Derma Darah Buat Kali Kedua


Alhamdulillah, hari ni berjaya jugak aku derma darah. Kali pertama adalah masa zaman muda-mudi dulu, umur pun belasan tahun lagi masa tu. Entry masa pertama kali derma darah ada kat sini. Tulisan zaman muda, huruf besar huruf kecik dan shortform tu biasalah ye. Harap maaf. 😳

Gambar kat atas tu adalah makanan yang kami dapat lepas derma darah. Maaflah, tak perasan pulak roti tu terbalik kedudukan dia. Haha

Malam tadi, kawan aku ajak pergi program IIUMy Family Health Day. Mulanya ingat nak pusing-pusing kutip free gift sambil buat apa-apa check-up je, tapi lepastu semua macam berminat nak derma darah pulak. Bila tengok ada nurse-nurse duk setup tempat untuk derma darah tu.

Jadi, tatkala orang tengah talk pasal cancer. Kami pun lari keluar carik makan sebelum isi borang untuk derma darah. Yelaa, sebelum kita derma darah mestilah makan terlebih dahulu. Sebab lepas menderma, badan kita macam akan terasa sedikit lesu. Tapi jangan risau, sebab kesannya tu sekejap sahaja. 😉

Lepas isi borang, jawab pasal kita ada sakit atau tak, ada terlibat dengan dadah/seks dan macam-macam soalan lagilah. Harus jujur ye. Sebab ini melibatkan orang lain jugak, nanti kalau darah kita tak elok tak pasal-pasal pesakit yang menerima darah kita pulak terpaksa terima padahnya. Kemudian, kena timbang berat badan, check darah dan jugak tekanan darah.

Kalau semuanya lepas, bolehlah kita menderma dengan jayanya. Tapi, part ni ambik beratlah sikit terutama untuk kita seorang muslimah. Segan jugak kalau derma darah tu dibuat di tempat umum. Sebab kita kena selak lengan baju kita untuk disuntik dan kena baring atas kerusi dia tu. Huhu sebenarnya ini adalah salah satu sebab jugak aku susah nak derma darah kalau jumpa booth yang bukak pun, open sangat.

Waktu macam ni lah, sangat penting untuk kita pakai tudung yang extra sikit labuh dia. Haha kita boleh tutup je dengan tudung kita tu. Kalau tudung ngam ngam tutup dada je, susahlah sikit kan. Mungkin boleh mintaklah kain dengan nurse atau gunalah apa-apa yang boleh cover kita punya aurat tu.

Satu lagi, kalau kita tak pakai handsock pun akan jadi agak rumit bila nak derma darah. Sebab dari pergelangan tangan ke atas tu agak susah kalau nak tutup dengan tudung. Biasanya tak sampai. Kalau kita pakai handsock, nurse akan bukak sikit jerlah kiranya. Tapi, sejujurnya aku rasa tak selamat jugaklah sebab tempat terbukak kan. Siap terfikir lagi, betul ke keputusan aku nak derma darah ni? Haha. Jadi, aku pun duk berusaha sehabis baiklah tutup dengan tudung. Alhamdulillah, nurse lelaki pun nampak macam memahami memang tak datang dekat. Pandang pun tak berani kot. Kehkeh perasan pulak. 😠😝


Lepas settle derma darah, kami pusing-pusing booth kutip hadiah. Hehe inilah hasilnya. Happy kejap bila berjaya dapatkan payung tu. Semangat jawab kuiz tuuu! :P

Entry ni ditulis Khamis minggu lepas lagi sebenarnya. Tapi, tak sempat siapkan. Hujung minggu tu, aku ke Pantai Morib Banting. Ada induksi Majlis Ta'lim An-Nur. Nama je buat kat pantai, pantai pun tak sempat nak tengok. Sobs. Haha

Seminggu hari kelas, pun tak sempat jugak nak siapkan entry nih. Hehe

Hujung minggu ni pulak, alhamdulillah berpeluang pergi kuliah dengan Ustaz Abdul Somad dekat Masjid Muaz. Masya Allah memang terbaik Ustaz Abdul Somad! Harap nanti ustaz boleh datang Malaysia lagi. Hehe

Nampak tak, semangat nak bagi alasan pasaipa lama sangat tangguh nak siapkan satu entry jer pun. Apapun, alhamdulillah. Semoga nikmat sibuk ni dapat mendekatkan diri aku lagi dan lagi dengan Sang Pencipta. Amiin.

In shaa Allah, jumpa next entry. Bila tu? Tungguuuuuuuu! Haha



Post a Comment

11 Comments

  1. selama hidup 29 tahun nie, kak e'in tak penah derma darah.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takut jarum ke kak? Hihi takpe. :)

      Delete
  2. Sis tak pernah derma darah Ana Fatihah sebab under weight :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo, kena makan banyak2 laa ni akak. Hehe saya pun cukup2 makan je lepas.

      Delete
  3. wah bagus lah
    banyak pahala tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah. Baru dua kali tapinya. :)

      Delete
  4. Bagusnya..Mai takut jarum, hehe. Lagipun darah tak penting sgt kot, AB je :P

    ReplyDelete
  5. cantik flatlay sis :)

    ReplyDelete
  6. seronok klau dpt derma darah..kak liezkali pertama derma masa umur 20 tahun masa dekat POLIMAS... seronok sgt.. rsnya dah lebih 15x kak liez derma darah.. dh ada anak ni dah tak derma.. sbb duk menyusu anak..xberani pulak ambik risiko..

    ReplyDelete

Bismillah. Titipkan kata-kata anda.