Jangan Kita Lupakan Mereka

Jangan Kita Lupakan Mereka
sumber
Komik ni sangatlah deep kan. Boleh bayangkan tak kalau kita sekeluarga sama-sama melarikan diri dari rumah sebab rumah kita kena serang pihak musuh. Kemudian, dalam perjalanan tu seorang demi seorang dari keluarga kita diambil oleh Allah dan tidak berjaya diselamatkan. Last, bila sampai di tempat yang selamat. Hanya tinggal kita seorang je. Ya, kita seorang je yang selamat.

Allahu, hanya dengan bayangkannya sahaja dah cukup pedih dan sedih hati ni rasa.

Inikan pula saudara-saudara kita di Syria yang perlu menghadapi situasi ini. Bukan sekadar di bayangan tapi situasi yang benar-benar terjadi. But yet, they still can say Alhamdulillah.. Alhamdulillah..

Mungkin ramai yang dah tahu dan perasan yang saudara kita di sana telah diserang dengan gas beracun Sarin. Gas yang boleh membawa maut bagi sesiapa yang menghidunya. Ramai dari mereka telah terkorban, bukan hanya dari kalangan dewasa tetapi juga di kalangan anak-anak kecil yang baru ingin mengenal dunia. 

Ampuni kami ya Allah. Ampuni kami ya Allah.

Kami terlalu sibuk mengejar dunia sehingga lupa untuk bersyukur. Kami juga telah memejamkan mata dari melihat saudara-saudara kami di Syria yang sedang dizalimi. Ampunkan kami ya Allah..

Semalam, saya tengok video seorang bapa muda yang kehilangan isterinya dan dua anak kembarnya yang masih kecil. Namun mulutnya masih mampu menyebutkan,
Alhamdulillah. Alhamdulillah..
Sebenarnya, boleh dikatakan dalam setiap video mereka. Pasti akan kedengaran laungan alhamdulillah yang keluar dari bibir mereka. Sungguh, mereka sangat kuat dan jelas redha dengan ujian yang diberikan kepada mereka.

Lagi satu video yang sangat terkesan di hati saya adalah bila mana saya melihat video yang bertanyakan anak-anak Syria apa yang mereka mahukan. Anak-anak kecil menjawab,
Saya mahu makan malam bersama-sama dengan adik-beradik saya.  
Saya mahukan kereta control dan bermain bola sepak bersama rakan-rakan saya.
Saya mahukan patung barbie dan jugak set permainan alatan dapur.
Mungkin di mata kita. Itu adalah permintaan yang sangat kecil dan senang untuk ditunaikan. Tapi, pada mereka itu sangatlah besar dan sukar untuk dicapai.

Makan malam bersama adik-beradik atau keluarga. Itupun kadang-kadang kita take for granted kan? Dah boleh berkumpul dengan keluarga untuk makan malam. Tapi, malangnya kita tak gunakan peluang yang ada dengan sebaiknya, sebaliknya masing-masing sibuk dengan smartphone sendiri. Moga dijauhkan.

Jadi, temanku sekalian. Jom sama-sama kita perbanyakkan doa kepada mereka. Jangan lupakan mereka dalam setiap doa kita. Sumbangan juga boleh diberikan melalui badan-badan NGO yang banyak di Malaysia ni. Okeh? Sama-sama kita cuba jadi saudara islam yang terbaik.

Jangan Kita Lupakan Mereka
sumber
Jom sama-sama kita menyumbang! Sama ada dengan doa atau dana atau sebaran kepada orang awam. Moga usaha kecil kita akan diterima oleh Allah. Dan jika ditanya di akhirat nanti apa sumbangan yang telah kau lakukan untuk membantu saudara kamu?

Moga kita punya jawapannya.



Post a Comment

24 Comments

  1. sedih betul kak ana tgk video yang seorang ayah hlg seluruh keluarganya termasuk anak kembar dia. tadi baca katanya ada serangan terbaru ke atas Syria. sama2 kita doakan mereka semoga mereka terus kuat dan menang suatu hari nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada juga terbaca Kak Ana pasal serangan terbaru tu. Tapi, tak berani lagi nak share sebab baca tu pun dari group Whatsapp. Bukan dari official page.

