Books

Arkitek Jalanan by Teme Abdullah | Book Review

Wednesday, May 17, 2017

Arkitek Jalanan Teme Abdullah | Book Review

Penulis: Teme Abdullah
Publisher: IMAN Publication
ISBN: 978-983-2423-43-0
Mukasurat: 331ms
Bakat tanpa otak, sia-sia. Otak tanpa bakat, lebih berguna. Bakat dan otak, moga tidak tersalah guna.
Malam ni aku nak review buku yang paling meletup-letup buat masa sekarang ni iaitu Arkitek Jalanan by Teme Abdullah. Sebenarnya seram jugak nak review buku yang famous macam ni haha. Maklumlah feedback semua pun memang terbaik dan ramai sangat fans Teme nih terutamanya gadis-gadis. Auchh, yeke? Kihkih

Sebenarnyakan nak tahu tak? Memang best pun buku nih. Aku ambik masa lebih kurang dalam sehari jerlaa nak khatamkan buku ni. Buku Arkitek Jalanan ni bukanlah bacaan yang berat bagi aku. Santai-santai sahaja. Teme berjaya menulis dengan baik sebab pembaca tak rasa bosan bila baca buku ni which is  good sebab tak ramai penulis boleh buat macamtu.

Buku Arkitek Jalanan ni sebenarnya lebih kurang jugak dengan buku Pelukis Jalanan yang menceritakan kisah hidup beliau menuntut ilmu di luar negara, UK. Cuma, mungkin kalau dalam buku Pelukis Jalanan Teme banyak diuji dengan masalah kewangan, dalam buku Arkitek Jalanan ni masalah-masalah lain pulak yang menguji dia. 

Watak Ahmad yang kalau korang baca buku Pelukis Jalanan pasti kenal, pun ada jugak dalam buku ni. Kalau sebelum ni watak Ahmad tu macam watak sampingan je, kali ni watak Ahmad lagi besar. Ada dari mula sampai akhirlah pendek kata. Setia menemani Teme, friendship goals budak muda sekarang kata bila baca pasal depa ni. Hihi terasa tua kejap.

Walaupun buku ni dikategorikan sebagai buku yang santai je (bagi aku), tapi tetap ada bidasan dan kritikan sosial diberikan dalam buku ni. Aku suka yang part Teme tulis pasal penulis muda and penunggang agama tu. Sebab rasa macam ada orang tuliskan ke dalam buku benda yang aku selalu terfikir tapi tak reti nak lontarkan. Memang setuju 200% part tu. Hehe

Banyak quote menarik dan gambar lukisan Teme pun turut disertakan dalam buku ni. Tulisan atau font yang digunakan agak besar dari kebiasaan buku lain. Aku tak kisahpun part ni sebab rasa macam takde mengganggu pembacaan aku pun. 
You're allowed to feel exhausted and rest for a while, But don't stop. Don't give up. Keep moving.
Ouh, korang ingat Orange? Dia ada lagi dalam buku Arkitek Jalanan nih. Haha sabar jerlaa.  Dia buat apa pulak kali ni, part tu korang kena baca sendiri. Aku taknak jadi spoiler. Lagi satu, buku ni mampulaa jugak buat aku sengih-sengih sebab Teme dengan Ahmad sweet sangat. Nangis tu semestinyalahkan, bukan buku Teme kalau tak mampu buatkan aku nagis. Haha 

Last but not least, I is jealous dengan si Wani tu. Uppss! Sape pulak Wani tu? Hmmm suspen tak? Haha. Okey, kalau nak tahu korang kenalaa baca sendiri buku Arkitek Jalanan ni. Kalau tak boleh sabar nak tahu jugak, do PM me okey? Nanti kita sembang belakang. Haha

❤❤❤❤❤❤❤

Aku harap akan ada lagi buku yang akan Teme tulis lepasni. Terima kasih untuk kedua-dua buku yang banyak bagi pengajaran buat aku. Terima kasih di atas usaha untuk memandaikan masyarakat. Stay cool and mysterious okeh? 

