Books That I Have Read on 2017
Hah, itulah dia semuanya. Ada yang aku dah review kat dalam blog ni dan ada juga yang tak. Tahun 2017 merupakan tahun pertama yang aku betul-betul track apa yang aku baca. Tiba-tiba aktif dan rajin update Goodreads. Haha padahal dah lama bukak akaun, tapi sebelum ni suam-suam kuku je. Update waktu rasa rajin je.
Jadi, sebabtu lah tahun ni aku dapat buat entry ni. ;)
Buku yang dah berjaya aku khatamkan tahun ni adalah sebanyak 24 buah. (Confuselaa pulak penjodoh bilangan untuk buku, buah ke bijik?) Adeii, oh my bahasa!
Aku nak senaraikanlah buku apa yang aku dah baca tahun lepas kat sini ye. Sebagai kenang-kenangan dan sebagai pencapaian untuk aku. Hehe
- Opera Di Gontor - Amroeh Adiwijaya
- #Henshin Muslimah: From Jahiliah to Jannah - Kak Hassanah
- Lelaki Terakhir Menangis Di Bumi - Musa Nuwayri
- Pelukis Jalanan - Teme Abdullah
- Arkitek Jalanan - Teme Abdullah
- Bedtime Story Sentap Siri Pertama - Shukery Azizan
- Bedtime Story Sentap Siri Kedua- Shukery Azizan
- Umrah Backpacker - Amli Ghazali
- Umrah Disember - Amli Ghazali
- Angguk Geleng: Himpunan Kisah Dakwah Satira - Pahrol Mohamad Juoi
- Living la Vida Loca - Belinda Jones
- The Silver Linings Playbook - Matthew Quick
- Fangirl - Rainbow Rowell
- Zainab Al-Ghazali - Shafie Abd. Rahman
- Ranah 3 Warna (Negeri 5 Menara, #2) - Ahmad Fuadi
- Travelog Hidayah: Daripada Hidayah kepada Dakwah - Muhammad Rashidi Abdullah
- Perahu Kertas - Dee Lestari
- Melakar Cinta Firdausi - Nurul Aini K. Azhari
- A Winter Flame - Milly Johnson
- Aminah: Cinta Puteri Quraisy - Zahiruddin Zabidi
- Selembut Hati Rasulullah - Miftahul Asror Malik
- Radio Silence - Radio Silence
- Langit Petang - A. Samad Said
- Bidadari Bumi - Halimah Alaydrus
Itulah dia senarainya. 24 buah buku ni sebenarnya capai ke tak target buku yang aku nak baca untuk tahun 2017. Nak tahu tak? Kalau nak tahu, cuba tengok gambar kat bawah.
Separuh dari targetlah! 24 dari 48. Haha apa nak jadi ni Fatihah? Malu pulak rasa. Momentum aku membaca pada tahun 2017 pada awal tahun tu aku rasa agak okeylah jugak dan memang rasa boleh capai target. Masuk ke tengah-tengah tahun sikit, makin sendu aku punya pembacaan. Haha nak buat macam mana kan? Benda dah nak jadi. LOL alasan tak boleh nak elok lagi ke? :P
Jadi untuk tahun ni, aku rendahkanlah target tu. Daripada 48 pergi ke 30. Harapnya bolehlah capai target kali ni. Hehe
Okeylah, last but not least. Jom banyakkan membaca kawan-kawan. Membaca jambatan ilmu. Ha, lama pulak tak dengar ayat ni. Masa sekolah dulu selalulah dengar kan. Hehe
9 Comments
alhamdulillah... byk jg membacanya tu... x pe... kita ikut kemampuan... kalu paksa2 pun x syok kan... membaca ni sbb nk releks kan minda
ReplyDeleteBetul jugak tu kak. Nanti tak pasal2 duk stress sebab ni pulak. Hehe
Deletetht's a lot of books. i am so sad for not being able to read as much book
ReplyDeletewah rajinnya membaca!! tak macam saya ni, malas :p
ReplyDeleteBanyak juga tu buku awak baca..Bagusnyaaa...Keep it up! Semoga capai target tahun ni.
ReplyDeleteKak ana ada juga buku ustazah halimah tu to tak ingat tajuk dia sebab x baca lgi. Beli simpan dulu dlm rak.
ReplyDeleteperghhh
ReplyDeletebanyak betul
Tarot suka baca fixie je sebab buku tu memang mind blown
ReplyDeleteBantulah Tarot dalam fundraising ini, Tarot amat menghargainya
http://tarotthefool.blogspot.my/2018/01/memohon-sumbangan-untuk-program_21.html
Wow cayalah Ana Fatihah, banyak betul buku tu..
ReplyDeleteBismillah. Titipkan kata-kata anda.