Bila Sepupu-Sepapat Berkumpul

Sepupu-sepapat yang dimaksudkan ni bukanlah dimaksudkan saya dengan sepupu-sepapat saya. Tapi, anak-anak buah saya semua tulah. Okey, sebelum saya meneruskan cerita. Izinkan saya mengenalkan anak-anak buah yang saya cintai ni. :)


Susunan nama tu ikut umur mereka dah tu. Hihi. Setakat ni empat hero dan satu princess. Entry-entry kat atas tu ditulis masa depa semua dilahirkan. Entry first pasal dioranglaa kiranya. Entry zaman muda-muda saya jugaklah kiranya. Kihkih

Kak Azah sekeluarga yang duduk dekat Selangor ni pergi jenjalan Melaka (rumah Kak Sarah) masa hujung minggu lepas. Saya tak ikutlah sebab saya ikut Seminar Pemantapan Aqidah haritu kan. Kalau tak, mesti awal-awal lagi dah join sekali. Haha 

Hmmm, sebenarnya taktau jugak nak cerita macam mana. Nak share gambar tujuan utama entry ni ditulis sebenarnya. Hikhik.




Macam mana gambar dorang boleh diambil duduk atas kerusi elok tu masih menjadi misteri kepada saya. Mungkin sebab pagi-pagi penat lagi nak terlebih aktif kot. Haha 


Cucu sulung atuk dan nenek. Umur enam tahun tapi kalau ukur saiz tangan sikit lagi nak sama besar dengan Achik dia ni. Hmmm.


Yang ni pulak the only princess laa buat masa ni, dan paling kecik sekali. Tapi, jangan ingat boleh dibuli ye. Haha boleh tahan jugak hero ni. 


Amboii, belajar dengan sape posing acah-acah gelak tu? Haha yang besar sikit tu Faqih dan yang kecik tu Abang Long. Faqih ni juara untuk kaki yang suka mengusik. Abang Long tu lah mangsa dia. :P



Semua baju sama kecuali sorang gegirl tulah kan. Irsyad, cepat-cepatlah besar sikit. Kurus je awok sorang ni. Nak kalah dengan Husna dah tu. 

Baju dorang tu Kak Nor saya yang sponsor. Eh Husna, tudung tadi dah pegi mana tuuu? Kiki


Lepastu, kakak saya share gambar ni dekat group family. Abang Irfan ni memang sweet sangatlah. Kalau dia balik kampung pun, kadang-kadang tengok dia akan tulis semua nama ahli keluarga besar kami kat mana-mana kertas. 

Achik sayaaaaang korang sangat-sangatlah. Rindu nak jumpa semua. InshaAllah awal Ramadhan ni balik kampung semua. Tapi, Achik dia ni tak konfem lagi sebab masih tengah final exam. Uwaaaa, harap dapatlah balik sebab gap antara paper boleh tahan lama jugak. Hihi

Kalau tak, inshaAllah jumpa raya nantilah. ;)



Post a Comment

24 Comments

  1. Bila dah berjumpa, berkumpul, bergabung memang meriah rumah 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang meriah sungguhlaa. Akan ada je projek yg dorang nak buat bila dah bergabung tuu. Haha

      Delete
  2. Bila yang dewasa dapat berkumpul dengan mereka kanak-kanak..subhanAllah nikmat luar biasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat. Kalau kepala tengah serabut pun boleh jadi tenang bila tengok dorang happy je. :')

      Delete
  3. alahai comelnyaaa!anak anak buah cikja pun macam ni laa gelagat kalau jumpa sepupu dorg :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kankan. Macamni lah anak2 kecik ni bila jumpa geng. Hehe

      Delete
  4. Comelnye princess tu. Mesti dia lah Ketua tu among others. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Kadang2 macam ye jugak tu kak. :P Girl's powerlah katakan~ Hehe

      Delete
  5. Ala comel la gegurl tu diapit hero2...

    ReplyDelete
  6. Mesti meriah dgn gelak tawa diorang kan, pastu usik2, nangis2, pastu ok balik, main lagi, dah penat semua pakat tido kan, hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm sangaaat. Kejap duk main2 gelak2, kejap lagi nangislaa tu. Haha

      Delete
  7. comelnya semua...rasanya anak ke2 mmg suka mengusik kot..;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak anak kedua jugak ke? Macam tau2 jer tuu. Hihi :P

      Delete
  8. Anonymous9:31 PM

    alahai comelnya semua, yg abang2 pun hensem sangat
    si princess tu ya Allah geramnya, mata bolatt ><

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha mata bolatt tu memang betui. Tambah2 kalau baru bangun tido. Erk! Haha

      Delete
  9. All of them are too adorable..! Masa ni la seronok nak spend time dengan diorg kan.. hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kitapun boleh masuk geng jadi budak2 sekali bila layan dorang. Besttt hihi

      Delete
  10. alahai comel-comel semuanya. :) bagus kan ada quality time bersama :)

    ReplyDelete
  11. mesti riuh rumah kan bile dorang semua ade.. hihi

    ReplyDelete
  12. Riuh rendah rumah kalau mereka berkumpul ini.. yang gegurl tu comel sangat..

    ReplyDelete
  13. Comei la hai budak-budak ni... yang sorang girl tu super cute!😍😍😍

    ReplyDelete
  14. riuh, meriah dan plg tensen... masing2 payah nk tido hehehehe

    ReplyDelete
  15. Semua comel 😍 Seronok kan bila sepupu semua berkumpul. Meriah rasanya rumah. Bising tu of course lah kan, tapi seronok. Hehe 🤗

    ReplyDelete
  16. bebudak ramai macam ni, bila diorang ada kita rimas.bila takde terindu-rindu..hehe

    ReplyDelete

Bismillah. Titipkan kata-kata anda.