Resepi Tiramisu (Kek Coklat Chiffon + CreamCheese)

Wednesday, April 12, 2017

Resepi Tiramisu (Kek Coklat Chiffon + CreamCheese)

Haritu kan aku ada cerita masa cuti midsem aku sempatlah jugak buat Cheesecake Mangga dengan Kek Tiramisu. Jadi, kalini aku nak share laa resepi kek Tiramisu seperti yang dijanjikan haritu. :)

Disebabkan kek ni favourite mak aku, jadi rasa macam tak lengkap pulak kalau tak buat kek tiramisu bila balik rumah. Lagipun kakak-kakakku masih di rumah. Bolehlah pau dorang je untuk bahan-bahan. LOL

Aku pun tak pasti betul ke tak cara aku buat Kek Tiramisu ni, tapi ni memang cara akulah. Sebab kadang-kadang aku tengok kek tiramisu warna putih (mungkin perisa vanilla kot) dan ada jugak yang pakai biskut lady fingers.

Resepi Tiramisu (Kek Coklat Chiffon + CreamCheese)

Kek Coklat Chiffon 
Sumber: Mat Gebu

BAHAN A 

  • 4 kuning telur (gred A)
  • 135 ml air
  • 85 ml minyak jagung (aku semestinya pakai minyak masak je)
  • 1/4 camca teh garam halus
  • 100g gula halus
  • 135g tepung gandum
  • 15g serbuk koko
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 1 camca teh baking powder
  • 1 camca serbuk nescafee (aku pakai kopi sebab takde nescafee)

BAHAN B 

  • 4 putih telur (gred A)
  • 90g gula halus
  • Secubit cream of tartar
Resepi Tiramisu (Kek Coklat Chiffon + CreamCheese)Resepi Tiramisu (Kek Coklat Chiffon + CreamCheese)




CARA-CARA
  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Ayak bahan kering (tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan garam) ke dalam satu bekas.
  2. Satukan kuning telur bersama gula halus (bahan A) dan serbuk kopi. Kacau rata dan tuang air, kacau hingga gula larut. Masukkan bahan yang diayak tadi dan gaul hingga sebati, tuang minyak dan esen vanilla, kacau hingga sebati. Ketepikan.
  3. Putar putih telur hingga kembang, masukkan gula halus (bahan B), dan cream of tartar dan terus memutar hingga pekat.
  4. Campurkan putih telur tadi ke dalam adunan no 1 dan kacau dengan spatula menggunakan kaedah kaup balik hingga sebati.
  5. Tuang dalam tin chiffon yang bersaiz 23 cm (jangan sapu mentega pada tin) dan bakar 45 - 50 minit hingga kek masak. (aku pakai tin kek yang biasa je sebab takde tin chiffon)
  6. Keluarkan dari oven dan terbalikkan tin serta merta dan biarkan kek berada dalam keadaan macam tu sehingga betul2 sejuk.
  7. Bila kek sejuk, sisip tepi tin dengan pisau untuk melonggarkannya dan berusahalah untuk keluarkannya. (Aku punya adalaa tercedera sikit. hukhuk)
  8. Last sekali, potong kepada dua bahagian secara horizontal kek tu. Sebab kita nak sapu creamcheese nanti kan.
Resepi Tiramisu (Kek Coklat Chiffon + CreamCheese)
Berdebar betul kalau kek tengah mengembang, takut merekah atau hangit. :P
Creamcheese

BAHAN-BAHAN

  • 250g cream cheese
  • 1 1/2 cawan whiping cream
  • 3 camca besar gula halus
CARA-CARA

  1. Putar cream cheese dengan gula sampai sebati.
  2. Masukkan whipping cream  dan putar lagi sampailaa dia jadi kental.
Resepi Tiramisu (Kek Coklat Chiffon + CreamCheese)