      InshaAllah Amiin. :')

      Delete
  2. tAK SANGGUP NAK TENGOK VIDEO2 KLAU BABITKAN KANAK-KANAK WANITA LELAKI SYRIA ATAU PALESTIN..SERIUS TAK SANGGUP.. SEBAB AKAN IMAGINE ANAK-ANAK DAN FAMILY SENDIRI

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu akak. Saya pun tak sanggup jugak nak tengok sebenarnya. Cuma kadang2 saya cuba beranikan diri tengok. Tambah2 kalau tengok video anak2 kecil, lagilah. :'(

      Delete
  3. dugaan setiap org islam ni lain2..mereka diduga dengan peperangan, kebuluran, dan kesusahan.. kita pulak diduga dengan kesenangan, kekayaan, kemewahan, limpahan hiburan dan kenikmatan sehingga boleh membawa pada kesesatan dan jadi hamba dunia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat tu. Cuma tulah, mereka diuji dengan kesusahan dan kita dapat tengok dorang sangat dekat dengan Allah. Kita pulak diuji dengan kenikmatan, kadang2 sangat mudah terlupa untuk bersyukur dengan Sang Pemberi Nikmat.

      Moga kita dijauhkan dari menjadi hamba dunia. Allah..

      Delete
  4. Siqah tak sanggup nak tengok video. Baca kisah mereka pun dah menyayat hati :( hanya mampu titipkan doa semoga mereka kuat. Allah sentiasa bersama mereka dan mereka diuji sangat hebat. Bersyukur apa yang kita ada sekarang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak. Ujian hebat untuk insan yang hebat. Alhamdulillah a'la kulli hal. Syukur di atas setiap perkara. :')

      Delete
  5. Shaf memang sejenis yang tak boleh tengok video-video camni, kalau tak memang akan teringat-ringat, ya Allah mudahan mereka diberi kekuatan lagi untuk menempuh semua ini. :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hasbunallahu wa ni'mal wakeel. Amin3x..

      Delete
  6. Tengok babah mamah kak PC tak sihat pun dah sebak sangat..besar dugaan mereka bila darah daging terkorban depan mata...subhanAllah..betapa teguhnya iman mereka..betapa gagahnya hati mereka..jauh beza dengan kak PC..sungguh..tatkala hilang insan yang disayangi dengan wajah yang tenang ucap syukur alhamdulillah..Allahu...kalau pun kita tidak bantu dari segi kebendaan..tolong jangan pernah berhenti mendoakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak PC, betul sangat tu. Kita bila diuji sikit pun dah rasa berat sangat nak tempuh. Tapi, bila tengok ujian dorang masya Allah takleh bayanglah. Ujian hebat untuk orang yang hebat kan.

      Kita pulak diuji dengan nikmat dan kesenangan. Jadi, sentiasalah perbanyakkan kesyukuran. Jangan lupa saudara kita yg dalam kesusahan. Keep praying for them.

      Delete
  7. sedih sangat tengok benda nie lalu kat socmed. taksampai hati nak tengok video tu. dengan budak2 lagi. aduhai.

    semoga ALLAH lindungi mereka :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan BV. Sangat hebat mereka diuji.

      Amiin. Sama2 kita perbanyakkan doa buat mereka. :')

      Delete
  8. Sedih sangat setiap kali tengok video-video yang ada dekat fb/twitter tentang penderitaan mereka. Kadang-kadang rasa betapa tak bersyukurnya kita ni yang hidup serba mudah berbanding mereka. Semoga Allah sentiasa melindungi mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pun. Setiap kali ditimpa kesusahan, kita mengeluh. Tapi, sebenarnya Kita lupa yang ramai lagi orang lebih susah dari kita sebenarnya. Diuji dengan ujian yang lagi besar.

      Amiin.

      Delete
  9. Sy x tengok video, tengok gambar ja yg ayah pangku dua anak kembar tu :'( Sadonya hati dorang tempuh ujian yg diberi. Sy yg hilang kucing ni pun hati x sesado dorang :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalaa. Kucing mati pun dah nangis bagai nak rak. Inikan pulak seorang ayah yang kehilangan seluruh ahli keluarganya. Allahu, takleh bayang beratnya ujian tu.

      Delete
  10. Kesiannya. Tengok gambar pun rasa sedih. Moga bantuan Allah sampai kepada mereka dan dipermudahkan semua urusannya. Apapun semua itu adalah ujian Allah utk ganjaran yang tidak terhingga buat mereka. :')

    ReplyDelete
  11. Sedih tengok rakyat Syria terutamanya kanak-kanak terkorban akibat daripada terhidu gas beracun.. Semoga dikurniakan Syurga kepada mangsa-mangsa ini..

    ReplyDelete
  12. sy ada tgok vdeo mereka kat ig. mmg kesian la, jahat betulla

    ReplyDelete
  13. Allahu..rasa bersalah pulak sebab kadang-kadang leka dengan urusan sendiri sampai lupa pada mereka. Tapi tengok diorang ni tabahnya lahai..kuat betul semangat.

    ReplyDelete
  14. sy x sanggup nk tgk sbb nnt mesti banjir punya...

    ReplyDelete
  15. the least yang kita boleh bantu.. salurkan bantuan..

    ReplyDelete

Bismillah. Titipkan kata-kata anda.