Sayalah Penggemar Barang Free


Haha. Rasa macam takleh blah jer tajuk tu. Rasa macam tengah cakap macamni, "Sayalah Penggemar Barang Free! Hahahahaha" Sila buat macam suara kartun superhero yang dialih suara ke Bahasa Melayu.dengan gaya tangan masing-masing. 
(Erghh, peliknya rasa intro ni.)

Abaikan.

Ya, saya memang penggemar barang free! Kihkih macam tu jerlah senang.

Antara cara saya nak dapatkan barang free ni adalah dengan saya selalu usya website-website yang kongsi pasal sample atau freegift untuk kita. Biasanya saya akan usya website Freebies Malaysia dan Malaysia Free Sample Giveaway. Tak susahpun, biasanya kita hanya kena masukkan details kita dan alamat je.

Lepastu tunggu jerlaa barang sampai lebih kurang sebulan kemudian. Antara sample yang pernah saya dapat and saya paling saya suka adalah satu set produk Cetaphil. Comel sangat packaging dia, kecik-kecik dalam kotak ada pencuci muka, moisturizer dan jugak sunblock.

Haritu masa call rumah, saya tanyalaa ada apa-apa barang yang sampai tak? Mak saya cakap banyak jugak barang kecik-kecik yang sampai. Jadi, sayapun mintaklah adik saya tolong ambik gambar dan whatsapp saya.

Apa yang saya dapat kali ni ye?

  • Lip ice
  • Pixi
  • Fair & Lovely
  • Susu Anmum
Lagi satu, boleh jugak join Giveaway di blog, facebook atau instagram. Yang ni biasanya hadiah lagi lumayan. Tapi, kena bersaing dengan ramai orang. Ada rezeki, dapatlah kan? Yang penting kena rajin mencuba. Saya ada dua orang kawan yang memang selalu menang Giveaway dekat instagram tu. Bertuah betul depa. Hehe :)

Jadi, kalau korang pun penggemar barang free. Bolehlah join mana-mana Giveaway atau nak senang pergi je pantau dua website yang saya share tu. Mana tau ada yang berkenan di hati. Kihkih :P



Post a Comment

34 Comments

  1. best dpt brg free. yg giveaway tu btul sgt tu. atas rezeki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann? Kalau yang ni biasanya memang akan dapat. Hihi

      Delete
  2. Akak pun suka juga.. Hehehe..

    ReplyDelete
  3. Lip ice tu kita apply jgk tp tak dapat pun.. :/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin belum sampai lagi kot. Saya ni pun dah lama jugak apply baru sampai.

      Delete
  4. Bestnya dpt produk cetaphil. Kak ana mmg guna pencuci muka cetaphil ni. Sesuai dgn muka kak ana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya start pakai produk Cetaphil pun lepas dapat sample tulah. Best, tapi mahai sikitlaa. Haha

      Delete
  5. Hakhak siapa je tak suka barang free. Makanan free lagi best! Hahaha

    ReplyDelete
  6. susu anmum pun dapat juga, huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susu anmun tu suruh mak saya minum. Saya bawah umur lagi. :P

      Delete
  7. Alhamdulillah rezeki..saya pun suka barang free hehehe

    ReplyDelete
  8. Menarik..kak PC pernah dapat sekali...kalau tak silap syampu...kemain seronoknya macam dapat 1 kontena emas..kikikiki...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah, amboii Kak PC sampai 1 kontena emas ye. Happy betul tuu. :P

      Delete
  9. Amboi lawa nuh blog dia skrg, hehehehe.

    Mai pun suka barang free. Alaa tak request pun lip ice tu, tapi fair & lovely tu dapat jugak,hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehh, rasa macam ubah header je. haha terima kasih.

      Taktau masih dibuka ke tak. Kalau tak, bolehlaa request. ;)

      Delete
  10. Nak teray jugalah, sape tak suka barang free dik oii, tq sharing.;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try kak jangan tak try. Kiki semua laju je kalau dengar perkataan free. :P

      Delete
  11. sha pun suka barang free hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha bolehlaa cuba request dan rajin2 usya2 website tu. ;)

      Delete
  12. Siapa je yang tak suka barang free. Ye tak? Hehe 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betulll sangat tu Cik Epal. Setuju 200%! :D

      Delete
  13. wahhh.. bestnya dpt barang free! nak jugak. hehehe

    ReplyDelete
  14. Uih tak tahu pulak kita ada freebies camni , lapuk betul aku ni. Boleh la nak gi usha lepas ni sbb free kan 😊

    Thanks for this entry Fatihah.

    ReplyDelete
  15. Wahh...banyaknya dapat barang free....akak pun suka juga ni dik....

    ReplyDelete
  16. Wahh...banyaknya dapat barang free....akak pun suka juga ni dik....

    ReplyDelete
  17. siapa tak suka brg free. busyra sngt suka. hehe. busyra pun ada dpt yg pixy tuu.

    ReplyDelete
  18. Siapa tak suka benda free 😂 Rezeki jangan ditolak kan 😍

    ReplyDelete
  19. zaman sekolah dulu sy selalu buat... walaupun tak ada website ms tu, gn newpaper je tp bla dpt rs nk melompat2

    ReplyDelete
  20. hehe boleh eh kita mintak gitu je.. tak pernah cuba pun before hehe..

    ReplyDelete

Bismillah. Titipkan kata-kata anda.