi dulu sebab lepastu abang ipar aku pulak nak mengundi kat Kota Bharu. So, dia pergi dulu and katanya panjang betul beratur. Tapi, sebab dia ada anak kecil dapat special treatment lah takyah beratur. Hehe

Petang pulak, ma aku like a boss. Pegi je takde orang terus boleh masuk. Abah aku jadi PACA kat line ma aku nak mengundi tu. Ma aku cerita, sebelum nak masuk tu pandang abah dulu. Lepas abah angguk bagi isyarat baru masuk. Hihi 

Aku dengan Kak Nor pulak duk kat line lain, line orang muda lah katakan. Kena beraturlah jugak. Tapi, takdelah sepanjang yang waktu pagi tu. Kejap je beratur. Depan-depan barisan aku beratur tu, ada jugak aku nampak kawan-kawan waktu sekolah dulu. Tapi, lelakilah so tak berani nak tegur. Haha

Lepastu, rupa-rupanya ada sorang lagi kawan aku masa sekolah rendah yang perempuan. Tapi, aku tak cam weh. Bila dengar pihak SPR baca IC dan sebut nama baru aku perasan tu kawan aku. Huu tapi tak sempat jugak nak bertegur sapa. Sobs.

Waktu aku mengundi, masa celup tangan kat dalam dakwat. Aku cakap kat brother SPR tu. Eh, nape tak kering-kering nih? Dia cakap tiup je, nanti dia kering. Aku pegang kertas undi punya cermat takut terkena dakwat tu. Haha

Tapi, bila nak pangkah tu pun still tak kering lagi dakwat. Aku pun terus lap dakwat tu kat tali pen. Dia guna macam tali kasut gitu. Tak senonohlaa sikit, tapi demi menyelamatkan kertas undi aku. Kira halal lah buat keja macam tuh. Kehkeh
Apapun PRU dah lepas, jangan kita bersengketa. Cukup-cukuplah tu. Jaga bahasa, jaga adab. Jangan sebab politik, kita bersengketa. Nabi tak ajar macam tu. Lagi satu, kalau nak ulas isu pun berpada-padalah. Jangan sampai terjatuh kepada fitnah dan mengumpat. Islam ajar kita untuk bersatu dan sentiasa sebarkan kasih sayang. Sambungkan tali silaturahim. I love you, you love me. No hates okeh? 
❤❤❤❤❤❤❤

Okey, tamat dah cerita First Time Voter. Aku datang UIA balik hari Ahad, tumpang kak Sarah aku je. Hari Isnin tu terus ada dua test. Ya Allah, memang pasrahlah. Nak wat guane, balik kampung memang tak studylah citer dia. Datang UIA balik baru sambung study. Uhuk uhuk. Okay, my own fault lah kan.. Hihi I don't know why, tapi aku rasa sweet angaaat. 

Untuk sem ni, kalau ikutkan minggu ni dah final week and aku pun takde final exam. Sepatutnya dah boleh pulang, tapi malangnya assignment beratur lagi nih menanti untuk disiapkan. So, kena stay lagi kat sini meneruskan perjuangan. Doakan aku, please! Maceh, sayang korang.

Andddddd!

Happy Ramadhan! Ramadhan Kareem guys. Jom sama-sama tingkatkan amalan kita. Aku mohon maaf sepanjang wujud dekat dunia blog ni. Ada tersinggung atau terkasar bahasa. Azam dalam diri, aku nak bersungguh-sungguh buat amal ibadah bulan ni. Semoga dengan niat dan azam yang baik serta kuat, kita mampu untuk istiqamah sampai hujung nyawa.


Allah.. InshaAllah ya habib.

Ramadhan datang dengan penuh keberkatan. Grab it! Jangan sibuk pikir raya. Even malam Syawal nanti pun penuh dengan keberkatan. Rugi kalau kita sibukkan diri dengan persiapan raya sampai lupa untuk beribadah. 

Macam biasalah, semua yang aku tulis pesanan ikhlas atau merapu tuh. Of course, lebih-lebih lagi semuanya ditujukan untuk aku yang penuh kekhilafan ni. 





Post a Comment

11 Comments

  1. Ramai yang cakap kalau ngundi petang tak ramai.. Akak gi pagi, beratur la juga tapi tak lama.. Salam Ramadhan.. Selamat berpuasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullah tu kot. Rakyat semangat semua nak mengundi haritu. Hihi

      Delete
  2. wah. pengalaman pertama ya.

    alhamdulillah selesai sudah semuanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Semoga Malaysia akan menjadi negara yang lebih baik. ;)

      Delete
  3. syok kn mengundi? rugi je sapa dah ckp umur tp melengah2kan mengundi...btw selamat menyambut ramadan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa, betul2. Satu undi penentu masa depan negara. Ceewah.

      Delete
  4. jelesnya tengok jari orang mengundi huhu, btw salam ramadhan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ramadhan jugak!

      Tak cukup umur lagi ke? Hehehe xpe jangan jeles2. Next 5 years, inshaAllah boleh mengundi. 😁

      Delete
  5. wah seronoknya tengok orang mengundi. saya belum cukup umur lagi hehehe saya first time datang sini dan terus follow sini sebab suka dengan blog awak. kalau sudi meh lah singgah blog baru saya hihi

    ReplyDelete
  6. Samalah kita pengalaman pertama. hehe . Alhamdulillah sudah melunaskan tanggungjawab sebagai pengundi :)

    ReplyDelete
  7. Huhu saya mengundi haritu ada 2 org ja beratur dekat depan.. saja nak bagitau.. x sampai 5 minit

    ReplyDelete

Bismillah. Titipkan kata-kata anda.