Books

Umrah Backpacker | Books Review

Monday, February 27, 2017

Umrah Backpacker | Books Review

Penulis: Amli Ghazali
Publisher: KEMILAU Publika
ISBN: 978-967-361-173-7
Menaiki kapal terbang, mungkin sudah biasa bagi kebanyakan orang tetapi saya dan isteri adalah manusia yang tidak pernah menaiki kapal terbang. Timbul pelbagai persoalan dan persepsi. Saya tidak dapat membayangkan bagaimana rasanya menaiki kapal terbang. Ditambah pula dengan tragedi MH370..
Buku Umrah Backpacker karya Amli Ghazali ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Catatan Malaysia, Catatan Turki dan juga Catatan Madinah dan Mekah. Jadi, secara tidak langsung kita pun dapat tahu yang penulis dan isteri melakukan ibadah umrah sambil ziarah negara Turki. Bestnyaaa! 😍😍

Dalam Catatan Malaysia,penulis banyak menceritakan tentang persiapan beliau dan isteri untuk mengerjakan ibadah umrah. Daripada kursus, tiket kapal terbang dan juga keperluan-keperluan untuk melaksanakan umrah diceritakan dekat sini. Turut diceritakan juga di mana beliau membeli pakaian-pakaian untuk musim sejuk dengan harga yang murah dan berbaloi-baloi.

Pada Catatan Turki pulak, penulis menceritakan pengalaman beliau ziarah Turki dan penulis turut mengimbau sedikit-sebanyak sejarah agung Turki. Pembukaan Kota Contantinople yang diketuai oleh sebaik-baik ketua iaitu Sultan Muhammad Al-Fateh dan juga sebaik-baik tentera. Sejurus setelah itulah, Kota Constantinople mula dikenali sebagai Istanbul. Allahu akbar!

Manakala, Catatan di Madinah dan Mekah pula sudah tentulah berkisar tentang perjalanan ibadah umrah penulis. Bagaimana keindahan dapat solat dan berdoa di Raudhah, mencium Hajarul Aswad, solat di Masjidil Haram dan banyak lagi.
Subhanallah, tak dapat aku bayangkan perasaan apabila dapat solat di hadapan Kaabah dan menziarahi makam Rasulullah. Pastinya, tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. :')

Umrah Backpacker | Books Review

Bagi aku, buku ini turut memberikan input tentang persiapan sebelum dan semasa melakukan ibadah umrah. Namun, buku ini bukanlah bukunya sekiranya anda inginkan ilmu tentang umrah secara terperinci. Buku ini banyak menceritakan pengalaman yang dilalui oleh penulis dan dikategorikan sebagai buku travelog.

Sejujurnya, buku ini aku beli sebab aku ingatkan penulis uruskan kesemua perjalanan umrah beliau dengan sendiri dan tidak pergi dengan menggunakan agensi. Tapi, rupanya aku tersalah paham. Penulis dan isteri pergi umrah ziarah ini di bawah agensi travel yang tidak asing lagi iaitu Andalus Travel Agency.

Tapi, tiada masalah. Buku ini tetap memberikan aku banyak input dan info. Paling penting, seronok dengar cerita orang buat umrah ni. Rasa nak pergi jadi membuak-buak!

Semoga aku dan kalian semua dijemput ke Tanah Suci Mekah dan Madinah. Niatkan dalam hati, teruskan berdoa dan berusahalah mengumpul duit. Hihi
InshaAllah, sampai waktunya kita pulak yang akan jejakkan kaki ke sana!

Sahabat ada yang dah pergi umrah?

Books

Reader Problems Book Tag

Saturday, February 25, 2017

Reader Problems Book Tag

Reader Problems Book Tag is originally created by Tiffany from AboutToRead dan aku jumpa tag ini di blog Kak Siqah
Okey, sorry sis ayat atas tu pun saya copy je akak punya. Jangan marah please! Hihi

Ehem ehem, mehlaa baca dulu! πŸ‘€

#1 You have 20,000 books on your TBR. How in the world do you decide what to read next? 
Aku jarang buat list buku apa yang nak dibaca lepasni dan lepasni. Biasanya memang random dan ikut mood. Cuma, aku akan cuba balance kan apa buku yang aku baca. Contoh, kalau sekarang aku baca novel fixi, habistu aku akan cuba baca buku agama atau motivasi. Atau boleh jadi jugak aku akan baca novel English pulak. Aku jaranglah baca buku fiksyen atau non-fiksyen memanjang. Aku akan cuba selang-selikan. Hah, gitewww! 😝

#2 You are halfway through a book and you're just not loving it. Do you quit or committed?
Aku akan berusaha untuk habiskan jugak. Melainkan kalau buku tu memang takde faedah. Tapi, biasanya buku yang aku rasa nak berhenti baca biasanya buku ilmiah. Haha. So, haruslah dipaksa diri ni untuk rajin habiskan jugak bagi mendapatkan ilmu yang ada kat dalam buku tu. Satu lagi cara aku, kalau dah memang tak mampu habiskan aku akan stop sekejap dan lain waktu aku akan sambung balik. Kiranya, takdelah terus berhenti untuk selama-lamanya. 

#3 The end of the year is coming and you're so close, but so far away on your Goodreads reading challenge. Do you try to catch up and how? 
Aku akan cuba sehabis mungkin untuk capai Goodreads challenge aku. Aku target tahun ni nak baca buku 48 buah, kiranya empat buah buku sebulan. Sekarang ni aku baru baca tujuh haha. Tapi, masalah aku sekarang, buku aku yang aku bawak kat UIA ni dah habis pulak. Semua dah dibaca kecuali satu. Tapi, satu tu pulak buku siri kedua. Aku tak suka baca buku kedua tanpa baca buku pertama. Fiuhhh, aku kena pergi shopping buku!! Sobsob duit oh duit. 😒

#4 The covers of a series you love do not match. How do you cope?
Aku tak gelabah sangat. Cuma, dalam hati jerlaa duk mengumpat sikit-sikit. Muehehe. Tapikan, satu bendalaa. Aku tak suka buku cover yang ada muka orang. Memang jaranglaa aku akan beli buku cover macamtu. Melainkan kalau aku memang tahu yang buku tu memang best.

