Aku Budak Master

Musafir yang Panjang~

Tuesday, January 31, 2017

Allahu.

Hari ni hampir seharian aku di jalanan. Banyak sungguh kereta kat Malaysia ni ye. Jem parokks orang Kelate royak. hihi
Tapi, alhamdulillah walaupun memakan masa yang lama. Aku tetap selamat sampai ke destinasi yang ingin dituju. Musafir untuk menuntut ilmu. Moga Allah redha, inshaAllah.

Dari jam 10 lebih bertolak sampai pulak kat UIA ni dalam pukul 10. Hampir 12 jam jugaklaa. Dah macam nak pi Johor pulak. Tapi, aku seronok je duk dalam kereta sebab dihantar family kakak aku. Duk main dengan anak buah ler kejanya. Kihkih.

aunt and nephew quote

Terjumpa quote nih. Haha. Betul ke? But, I love this quote lah. Anak buah aku lima orang semuanya. Empat boys dan sorang girl setakat ni. Memang kesayangan sangat semuanya. Tapi, aunty dorang ni suka buli dorang. Hihi.
Nanti cuti, kita jumpa lagi na. InshaAllah. Keep learning and jadi anak yang soleh solehah. Amiin. πŸ’•

#merapuBeforeSleep

Bandung

5 Tempat Wajib Lawat di Bandung

Wednesday, January 25, 2017

Tempat Wajib Lawat di Bandung

Aku dah lama sangat nak buat entry 5 Tempat Wajib Lawat di Bandung ni sebenarnya. Tapi, macam biasalaa disebabkan masalah bertangguh entry ni hanya mampu dipublish setelah hampir setahun kemudian. Masha Allah sisturrrr! πŸ˜ƒ


Takpelaa, so let's proceed!



Flying Fox di Wisata Grafika Cikole, Lembang

Dekat sini kita akan disajikan dengan pandangan yang menghijau, banyak pokok2 yang tinggi dan sangat cantik untuk photoshoot. Boleh juga melakukan aktiviti flying fox dengan harga yang murah!
Kat sini jugak ada rumah Seven Dwarf. Depa punya patung pun ada jugaklah. So, bolehlah kalau korang nak datang kenal2 dengan depa. Kihkih.

Kat belakang tu Cecep yang sangaaat banyak tolong kami.
Salah satu dari dwarf, aku taktau nama dia apa~



Ke Rumah Hulk di Farm House, Lembang
Dekat Farm House ni tiket kita boleh tukar dengan susu yang pelbagai perisa. Ada strawberri, coklat and original kalau tak silap aku. Kat dalam ni, banyak sangat bangunan2 yang menarik dan jugak binatang macam biri2 dan arnab yang teramat comel. Jinak-jinak pulaktu. Boleh gi usap, belai2 lagi.

Rumah Hulk. Grrrr! Yang aku pegang tu adalah bekas susu yang kita akan dapat.
Food Hunting di Floating Market, Lembang
Korang wajib datang sini kalau korang nak merasa makanan Indonesia yang best-best. Sebab apa? Makanan yang aku makan kat sini semuanya sedap belaka dan harga pun berpatutan. Dah nama pun floating market, sah2 lah sesi jual beli di atas sampan. Hehe

Acah-acah photographer kejap. πŸ˜†

Time for food hunting! πŸ˜‹
Menikmati Keindahan Alam di Kawah Putih Ciwidey
Masuk sini kena naik bukit sikit. Jangan risau, bukan jalan kaki pun tapi korang akan dibawa naik kenderaan yang dinamakan ontang-onteng (kalau tak silap). Naik atas ni dalam 15 minit je, lepastu akan ada announcement suruh turun sebab takut tak elok untuk kesihatan. Kalau nak beli mask kat sana ada je disediakan, tapi kami tak beli pun.
Kat atas ni, memang subhanallah sangaaaat cantik. Rasa tenang je bila tengok air yang membiru tu walaupun takleh sentuh dengan tangan.

