Study Week = Berjimba Week

Sunday, December 31, 2017

First of all, aku nak bagitau yang aku berjaya menang jugak Lazada Blogger Contest haritu. Alhamdulillah. Walaupun bukan hadiah pertama, dapatlah jugak aku guna untuk shopping sikit kan. Tapi, sebenarnya tak tahu jugak nak beli apa. Hewhew.


Walaupun dapat third prize, of course aku teruja sangat sebab ni first time menang contest Lazada kot. Hehe terima kasih Lazada. Nanti buat lagi contest, in shaa Allah I will join again. ;)

Okeylah. Betul ke study week sama dengan berjimba week? Eh, sebelum tu korang tau ke maksud berjimba. Aku tau term ni bila pergi belajar Johor laa. Kawan aku dari Muar, Fatimah yang ajar aku perkataan berjimba ni. Maksud dia macam main-main/ berpoya-poya gitu lah. Haha tu ikut kefahaman aku lah ye. Kalau salah jangan marah ye yang mana orang Johor. :P

Study week dekat UIA ni start minggu ni lah. Tapi, Selasa haritu aku still ada kelas ganti. Sebab tau jerlaa kan Malaysia banyak cuti (which is best sangaaaat), sampai tak sempat lecturer nak habiskan silibus. Haha. Tapi, tak boleh nak happy sangat jugak sebabnya, yes kelas dah habis tapi assignment masih ada yang mintak perhatian i olls ni. Hukhuk. 

Exam nasib baik dua paper je. Takdelaa stress sangat. In shaa Allah 3 dan 8 Januari ni. Doakan saya ye kawan-kawan semua. Dan untuk yang mana bakal menghadapi final exam jugak, saya doakan anda semua pun dipermudahkan urusan jugak. Dibuka pintu hati untuk jawab soalan dan hati lecturer pun lembut nak bagi markah. Amiin. :)

Disebabkan Selasa haritu officialy kelas aku dah habis, malam tu aku terus ke TBS. Cari tiket pi Penang dan pi rumah kakak aku. Ma dengan abah aku pun pi Penang. Tu yang excited lebih sikit nak balik Penang tuu. Kelas aku habis pukul 8.45malam. Tunggu bas dari UIA ke LRT Gombak dalam pukul 9.30 barulah bas sampai. Sampai TBS dalam pukul 10.30 malam jugaklah. 

Sesampai kat TBS pulak, bukan main ramai orang beratur pulak. Aku ingatkan tak ramai orang sebab cuti Krismas pun kalau ikutkan dah habis. Tapi, ramai jugak rupanya. Beraturlaa sampai dalam pukul sebelas baru dapat tiket. Alhamdulillah tiket 11.30 malam. Tapi, pukul 12 baru dapat naik bas. Grrr haha sabor jerlaa. Esoknya dalam pukul lima macam tu aku sampai dekat stesen bas Sungai Nibong kakak ambik. Yehuuu! 

Hujung tahun ni taksahlaa kalau tak pi PESTA PENANG kan? Nak masuk ni, ada tiket rupanya. Serius, aku tak pernah perasan pun sebelum ni. Nampak tak yang aku tak pernah beli sendirik tiket. Haha nama pun student lagi kan? Sentiasa ada orang tolong bayarkan lah cerita dia. :P

Harga tiket untuk dewasa RM5.00, untuk kanak-kanak tak perasanlah pulak sebab kami takde kanak-kanak time tu. Maybe RM3.00 lah kot. 

Okeylah, tu je nak bagitau dulu. Gambaq takde sebab phone aku rosak. Tetiba taknak hidup. Whatsapp pun bukak kat laptop je. Adeiii. Doakan dia sihat balik ye.


Sebelum tu, hari ni dah last day untuk tahun 2017 lah. Huhu kejapnya masa berjalan. Semoga tahun baru akan menjadikan kita insan yang lebih baik dari sebelum ni. Happy New Year guys. ;)

Maafkan segala salah silap aku/saya dan doakan yang baik2 untuk semua ye!



You Might Also Like

6 comments

  1. tahniah menang contest, seronokla dpt shopping hehe
    all the best exam!

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Tahniah menang contest lazada. hihi

    ReplyDelete
  3. Kalau masa study week, pulun marathon tengok drama Korea, rasanya berjimba jugak ke? Hehe. Sebab tu lah yang Siqah suka buat masa study dulu 😅

    Happy New Year Fatihah! Study rajin2 dan semoga dipermudahkan semua urusan Fatihah tahun ni :) take care ya <3

    ReplyDelete
  4. wahhh berjimba di pesta penang. lama dah tak pergi sana

    ReplyDelete
  5. Wahh tahniah menang contest Lazada tu. Hehe kita tak sempat nak join (read : malas) Hehehe. Oh and betul sangat lahhh study week is berjimba week hahah. Bila paper dah dekat baru nak menyesal.

    ReplyDelete
  6. time study week slalu blaja 1/2 hari je.. yang selebihnya pegi jalan2 pegi makan2 hehe hari nak exam baru kalut =P

    ReplyDelete

Bismillah. Titipkan nasihat anda. :)