#5 Every one and their mother loves a book you really don't like. Who do you bond with over shared feelings? 
Kalau sekarang nih, I mean dekat UIA memang takde orang. Haha forever alone. Tapi, kalau dekat UTM dulu aku suka bagitahu Timah pasal buku. Tu pun certain buku je yang aku tahu memang minat dia. Paling best masa aku praktikal dulu, Hanan. Memang setiap kali waktu kami curik tulang dari office, kami akan pergi kedai buku. Kat situ jugak kami boleh menjerit kalau jumpa buku baru dan best. Lepastu duduk lama sambil baca buku terus kat dalam kedai tu sampai sorang lagi kawan kitorang naik bosan. Wehhh, rindu! Haha (tetiba duk buat curahan perasaan kat sini)

Reader Problems Book Tag
Buku di zaman muda-mudi :)
#6 You're reading a book and you are about to start crying in public. How do you deal? 
Stop kejap. Buat-buat pandang tempat lain dan tarik nafas. Then, I'll be okey. Hahah. Senang je, yang penting jangan dilayan sangat perasaan sedih tu. Kalau tak memang berkaca-kaca kat situ jugaklah jawab dia. 

#7 A sequel of a book you loved just came out, but you've forgotten a lot from the prior novel. Will you re-read the book? Skip the sequel? Try to find a synopsis from Goodreads? Cry in frustration?
Aku jarang re-read buku, tapi kalau aku lupa aku akan cuba cari balik part yang aku lupa tu. Yeah, it's a struggle. Tapi, aku mesti tahu apa yang aku dah terlupa tu. Sinopsis dekat Goodreads bagi aku macam tak membantu sangat, sebab dia sekadar sinopsis ringkas je. Biasanya, part yang aku lupa tu part yang macam mendalam sikit yang kebiasaannya memang takkan diceritakan kat dalam Goodreads. kihkih

#8 You do not want anyone. ANYONE. Borrowing your books. How do you politely tell people nope when they ask? 
Aku tak pernah tak bagi kalau orang nak pinjam. Tapi, disebabkan kalau orang nak pinjam buku aku akan diberi pesanan yang panjang berjela. Jadi, tak ramailaa yang berani pinjam buku aku. Am I too strict? Haha. Antara pesanan wajib aku, bukak buku jangan sampai 180 degree, jangan sesekali lipat muka surat, jangan bagi orang lain pinjam melainkan bagitahu aku dulu. Huh.

#9 Reading ADD. You've picked up and put down 5 books in the last month. How do you get over your reading slump?
Cari buku yang ringan-ringan dan seronok dibaca. Genre yang aku minat dan tidak terlalu ilmiah. Uhuk uhuk. Tengok booktuber dan jugak baca blog geng-geng bookworms. Stalk bookstagram, tengok gambar lawa-lawa. Fuhh, naik semangat tengok gambar depa tu! Hee

#10 There are so many new books coming out that you're dying to read! How many do you actually buy?
Being a student dan dengan duit yang sangat terbatas, daku tidaklah mampu membeli buku dengan banyaknya. Melainkan kalau musim baucer buku. Tu pun, aku akan berjimat cermat dan membeli dengan sangat berhemah jugak. Haha. Tapi, biasanya paling sikit pun dua. Satu pun pernah sebenarnya kalau waktu betul-betul poket tengah kering atau buku yang belum terbaca masih banyak dekat atas rak. 

#11 After you've bought the new books you can't wait to get to, how long do they sit on your shelf before you get to them?
Kalau buku yang memang aku nak sangat, kemungkinan untuk aku simpan dulu dekat rak adalah sangat tipis. Biasanya aku memang akan terus baca. Sebab aku terlalu excited and can't wait anymore! Kalau aku tak baca terus pun, mesti sebab ada buku yang aku tengah baca masatu. Jadi, solusinya aku akan cepat-cepat habiskan buku yang aku tengah baca tu dan terus sambung dengan buku baru aku tu. Yeahuu!

Alhamdulillah. Done doing this tag! Thanks for reading. I hope you enjoy this post. Mind to share yours? Yeah, I'm tagging all of you my beloved readers!

Beauty

Hada Labo Deep Clean & Pore Refining | Product Review

Thursday, February 23, 2017

Hada Labo Deep Clean & Pore Refining | Product Review
  • Bentonite Clay - mineral clay from natural volcanic ash with high content of minerals effectively absorbs excess dirt,oil and impurities from pores.
  • ALPAFLOR ALP-SEBUM - rare Alpine plant extract minimizes pores and controls sebum secretion, leaving skin matte and smooth
  • Hyaluronic Acid - Hydrates skin to help prevent dryness and keep skin soft and supple
Haha. Tengok, gigih tak aku salin tiga benda kat atas tu. Kiranya tiga bahan kat atas tu merupakan bahan penting untuk mencuci dan mengecilkan pori-pori yang ada kat muka kitalah kan. (melainkan muka korang ploless macam kulit babytakde pori Sobsob jeless )
Pencuci muka Hada Labo Deep Clean & Pore Refining ni kiranya fungsi utama dia dibuat memang untuk mencuci dan juga mengecilkannya pori-pori lah kiranya. Yelah, baca nama pencuci muka ni pun memang dah obvious kan? Hihi

Aku suka pakai pencuci muka ni sebab aku rasa texture dia sangatlah lembut. Bila lepas pakai, memang akan rasa bersih sangat muka. Lembut dan segar giteww! Lagi satu, pakai pencuci muka Hada Labo Deep Clean & Pore Refining ni memang sangat jimat. Sebab kita hanya perlu picit sikit je, nanti dia punya buih sangatlah banyak. Seronoklah kan, boleh buat penjimatan di situ. :)

So far, lepas pakai ni dari sudut membersihkan, mengurangkan minyak dan membuatkan kulit wajah jadi lembut aku rasa memang berkesan. Ke aku je yang perasan? Uhuk uhuk. Cuma bab mengecilkan pori tu, aku tak pasti pulak. Rasanya tak berkesan sangat, atau mungkin jugak prosesnya terlalu lambat sampai aku tak perasan. Haha

Memang takde perubahan yang besar sangat, tapi aku memang suka produk yang biasa-biasa je. I mean, tak terlalu mengubah kulit kita. Contoh, jadi putih ke. Aku tak suka macamtu. I love my natural skin tone. Cewaaaah! :P

Ohh, lupa nak bagitahu. Aku beli pencuci muka ni dengan harga RM 24.27. Aku pakai pencuci muka ni baru first time dan dah nak dekat tiga minggu. Jadi, tu lah review aku untuk produk nih. Dan harus diingat, kalau produk ni sesuai untuk aku, tak bermakna sesuai untuk anda semua. I'm just sharing my opinion je kat sini.

