Ranah 3 Warna | Books Review

Ranah 3 Warna | Books Review

Penulis: A. Fuadi
Publisher: PTS Litera
ISBN: 978-967-578-358-6
Halaman: 497ms

Sinopsis Ranah 3 Warna - Goodreads

Alif baru saja tamat dari Pondok Madani. Dia bahkan sudah bisa bermimpi dalam bahasa Arab dan Inggris. Impiannya? Tinggi betul. Ingin belajar teknologi tinggi di Bandung seperti Habibie, lalu merantau sampai ke Amerika.

Dengan semangat menggelegak dia pulang ke Maninjau dan tak sabar ingin segera kuliah. Namun kawan karibnya, Randai, meragukan dia mampu lulus UMPTN. Lalu dia sadar, ada satu hal penting yang dia tidak punya. Ijazah SMA. Bagaimana mungkin mengejar semua cita-cita tinggi tadi tanpa ijazah?

Terinspirasi semangat tim dinamit Denmark, dia mendobrak rintangan berat. Baru saja dia bisa tersenyum, badai masalah menggempurnya silih berganti tanpa ampun. Alif letih dan mulai bertanya-tanya: "Sampai kapan aku harus teguh bersabar menghadapi semua cobaan hidup ini?" Hampir saja dia menyerah.

Rupanya "mantra" man jadda wajada saja tidak cukup sakti dalam memenangkan hidup. Alif teringat "mantra" kedua yang diajarkan di Pondok Madani: man shabara zhafira. Siapa yang bersabar akan beruntung. Berbekal kedua mantra itu dia songsong badai hidup satu persatu. Bisakah dia memenangkan semua impiannya?

Ke mana nasib membawa Alif? Apa saja 3 ranah berbeda warna itu? Siapakah Raisa? Bagaimana persaingannya dengan Randai? Apa kabar Sahibul Menara? Kenapa sampai muncul Obelix, orang Indian dan Michael Jordan dan Kesatria Berpantun? Apa hadiah Tuhan buat sebuah kesabaran yang
kukuh?

Ranah 3 Warna adalah hikayat bagaimana impian tetap wajib dibela habis-habisan walau hidup terus digelung nestapa tak berkesudahan. Tuhan sungguh bersama orang yang sabar.

Ranah 3 Warna - My Review 

Seperti juga buku pertama iaitu Negeri 5 Menara, buku Ranah 3 Warna ini juga telah berjaya membuat nafsu membacaku berpuas hati. Bibir tersenyum lega setelah membaca buku/novel yang aku kira agak bagus kualitinya.

Namun di sebalik keindahan itu, novel ini bagi aku sedikit tewas dari novel pertamanya. Aku lebih gemar membaca novel pertama dari yang ini. Mungkin kebanyakan buku bersiri begitu kan? Buku pertama memang tak dapat ditandingi auranya. Mungkin.

Aku lebih seronok membaca kisah Alif belajar di Pondok Madani berbanding membaca kisahnya yang sudah mula bertebaran menuntut ilmu ke institusi tinggi. Watak sahabat-sahabat Alif dalam novel pertama juga tidak ditonjolkan dalam novel ini. Hanya sedikit disentuh mengenai mereka, seterusnya banyak diceritakan tentang sahabat-sahabat baru Alif. Fitrah kehidupan, perubahan sahabat apabila berubah tempat kita menapak.

Novel ini sangat memberi inspirasi kepada aku. Macam biasa, adalaa suka duka dia yang mampu membuat aku menangis dan jugak tersenyum. Bila penulis menceritakan pengalaman Alif di tiga ranah yang berbeza, aku merasa seperti ingin terbang ke setiap tempat yang diceritakan tu. InshaAllah, one day!

Kalau di novel Negeri 5 Menara, Alif berpegang pada kata-kata keramat "man jadda wa jada, siapa yang berusaha pasti akan berjaya!", kali ini kata-kata keramat Alif semakin bertambah, "man shabara zafira, sesiapa yang bersabar akan beruntung".

