Eh, dah Sya'ban lah!

Wednesday, April 25, 2018




Eh, dah Sya'ban lah!

Yup. Hari ni dah 9 Sya'ban 1439H.

Hihi. Harap-harapnya kita semua dah peka dengan bulan Sya'ban ni. Yerlaa, sebab di bulan Rejab ni lah kebiasaannya orang islam akan mula nak rasa debaran dan kegembiraan menanti bulan yang dipenuhi keberkatan, iaitu bulan RAMADHAN. Kan?

Bulan Rejab kita ada Isra' Mikraj.
Bulan Sya'ban kita ada Nisfu Sya'ban.
Bulan Ramadhan kita ada Lailatul Qadar.

Masya Allah. Bulan-bulan yang penuh barokah. Bulan yang kalau boleh, kita memang kena upgrade iman kita. Tingkatkan amalan kita. Perbaiki akhlak kita. 

Biar kalau boleh, keluar je dari bulan Ramadhan nanti. Kita dah jadi insan yang bertaqwa kepada Allah, insan yang mampu untuk istiqamah dengan amalan kebaikan sehinggalah ke Ramadhan yang seterusnya pula. InshaAllah, mudah-mudahan kita tergolong dari golongan tersebut. Amiin.


Sekarang dah Sya'ban. Kalau masa bulan Rejab kita dah terlepas dan tak sempat nak perbaiki diri. InshaAllah, kita boleh lagi pecut untuk bulan ni.

Perbanyakkan selawat. Perbanyakkan istighfar.
Sempurnakan amalan wajib, tambahkan amalan sunnah.

Moga-moga kita bertemu dengan Ramadhan dalam keadaan hati kita bersih. Barulah senang kita nak beribadah dan istiqamah. 

Ouh, sebelum tu. Bagi sape yang tak habis ganti puasa lagi tuh. Silakan ganti cepat-cepat ye! Jangan tunggu betul-betul last minute pulak. Yang dah habis ganti, jom kita pakat-pakat banyakkan puasa sunat di bulan Sya'ban ni. 

Okeh?
Boleh ye sama-sama kita cuba, inshaAllah. ;)


You Might Also Like

3 comments

  1. semoga kita sentiasa perbaiki diri.. tak sabar nak tunggu ramadhan..

    ReplyDelete
  2. Mudah2an kita dapat bertemu Ramadan

    ReplyDelete
  3. insyaAllah amin. dh tk lame ramadhan nk tiba. bulan yang penuh nak bg pahala secara free.

    ReplyDelete

Bismillah. Titipkan nasihat anda. :)