Program Ramah Mesra Bersama Orang Asal

Tuesday, April 10, 2018


Sabtu lepas, 31 Mac aku dengan sorang kawan pergi Program Ramah Mesra Bersama Orang Asal di Perkampungan Orang Asli Batu 12, Gombak. Dekat je dengan UIA ni. Kami jadi sukarelawan untuk jaga anak-anak kat sana bahagian mewarna je. Kejap jerlah kiranya. Pergi pagi dalam pukul 9.00 pagi dan balik dalam pukul 11.30 macam tu.

Ok, jom sambung balik. Aku tulis first paragraph kat atas, pastu setelah beberapa hari barulah nak sambung balik nih. Adeiii.

Walaupun kejap je pegi, tapi aku sukaa sangat. Biasalah, seronok tengok anak-anak tanpa dosa bergelak ketawa. Bergaduh pastu baik balik. Hati depa suci, takdak dendam. Sebabtu boleh gaduh dan baik dalam masa yang sekejap je. Mampu gelak jerlaa aku tengok. Hihi



Ha, kat atas tu gambar sebahagian dari peserta lah. Setelah berpenat-lelah, akhirnya berjaya jugak buat barisan yang cantik. Haha masing-masing menunggu waktu untuk dapat kertas warna.



Wah wah, tengah bincang apa tu girls? Serius bebenau mukanya. Hahaha





Ayunyaaa anak-anak dara kita nih. Hihi ;)


Huk aloh. Sorang manih leting. Sorang lagi malu-malu kucing. Haha


Okey, dua orang nih kena cerita lebih sikit. Depa dua orang ni aku syak best friend forever. Asyik duduk sebelah-sebelah je. Tapi, dorang dua ni kejap-kejap nak gaduh. Sampai nak cekik-cekik lagi tu. Kelakor betul. Aku penat nak selamatkan yang kecik tu. Yang tak tahannya, kecik-kecik pun berani nak lawan yang besar tuu. Asyik cakap yang besar tu obes je. Adeiilaaa. 😂

Dahlaa, kalau ada bunyi lagu yang depa rasa best. Mulalaa menari-nari dua orang nih. Memang sesuai sangatlah jadi best friend tu. Haha sangat menghiburkan. Penat duk geleng kepala je aku nih tengok depa. Kihkih


Okey, last but not least. Ni peserta  yang paling muda untuk hari tu. Haha gurau je. Cerita dia ada sorang adik ni, dia datang mewarna and bawak adik atas dukung. Kakak yang baik. Elok je dia jaga adik dia ni. Tak nangis pun dari awal sampai habis. Cuma, last tu je macam nak nangis sikit. Ke sebab aku yang pegi kacau dia? Hmmm. Haha

Apapun, aku seronok sangat join program ni. Walaupun aku stay kejap je, tapi aku tetap dapat pengalaman baru and tak ternilai. Semoga dapat jumpa lagi, adik-adik! :D

You Might Also Like

1 comments

  1. Ya Allah..geramnya! Comel je diorang ni :")

    ReplyDelete

Bismillah. Titipkan nasihat anda. :)