Harap membantu kalau ada sape-sape yang memang tengah cari pasal pencuci muka Hada Labo Deep Clean & Pore Refining ni okeh?!
So, korang pernah pakai Hada Labo tak?
Ke korang pakai pencuci muka apa?

Arigato

Terima Kasih Kak Anies

Tuesday, February 21, 2017

Alhamdulillah, semalam sudah sampai buah tangan dari Kak Anies. Saya terima ni sempena menjadi pengomen top 20 dekat blog beliau. Seronok sangat saya akak. Terima kasih tau! ;)

Terima Kasih Sis Anies

Okey, lepas ambik dari pejabat. Sabar dulu. Jangan bukak lagi. Haruslah ambik gambar dulu sebelum kita bukak. Ye dak? Hihi
Sanggup nasik letak tepi dulu demi nak bukak dan tengok pemberian dari Kak Anies ni. Jarang seorang Fatihah mengenepikan nasiknya untuk benda lain nih. Hihi *gurau*

Dan, hasilnya adalah. Jang jang~

Terima Kasih Sis Anies

Fridge magnet dari London. Ohhh, I love it!! Jauhnya hadiah ni. Saya yang tak pernah jejak kaki ke London, tengok fridge magnet pun dah excited lain macam. InshaAllah, one day I'll go there. :')

To Kak Anies,
Terima kasih banyak untuk pemberian ini. Teruskan menulis dan bercerita pengalaman travel akak. Suka sangat baca sebab boleh jugak kenal serba sedikit tempat orang walaupun diri sendiri tak pernah jejak kaki ke tempat-tempat yang akak pernah pergi tu.

To all,
Jom singgah blog Kak Anies. Sama-sama baca blog beliau and get to know her. InshaAllah, Kak Anies baik je tak makan orang. Mesra alam orang kata. Kihkih

Diari

Gelombang Ungu di Padang Merbok #RUU355

Sunday, February 19, 2017

Semalam, 18 Februari 2017. Negara kita yang tercinta Malaysia sekali lagi digemparkan dengan sebuah perhimpunan aman iaitu Perhimpunan Rang Undang-undang 355. Perhimpunan bagi menggesa agar undang-undang syariah diperketatkan lagi di negara kita. InshaAllah.

Ada yang pergi sana tak? Saya alhamdulillah berkesempatan untuk turun dan menunjukkan sokongan terhadap HRUU355. Ramai sangat orang semalam. Dan, memang purple lah kawasan Padang Merbok semalam. Bukan setakat kat situ je, LRT dan Masjid Jamek pun dah sama purple jugak dah. Hehe



Syariat diperkasa, rakyat sejahtera.
Harus diingat, perhimpunan kali ini bukanlah atas dasar sentimen politik, tapi kerana agama. Kita ingin negara Malaysia menjadi negara Islam yang sebenar-benarnya, bukan hanya pada nama. InshaAllah.

Semoga usaha kecil ini dapat memberikan impak yang besar. Semoga usaha kecil ini menjadi saham kita di akhirat sana.



Gambar tak banyakpun yang saya ambik. Sebab ramai sangat orang, nak angkat phone ambik gambar pun rasa segan. Haha insecure sangat kan?

Apapun, semoga perhimpunan ini diredhai Allah. Kita turun bukanlah sekadar ikut-ikutan. Bukan kerana seronok dan semangat melihat orang ramai. Tapi, kita turun atas dasar kefahaman. Kita turun bagi meningkatkan lagi syariat islam di bumi Malaysia yang tercinta.

InshaAllah, suatu hari nanti undang-undang Islam akan tertegak di bumi Malaysia dan seluruh dunia. Moga Allah redha. Allahu akbar! ✊✊


Aku Budak Master

Tugasan Pertama di Semester Pertama

Thursday, February 16, 2017

Tugasan Pertama di Semester Pertama

Minggu depan aku dan seorang kawan aku, Nura kena present. Kami adalah insan bertuah yang dipilih untuk jadi pasangan yang pertama kena present. Bertuah sangat kan? Mungkin kena dengan nama aku Fatihah, pembukaan. Hihi

Tajuk yang diberikan adalah Factors That Effect Teaching. Lecturer aku kata senang je tajuk ni inshaAllah. Tajuk yang menarik kan? Banyak faktor sebenarnya yang akan memberi kesan kepada pengajaran. Kami adalaa jugak pergi library pinjam buku. Jadi, harini tercatatlah dalam sejarah aku pinjam buku di IIUM Library buat pertama kalinya. Haha

Masa nak pinjam buku tadi, jakun jugaklah nak pakai mesin dia tu. Dekat mesin tu ada lambang barcode. So, kami ingatkan kena letak barcode buku sebab ada gambar cara untuk scan barcode buku dekat mesin tu. Lepastu, dia keluar invalid user. Cuba-cuba banyak kali tak dapat jugak. Dah kenapa?

Kami pun pergilaa dekat kaunter tanya kakak Librarian kat situ. Dia pun bangunlah pegi dekat mesin nak tengok apa yang tak kena. Rupa-rupanya, kena scan barcode matric card dulu, lepastu barulaa boleh scan barcode buku. Cehh! Gua tertipu beb!

Bantai gelak cakap kat kakak tu, saya letak barcode buku mula-mula tadi. Sebabtu tak jadi. Alhamdulillah. Kakak tu pun sempoi je, sabar je tolong kitorang. Terima kasih kakak baik! πŸ˜„

Untuk subjek harini pulak, kena buat lucky draw untuk pilih giliran presentation. Sekali lagi, kumpulan kami dapat nombor satu. How lucky?! Haha
Dua subjek aku kena present nombor satu. Satu lagi subjek tak tahulaa macam mana agaknya. Hehe

Okeylah, doakan kami dilapangkan dada. Dilancarkan lisan untuk presentation nanti. Lecturer sempoi. Memang best. Awal-awal lagi Dr dah cakap, no pressure okey. Don't think about your mark. Just do your best.
Lebih kurang macamtu lah Dr cakap. So, it gives me more motivation to do better in this course. InshaAllah, semoga semangat dan motivasi ni sentiasa berterusan.

Ganbatte kudasai, Fatihah san! πŸ’ͺπŸ’ͺ

Beautiful Nature

Butterfly Farm Cameron Highland | Jinaknya Rama-rama Kat Sini!