Haha macamlah dia baca. Tapi, who knows kan? Yerlaa, aku ni kalau dekat instagram dia, paling advance pun aku ❤ gambar dia je. Mana berani aku nak komen ke apa. Tapi sebab ni dekat blog aku. I'm the boss laa kan? Muehehe

Okeylah dah lewat ni, nak kena pi tido dulu. Esok inshaAllah balik kampung. Doakan selamat semuanya perjalanan musafirku. Tazzabar! ;)

Aku Budak Master

Study Week Oh Study Week

Monday, May 15, 2017

Study Week Oh Study Week

Yup, minggu ni adalah minggu belajar atau study week untuk UIA. Tapi, saya dah selesai satu paper dah pun hari ni. Kihkih. Esok satu paper lagi kemudian cuti-cuti Malaysia untuk dua minggu lebih. Then, barulah last paaaaaper pada 2 Jun nanti. Fiuuuh, lama tuh cuti.

Haa, tengok gambar laptop saya kat atas tu. Time-time ni lah dia nak buat hal. Haha ujian di musim exam. Tapi, kalau jadi macam kat atas tu saya rileks je sebenarnya sebab dah biasa sangat jadi macamtu. Tapi, kali ni dia taknak masuk charging. Bukannya rosak plug ataupun wire ya sebab lampu kat laptop still nyala menunjukkan ada arus elektrik mengalir di situ. Cuma, dia taknak charging je. 😫😫

Dah dua hari jugaklah macamni. Kadang-kadang dia jadi jugak charging. Haha dia main cakcak dengan saya. Kejap elok kejap tak. Sebab dia nak bergurau dengan saya, tak pasal-pasal saya jadi baguih pergi study dekat library sebab nak pakai PC. PC library pulak boleh pakai dua jam je sehari. Sabar jerlaa. Hmmm. Saya ni dahlaa sejenis yang suka study terperuk kat bilik. Takpelaa kan, pasti ada hikmah di sebalik musibah. Positif okeh! ;)

Tapikan, sekarang ni alhamdulillah laptop kesayangan saya ni dah boleh charging. Tadi saya call mak abah saya dan cakap pasal laptop ni. Mungkin berkat doa mereka, laptop ni boleh hidup. Lama hidup ni, dah tak main cakcak dah. Moga terus sihat ye wahai lappy. 

Lagipun, laptop ni dah agak berusia. Saya pakai dia dari zaman matrik lagi. Mungkin dia pun penat jugak berkhidmat kepada saya. Hihi takleh nak salahkan dia kalau dia sakit sikit-sikit. Lumrah barang lama.

Hmmm, exam tadi boleh tahan jugak susah dia. Subjek Introduction to Education. Soalan yang ditanya macam agak krikkrik sikit. Rasa macam apa benda yang dia nak ni sebenarnya. Haha normallah tu kot kan. Harap result okey jerlah nanti.

💗💗💗💗💗💗💗

Okeh, cukup dengan cerita sendu tu. Saya nak bagitahu yang lusa inshaAllah saya balik kampungggg! Tiket dah beli. Yeuhuuu, tak sabar pulak rasa. InshaAllah, awal Ramadhan dekat rumahlaa tahun ni. Tapi, sebelum berseronok kat rumah. Kena settle kan exam esok, lepastu bila dah balik rumah kena datang pulak sini untuk seketul paper lagi. Huk aloh! 

Lagi ape ek nak cerita, rasa macam banyak je sebelum ni nak cerita. Tapi, biasalah bila dah duk depan lappy tetiba je modal bercerita hilang dibawa angin lalu. Hmm, sekadar itu dululah kot. Doakan saya dan sahabat-sahabat untuk dapat jawab exam dengan baik dan cemerlang. Moga Allah permudahkan urusan kita semua. Amiin.