Ya, semakin dewasa seseorang semakin banyak dia akan diuji. Begitu juga Alif, ujiannya makin bertambah sehingga ada saat-saat yang dia terasa ingin berputus asa dan mempersoalkan nasibnya. Namun, adakah dia kekal begitu atau dia mampu bangkit dengan berpegang pada kata keramatnya tadi?!

Ouh, novel ini jugak banyak mengajarkan aku untuk mencintai negara ataupun semangat patriotik. Sejujurnya, sebelum ni pun aku banyak belajar tentang patriotisme semasa aku ke Indonesia selama sebulan. Duduk berprogram dengan mahasiswa Indonesia yang sangat cintakan negara buatkan aku cemburu dan secara tidak sedar aku makin jatuh cinta dengan negaraku sendiri, Malaysia!

Berminat dengan buku ni? Boleh beli kat sini. :)

👉 Aku dah start buat pre-registration subjek untuk sem depan. Dah nak habis sem dah? 😅😅😅
👉 Maaf lama pulak rasanya tak blogwalking, inshaAllah akan menerjah blog kalian malam ni atau esok.



Post a Comment

23 Comments

  1. Boleh cuba dapatkan buku ni nanti...moga sama terinspirasi daripada ceritanya ke dunia ni haa

    ReplyDelete
  2. Banyak nye buku yg kak ana tak tahu ni. Huhu.

    Dr sinopsis Ana buku ni menarik. Boleh cari ni. Skrg kak ana tgh pulun cerita semusim di alam barzakh dan bila azazil berputus asa. Lama sgt terhenti. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya belum baca dan belum ada lagi dua buah buku tu. Kalau baca review, memang superb habis dua buku tu kan Kak Ana.

      Delete
  3. Kesimpulannya berusahalah dengan kesabaran...manisnya akan dirasa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul2. Fasobrun jamil. Sabar itu indah. :)

      Delete
  4. buku2 mcm ni bagus utk tingkatkan kecintaaan terhadap negara kita :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, dengan kita2 yang baca ni pun rasa ikut bersemangat. Hihi

      Delete
  5. Best kalau sesuatu buku tu boleh menimbulkan semangat patriotik dalam diri kita 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann? jarang sebenarnya nak jumpa buku yg boleh suntikkan semangat patriotik ni. :)

      Delete
  6. Memang seronok bila baca buku yang penuh dengan pengajaran hidup,
    secara tidak langsung pengalaman yang dialami oleh watak dalam novel tu boleh kita relatekan dengan kehidupan kita sendiri kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat betul, walaupun mungkin tak pernah terjadi dalam kehidupan kitapun. Kita still boleh ambik pengajaran dan belajar dari situ.

      Delete
  7. Membaca novel sebegini mmg dpt menaikkan inspirasi kpd kita juga, sayangny akk tk suka baca novel, ngantuk..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Tak dapet nak nolonglaa kak. Baca time takleh tido eloklaa kot ni. Hehe

      Delete
  8. Mcm best je buku ni, nanti nak baca gak lah

    ReplyDelete
  9. Macam best je novel ni. Dah lama tak baca novel. Last baca pon time duduk sekolah asrama dulu 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaman asrama dulu, novel cintan cintun jer layan. Takdenya novel motivasi macam ni. Haha kalau sayalaa. :P

      Delete
  10. Bagusnya novel macam ni...Suka pepatah "man jadda wa jada, siapa yang berusaha pasti akan berjaya! Man shabara zafira, sesiapa yang bersabar akan beruntung". :D

    ReplyDelete
  11. Lama rasanya x baca buku menarik jugak buku niii 🤗

    ReplyDelete
  12. Saya punya list buku untuk dibaca dah makin banyak.. 😅 banyak gangguan. 😂 anak-anak time saya nak "me time" la dia nak suruh storytelling la.. nak berkraf la... ish!

    ReplyDelete
  13. kiranya dapat membangkitkan semangat patriotik gituuuu

    ReplyDelete
  14. Lain daripada lain kisah novel ni. Best! akak setuju dengan Fatihah, novel pertama biasanya paling best! 😍

    ReplyDelete

Bismillah. Titipkan kata-kata anda.