Wednesday, February 15, 2017

Entry kali ni adalah sambungan dari entry jalan-jalan saya ke Cameron Highland dengan keluargaku tersayang. Untuk kali ini, kami ke Butterfly Farm pulak. Harga tiket dah lupa berapa, salah satu faktor tak ingat sebab bukan saya yang bayar. :P
Tapi, untuk kanak-kanak bawah tiga tahu kalau tak silap adalah percuma. Jadi, disebabkan saya ni kanak-kanak atas tiga tahun. Maka, terpaksalah dibayarkan juga tiket. Kohkoh

Saya excited jugak nak masuk sini walaupun takdelah se'excited bila nak masuk Zoo. Yerlaa, kat sini boleh jumpa satu jenis binatang je. Kalau kat Zoo ada harimau dan singa yang buat kita rasa nak pegi peluk-peluk walaupun tu hanyalah angan-angan yang mungkin tak akan pernah tercapai. Sobsob

Butterfly Farm Cameron Highland | Jinaknya Rama-rama Kat Sini!

Butterfly Farm Cameron Highland | Jinaknya Rama-rama Kat Sini!

Butterfly Farm Cameron Highland | Jinaknya Rama-rama Kat Sini!

Rama-rama kat sini sangat jinak. Kalau nak ambik gambar, memang tak payah susah-susah. Sebab memang senang je. Agaknya sebab depa dah biasa jadi model, jadi depa rileks je bila ada orang nak ambik gambar depa.

Padahal, kalau rama-rama kat kawasan rumah kita memang harapanlah nak ambik gambar. Tetiba teringat kenangan zaman muda-muda dulu tangkap rama-rama pakai plastik yang diikat dekat batang kayu. Fiuuh, terimbau kenanganlah pulak. :') 

Butterfly Farm Cameron Highland | Jinaknya Rama-rama Kat Sini!

Butterfly Farm Cameron Highland | Jinaknya Rama-rama Kat Sini!

Butterfly Farm Cameron Highland | Jinaknya Rama-rama Kat Sini!

Antara part best adalah kalau korang pakai tudung bunga-bunga, rama-rama akan pergi hinggap dekat tudung a.k.a kepala korang tu. Tak ke best? Kakak saya pakai shawl bunga-bunga haritu, so dia dapat perhatian lebih sikit dari rama-rama. I is jealous okey! Taulaa tudung I ni plain je. Sampai hatikan you, rama-rama.
Ok dah, cukup dengan drama!

Butterfly Farm Cameron Highland | Jinaknya Rama-rama Kat Sini!

Butterfly Farm Cameron Highland | Jinaknya Rama-rama Kat Sini!

Butterfly Farm Cameron Highland | Jinaknya Rama-rama Kat Sini!

Maaf, tangan tu berjaya mencacatkan gambar.Saja nak tunjuk yang rama-rama ni jinak sebenarnya.

Tengok tu, bila kita sentuh pun rama-rama tu still tak lari. Best sangat! Tapi, adik saya duk geli dekat rama-rama ni. Haha. Badan rama-rama tu kan macam ulat yang besar. Saya kalau rama-rama besar, ada jugak rasa geli tu sikit-sikit.

Sebenarnya, ada lagi binatang lain kat dalam butterfly farm ni rupa-rupanya. Contohnya seperti kala jengking, hamster, ular and banyak lagilaa. Bagi saya, not badlaa masuk sini. Saya enjoy je. Tambah-tambah dengan anak-anak buah. Memang semangatlaa lari situ, lari sini dengan depa. Hihi
She is like a butterfly. Beautiful to look at, but hard to catch. 🌹
Entry sebelum ni

Lovely Blog

Google Adsense Akhirnya Terima Lamaranku.

Tuesday, February 14, 2017

Haha. Rasa macam takleh blah je dengan tajuk tu. Kenapa beriya sangat buat entry dengan tajuk Google Adsense Akhirnya Terima Lamaranku tu sebenarnya sebab ni adalah kali ketiga saya request dengan Google Adsense ni. Setelah dua kali ditolak, akhirnya Google Adsense pasrah dan menerima diriku ini. LOL

Jadi, bila malam tadi saya bukak emel dan tengok gambar ni,

Google Adsense Akhirnya Terima Lamaranku.

Saya pun terus, Yeayyyy! (dalam hati je laa) Haha. Over tau.
Sebenarnya, saya jadi excited macamni sebab dah kena tolak dua kali. Jadi bila dah di'approve tu rasa macam satu kejayaan jugaklah. Ehem. Padahal baru di'approve kan, incomenya tak tahu lagi apa cer. Kihkih

Takpelaa, inshaAllah ini merupakan langkah pertama dengan Google AdSense ni. Semoga bertambah-tambahlah UV setiap hari dan income pun bertambah-tambah jugak. Amiin.

Saya tengok iklan yang menari-nari tu rasa excited pulak. Sebab iklan Google ni kan dia berubah-ubah ikut entry kita. Semalam saya tengok keluar iklan Naruto. I was like WOW. Naruto!! Tetiba rindu Naruto pulak. Legend and nostalgic anime.

How simple thing can make you excited, Fatihah oh Fatihah. Hmmm. πŸ‘€

Books

GIVEAWAY PRE-LOVED BUKU 2017

Tuesday, February 14, 2017


I'm really excited for this Giveaway! Sebab hadiah dia adalah buku. Yesss guyss, buku. Jadi, kepada semua para bookworms anda haruslah sertai GA ini. Hehe
Terima kasih KimChaa sudi buat GA yang best nih. Bila turn aku pulak ni? Haish.

Okey, maaf banyak pulak bebel. 

Buku Pilihan
Langit Petang - A. Samad Said
Rehabilitasi: Faiz Ibrahim

Saya nak menang buku Langit Petang karya A. Samad Said kerana ingin sekali membaca karya Pak Said, sasterawan ulung di negara kita yang sememangnya menjadi lagenda para pencinta buku. Saya juga telah membaca review dan buku ini sepertinya berkaitan dengan pandangan dan falsafah hidup tiga orang berjiran yang berbeza-beza. Ini adalah sangat menarik, dan saya pasti buku ini akan membuat para pembaca berfikir dan mungkin juga akan membuatkan pembaca lebih memahami erti sebuah kehidupan!

Nak bercakap mengenai buku Pak Said terus pakai bahasa baku. Sebab rasa pelik kalau pakai redah je bahasa macam yang selalu buat. Haa, dah buat balik dah. Hishh! πŸ˜†

Baiklah teman-teman. Jangan lupa doakan saya berjaya dalam GA nih. Okeh, buhbaii! ;)

#keepLearning

Cara dan Tips Untuk Senang Bangun Subuh Awal

Sunday, February 12, 2017

Cara-cara Untuk Senang Bangun Subuh

Subuh antara solat yang saya perasan ramai orang yang ambik mudah dan meninggalkannya. Sejujurnya, terutama sekali anak-anak muda sama ada pelajar sekolah mahupun mahasiswa universiti. Mengapa perkara ini boleh terjadi? Padahal kita sedari kecil lagi telah diajar dan diterapkan bahawa solat itu tiang agama. Jika runtuh tiangnya, nescaya akan runtuhlah rumahnya. Allahu. Tidak lain dan tidak bukan kerana kurangnya rasa taqwa ataupun takut kepada Allah.