Aku Budak Master

Buku Baru Hasil Dari Pusing #PBAKL

Wednesday, May 10, 2017

Haritu dah ceritakan kisah saya Seharian di Pesta Buku Antarabangsa PWTC. Menarik tak? Haha. Ada yang sebab baca entry saya tu terus laju-laju pergi PBAKL tak? Okey, perasannya Fatihah uitt!

Dalam entry tu kan saya ada janji nak share buku-buku yang saya beli dari PBAKL kan. Jadi, inshaAllah entry kali ni saya nak tunaikanlah janji tu. ;)

Are you ready guys~
Suspen tak? Pehal tah nak suspen-suspen bagai kan?


Buku Baru Hasil Dari Pusing #PBAKL

Okey, tulah dia buku yang sempat saya beli di #PBAKL tahun 2017 ni. Sebelas bijik. Eh, bukan sempat tapi yang MAMPU saya beli. Tu pun bila keluar dari PBAKL, duit kertas dalam dompet tinggal seringgit je. Haha. Ouh, kesiannya diriku. Tapi, jangan risau dalam beg ada jer lagi simpan duit spare.

Saja asingkan takut tiba-tiba takleh kawal nafsu pulak. Uhuk uhuk. Cuba teka total buku semua ni berapa? Saya pun dah lupa sebenarnya total dia berapa. Tapi yang pasti dalam RM100 lah lebih kurang. Kalau tak silap saya memang cukup-cukup RM100. Kalau tak silaplaa.

Buku Baru Hasil Dari Pusing #PBAKL

Novel English saya beli tiga buah. Yang selebihnya  semua buku Melayu.

  • Girl Online Tour - RM10
  • Radio Silence - RM10
  • Memory of Water - RM10
  • Aminah - RM3
  • Melakar Cinta Firdausi - RM3
  • Ratib Kekasih Allah - RM3
  • Mahar Cinta Cinderella - RM3
  • Namaku Bukan Maria - RM3
  • Keimanan Adalah Paksi - RM3
  • Pesan Hamka Kepada Pendidik - RM25 kalau tak silap
  • Arkitek Jalanan - RM27 kalau tak silap
Novel English tu, saya hanya tahu yang Girl Online Tour tu je. Yang dua lagi tu tak pernah dengar pun. Haha main beli je. Semua novel kat situ RM10 guys. Tak kiralah hardcover atau paperback. mana tak rambang mata nak memilih. huhu betul-betul sorga! 

Dekat area buku-buku MPH pulak, ada penghabisan stok buku-buku dijual dengan harga RM3. Okey, sekali lagi saya jadi macam makcik-makcik yang berebut tudung Fareeda. Eh, betul ke perumpamaan tu? Maaf ye. Hihi

Ratib Kekasih Allah tu siap ada percuma CD kat dalam tau. Memang murah sangatlah dengan harga RM3 tu. CD bacaan ratib yang ada kat dalam buku ni lah kiranya. Berbaloi-baloi guys! :D

Last but not least, buku yang memang saya carik iaitu buku Arkitek Jalanan. Jumpa buku ni dekat booth #HijrahIndie. Kat sini pun lebih kurang je dengan situasi kat kedai buku MPH tu. Ramaiii orang. Saya jumpa buku Pesanan Hamka Kepada Pendidik dulu. Tengok je tajuk, saya terus ambik. Macam sesuai je untuk saya yang ambik bidang pendidikan sekarang ni kan?

Lepastu barulah sesi perebutan buku Arkitek Jalanan. Hehe sebenarnya takdelah berebut sangatpun. Cuma, sedikit berhimpit-himpitlah. 

