Lirik Qasidah Rindu Madinah

Monday, November 20, 2017

Lirik Qasidah Rindu Madinah

In shaa Allah, bersempena bulan Rabiul Awwal yang mulia. Saya ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat qasidah yang sangat saya suka. Qasidah Rindu Madinah. Terlalu banyak qasidah kegemaran saya, tapi buat masa ni saya nak share Qasidah Rindu Madinah dahulu.

Jika diberi keizinan, saya akan share qasidah-qasidah yang lain pulak. In shaa Allah.
Ayuh berqasidah. Kenali nabi kita Nabi Muhammad ﷺ yang mulia, penghulu sekalian alam. 

Lirik Qasidah Rindu Madinah 
Ustaz Neezam dan Shoutul Muhibbin
(sumber)

Rindunya daku kepada bumi Madinah
Takkan terubat walau sudah ziarah
Sekalipun menangis berair mata darah
Hatikan tetap rindukan Rasulullah

ALLAHU ALLAHU ALLAHU ALLAH
ALLAHU ALLAH
HABIBI ROSULULLAH..

Terimalah hadiah imbalan ziarah
Insan yang lemah ingin berqasidah
Diilhamkan Allah Syamail Muhammadiyah
Berkat menangis di Raudhatul Jannah

ALLAHU ALLAHU ALLAHU ALLAH
ALLAHU ALLAH
HABIBI ROSULULLAH..

Di suatu malam, bulan yang penuh cerah
Baginda mengenakan pakaian serba merah
Lalu bersumpah Jabir bin Samurah
Jika dibezakan, Nabi terlebih indah

ALLAHU ALLAHU ALLAHU ALLAH
ALLAHU ALLAH
HABIBI ROSULULLAH..

Matanya yang terang, sangat suka bercelak
Nampak yang dibelakang, dan depan serentak
Jinjang tengkuk Nabi, sangat putih melepak
Tiada berdaki, umpama pantulan perak

ALLAHU ALLAHU ALLAHU ALLAH
ALLAHU ALLAH
HABIBI ROSULULLAH..

Dahinya yang luas, anak matanya hitam
Cahaya berhias, menatap kan tenteram
Tulang baginda kemas, saling kuat menggenggam
Rukanah tertewas, lalu memeluk Islam

ALLAHU ALLAHU ALLAHU ALLAH
ALLAHU ALLAH
HABIBI ROSULULLAH..

Rambutnya ikal mayang, tidak terlalu panjang
Tingginya yang sedang, dada luas berbidang
Ketika berjalan, condongnya kehadapan
Lajunya seperti, turun tempat yang tinggi

ALLAHU ALLAHU ALLAHU ALLAH
ALLAHU ALLAH
HABIBI ROSULULLAH..

Helaian bulunya tetapkan terus wujud
Hanya belasan uban memikirkan surah Hud
Umpama pedang jaguh, hidung baginda mancung
Dipandang dari jauh, kening seakan bersambung

ALLAHU ALLAHU ALLAHU ALLAH
ALLAHU ALLAH
HABIBI ROSULULLAH..

Nafas berbau wangi, semerbak kasturi
Sukakan bersugi, yang busuk dihindari
Tak pernah menguap, berkat cucian hati
Takkan pernah dihinggap, lalat walau sekali

ALLAHU ALLAHU ALLAHU ALLAH
ALLAHU ALLAH
HABIBI ROSULULLAH..

Berjarak gigi hadapan, cahaya kelihatan
Segala pertuturan, adalah wahyu tuhan
Lebar bibirnya, menandakan pemurah
Membaca Al-Quran, dengan penuh Fasoohah

ALLAHU ALLAHU ALLAHU ALLAH
ALLAHU ALLAH
HABIBI ROSULULLAH..

Baginda memilih, hidup dalam berzuhud
Sekalipun maksum, sangat banyak bersujud
Menipis isi tumit, lamanya bertahajjud
Banyak mendaki bukit, sangat sayangkan Uhud

ALLAHU ALLAHU ALLAHU ALLAH
ALLAHU ALLAH
HABIBI ROSULULLAH..


Hayati dan berqasidahlah. Tambahkan kecintaan kita kepada Nabi Muhammad ﷺ. In shaa Allah. 💕

You Might Also Like

9 comments

  1. jemput la join sini ye. Ray dah bukak segmen GA

    http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

    ReplyDelete
  2. Sedap lah ana qasidah ni.terus rasa rindu pada baginda Nabi. Sedih rasanya. Lirik dia pun bagus. Menggambarkan ciri2 baginda Nabi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangaat. Suka pasang kat bilik, biar kita senntiasa ingat Rasulullah. :)

      Delete
  3. puitis sggh liriknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lirik tu banyak diambil dari kitab Syamail Muhammadiah. Hadith2 berkenaan kesempurnaan Rasulullah SAW. :)

      Delete
  4. Sedapnya qasidah. Mendayu_dayu bunyinya dengan lirik yang bagus

    ReplyDelete
  5. belom pernah sampai lagi.. semoga ada kesempatan dan rezeki suatu hari nanti =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalaa kita pun. In shaa Allah pasang niat dan azam dulu. :)

      Delete
  6. Alhamdulillah, lama dah cari akhirnya ketemu,terima kasih..
    semoga sebab kecintaan kita kepada Rasulallah Shalallahu Alaihi Wassalam menjadi sabab musabab kita berkumpul dengan Beliau Kelak di Tempat Rahmat Allah.. Aamiin

    ReplyDelete

Bismillah. Titipkan nasihat anda. :)