Kerana Mati Itu Tidak Mengenal Usia

Kerana Mati Itu Tidak Mengenal Usia

Setiap kali aku membuat panggilan ke rumah. Aku akan tanya update dari mak aku di penghujung perbualan. Ado cito gapo-gapo dok ma dekat kapong tu? Berita ko? 
"Anok si P takdok doh, baru umur empat tahun. Lepahtu, sore lagi Pok Cik M pun baru jugok  takdok. Hari samolaa."
Aku terdiam.

Innalillahi wa inna ilaihi rojiun.

Si anak kecil sudah menderita sakit sejak dari lahir lagi. Anak sahabat lama yang tua setahun dari aku. Pakcik tu pulak, aku selalu tengok beliau jalan-jalan dengan tongkat untuk ke kedai. Siapa sangka si kecil dan seorang pakcik yang sudah berpangkat atuk pergi meninggalkan dunia yang sementara ini dalam hari yang sama?

Benarlah janji Allah, setiap yang bernyawa itu pasti akan kembali kepada Penciptanya. Tanpa mengenal usia sama ada masih muda ataupun sudah tua. Tidak terkecuali, mereka yang di usia remaja. Maka, malanglah barang siapa yang dalam hidupnya tidak mahu beribadah dan menjadi hamba yang taat kepada Allah.

Hidup hanya sekali, maka jom kita enjoy!

Teramat rugilah mereka yang berpegang dengan prinsip ini. Hidup hanya sekali teman, bukan untuk enjoy tapi gunakanlah ia dengan sebaik-baiknya. Masa yang berlalu takkan kembali lagi. Mahukah kamu di akhirat nanti menyesal dan meminta kepada Sang Pencipta untuk dihidupkan semula demi untuk mensucikan dosa-dosa yang telah dilakukan di dunia? Naudzubillah.

Apakah tujuan manusia itu diciptakan? Tidak lain dan tidak bukan adalah untuk beribadah kepada Allah. Mengabdikan diri kepadaNya dengan sebenar-benar taqwa. Tugas kita di muka bumi ini pula adalah untuk menjadi khalifah. Menjadi pemimpin dan menjaga bumi ini dengan sehabis baik. Bukan malah menambah rosakkan lagi pula!

Ingatlah, dunia ini hanyalah tempat persinggahan dan sementara sahaja. Akhiratlah tempat yang kekal abadi. Buatlah pilihan dengan tepat. Biar susah di dunia, jangan susah di akhirat. Kerana di akhirat sanalah, tempat untuk kita berehat dan kekal tanpa pengakhiran.

Berbaloikah untuk kita bersenang-senang di dunia ini hingga lupakan akhirat? Berbaloikah kita siang malam mengejar dunia sehingga akhirat tergadai?

Tak.

Bangkitlah.
Sedarlah.

Akhirat itu lebih utama. Di sanalah kita akan kekal selamanya. Semoga aku, kamu dan kita semua mendapat rahmat Allah untuk ke syurgaNya. Amiin.

#reminderToSelf
#mayAllahBlessUs



Post a Comment

25 Comments

  1. Amin.. semoga kita sama-sama diberi peluang mendapat rahmat Allah sementara kita masih ada kesempatan ini

    ReplyDelete
  2. Benar. Kawan saya pun dua minggu lepas mati lemas. Tak sangka sebab selalu terserempak kat u

    ReplyDelete
    Replies
    1. Innalillah. Kalau yg meninggal mengejut ni lagilaa bagi impak besar kat kita kan. Takziah..

      Delete
  3. Bila ingat pasal mati seram sejuk jadinya. Seram sebab amalan tak berat mana pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat tu kak. Moga segala amalan yg kita buat diterima dan dosa kita juga diampunkan. :')

      Delete
  4. Hari ini kita dengar berita kematian orang lain..tidak mustahil esok orang dengar berita kematian kita..begitulah putaran hidup..janji kita dengan Pencipta..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahu. Moga ketika nyawa kita diambil, iman kita berada di tahap tertinggi.

      Delete
  5. "Hidup hanya sekali, maka jom kita enjoy!"

    Kadang2 kita sendiri lupa yg mati tu pun hanya sekali T_T

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep, so true. Benda paling dekat dengan kita tapi selalu juga dilupakan.

      Delete
  6. Tak dapat bayangkan macam mana pengakhiran hidup saya nanti. Terima kasih di atas peringatan ini :')

    ReplyDelete
  7. Hidup yg singkat tempohnya ini, alangkah ruginya jika disia-siakan tanpa membuat persiapan utk hidup yg kekal abadi di sana..

    ReplyDelete
  8. betul... kadang kita seronok sgt.. smpai lupa.. lupa... lupa yg kita akan pergi bila2..

    ReplyDelete
  9. Terima kasih.
    Saya nak komen tak pandai.

    ReplyDelete
  10. elok juga selalu dapat peringatan camni, suapaya ingat mati

    ReplyDelete
  11. Hidup harus mengingat mati.. :)

    ReplyDelete
  12. Betul sangat dik. Akak pun kalau tepon mak..antara perbualan nya sama macam Ana. Kadang akak kan terfikir...macamana keadaan aku ketika ALLAH ambil nyawa aku. Sama2 kita berdoa semoga ALLAH SWT ambil nyawa kita ketika kita redha dengan ALLAH dan ALLAH redha dengan kita.

    ReplyDelete
  13. Hidup hanya sekali. Benar. Dan mati juga hanya sekali dan tidak diketahui bila T_T Baru tadi dengar kawan cerita seorang mak cik meninggal kena langgar lari di laluan zebra pejalan kaki T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Innalillah, sampai ajal dia macamtu. Moga ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

      Delete
  14. Mati itu pasti. Sy duk jauh dengan family dulu, selalu calling2 tanya khabar parents, pastu khabar kucing2 :p kihkihkihkih

    ReplyDelete
  15. terima kasih atas peringatan ini, Sis.

    ReplyDelete
  16. This post really a good reminder to all of us .

    ReplyDelete
  17. semoga semua umat islam mati dlm keadaan yg baik

    ReplyDelete
  18. harap2 kita semua dapat mengakhiri hidup ini dgn husnul khatimah..

    ReplyDelete

Bismillah. Titipkan kata-kata anda.