Namun begitu, jika kalian membaca tulisan saya ini kerana sedang mencari Cara-Cara Untuk Senang Bangun Subuh atau Tips Untuk Bangun Subuh Awal. Saya ucapkan tahniah kepada kalian! Kerana kalian punya rasa untuk berubah dan bangun awal untuk menunaikan kewajipan kita sebagai seorang Muslim iaitu solat Subuh. πŸ’•

Baiklah, di sini saya kongsikan beberapa tips dan cara untuk bangun Subuh awal yang saya rasakan berkesan jika dilakukan dengan bersungguh-sungguh.

1. MINDSET : Solat adalah Perkara yang Sangat Penting Untuk Ditunaikan
Mindset atau cara kita fikir tentang solat Subuh itu sendiri. Adakah kita menganggap solat Subuh itu hanyalah ikut-ikutan sahaja, ataupun kita tahu bahawa solat Subuh itu adalah sangat penting dan WAJIB untuk kita tunaikan sebagai seorang Muslim dan hamba.

Jangan terkejut kalau ada daripada kita yang selalu buat alasan tak boleh bangun pagi sebab tak tersedar untuk solat subuh. Tapi, bila ada perkara duniawi yang diperlukan untuk bangun awal seperti nak naik flight awal pagi. Nah, tiba-tiba boleh bangun dengan sendiri bahkan sebelum alarm berbunyi lagi!

Tapi, mengapa tidak Subuh? Tolong, anggaplah solat Subuh itu sesuatu yang sangat sangat penting dalam hidup kita. Hadirkan rasa menyesal yang teramat sangat sekiranya terlepas atau terlewat bangun Subuh. Kita nak selamat dekat akhirat kan? Mujahadahlah sedikit, berjuang! 😊

2. Tepuk Bantal Sambil Niatkan Nak Bangun Awal Pagi
Tips ni Tuan Guru Syeikh Zainul Asri, mudir Darul Hadis pernah kongsikan dalam ceramah beliau. Boleh cuba dan inshaAllah sangat berkesan! Niatkan dalam hati dan berdoa kepada Allah.
Ya, Allah. Kau kejutkanlah aku awal untuk solat Subuh. Sesungguhnya kami ini tiada daya tanpa pertolonganMu ya Allah.
Haa! Lagi bagus, kalau boleh bangun awal lagi. Sebelum Subuh. Bolehlah buat solat-solat sunat terlebih dahulu. Besar ganjaran pahala dan doa pun sangat mustajab waktu ni. Meh, ramai-ramai kita cuba ye.

3. Kunci Jam
Jangan duk tawakkal je, tapi usaha tak ada. Kemudahan yang ada tu, gunakanlah. Kunci jam untuk pastikan kita bangun awal untuk solat Subuh. Buat lagu-lagu yang menginsafkan sebagai alarm pun boleh jadi tips berkesan jugak. Berani ke kalau lagu Bila Izrail, datang memanggil berkumandang, kita nak wat rilek, wat peace sambung tidur balik? Hihi

Lagi satu, jangan lupa snooze. Contohnya, kuncilah jam dalam pukul 5.00, 5.30 dan 6.00 am. Biar kita takleh tidur dengan aman kalau sambung tidur pun. Tapi, kalau boleh bangun masa jam yang pertama berbunyik. Sebab tangguh-tangguh takut dah tak terbangun pulak.

4. Suruh Mak/ Kawan Kejut
Okeyy, suruh mak kejut adalah antara tips yang sangat berkesan. Nak lagi berkesan, suruh ayah yang kejutkan. Sebab biasanya kalau mak yang kejutkan, boleh lagi nak bermalas-malasan atas katil. Tapi, kalau ayah. Nope, bangun dan terus masuk bilik air. Haha

Suruh jugak kawan-kawan kejutkan. Saling mengejutkanlah kiranya. Kata nak bersahabat sampai syurga. Boleh jadi friendship goal nih tau! 

5. Tidur Awal dan Rehat Secukupnya
Kalau boleh tidur awal. Tapi, biasanya student susah betul nak tidur awal nih. Kalau sebab assignment atau kerja-kerja penting takpe lagi. Nih, sebab tengok movie atau online.
Tak ke rasa berdosa esok tu kalau terlepas subuh sebab tidur lewat dengan alasan lagha dan sia-sia macam tu?

So, kalau kita tidur lewat dan dalam keadaan yang penat. Make sure kita punya persediaan untuk bangun pagi tu. Mesti dan kena bersungguh-sungguh! Mungkin boleh call mak kat kampung suruh tolong kejutkan kita esok pagi. Atau pesan kat kawan-kawan yang soleh/solehah yang biasanya memang bangun awal pagi.
Nampak? Usaha tu sangat sangatlah penting.

❤❤❤

Saya kongsikan lima tips je untuk cara senang bangun Subuh awal. Sama-sama kita cuba amalkan dan berusaha untuk bangun Subuh awal okey?
Mungkin tak mudah tapi percayalah, mujahadah itu pahit kerana syurga itu mahal. Jangan berputus asa! Once kita dah terbiasa, segalanya akan menjadi mudah dengan pertolongan dan kehendak Allah semestinya. 

Semoga saya dan awak semua menjadi seorang yang sentiasa menjaga solatnya. Khususnya solat Subuh.

# SubuhWarriors

Books

Pelukis Jalanan | Books Review

Saturday, February 11, 2017

Pelukis Jalanan | Books Review

Penulis: Teme Abdullah
Publisher: IMAN Publication
ISBN: 978-983-24232-9-4

Buku Pelukis Jalanan karya Teme Abdullah merupakan antara buku yang aku paling suka dan seronok sangat baca. Serius! Walaupun pada dasarnya hanyalah menceritakan kisah hidup seorang anak muda yang bernama Teme, namun kesan yang diberikan pada pembaca sangatlah mendalam.