HIASAN/ TAMBAHAN
  • Buat air nescaffe pekat-pekat (aku buat air kopi)
  • Serbuk koko secukupnya
💝💝💝💝💝
  1. Setiap lapisan kek, korang siram dengan air nescaffe tadi biar kek jadi lembap. Better tuang dengan sudulah senang sikit nak suruh rata.
  2. Sapu cream cheese yang kita buat tadi pakai spatula.
  3. Dengan menggunakan penapis teh, tabur serbuk koko atas lapisan cream cheese. Ikut citarasa koranglaa nak letak banyak atau sikit. 
  4. Ulang langkah yang sama dekat lapisan kek yang kedua.
Alhasilnya jadilah begini~
Ouh, aku kunun-kunun nak menghiaslaa kat atas kek tu. Tapi, jadi pelik pulak. Haha kira boleh jerlaa eh. :P

Resepi Tiramisu (Kek Coklat Chiffon + CreamCheese)

Resepi Tiramisu (Kek Coklat Chiffon + CreamCheese)

Okey, buat entry ni jadi mengidam nak makan kek. Time duk hostel ni lah rasa membuak-buak nak baking tu datang. Hiuhiu

Moga bermanfaat ye! ;)

You Might Also Like

29 comments

  1. ini dah terlebih rajin ni.. hehe... rajinnye dia buat kek.. comel lak tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Terpaksa merajinkan diri sebab suka sangat makan kek. :P

      Delete
  2. Salam singgah sini dik....sedapnya kek Tiramisu....

    ReplyDelete
  3. cerewet juga buat kek ni..patutlah orang jual mahal..hihi. tapi sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam buat eksperimenlaa. Kadang2 tersilap step, boleh tak jadi kek tu.

      Delete
  4. Maghaaai rupa kek pro gilaaaaa. Dah boleh buka kedai ni hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang2 je jadi macamni. Kadang2 rupa dia pelik jugak. Hahaha

      Delete
  5. woah nampak menarik..Nanti la try.. xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti try, jangan lupa share hasil dia ya. Hihi

      Delete
  6. Fuhhhh! cantik sangat kejadian bila die tgh naik dalam oven tuh. Rajin ni..boleh jual. :)

    ReplyDelete
  7. Rajinnya adik buat kek...

    ReplyDelete
  8. Rajinnya adik sorang ni, untung tau sape dpt dia, dah rajin solehah lagi, pandai lagi...
    Sedapnya nmpk cake tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah kak, boleh terbang saya kena puji macam ni. Hahah

      Terima kasih. Hadza min fadhli rabbi. :)

      Delete
  9. cntiknyaaa kek diaa. hehe. busyra penggemar tiramisu! sedapnyaaaa

    ReplyDelete
  10. Hamboi.. rajinnya dia.. Kalau akak beli kek siap je.. pastu rendam dgn nascafe.. xpun pakai biskut lady finger tu..hehehe..

    ReplyDelete
  11. Boleh buka kedai dah ni. Selamat kak ana tak boleh makan kek ni (nescafe) kalau tak minta ana buatkan satu. Hehe.

    ReplyDelete
  12. Rjinnya 😭😭

    ReplyDelete
  13. Comelnya kek tu mengembang dalam oven 😍

    ReplyDelete
  14. Waaaa rajinnya buat kek!! Nampak sedap pulak tuuuu

    ReplyDelete
  15. Sedap nya kek tiramisu 😄

    ReplyDelete
  16. sedapnyaaaaa... boleh bukak kedai kek niii

    ReplyDelete
  17. nampak sedap tu, febret akak ni.

    ReplyDelete
  18. Beeha peminat kek coklat! Alamak.. sedapnya

    ReplyDelete
  19. telan air liur je la nmpaknya... rajinnya kamu ni, mohon rajin tu turun kat unni

    ReplyDelete
  20. lawanya kek tu! pasni dah boleh jual kat kedai kot kak hehe

    ReplyDelete
  21. mmg tiramisu sgt sedap dan tahniah Ana pandai buat tapi mcm sy cuma order jer kat https://www.facebook.com/rossatkitchen/?fref=ts sebab rasa kek dia mmg terbaik ;D

    ReplyDelete
  22. heee akak tak minat jadi tatau nak komen apa.. hehe..

    ReplyDelete

Bismillah. Titipkan nasihat anda. :)

P E N G O M E N