Apa Itu SushiVid? Saya Pun Dah Terjebak!

Sunday, November 19, 2017

Apa Itu SushiVid? Saya Pun Dah Terjebak!

Haa, korang familiar dengan logo ni? Saya sebenarnya baru je jugak tau kewujudan SushiVid ni. Sebelum ni kan saya macam krik krik dari blog dalam sebulan lebih. Pastu, datang balik nak aktif ramai pulak yang up entry pasal ni.

Mula-mula, saya macam tak berminat sangat. Tapi bila dah baca banyak kali macam menariklah pulak kan? So, apa itu Apa Itu SushiVid? Macam mana saya pun boleh terjebak ni? Haha nak tau serba sedikit bolehla baca entry ni sampai habis ye. ;)

Apa itu SushiVid  dan Kelebihannya?

SushiVid  adalah salah satu platform untuk anda dan saya jana pendapatan melalui media sosial. Bukan blog je tau, Instagram dan YouTube pun boleh. Kat sana, kita boleh propose untuk dapatkan campaign yang disediakan oleh pihak company.

Yang menariknya lagi, bayaran akan diberikan dengan menggunakan USD. USD convert ke RM bolehlaa darab dengan 4 point something. Hehe. Lepastu, kita juga akan dapat RM10 bila kita sign up dengan SushiVid ni. Dan lepastu, kalau korang nak payout terus pun, boleh je takde masalah. Cuma, kena tolak RM1 laa kalau nak cash out sebelum cukup RM100. Best kan?

Boleh Mendaftar SushiVid kat SINI

Syarat untuk Mendaftar Dengan SushiVid  
  • Youtubers : 250 subscribers
  • Instagrammers : 2,000 followers
  • Bloggers : 2,000 visits setiap bulan
Kalau korang tak cukup syarat ni, boleh jer jugak mendaftar. Cuma, tak boleh nak propose untuk campaign lah. Tapi, bolehlah jugak ambik manfaat buat Referral Program. Promote SushiVid dekat kawan-kawan guna link yang akan diberikan. Kalau ada rezeki kawan korang join, korang pun dapatlah merasa sahamnya. Hehe

Hah, jadi tunggu apa lagi? Berminat?

Boleh Mendaftar SushiVid kat SINI!!

Apa Itu SushiVid? Saya Pun Dah Terjebak!

Macam ni lah contoh campaign yang kita boleh review dan pilih mana yang berkenan. Kemudian, propose. Bila dah propose tu, kena sedialah sama ada diterima atau ditolak. Tapi, yang pentingnya kita usaha. Ye dak? Hehe

Menarik tak? Saya dah tertarik, sebabtu saya boleh terjebak ni. Tulah ceritanya bagaimana saya boleh terjebak. Kehkeh

Okeylah, tu jerlah perkongsian saya tentang SushiVid ni. Saya pun masih baru lagi mendaftar. Boleh tengok blogger otai yang lain yang dah dapat hasil dah pun. Mencari motivasi melalui mereka untuk lebih berusaha. Hah, gittew!

You Might Also Like

13 comments

  1. Singgah sini,, memang kena terjebak dik,, akak pon dah dapat hasil hii, memang bagus sushivid ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh, tahniah! Akak pun otai jugak! ;)

      Delete
  2. In shaa ALlah semoga murah rezeki. Ameen

    Nak jmput join segmen GA ray kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameen. Terima kasih sudi jemput. Nanti kite terjah. :)

      Delete
  3. Alhamdulillah..harituh dah daftar. Tapi masih belum layak lagi nak review anything sebab followers kita ciput ajer. HAHAH!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha kitapun tengah propose lagi. Kalau diterima alhamdulillah. Kalau tak, kena cobalaa lagi. Hehe

      Delete
  4. Tak pandai sangat.. pastu follower tak menepati syarat.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe kak, boleh belajar. Kitapun sama baru nak belajar2. Untuk blog, syarat dia pageview yang 2k sebulan. Bukan follower tau. Hehe takut akak tersilap pandang. ;)

      Delete
  5. In Sha Allah kalau rajin adalah hasilnya tu.

    ReplyDelete
  6. Selamat bersushi ana. Mana tau ada rezeki ana kan. :)

    ReplyDelete
  7. penah dgr je tp x penah buat / join / menjebakkan diri ;-)

    ReplyDelete
  8. da daftar tapi tak penah buat apa2.. xdan nak godek betul2 hehehe..

    ReplyDelete
  9. Dah register tapi tak sempat nak explore lagi =__='

    ReplyDelete

Bismillah. Titipkan nasihat anda. :)