Aku sengaja simpan buku ni untuk aku baca bila dah sambung master. Sebab aku nak kalau aku rasa susah, aku akan sedar bahawa ada orang yang lagi susah dari aku. Sememangnya kehidupan Teme anak muda yang tidak kenal erti berputus asa dan paling penting sekali, sentiasa mengharapkan pertolongan Allah lebih dari segala-galanya. Teme merupakan seorang pelajar yang menuntut di luar negara, UK dengan biaya sendiri. Kau bayangkan, baki akaun banknya pernah mencecah angka sifar! Allahu.

Kesusahan yang dialami Teme bukan calang-calang. Kesusahan yang dilaluinya yang dicatatkan dalam buku Pelukis Jalanan sememangnya mampu membuatkan aku mengalirkan air mata. Teme juga pernah sehingga sebulan hanya makan nasi, telur dan garam. Sedangkan kita yang tidak pernah diuji sedemikian rupa, tapi sentiasa berkata beratnya ujian aku, ya Allah. Di mana nilai syukur kita? Bersyukurlah dengan segala nikmat yang dikurniakan Allah kepada kita. Alhamdulillah.

Roda itu sentiasa berputar, begitu juga dengan kehidupan kita di dunia. Teme mendapat rezeki yang tidak disangka-sangka memalui bakatnya yang dikurniakan Allah iaitu melukis. Lukisannya berjaya menempah nama di instagram dan dikenali sebagai Teme, si Pelukis Jalanan.

Aku suka baca buku ni sebab cara penyampaian yang sangat santai dan aku berasa dekat dengan cerita yang disampaikan. Buku ini sungguh mengajarku untuk lebih menghargai erti syukur. Membuatku tersedar bahawa ujianku tidaklah seberat ujian yang diterima orang lain.

Buku ini juga mempunyai banyak quote yang menarik dan memberi inspirasi seperti,
Jika diberi peluang berpatah balik masa, perbetulkan semuanya, mengelak kegagalan berlaku, dan hidup dengan selesa, aku akan memilih untuk tidak lakukannya. Kerana pengalaman inilah anugerah bernilai Allah kepada aku.
Mereka yang melihat dari luaran boleh menghakimi. Kita tidak boleh menghalang manusia dari berbicara yang mereka suka. Biarlah mereka. Bukan mereka yang menentukan syurga dan neraka.
Asalkan kita tidak mengundang murka-Nya,biarlah sekalipun  satu dunia mencela. Kerana Allah bersama kita. 
Aku tidak teragak-agak untuk berikan buku ini lima bintang. Aku mampu habiskan buku ini dalam masa satu ke dua hari dengan penghayatan yang penuh. Jadi, bagi sesiapa yang belum mendapatkan buku ini sangatlah disarankan untuk baca terutama sekali jika anda merasakan bahawa kehidupan anda sangat susah dan sukar untuk mensyukurinya.

Lovely Blog

Bidadari Superb Bertukar ke Responsive Blog!

Friday, February 10, 2017

Ya, Bidadari Superb sudah bertukar ke responsive blog! Dah lama sebenarnya aku terfikir-fikir untuk bertukar ke responsive blog ni, tapi sebab tahu mesti akan mengadap blog lama untuk sesi edit-mengedit dan rasa sayang kat blog lama jugak. Maka, terjadilah edisi penangguhan sehinggalah semalam. 

Semalam dari lepas Subuh, aku terus mengadap laptop untuk memulakan operasi sampailah dalam pukul satu lebih malam tadi. Fokus! Berhenti untuk solat dan makan je. Haha dan inilah hasilnya. Aku harap sangat korang pun suka dengan design blog aku yang baru ni. Harap korang tak sakit mata ke apa. 

Lagi satu, kalau korang ada sebarang komen, kritikan membina pasal blog aku ni. Aku sangat-sangatlah alukan. Please bagi pendapat korang sebab aku kalau boleh taknaklah syok sendiri design blog, tapi orang lain pandang tak sedap.  

Blog Template

Okey, kat sini aku nak share lah serba sedikit pasal template baru yang aku guna ni. Template yang aku gunakan ni adalah Amalie Template. Aku rasa ramai pakai yang template yang sama dengan aku ni since ia adalah Free Version.

Sebelum aku decide untuk pakai Template Amalie ni, banyak jugak yang aku dah cuba dan lawa-lawa jugak.
Itulah dia template-template yang aku dah try and error kat blog ni. Jangan risau, semua template kat atas ada yang Free Version.

Sekarang, jom kita tengok apa dah jadi dengan rupa blog aku. Obviously, korang boleh tengok sambil baca ni kan? Tapi, aku nak tepek jugak kat sini mana tau satu hari nanti tukar theme/design lagi bolehlah dibuat kenangan. Last aku tukar kalau tak silap masa hujung tahun 2015. Dua tahun yang lalu di entry Bidadari Superb Berwajah Baru.

Bidadari Superb Bertukar ke Responsive Blog

Bidadari Superb Bertukar ke Responsive Blog

Blog Header

Part header sebenarnya aku nak warna yang lebih kepada hijau sebab sememangnya aku ni peminat tegar hijau. Tapi, rasanya yang ni lebih kepada biru. Yedak? Sebab kalau dengan kawan-kawan aku selalu salah part warna yang turqoise-turqoise nih. Aku pun tak sure. Tapi, sebab aku tak jumpa background yang macamtu and tak terfikir pulak nak edit warna dia dulu, jadilah macamni hasil dia. But, I still like it. Unfortunately, aku tak jumpa gambar header lama. So, no picture untuk dibuat kenang-kenangan. Kihkih

Blog Color Theme

Basically, my blog color theme are  white,grey and green. Of course, aku akan selit jugak hijau tu kat mana-mana. Mueheheh. Setakatni aku pakai color hijau dekat link, label dan jugak menu text. Rasanya tu je kot.

Blog Problems

Button search yang dekat navigation bar still not working! Dahlaa nak buang terus pun still tak jadi jugak. Erghhhh. Sebabtu lah aku letak je dulu button search kat sidebar ni. Dah penat duk try and error kat situ. So, aku abaikan jerlaa dulu. Tapikan, bila tekan button search tu. Dia akan back to top. So, korang anggap tu button up to top jer dululah eh? Boleh pulak macamtu. Hehe

Menu tak keluar dekat phone. Aku pun taktau nak solve problem ni macam mana. So, kubiarkan sahaja masalah itu dibuai lautan ombak. Eh eh. πŸ‘Ά

Sidebar widget tak center. Fiuhh, malas nak cite a.k.a takde idea dah nak tulis apa. Kihkih

Anddd,that's all untuk cerita Bidadari Superb bertukar ke Responsive Blog! Yeayyy! Silakan bagi komen/pendapat korang pasal blog aku. Korang suka tak? Loading lama ke tak? Atau apa-apa jerlah.