Kesegaran Air Terjun Pelangi
Serious talk, air kat atas ni memang sejukk sangat. Kalau biasanya kita nak pegi air terjun kena daki bukit kan? Yang ni rare sikit, kita kena turun bukit. Tapi, no worries ada tangga. Walaubagaimanapun, still semput okeh?! Haha. Tapi, percayalah bila korang lihat keindahan dan kesegaran air terjun Pelangi hilang rasa penat. Air sejuuuuuk sangat macam air simpan dalam peti ais. Ada gerai jugak kalau nak pekena kopi ataupun teh sebelum mendaki naik tangga untuk pulang. Hoyehhhh!
I really love this picture! πŸ’—
Nak baca lagi travelog Bandung aku? Boleh baca kat sini. 😁

#keepLearning

Aku Budak Master!

Tuesday, January 24, 2017

Aku Budak Master!
Gambar diambil ketika sesat cari main auditorium. >_<
Alhamdulillah, daftar dah sudah. Masuk asrama pun dah sudah. Sekarang tunggu nak masuk kelaslaa pulak. Almaklumlah, aku ni buat coursework tak buat research. So, masih perlu attend kelaslah walaupun dah bergelar pelajar master. :)

Aku daftar 18 Januari haritu. Ma, abah and adik aku hantar. Lepastu, 19hb terus ada exam English, EPT test. Aku pun tak sure nama panjang dia apa. Hehe
Doakan aku dapat band 6! Sebab syarat untuk kos aku ni adalah band 6 ye tuan2 dan puan2. Risau sebenarnya. Result keluar esok. Takutnyaaa. Fuuu fuuu~

Lepastu, takde nak buat apa kat kampus ni. Aku pun baliklah rumah kakak aku 20hb tu. Ma, abah dan adik aku pun ada lagi kat rumah kakak aku. So, sempatlaa jumpe lagi sekali. Hehe. Aku duk sana sampailaa hari ni aku datang balik kampus atas urusan medical check-up. Walaupun aku dah buat haritu, datang sini kena jumpa lagi doktor. Naseb tak kena tunggu lama macam haritu. Kalau tak menangis tak berlagulaa aku.

Next, 26hb ni pulak ada talk mengenai kos yang akan aku ambik ni. Kemudian cuti raya Cina. Yeayyy! Aku ingat nak balik. Tapi, tengoklaa dulu cemana. Harap semuanya dipermudahkan.

Hari mula-mula mendaftar pedih jugak rasa bila semua benda sorang2. Sebab degree dah biasa reramai dengan geng jemass kan. Hehe. Rindulaa korang! :')
Tapi, takpelaa. Sekarangpun, aku dah mula kenal beberapa kawan baru. Tapi still kalau ke mana2 banyak sorang2. Alhamdulillah jugak sebab aku masa dekat degree selalu jugak jadi lone ranger. Cuma, sedikit masalah adalah aku ni jenis homesick. Biasanya, bila homesick datang aku akan borak dengan member2, gelak2 biar lupa sikit rasa tu. Duk kat sini, terpaksalaa aku hadapi dengan gagah dan cuba selesaikan dengan cara lain. Kihkih. #muslimatQawwiy

Jadi, itulah serba sedikit diari aku sebagai budak master yang baru je nak bermula ni. May Allah ease everything. Semoga langkah yang aku ambil untuk terus menjadi penuntut ilmu dipermudahkan. Sungguh, ilmu Allah itu luas. Kita takkan pernah berhenti dari menjadi seorang penuntut ilmu. Belajar dan terus belajar!

Aku belajar kat mana? Tengok gambar kat atas dah boleh tau kot. InshaAllah ada masa dan kerajinan aku cite lagi. :)
Till then.
Assalamualaikum.

#keepLearning

Anak Dara dan Jodoh.

Sunday, January 15, 2017

Anak Dara dan Jodoh.