Okey, begitulah ceritanya bagaimana perjuangan seorang Fatihah nak dapatkan buku-buku di atas. Setakatni baru baca satu buku dari yang atas tu. Buku Melakar Cinta Firdausi, inshaAllah ada kerajinan dan waktu saya review. Not badlaa buku tu. :)

Buku Baru Hasil Dari Pusing #PBAKL

Buku baru + Buku lama = Gambar di atas

Kat manalah saya nak sumbat buku-buku ni bila balik rumah nanti. Padahal rak buku kat rumah tu pun dah penuh jugak. Buku yang saya tinggal kat rumah kakak saya pun ada lagi sikit. Hukhuk

Btw, kalau perasan saya tak buat pun April Wrap-Up. Seriously, macam takde mood pulak nak buat entry pasaltu. Buat-buat tak perasan jerlaa ye. Hihi. Minggu ni dah final week for this semester. Bakal sibuklaa lepasni nak kena prepare untuk exam. Doakan saya dan kawan-kawan ye! Masheh. ;)

Okeylah, dah lewat sangatni. Nak kena stop bebel. Esok ada program pulak pukul 8.30 pagi. Haha boleh pulak online sampai lewat malam kan. Sebenarnya sebab lepas Maghrib tadi saya tido sebab ngantuk sangat. Sebabtu mata macam segar sikit ni, tapi dah start rasa ngantuk dah sikit-sikit ni. :P

Okey2 kalini betul-betul last paragraph dah. Buku yang saya tengah baca sekarang: A Winter Flame by Milly Johnson. Mungkin lepasni kot akan baca Arkitek Jalanan sebab macam tak sabar sangat dah nak baca. Hihi 

Orait. Genait alls. Jaga diri and jaga iman!

Anak Buah

Bila Sepupu-Sepapat Berkumpul

Saturday, May 06, 2017

Sepupu-sepapat yang dimaksudkan ni bukanlah dimaksudkan saya dengan sepupu-sepapat saya. Tapi, anak-anak buah saya semua tulah. Okey, sebelum saya meneruskan cerita. Izinkan saya mengenalkan anak-anak buah yang saya cintai ni. :)


Susunan nama tu ikut umur mereka dah tu. Hihi. Setakat ni empat hero dan satu princess. Entry-entry kat atas tu ditulis masa depa semua dilahirkan. Entry first pasal dioranglaa kiranya. Entry zaman muda-muda saya jugaklah kiranya. Kihkih

Kak Azah sekeluarga yang duduk dekat Selangor ni pergi jenjalan Melaka (rumah Kak Sarah) masa hujung minggu lepas. Saya tak ikutlah sebab saya ikut Seminar Pemantapan Aqidah haritu kan. Kalau tak, mesti awal-awal lagi dah join sekali. Haha 

Hmmm, sebenarnya taktau jugak nak cerita macam mana. Nak share gambar tujuan utama entry ni ditulis sebenarnya. Hikhik.




Macam mana gambar dorang boleh diambil duduk atas kerusi elok tu masih menjadi misteri kepada saya. Mungkin sebab pagi-pagi penat lagi nak terlebih aktif kot. Haha 


Cucu sulung atuk dan nenek. Umur enam tahun tapi kalau ukur saiz tangan sikit lagi nak sama besar dengan Achik dia ni. Hmmm.


Yang ni pulak the only princess laa buat masa ni, dan paling kecik sekali. Tapi, jangan ingat boleh dibuli ye. Haha boleh tahan jugak hero ni. 


Amboii, belajar dengan sape posing acah-acah gelak tu? Haha yang besar sikit tu Faqih dan yang kecik tu Abang Long. Faqih ni juara untuk kaki yang suka mengusik. Abang Long tu lah mangsa dia. :P



Semua baju sama kecuali sorang gegirl tulah kan. Irsyad, cepat-cepatlah besar sikit. Kurus je awok sorang ni. Nak kalah dengan Husna dah tu. 

Baju dorang tu Kak Nor saya yang sponsor. Eh Husna, tudung tadi dah pegi mana tuuu? Kiki


Lepastu, kakak saya share gambar ni dekat group family. Abang Irfan ni memang sweet sangatlah. Kalau dia balik kampung pun, kadang-kadang tengok dia akan tulis semua nama ahli keluarga besar kami kat mana-mana kertas. 