Berwajah baru, semangat baru!! InshaAllah. πŸ’ͺπŸ’ͺ

Diari

Sukaneka Anak-anak SD di Sebong Pereh

Wednesday, February 08, 2017

Acara sukaneka atau dipanggil acara lomba di Indonesia sangat sering diadakan bila tiba hari kemerdekaan Indonesia. Lebih kurang dengan di Malaysia jugaklah kan? Sekolah-sekolah dan kampung-kampung akan sangat meriah dengan acara. Sangat seronok!

Sukaneka Anak-anak SD di Sebong Pereh
Buat apa tu?
Acara untuk sukaneka macam biasalah tarik tali, lari dalam guni dan ada jugak makan keropok. Aku lupa acara-acara ni dalam bahasa Indonesia apa, mungkin sama saja dengan nama Malaysia atau mungkin jugak berbeza. Acara makan keropok tu depa akan gantung keropok dekat tali lepastu anak-anak ni akan makan tanpa boleh pegang keropok tu dengan tangan. Banyak gambar dalam hard disk sebab aku ambik gambar pakai kamera tapi yang aku upload kat sini gambar yang dari kamera phone sahaja. Jadinya, banyak gambar selfie jerlah dari gambar aktiviti.

Aku pun tak pasti gambar kat atas ni depa tengah main tarik tali ke apa. Macam takde tali pun. Haha. Aku pun dah mula lupa cerita di sebalik gambar-gambar yang aku ambil ni. :)
Okeyyy, sekarang selfie time. Maafkan muka aku yang besar gedabak tu.

Dengan anak-anak ciwiks yang cantik dan sweet!

Sukaneka Anak-anak SD di Sebong Pereh

Sukaneka Anak-anak SD di Sebong Pereh

Sukaneka Anak-anak SD di Sebong Pereh

Dengan anak-anak cowoks yang ganteng!

Sukaneka Anak-anak SD di Sebong Pereh

Sukaneka Anak-anak SD di Sebong Pereh

Dengan sepasang kembar yang hampir seiras! Eh, ke seiras?

Sukaneka Anak-anak SD di Sebong Pereh

Aku siap paksa si kembar dua orang ni buat video yang macam Upin Ipin tu. Yang hai, nama saya Upin. Nama saya Ipin. Kami kembar seiras! Haha

Anak-anak di sini sangat sukakan kamera dan sangat pandai bergaya. Tak payah suruh, depa yang datang lari suruh kita amikkan gambar dorang. Sangat pandai dan energetik.

Sukaneka Anak-anak SD di Sebong Pereh

Sukaneka Anak-anak SD di Sebong Pereh

Sukaneka Anak-anak SD di Sebong Pereh

Sukaneka Anak-anak SD di Sebong Pereh

Sebelum balik dari sekolah, kami kakak abang yang datang ni buat seketika jadi macam artis kejap. Masya Allah, masing-masing bawak kertas dengan pen untuk mintak tanda tangan dan nom phone. Nak tak layan tak sampai hati pulak. Bila dah bagi kat sorang, jawabnya ramailaa yang beratur.

Sangat comel! Dan, hari ini aku sangat merindui anak-anak yang berhati suci ini. Lihatlah senyuman mereka yang tanpa dosa itu. Satu terapi yang sangat menenangkan jiwa. Semoga kalian membesar menjadi anak-anak yang soleh. Berbakti kepada agama, masyarakat dan negara. Teruskan menjadi anak-anak yang sentiasa gembira dengan hati yang suci! Amiin. :')

Aku Budak Master

First Class Experience | What is Teaching?

Monday, February 06, 2017

First Class Experience | What is Teaching?

My first class on this semester was on first of February which is last week. The subject for that class is Practice of Teaching. I went there with one of my new friend, Nazira. We went to the faculty and try to find surau and our classroom. Up to level 4 and then down to level 2 and lastly go to level 3. Yeah, here we go. Our classroom and also surau is at level 3. Luckily, there is a lift in my faculty so we don't used too many energy to climbing up the stairs. Alhamdulillah. 😝

Actually, we already asked a student that we met there about the room that we are searching for and she said it was on level 4. But, she is not sure and she also said if not level 4 then it must be level 2. And, as we know the result is our classroom is at level 3. So I guess, she don't know where is the room right? But, it's okey. We don't blame her. We just laugh during our searching.

The class was supposed to start at 5.00 pm but all of us went to surau and perform Asar prayer first and we start our class around 5.15pm. Asar is around 4.50pm now and we decided to start our class at 5.15pm for the next period. Alhamdulillah, all praises to Allah.

Our lecturer is Dr Kamal from Palestine. We start our class with Al-Fatihah and then Dr asked us three questions.
  • What is Teaching?
  • What is effective teacher?
  • What is three major things to be teach in class?
It seriously makes me think really hard about the course that I take. Education. What is it? Do I really understand why I take this course? Can I be an effective teacher? These questions keep playing in my mind and I try to do some research about it.

I hope I will be more and more understand about this subject. I am looking forward to learn more new things walaupun kadang-kadang seram jugak kalau pikir. Hehe. But, inshaAllah I can do this and please remember dear Fatihah. 
Don't let fear or insecurity stop you from trying new things. Believe in yourself. Do what you love. And most importantly, be kind to others, even if you don't like them. 
That's all from me. Thank for reading!
Assalamualaikum and good night. πŸ˜ͺπŸ’€ 

Books

Lelaki Terakhir Menangis di Bumi | Books Review

Friday, February 03, 2017

Lelaki Terakhir Menangis di Bumi - Musa Nuwayri

Penulis: Musa Nuwayri
Publisher: DuBook Press
ISBN: 978-967-07234-7-1

Buku ini pasal mengisahkan tentang seorang lelaki. Ya, lelaki yang biasa-biasa tapi sebenarnya luar biasa. Beliau merupakan pengasas kepada satu badan NGO yang memperjuangkan keamanan iaitu Tangisan Syria di Bumi Jordan. Sebenarnya ayah kepada penulis ni adalah lecturer UTM, pernah jugak dengar talk dari Prof dan berkesempatan jugak jumpa dengan isteri beliau. Memang mak ayah yang superb!