Tenang-tenang sahaja. Tingkatkan amal dan ibadah kepada Allah. Tambah ilmu agar sentiasa berada di jalan yang lurus dan tidak terpesong. Moga kita menjadi hamba yang diredhai Allah senantiasa. Allahumma Amiin.

#muslimatQawwiy

Diari

Done Medical Check-Up!

Thursday, January 12, 2017

Done Medical Check-Up!

Alhamdulillah. Syukuuur sangat bila dah siap buat medical check-up. Semalam, seharian saya duk kat hospital. Dari jam 9.40 pagi masuk, keluar pulak dah nak dekat pukul 4.00 petang. Perghhh, memang betullah penantian tu satu penyeksaan. Haha

Saya dah ke hospital kelmarin, tapi kena buat appointment dulu. So, semalam lah baru boleh buat medical check-up. Ramai sungguh orang. Lepas ambik nombor dekat kaunter and isi borang tunggu kejap then buat bayaran. RM20 untuk buat medical checkup ni.

Lepastu, pegilaa buat X-ray, urine test and check mata,tinggi apa semua tu. Last sekali nak jumpa doktor. Part yang nak jumpa doktor ni lah paling lama kena menunggu. Yang sebelum2 tuu smooth je perjalanannya. Kihkih.

Dari jam sebelas lebih sampai pukul tiga lebih baru dapat masuk bilik doktor. Padahal kejap je nak jumpa doktor. Nak buat macam mana kan, ramai sungguh orang kat hospital. Mesti doktor pun berganda-ganda jugak penatnya nak jumpa ramai patient yang pelbagai karenah ni. Hihi. Terima kasih buat doktor-doktor dan nurse-nurse yang bekerja dengan seikhlas hati membantu pesakit-pesakit.

Apapun, alhamdulillah. Sehat semuanyaa. Syukur ya Allah atas nikmat kesihatan yang Kau berikan pada hambaMu ini.
Moga nikmat ini digunakan dengan sebaiknya dan sentiasa disyukuri. Ayuh sama-sama ucapkan alhamdulillah. Bersyukurlah.. :)

#keepLearning

Let's Explore The World!

Tuesday, January 10, 2017

Sape yang kalau pagi2 dia suka turun memantau kawasan rumah and belek2 pokok, tengok langit, main embun kat sini? Well, kalau ada maksudnya kita geng!

Saya suka sangat tengok embun. Lepastu, kalau ada anak2 buah sekali lagilaa best. Biasa saya panggil dorang suruh duduk bawah pokok and saya goyang pokok tu sambil cakap.

        "Hujan... Hujan...."

Seronok main embun pagi2 nih. Kihkih. Sambil tu, semestinya masa untuk saya amik gambar apa2 yang menarik kat muka bumi ni. Terlalu banyak keindahan yang Allah ciptakan yang kadang2 kita tak sedar ada di sekeliling kita je. Subhanallah, Maha Suci Allah.

Kali ni saya nak share dengan kalian tentang sekor serangga ni. Belalang rasanya. Susah betul nak fokus bila pakai smartphone ni. Mungkin sebab colour yang hampir sama dengan pokok2 hijau tu dan kecik sangat.

Apapun, jom tengok. Let's explore the world!! ;)


Nampak tak? Kalau sekali pandang mungkin tak perasan. Dua kali pandang baru nampak kot. 


Okey, ni dari bahagian belakang. Ada sesape yang takutkan serangga tak kat sini? Hihi
Kalau ada, boleh saya kejar korang sambil pegang belalang ni. :p 


        "Aaaaah. Jangan lompat kat atas muka saya."

Belalang ni redha je saya amik gambar kat depan2, rapat2 macamni. Dia senyaaap je. Good good.

Haha. Okeylah. Itu je untuk post kalini. Just a random post. Apapun, jom sayangi alam sekitar kita. Nikmati alam selagi ada waktu. Breath and enjoy your life. Fikirkan kebesaran Allah apabila melihat ciptaanNya. Allah Maha Besar.

Lovely Blog

Terima Kasih Buat 1K Followers.

