Second Week Already??


Assalamualaikum, yeuhuuuu~
Ada orang lagi tak?

Haha.

Okey, hari ni aku baru nak up first entry untuk second sem ni. Dah minggu kedua dah nampaknya, tak sabar nak tunggu grad. Eh? Laju betul, awak tu baru je sem dua okeh? Hiuhiu

Untuk this semester, aku ambik lima subjects. Maximum credits for master students lah kiranya ni. 15 kredits. No, aku bukan semangat sangat atau rajin ke apa. But, aku memang kena ambik subjek banyak sikit every semester since aku buat full coursework mode. Jadi banyaklah subjek kena ambik dan masuk kelas.

Walaupun begitu, kelas tak banyak sangat pun sebenarnya. Sebab satu subjek cuma satu kelas. So, dalam seminggu aku cuma ada lima kelas je. Cuma, setiap kelas tu tiga jam lah. Jadual aku semester ni pun lebih kurang semester lepas. Aku cuma ada kelas tiga hari, jadi cuti-cuti tu lama sikitlah. Empat hari termasuk Sabtu Ahad. Hehe (Bila baca balik perenggan ni, banyaknya cuma. Tapi I'm too lazy to edit. Let it be jerlah ye.)

Kelas aku hari Isnin, Selasa dan Rabu. Hari yang paling sakit adalah hari Selasa. Aku ada tiga kelas dan from 9.30am until 8pm. Waktu rest adalah pada jam 12.30-2.00pm je. Kelas dari jam 2.00-8.00pm tu takde gap. Solat asar pun masa pertukaran kelas kedua dan ketiga je. Dalam pukul lima macam tu lah. Biasalah, student life laa katakan. Uhuk uhuk.

Semalam, serius memang penat sangat rasa. Dengan kejadian aku tertinggal phone dalam lab pulak. Lepastu, bila nakgi ambik, lab dah kunci. Jadi, aku pun pegilah cari lecturer yang mengajar nak tanya macam mana nak masuk lab sebab time tu dah habis office hour, pejabat pun dah gelap semua. Aishh, lecturer pulak tak ditemui.

Bila aku dah nak give up, takpelah ambik pagi esok jerlah. Aku bagitau kawan aku Nura.

Then, kami pun berjalanlah nak ke kafe untuk makan malam sebab kami dah solat maghrib dalam waktu kelas tadi. Bolehlah lepak-lepak sikit. Tenangkan fikiran yang sedang kusut tu. Eceeewahh! Dalam perjalanan tu, tetiba kami nampak lecturer kami yang sedang cakap phone. Walaupun ni bukan lecturer yang mengajar dekat kelas tadi tu, tapi bolehlaa kan bila dah terdesak macam ni. Haha

Tunggu punya tunggu, lama pulak Prof ni borak dekat phone. Kami cuba untuk buat-buat cool, taknak nampak obvious sangat tengah menunggu. Walaupun, ia sangatlah pelik sebab masa tu baru lepas maghrib and tempat tu bukanlah tempat melepak tapi just tempat laluan orang ramai. Yang memang secara normalnya, orang takkan berhenti kat situ. 

Dengan payung yang Nura pegang terjatuhnya lagi. Daaa, you guys memang nak tarik perhatian ke apa ni?! I guess Prof terpikir macam tu kot. Haha sebab lepastu Prof pandang and jalan. Of course, kami follow dan Prof pun letak phone. Tak dapat dikenal pasti, memang Prof dah habis borak atau beliau terpaksa end the conversation sebab ada stalker dua orang ni tengah usya dia. LOL.

Kami pun teruslah tanya Prof. Prof cakap kat kami, kamu tunggu saya? Tak pernah orang tunggu saya. Gelak jerlah kami mampu. Haha. Alhamdulillah, Prof kata bilik teknikal bukak sampai pukul 9.00pm. Jadi, kami marathon pulak ke fakulti. Cari bilik teknikal dan alhamdulillah misi berjaya!  Phone berjaya didapatkan. Syukur sangaaaat! 

Baru kenal bilik teknikal and baru tau bilik tu bukak sampai pukul sembilan malam. Haha noob betullah Fatihah.

Kenapa aku bersemangat sangat nak ambik phone tu sebab aku ada urgent matter sebenarnya nak pakai phone. In case of safety atau takut hilang aku rasa okey je sebenarnya, sebab lab tu pun dah tutup. Cuma perlu pegi awal jerlah pagi esok tu. 

Lepastu, barulah boleh menikmati makan malam dengan tenang. Sampai bilik, uruskan urusan pendaftaran proram. Yang aku cakap urgent matter tadi tu lah. Alhamdulillah, siap semua. Dapat tidur dengan tenang.
Maka, nikmat apa lagi yang hendak kau dustakan?
Ar-Rahman:16
 
Second Week Already??

Always remember this ayah, in shaa Allah you will always be calm and strong! :')
Semestinya, peringatan ini adalah untuk diriku lebih-lebih lagi.

#assignmentBanyak
#let'sBlogwalking


Post a Comment

9 Comments

  1. Selamat kembali ke kuliah Ana. Semoga dipermudahkan segala urusan. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  2. Anonymous2:50 PM

    wah UIA ke? sedar2 dh 2nd week, pastu isnin ni 3rd week dah. tinggal lagi 11 weeks je huhu, tambah lak saya ni dah final year. 2nd week pun dh start pening kepala T__T

    ReplyDelete
  3. All the best for your studies :)

    Fatinamudz

    ReplyDelete
  4. Jangan lupa bila grad nnti beri saya satu pass untuk masuk dewan tu.

    Kalai saya saya biarkan prof tu bertelefon hingga subuh. Best gitu

    ReplyDelete
  5. Good luck and all the best to you Fatihah.

    ReplyDelete
  6. best of luck adik manish.. belajar rajin2 hehe =)

    ReplyDelete
  7. rindunya zaman belajarrrr. hehehe waktu susun jadual kelas tu yg best. susun jadual yg boleh kasi blk rumah lama sikit hehe :p

    ReplyDelete

Bismillah. Titipkan kata-kata anda.