I'm Coming Home.

Tuesday, March 13, 2018


I'm coming home, 
I'm coming home. 
Tell the world I'm coming home.

Pernah tak kau rasa, hidup kau penuh dengan masalah. Dan kau rasa dah takde tempat lain yang kau boleh pergi. Melainkan rumah. 

Ya. R U M A H.

Bila pulang rumah. Kepala yang berat dengan masalah akan menjadi ringan. Rasa disambut dan diterima sentiasa. :')

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana mengurniakan sebuah keluarga yang sangat baik kepada diriku yang banyak kelemahan ini. Sentiasa menerima dan menyayangi. Sungguh, aku bersyukur dengan nikmat keluarga ini ya Allah. Terima kasih. 

Sebenarnya, bukan sebab rumah itu yang membuatkan jiwa kita berasa tenang. Tapi, disebabkan rumah adalah tempat berkumpulnya kasih-sayang. Tempat ibu bapa kita mencurahkan kasih sayang tanpa henti dan tanpa berkira sedikit pun. Begitu juga dengan adik-beradik yang lain. Masing-masing meluahkan cinta dan kasih sayang sebanyak-banyaknya.

Namun, semua kasih sayang ini sudah tentu tidak akan cukup sekiranya dalam berkasing sayang sesama kaum keluarga, kita melupakan cinta Allah dan Rasulullah ﷺ. Kerana sungguh cinta Allah dan rasul itulah yang lebih utama sebelum datangnya cinta kepada kedua ibu bapa dan keluarga. Allah lah  yang mengawal segala rasa di dalam jiwa kita. Lalu, tidakkah pelik jika kita  mencari ketenangan tapi melupakan kepada Sang Pemberi Ketenangan?

Terus, bagaimana ingin mendapatkan kecintaan Allah dan Rasul di dalam keluarga kita? Hidupkanlah rumahmu dengan amalan yang dicintai Allah dan Rasul. Jangan pernah tinggal solat, seboleh-bolehnya mestilah di awal waktu. Kaum lelaki pula, solatlah di masjid. Si ayah, ajaklah anak-anak lelakimu ke masjid. Sinari rumah dengan cahaya Al-Quran. Jangan biar rumah sepi tanpa alunan ayat suci itu. 

Pendek kata, jalankan segala kewajipan sebagai seorang Muslim dan juga sunnah Rasulullah di rumah kita. In shaa Allah, keluarga kita akan dipenuhi sakinah, mawaddah wa rahmah. :)

Sekiranya semua ini kita sudah amalkan, sentiasalah bersyukur di atas nikmat kurnia Allah ini. Jika belum, berusahalah untuk memulakannya. Sedikit demi sedikit. In shaa Allah, makin lama makin subur rumah kita dengan cinta Allah dan Rasulullah ﷺ. Bilamana rumah kita dipenuhi cinta Allah dan rasul, pasti keluarga kita akan mendapatkan ketenangan dan kedamaian itu. In shaa Allah. :')

The closer you get to Allah. The closer you get to each other.
Akhir sekali, saya doakan keluarga saya dan keluarga anda semua sentiasa berbahagia. Bukan sahaja bahagia di dunia, tetapi juga di akhirat sana. Kerana dunia ini hanyalah sementara dan pastinya akan ditinggalkan. Semoga kita akan berkumpul kembali di Jannatul Firdaus bersama-sama keluarga yang kita cintai dan bertemu Rasulullah ﷺ.

Ouh, niat asal nak bagitahu hujung minggu ni saya nak balik kampung. UIA dah nak midsem break minggu depan. Sekali dengan cuti sekolah. Hehe tazzabar!

Okeylah, sekadar itu. Saling mendoakan ya! ;)
Assalamualaikum. 

#usratijannati #muahciked #girlsonly #segalapesanankhasuntuksayajugakpastinya 

You Might Also Like

17 comments

  1. welcome homeeeee ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeayyy! Hehe dah habis bercuti kat rumah, baru boleh datang reply komen. :D

      Delete
  2. Bz sgt ana ye. Tau tau dah midterm break. Kak ana dulu pun macam ana. Asal stress blk rumah. Selamat lah dekat je melaka-kl. Kalau jauh menangis tepi bucu je.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe lagipun UIA cuti midsem dia awal sikit. Sama dgn cuti sekolah. ;)
      Untung Kak Ana, saya pulak dapat rezeki belajar jauh di perantauan sokmo. Kena naik bas berjam2. Hihi

      Delete
  3. allahamdullilah.. moga ikatkan keluarga tetap kekal bahagia..tinggal dalam rumah sebumbung yang ceria :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Amiin. Awak jugak ye. ;)

      Delete
  4. Alhamdulillah, saya memahami ape yg awk rasa bilamana berjauhan dgn family. Bila balik tuu, fuhhh. family is everything. but somehow, sy rasa agak terkilan dgn sstgh kwn yg melabel "kwn yg sering balik tiap hujung minggu/cuti midsem/sem ke rumah family tu tak bagus, manja etc.. kadang rasa nk bagi "ceramah" je kat org2 yg berfikiran camtu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sape yang cakap macam tu tu? Meh nak join ceramah sekali. Hehe

      Takpe awak, yang penting. Pandang muka mak ayah dah dapat pahala. Pulang ke rumah nak eratkan silaturahim dah dapat pahala. Banyak pahala bila kita balik rumah ni. In shaa Allah. ;)

      Delete
  5. memang seronok bila dapat balik rumah
    Manis Rumah Manis @ Home Sweet Home

    ReplyDelete
  6. hi jemput la join n meriahkan segmen GA kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2018/02/wonderful-march-giveaway-by-raydah.html

    ReplyDelete
  7. i feel you.. whenever stress kat uni memang rasa nak balik rumah. bila dah balik tu rasa macam ada semangat balik :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kan. Recharge balik semangat yang makin luntur tuu. Hehe

      Delete
  8. 'RUMAH' itu adalah dimana terletaknya orang-orang yang kita sayang :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betuul sangat. Huwaaa, rindu rumah dah nii. Sobsob

      Delete
  9. mmg bila balik rumah sendiri rasa lebih happy dan tenang..jmp mak ayah adik-beradik lagi la happykan

    ReplyDelete
  10. Ya Allah , Ana . Tq for this sharing. Totally true. Home sweet home.

    Rumah lah tempat paling best di rumah bila kita balik ke pangkuan keluarga. <3

    ReplyDelete

Bismillah. Titipkan nasihat anda. :)