Monday, January 09, 2017

Terima Kasih Buat 1K Followers.

Alhamdulillah. Walaupun saya ini tidaklah terlalu aktif dalam dunia blog. Walaupun saya ni sekejap ada, sekejap tiada macam chipsmore orang kata. Namun, ada jugak sahabat2 yang sudi follow blog Bidadari Superb ini.

Terima kasih buat kesemua followers. Lama jugak saya ambik masa untuk cukup 1K nih. Mungkin sebab faktor jarang blogwalking dan jarang online.
Saya sebenarnya cuba untuk meningkatkan mutu penulisan artikel2 yang saya post kat dalam blog ni.

Semoga setiap patah perkataan, setiap butir huruf akan memberi saham untuk saya di akhirat. Walaupun sebenarnya saya sedar juga, banyak juga ya entry saya yang kurang berfaedah. Namun, buat pembaca yang saya kasihi. Ambillah yang baik2 sahaja daripada blog ini. Kalau nampak ada yang tidak elok dipandang atau salah silap. Tegurlah dan janganlah pulak diikut. Hihi

Apapun, perbetulkan niat dalam menulis blog. Sebab apa, perkara yang baik kalau kita niatkan kerana Allah akan menjadi ibadah. Nah, bila diniatkan kerana Allah. Maka, setiap kali kita ber'blog, pahala juga akan bertambah2. Maha Suci Allah. Allah Maha Pemurah. :)

Main Masak2

Resepi Kek Coklat Moist Kukus Paling Best

Sunday, January 08, 2017

Resepi Kek Coklat Moist Kukus Best
Ini bukan kek Secret Recipe. Hihi 
Resepi Kek Coklat Moist Kukus Paling Best ni bukanlah bermaksud ni lah resepi kek coklat yang paling best kat dunia ni. Tapi, setakat yang saya buat kek coklat. Ni antara resepi yang paling saya sukaaa makan.

Jadi, macam biasalah. Terima kasih buat yang sudi kongsikan resepi dengan saya. Sangat2 menghargainya. ;)

Resepi Kek Coklat Moist Kukus
Sumber: Kak Azlita

Bahan A
  • 1 cwn gula pasir
  • 1 cwn serbuk koko
  • 1 cwn susu cair
  • 1 cwn susu pekat
  • 1 cwn minyak masak 
*Semua bahan A digaul sebati and masak atas api yang perlahan
*Biarkan dulu sekejap bila bahan dah sebati

Bahan B
  • 3/4 cwn tepung gandum
  • 1 sudu kecil soda bicarbonat
  • 1 sudu kecil baking powder
*Ayak semua bahan B

Bahan C
  • 4 biji telur (blender jer)
🌸🌻🌸🌻
  1. Satukan Bahan B dan C ke dalam Bahan A secara berselang seli dengan menggunakan senduk.
  2. Bila dah sebati, masukkan ke dalam loyang yang dah diletakkan baking paper.
  3. Kukus selama 30-45 minit (saya selalu ambik yang masa paling lama kalau kukus)
  4. Test dengan cucuk lidi dekat kek. Kalau takde melekat dah, masak dah tu inshaAllah. ;)
Chocolate Topping
  • 250 gram coklat masakan
  • 1/2 cwn susu cair 
*Masak double boiler atas api sederhana.
*Tunggu sejuk and bolehlah disiram atas kek yang juga dah sejuk.

Resepi Kek Coklat Moist Kukus Best
Siappp! Ready to eat.
Sebelum makan, lagi best kalau simpan sejuk dulu. Sedap hingga menjilat jari. InshaAllah.. :)

Books

#Henshin Muslimah | Books Review

Saturday, January 07, 2017

Review #Henshin Muslimah
Pakai gambar yang sama je.
Kalau kalian ada baca entry saya sebelum ni kat sini, saya ada cerita buku ni jadi pilihan saya sebagai buku pertama untuk dibaca pada tahun 2017 ni kan. Alhamdulillah, dah selesai baca pagi ni dan tibalah masa untuk review.