Turut diselitkan kisah penulis ketika di zaman sekolah menengah iaitu di Maahad Muhammadi Lelaki. Bagaimana beliau ditarbiyah di bumi Maahad, tak kurang juga kenakalan-kenakalan yang pernah dilakukan beliau bersama temannya. Ada juga part di mana penulis terkantoi dengan ustaz sendiri masa fly (keluar secara haram dari asrama). Nak tau sebab apa penulis sanggup fly keluar asrama, tu kena baca sendiri. Heheh

Okey, penulis sambung belajar ke Jordan dan kat situlah beliau rasa nak bantu pelarian Syria di Jordan yang kehidupan mereka sangatlah daif dan susah. Penulis berjaya menjentikkan rasa bersyukur dalam setiap rezeki yang aku peroleh dan menimbulkan persoalan pada diri aku, apa yang aku dah buat selama ini untuk bantu saudara Islam yang dalam kesusahan? Seronokkah aku tidur malam dengan lena sedang mereka bertarung dengan sejuk malam kerana tiadanya selimut? Enakkah makan nasi dengan pelbagai lauk-pauk sedang saudara Muslimku di luar sana makan sekali sehari pun belum tentu? Allahu..

Dalam buku ini juga turut diceritakan tentang beberapa keluarga dan  anak-anak Syria yang telah dibantu. Sungguh, mereka sangatlah kuat walaupun hidup dalam kesusahan dan ujian. Walaupun kehidupan mereka serba kekurangan namun jiwa mereka tersangatlah besar.

😸😸😸😸😸😸😸😸
Sedikit update tentang penulis sekarang. Beliau telahpun kembali ke Malaysia kerana disuruh balik oleh pihak kerajaan Jordan. Sebelum pulang, beliau sempat dimasukkan ke dalam penjara. Allahu, ujian yang hebat untuk orang yang hebat. 

Buku ini sangat disarankan untuk dibaca bagi menambah rasa kesyukuran kita ke hadrat Ilahi dan kesedaran kita terhadap kesusahan yang dialami oleh saudara-saudara Muslim kita di luar sana. Keep praying dan cubalah bantu apa yang termampu dari kita. Wallahu a'lam.

Aku Budak Master

January 2017 HIGHLIGHT Stories

Wednesday, February 01, 2017

January 2017 HIGHLIGHT Stories

Hari ni dah 1 Februari kan? How time flies. Sangat pantas meninggalkan sesiapapun yang terleka. Dah habis sebulan, tinggallah lagi sebelas bulan yang akan mendatang untuk tahun 2017.

Jadi, untuk tahun 2017 ni inshaAllah saya nak cuba buat HIGHLIGHT Stories entry untuk setiap bulan. Ini merupakan entry pertama dan harapnya saya akan terus rajin untuk buat entry-entry macamni pada bulan-bulan yang akan datang. Basically, entry ni akan menceritakan highlight untuk bulan ni. Yeah, apa yang penting and berbaloi untuk diingati dan dikongsi. Ramai blogger memang buat benda ni and I really love to read their posts. So, why not saya pun buat jugak kan? πŸ˜‰

Sambung Belajar Sebagai Pelajar Master 

Melangkah ke alam belajar di peringkat yang lebih tinggi adalah satu keputusan yang besar jugak dalam hidup aku. Memilih antara dua sama ada kerja atau sambung belajar dan alhamdulillah, aku akhirnya memilih untuk sambung belajar. Moga ini adalah pilihan yang terbaik inshaAllah.

Sekarang, aku struggle untuk cari kerja part time dan jugak biasiswa. Google lah sumber utama aku. Kalau korang ada tau part time atau biasiswa yang bersesuaian, please share with me dekat ruangan comment ya. Sangat appreciate kalau korang boleh bantu. Hee.

Btw, kalau korang nak baca diari master aku walaupun tak berapa nak ada info bolehlah baca dekat entry Aku Budak Master.

Keep Strong

Belajar Untuk Lebih Berdikari

Bila dah masuk master ni kebanyakan orang memang tahu kot yang almost everything kita kena buat sendiri-sediri. Jadi, aku cuba ajar diri aku untuk lebih berdikari.

Kalau masa degree, aku suka copy paste kawan-kawan aku punya timetable je. Haha. Please jangan tiru aku. Sekarang ni, aku memang buat sendirik je. Nak buat macam mana classmate pun aku tak dapat kenal pasti lagi sape. Kihkih

Tu baru part timetable kan? Belum lagi masuk bab study nanti. So, aku mesti belajar untuk lebih dan lebih lagi berdikari bermula dari sekarang!

Books That I Have Read

Sepatutnya aku kena habiskan satu buku dalam masa seminggu. Well, that's my target lah kan. Tapi, bulan ni aku hanya mampu habiskan tiga buah buku dan tak capai target. Dahlaa tak ikut minggu, kadang-kadang dalam seminggu habiskan dua biji buku dan ada jugak minggu yang aku tak sentuh pun buku.
Aku memang kena ajar diri untuk lebih berdisiplin. Hmmm.

Tiga buku yang aku dah berjaya khatamkan adalah #Henshin Muslimah by Kak Hassanah, Lelaki Terakhir Menangis di Bumi by Musa Nuwayri dan Pelukis Jalanan by Teme Abdullah. Tak sempat lagi nak review. Aku suka sangat dua buku terakhir tu, sebabtu boleh baca dengan laju dan jayanya. Haha

Balik Kampungggg!

Okey, aku memang selalu excited bila dapat balik kampung Chinese New Year haritu. Sapelaa yang tak excited kan? Balik jumpa family kesayangan kot. Yang lagi bertambah happy sebab balik free tumpang kakak aku since aku dah belajar dekat Gombak, bolehlaa tumpang. Kalau dulu mereput sorang-sorang kat Johor takde sedara. Hehe

Padahal aku baru je datang daftar 18 Januari haritu and balik kampung 26 Januari. Seronoklaa kalau boleh balik kampung selalu ni~

Bagi yang takleh balik, it's okey. Jangan sedih-sedih ya. Gunakan telefon yang kita ada dengan sebaiknya. Call mak ayah selalu selagi mereka masih ada. Jangan berkira dengan depa. Mereka syurga kita.

Auchh, sape potong bawang pulak ni tetiba. 😭

πŸ’—πŸ’—πŸ’—πŸ’—πŸ’—πŸ’—πŸ’—πŸ’—πŸ’—πŸ’—πŸ’—

Rasanya tu je dulu untuk Januari ni. Aku doakan Februari ini akan menjadi bulan yang lebih baik dari yang lepas. All the best guys.

Ganbatte Kudasai!

πŸ‘‰ I've gone to my first class today which is Practice of Teaching class. Actually, class had started yesterday but yeah hmmm hmmm. :P

P E N G O M E N