Achik sayaaaaang korang sangat-sangatlah. Rindu nak jumpa semua. InshaAllah awal Ramadhan ni balik kampung semua. Tapi, Achik dia ni tak konfem lagi sebab masih tengah final exam. Uwaaaa, harap dapatlah balik sebab gap antara paper boleh tahan lama jugak. Hihi

Kalau tak, inshaAllah jumpa raya nantilah. ;)

Books

Umrah Disember | Books Review

Wednesday, May 03, 2017


Penulis: Amli Ghazali
Publisher: Amlibooks
ISBN: 978-967-12139-1-9
Halaman: 102ms

Sinopsis Umrah Disember - Goodreads

Satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan semasa mengerjakan umrah kali ini ialah mendaki Gua Hira. Allahu Akbar! Sebenarnya Gua Hira terletak tidak jauh dari Masjid al-Haram. Seingat saya lebih kurang 2 hingga 3 batu sahaja. Ia terletak di atas Jabal Nur. Kita semua tahu bahawa Gua Hira merupakan tempat Nabi Muhammad S.A.W menerima wahyu yang pertama...

Ranah 3 Warna - My Review 

Buku Umrah Disember merupakan perkongsian penulis tentang pengalaman beliau mengerjakan umrah di bulan Disember bersama-sama ahli keluarganya. Ahh, terbit rasa cemburu bila baca kisah orang yang mengerjakan umrah dengan ahli keluarga! InshaAllah, aku pun akan mengikut jejak beliau suatu hari nanti. Membawa ibu bapaku ke tanah suci Mekah dan Madinah!

Penulis turut menekankan tentang kuasa doa dan niat di awal buku ini. Bagaimana dengan langkah awal inilah, mimpi yang pada awalnya mungkin kelihatan mustahil akan beransur-ansur menjadi kenyataan dan realiti. Ya, aku juga semakin hari semakin bertekad untuk membawa ibu bapaku mengerjakan umrah. Biiznillah!

Dapat sign penulislaa~ Hehe
Mungkin masih awal untuk aku bercita-cita ke sana memandangkan duit untuk aku belajar dan makan pun masih  nyawa-nyawa ikan. Tapi, aku yakin dengan kuasa doa dan niat yang baik inshaAllah segala-galanya bisa terjadi! Biiznillah. :)

Buku ini turut menceritakan tips-tips untuk kita mengerjakan umrah. Apa yang perlu disediakan sebelum ke sana sama ada dari segi pakej, peralatan mahupun ilmu pengetahuan. Semuanya adalah sangat penting demi memastikan perjalanan umrah kita lancar dan tidak terganggu.

Walaupun buku ini agak nipis, tapi inshaAllah akan membantu sedikit sebanyak bagi sesiapa yang ingin mengerjakan umrah. Terutamanya bagi sesiapa yang kali pertama akan ke sana. Kita juga boleh mendapat gambaran awal bagaimana suasana apabila mengerjakan umrah di bulan Disember. Katanya, bulan Disember agak sejuk di Mekah dan Madinah. Mungkin faktor cuaca juga boleh memperngaruhi ibadah kita kan?

Antara yang menarik jugak, bila dalam buku ni ada diceritakan yang penulis turut melawat perpustakaan di Masjidil Haram. Cuma, disebabkan penulis tak bercerita dengan terperinci aku tak boleh bayang sangat perpustakaan tu. Teruja pulak rasa nak lihat perpustakaan kat sana. Tapi, mesti dalam tu banyak kitab-kitab Arab jerkan? Memang mampu jamu mata jerlaa kalau aku ke sana pun. Haha 

Kalau anda sedang mencari-cari buku tentang umrah? Mungkin buku ini sesuai untuk anda sebagai bacaan ringan. :)

Berminat? Boleh beli di sini.