Sejujurnya tak tahu nak review apa. Kihkih.
Okeylaa, buku ni ditulis oleh Kak Hassanah dengan tagline From Jahiliah To Jannah. Diterbitkan oleh Inspirasee.

Buku ni dibahagikan kepada tiga bab. Bab pertama mengenai Jahil, kedua tentang Hijrah dan last sekali pasal Jannah or Jahanam, Its Up To You.

Bab pertama Kak Hassanah banyak terangkan pasal dosa-dosa ataupun kesilapan-kesilapan yang kita biasa lakukan. Antara yang disebut dalam ni adalah pasal solat, aurat, couple and so on lah.

Bab kedua pula dihuraikan mengenai tips2 hijrah. Macam mana nak kuat dalam berhijrah. Macam mana nak survive dengan kehidupan setelah kita meninggalkan zaman jahiliah dan berhijrah.

Last but not least, bab last ni penulis ceritakan yang kita nak syurga atau neraka. It's our choice. Kita yang kena buat pilihan tu. Nak terus hidup dalam lembah maksiat atau meninggalkannya.
Lepastu, banyak jugak diselitkan ibrah2 dari pelbagai kisah di bahagian last sekali buku ni.
Dan andai tiada lagi sebab untuk kau bertahan, cukup sekadar Dia menjadi penyebabnya. Maka segalanya pilihan kau.
Penulisan Kak Hassanah agak santai, menggunakan bahasa Melayu dan Inggeris. Penulisan tidaklah terlalu kaku dan penulisan beliau sangat dekat dengan wanita muda belia. Mungkin sebab penulis pun masih muda kan. :)

Bagi aku, buku ni tidaklah terlalu berat untuk dibaca. Sesuai dibaca untuk sesiapa yang ingin menjadi orang yang lebih baik dan mendekatkan diri dengan Allah.

Recommended? Of course. Selagi mana buku yang dibaca boleh memberi manfaat walaupun sedikit, aku akan sarankan korang baca. :)
But again, it's your choice. Good book or bad book. Heaven or hell.

Namun, hati-hati dalam membuat pilihan. Tersalah pilih boleh membuatkan kita menyesal selamanya. May Allah bless us. Moga kita terpilih untuk ke syurga Allah. Amiin.

Diari

My 2017 Planner (Shoutul Ikhwah)

Friday, January 06, 2017

Korang dah ada planner untuk tahun 2017 ni? Saya alhamdulillah dah ada. Barulaa jugak beli. Berbeza dengan planner 2016. Planner kalini lebih tebal and mahal sikit. Order hujung 2016 sampai awal tahun 2017. Fiuh, setahun tuh. Haha. Okok, hambar. I know. 🐈


If you fail to plan, you plan to fail. 
Masa saya beli planner ni ada diskaun. So, murahlah sikit dapat. Kat dalam dia pun boleh tahan comel and menarik. Kalau tak comel, saya tak beli. Hihi
Selain comel, kat dalam planner ni jugak ada banyak quotes yang sangat-sangat menarik. Besttt~
Menarik kan?
See. Menarik kan?
Ok, dengan adanya planner ni, saya harap urusan saya menjadi lebih tersusun sekaligus menjadikan saya a better muslimah. InshaAllah. 😊

CameronHighland

Kesegaran Bunga di Cameron Highland.

Thursday, January 05, 2017

Kalau pegi Cameron Highland taksahlah tak tengok bunga-bunga kan? Kalau haritu saya cerita pasal Lavender, harini saya nak cerita pasal bunga-bungaan yang segar-segar kat sini. Actually, bukan cerita pun nak tunjuk gambar je. Kihkih.

Jom rasai dan nikmati kesegaran bunga-bunga di Cameron Highland melalui gambar-gambar yang saya amik ni. Diambil menggunakan smartphone je sebab takleh keluarkan kamera, nanti anak buah nak jadi photographer dan merebut kamera saya pulak. Haha 

Kesegaran Bunga di Cameron Highland.

