Aminah Cinta Puteri Quraisy || Books Review


Penulis: Zahiruddin Zabidi 
Publisher: PTS Litera Utama 
ISBN: 978-967-5783-46-3
Mukasurat: 247ms

Sinopsis Aminah Cinta Puteri Quraisy - Goodreads

Aminah binti Wahab lebih dikenali sebagai bonda junjungan Nabi Muhammad ﷺ. Namun pada satu sisi lain, Aminah adalah wanita Quraisy yang terbaik daripada segi keturunan dan kedudukannya pada waktu itu sehingga boleh digelar sebagai puteri kaum Quraisy. Beliau juga adalah isteri kepada Abdullah bin Abdul Mutalib, pemuda Quraisy yang terbaik pada zamannya. Novel ini bercerita berkenaan sisi ini, sisi beliau sebagai isteri yang memberikan sepenuh hatinya untuk seorang lelaki yang bergelar suami.

Aminah binti Wahab adalah wanita kaum Quraisy daripada bani Zuhrah. Beliau adalah anak kepada pemimpin bani Zuhrah, Wahab bin Abdul Manaf. Namun, sedari kecil beliau dipelihara oleh bapa saudaranya, Wuhaib bin Abdul Manaf . Beliau meninggal dunia pada tahun 557 masihi semasa dalam perjalanan pulang ke Mekah dari Madinah. Beliau dikebumikan di perkampungan bernama Abwaa.

Aminah Cinta Puteri Quraisy - My Review

Buku ni ditulis dengan gaya penceritaan ataupun novel. Macam biasalah, akukan kalau nak baca pasal sejarah/sirah aku biasanya memang akan cari penulisan yang berbentuk penceritaan macam ni. Baru mudah nak mencerna sikit.

Sangat disarankan kepada semua untuk dibaca agar kita dapat mengenal dengan lebih dekat lagi bonda nabi kita Nabi Muhammad ﷺ, sekaligus sedikit tentang ayahanda baginda juga. Kedua-dua ibu bapa baginda memang masya Allah sangat elok daripada semua aspek sama ada rupa, akhlak mahupun keturunan.

Kedua-duanya memang merupakan idaman teruna dan dara penduduk Mekah ketika itu. Namun, tatkala Abdullah bin Abdul Mutalib dan Aminah binti Wahab disatukan, semuanya seolah-olah redha dan terdiam kerana mereka juga akur dengan kesepadanan kedua-dua sosok tubuh tersebut. Kedua-duana sangat sepadan dan tiadalah yang lebih layak untuk mendapatkan Puteri Qurasy itu melainkan pemuda mulia Abdullah bin Abdul Mutalib.

Turut diceritakan dalam buku ini saat Sayyidah Aminah mengandungkan dan melahirkan Nabi Muhammad ﷺ. Allahu Akbar! Luar biasa. Sangat indah saat kelahiran insan sebaik-baik manusia, yang kelahirannya dinantikan oleh sekalian penduduk alam di langit mahupun di bumi. Lahirnya membawa cahaya menerangi seluruh alam.

Allah..  Betapa beruntungnya kita dapat menjadi umat kepada Rasul mulia Nabi Muhammad ﷺ. Semoga kita mendapat syafaat baginda di akhirat kelak, dan dapat bersama-sama masuk ke Jannatul Firdaus. In shaa Allah.

Buat semua, selain dibaca untuk diri sendiri. Boleh jugak buat bedtime stories untuk anak-anak. Kenalkan mereka dengan para nabi dan rasul, srikandi-srikandi dan juga tokoh-tokoh islam. Itu jauh lebih baik dari kalian kenalkan dengan superhero-superhero barat yang tak pernah wujud pun.

Betul tak?

Hihi bukan bebel, cuma seruan dan ajakan. Ayuh, kenali rasul kita dan cintai baginda serta ahli keluarga baginda. :')
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Rasa macam tak jadi ulasan buku pun entri kali ni. Takpelaa eh. :P


Post a Comment

6 Comments

  1. Boleh cari buku ni. Kak ana baru habis baca kisah Aisyah. Skrg ni minat nak baca sirah zaman para Nabi. Asal ke kedai buku je mesti cari buku2 tu. Smlm dpt 4 buku sirah. Hehe

    ReplyDelete
  2. Menarik juga kan.. boleh cerita kan anak, supaya mereka cintakan Nabi kita. Buku yang bersahaja boleh buat kita khayal dan mudah nak faham kan.

    ReplyDelete
  3. tak byk buku yg menyentuh psl ibu nabi... so adanya buku ni, kita boleh tambahkan ilmu kan ana!

    ReplyDelete
  4. lama juga saya tak baca dari Goodread..

    ya macam best juga buku ini..

    ReplyDelete
  5. Nak carilah buku ni :)

    ReplyDelete
  6. Kita da baca buku ni. Memang best. Gaya bahasanya ringkas dan menarik. Bukan setakat kita yg dewasa ni seronok membaca, malah, anak anak kecil pun suka. Sebab mudah difahami.

    ReplyDelete

Bismillah. Titipkan kata-kata anda.