Books

Seharian di Pesta Buku Antarabangsa PWTC

Tuesday, May 02, 2017

Seharian di Pesta Buku Antarabangsa PWTC

Sebenarnya bukanlah seharian suntuk aku dekat  Pesta Buku Antarabangsa PWTC ni. Aku bertolak dari bilik dalam pukul 9.30 pagi. Sampai-sampai kat PWTC dah nak dekat pukul 11 pagi pulak. Lama betul ambik masa dari UIA ke PWTC. Haha

Mungkin sebab ni first time aku naik LRT ke sana. So, ambik masa sikit untuk baca signboard and tengok map LRT tu. Sambil2 tanya bro guard jugak. Haha tapi alhamdulillah takde sesat pun. 

Dekat area Masjid Jamek seram sikit sebab bila nak tukar laluan tu. Kena lintas jalan. Aku lemah sikit bab nak lintas jalan. Tapi, nasib baik ada traffic light yang kita boleh picit kalau nak lintas jalan tu. Apetah orang panggil benda tu. :P

Aku gerak sorang je dari UIA. Aku cuma janji dengan kawan sekolah menengah aku dulu untuk jumpa kat sana. Sorang dari Ipoh, sorang lagi dari Putrajaya. Semua sanggup travel demi mengejar buku. Kihkih

Okey, jomlah kita tengok kemeriahan Pesta Buku Antarabangsa di PWTC untuk tahun 2017 ni. Meriah sangat ke?

Seharian di Pesta Buku Antarabangsa PWTC

Seharian di Pesta Buku Antarabangsa PWTC

Antara booth yang paling meriah adalah booth Hijrah Indie, ramaiii sangat orang serbu buku kat sini. Haha. Aku pun sama macam naik hantu bila masuk booth ni. LOL

Aku sebenarnya pergi pesta buku ni, satu je buku yang aku duk target, Arkitek Jalanan by Teme Abdullah. Sebab buku first beliau Pelukis Jalanan memang sangat best, jadi aku memang taknak terlepaslaa beli buku ni kan. Buku lain tu, aku beli on the spot je. Maksudnya kat sana bila aku tengok, baru aku beli. 

Seharian di Pesta Buku Antarabangsa PWTC

Seharian di Pesta Buku Antarabangsa PWTC

Ni antara gambar buku-buku yang aku sempat snap. Sikit je aku tangkap gambar sebab, entahlah tak sempat sangat nak main phone. Tak cukup tangan. Hihi

Dekat pentas utama kat sana, aku duk lalu-lalang berapa puluh kali tah. Jadi, aku sempat usya banyak jugaklaa aktiviti yang berlangsung. Antara yang paling aku excited adalah persembahan dari kumpulan Inteam. Tu pun aku stop kejap je, ambik gambar sikit lepastu sambung tengok buku.
 
Seharian di Pesta Buku Antarabangsa PWTC

Seharian di Pesta Buku Antarabangsa PWTC

Lepastukan-lepastukan. Aku jumpe Ana Muslimah ni. Comel, rasa macam nak peluk je. Tapi, bila pikir balik sapelaa kan kat dalam maskot tu. Nak sentuh pun aku rasa takut. Haha :P

Seharian di Pesta Buku Antarabangsa PWTC

Seharian di Pesta Buku Antarabangsa PWTC

Eh, dapat masuk instagram @imanshoppe_official lah. Haha 

Ada sister yang jaga booth tu mintak nak tangkap gambar, nak post dekat insta. Aku cakaplah macam segan pulak. Lepastu dia suruh tutup muka dengan buku. Maka, jadilah gambar yang macamtu. :P

Dalam post ni, dua buku korang mungkin dah dapat tahu buku apa yang aku beli dekat Pesta Buku Antarabangsa ni. Tu pun kalau korang baca betul-betullah kan. Hehe

InshaAllah di entry seterusnya aku akan share buku apa yang aku beli dekat #PBKL2017 ni. ;)
Korang dah pegi ke pesta buku? Sampai 7 Mei ni je tau!

P E N G O M E N