Kesegaran Bunga di Cameron Highland.

Kesegaran Bunga di Cameron Highland.

Kesegaran Bunga di Cameron Highland.

Kesegaran Bunga di Cameron Highland.

Okeyy, ni pulak kaktus. Kami beli kaktus dan pokok-pokok yang mudah nak tanam je. Bunga-bunga tak beli pun. Sebab nak mudah taknak leceh-leceh kena siram ke apa. Hehe

kaktus cameron highland

kaktus cameron highland

Okeylah, itulah bebunga yang sempat saya snap. Sangat cantik bunga-bunga kat sana. Segar sungguh. Besar-besar, sihat-sihat semuanya. :)
Jadi, kalau peminat bunga mesti seronok pegi sana kan?

Nuffnang

CPUV Nuffnang - Jan 17

Wednesday, January 04, 2017

CPUV Nuffnang Jan 2017

Alhamdulillah. Rezeki awal 2017.
Terima kasih Nuffnang. Terima kasih P&G Pantene dan Lactacyd X KOL. Terima kasih juga buat sahabat blogger yang tak jemu datang memeriahkan blog saya yang tak seberapa ni.

Jemputlah reramai datang meriahkan blog saya ya. Jangan lupa tinggalkan jejak sebab saya nak terjah blog kalian pulak. :)

Books

#HENSHIN MUSLIMAH Pembuka 2017

Tuesday, January 03, 2017

henshin muslimah

#HENSHIN MUSLIMAH by Kak Hassanah menjadi pilihan saya untuk dibaca pada permulaan 2017 adalah kerana saya ingin mengambil aura positiviti sekaligus berubah ke arah yang lebih baik dan juga cuba untuk meninggalkan serta mengikis karat-karat jahiliyah yang masih melekat dalam diri ini. InshaAllah bi iznillah. :)

Semoga penulis memperoleh keberkatan dan rahmat Allah dengan asbab penulisan beliau ini. Sangat banyak input-input yang baik dapat diambil dari buku ini.

Masih dalam proses pembacaan lagi dan belum khatam. InshaAllah, akan cuba dikhatamkan pada minggu ni jugak. Hihi

Antara yang saya dah baca adalah mengenai kepentingan solat dan menutup aurat. Tunaikan perintah Allah walaupun kita merasa payah dan tidak ikhlas. Kerana ikhlas itu tidak akan datang dengan sendirinya. Ikhlas itu memerlukan usaha. Istiqamahlah. InshaAllah, kemudiannya akan datanglah keikhlasan. :')

Nanti, bila dah khatam. Kalau rajin, inshaAllah saya akan review. Kihkih
Apapun, jom!
Henshin!!

Diari

My 2017 Happy Jar.

Monday, January 02, 2017

happy jar

I guess this idea has been viral few years before. And I do think this idea is really interesting and cool. But then, I am too lazy to do this. Nothing weird about I'm being lazy doing this happy thing. Right? :p

So, this year. Yup, 2017. I decide to do this.
My own HAPPY JAR.
I still not sure that I can keep this spirit until the end of 2017.
But , at least I've started doing this. Haha

What is HAPPY JAR?
I know most of you guys already know about this idea. But, let me tell you one more. Please, hehe.
Prepare a jar that is cute enough (well, it is not compulsory and I sure you know it already but I still want to write it LOL). Then, you just write any happy things that happened to you in any random papers. But I prefer sticky notes with striking colors. For now. :p
And, at the end of 2017. You can re-read what have you written and see how much happy things that you have been through this wonderful year. InshaAllah. :) 
I already put one thing that happened in 2017. I guess I can share it with all of my beloved friends. It is not privacy actually. Don't worry. Haha

new year sticky note

I hope it will be more and moreee happy things or moments that will happen to me, and also you! InshaAllah, Amiiin. :)

*this post is suppose to be publish yesterday but because of the internet problem, I end up publishing today*

P E N G O M E N