Hotel untuk Backpackers di Ipoh

Assalamualaikum and hi!


Hari ni aku nak share dengan korang tentang lokasi menarik di Ipoh! Sekarang ni, Ipoh makin famous di kalangan para pelancong kan? Aku dah pernah pergi sana, tapi aku memang kalau boleh nak pergi lagi sekali sebab banyak lagi tempat menarik yang aku belum sempat singgah dan teroka!

Bolehlah kalau nak merasa travel solo tu, aku kalau kat dalam Malaysia ni beranilaa lagi. Kalau kat luar, memang tak berani nak travel solo. Hehe. Tapi, still prefer at least berdualaa jugak. Safety first guys! ;)

Antara tempat yang wajib pergi kalau ke Ipoh antaranya adalah Gerbang Malam dan Ipoh World. Selain dari dua tempat ni, sebenarnya banyak lagi tempat best dekat Ipoh. Korang bolehlaa pusing-pusing satu Ipoh tu haha. Nak lagi best, sewa basikal. Jalan-jalan sambil exercise orang kata. Bestnyaaa!

Bila dah cerita pasal jalan-jalan ni, memang tak sahlaa kalau tak cerita pasal hotel kan? Orang macam aku yang poket agak kering ni semestinya akan cari hotel yang murah. Tapi walaupun murah, of courselaa nak yang selesa jugak. Haish, demand betul! :P

Worries no more guys! Sebab traveloka menyediakan amazing deals on Ipoh hotels.  So, check out traveloka.com untuk buat tempahan awal atau nak dapatkan cadangan tentang hotel-hotel yang korang boleh stay dekat Ipoh ni. Antara suggestion hotel yang best dan sesuai untuk kekita yang ingin berbackpack ke Ipoh adalah.. 

Jeng!
Jeng!
Jeng!

Container Hotel Ipoh
Hotel untuk Backpackers di Ipoh

Container hotel ni sebenarnya memang dah tak asing untuk backpackers sebab hotel ni pun ada dekat bandar lain macam Kuala Lumpur and Penang. Kalau dekat Ipoh, Container Hotel ni terletak dekat Jalan Sultan Yussof dan tak jauh dari pusat bandar.

Konsep hotel ni adalah bilik di dalam kontena dan memaparkan seni bina dan rekaan yang moden dan menarik. Berdasarkan laman rasmi hotel ni, rekaan Container hotel diinspirasikan oleh era keemasan Ipoh yang terkenal dengan aktiviti perlombongan.

Hotel untuk Backpackers di Ipoh

Hotel untuk Backpackers di Ipoh

Walaupun hotel ni tak menawarkan bilik yang luas macam kita selalu bayangkan kalau pegi hotel tu, tapi mereka menawarkan pod dekat kita. Haaa! Mesti ada yang tertanya-tanya apa tu pod kan?

Pod tu sebenarnya satu ruangan kecil yang ada tilam dan beberapa kemudahan asas lain macam port charging, foldable desk, personal reading light (sangat penting untuk aku!) dan banyak lagilah. Mesti ada jugak yang risau sebab bilik macam ni biasanya akan bercampur lelaki dan perempuan. Kan?

Jangan risau, sebab hotel ni ada tiga jenis pilihan pod yang kita boleh pilih iaitu mixed pod, pod plus dan female pod plus. Kita yang perempuan ni ambiklaa yang female pod plus. Mahal sikit takpe, yang penting aurat kita terjaga. Okey? :)

Hotel untuk Backpackers di Ipoh

Hotel untuk Backpackers di Ipoh

So, bagi korang yang nak travel sorang atau dengan kawan sangat disyorkanlah stay dekat hotel ni. Mesti best and memorable lah travel experience korang. Hehe. Tapi, kalau korang travel dengan family, maybe hotel ni bukan yang terbaik untuk korang sebab ruang kat sini terhad dan tidak selesa untuk kanak-kanak. 

Walaupun ruangan pod agak terhad, tapi ada banyak ruang santai dan port lepak yang disediakan untuk para tetamu. Bolehlaa spend time kat situ dan berkenalan dengan teman baru. Kemudahan wifi pun turut disediakan dan korang boleh jugak menyewa basikal dengan harga yang berpatutan. Arghhh, bestnyaaa pusing-pusing Ipoh naik basikal! 

Chariton Hotel Ipoh

Hotel untuk Backpackers di Ipoh

Chariton hotel ni pun merupakan hotel yang sangat tepat untuk kekita yang nak menginap dekat hotel yang harganya berpatutan. Hotel ni jugak ada cawangan lain dekat Butterworth dan Alma. Bilik yang disediakan kat sini boleh diconsiderkan agak luas dan sesuai untuk kita beristirehat.

Kemudahan yang disediakan hotel ni adalah seperti free wifi, luggage storage, free parking dan banyak lagilah. So, bagi korang yang datang dengan kereta tak payahlah risau sebab ruang parking dah pun disediakan dan amat luas. Lagi best, di bawah pemantauan pihak hotel lagituu. InshaAllah selamat. ;)

Hotel untuk Backpackers di Ipoh

Hotel untuk Backpackers di Ipoh

Hotel untuk Backpackers di Ipoh

Lagi satu, kalau korang penggemar kopi. Bolehlah korang berkunjung ke coffee house yang ada dekat hotel ni. Seronokkan? Dah tak payah pegi jauh-jauh dah sebab hotel dah sediakan, tinggal sediakan fulus je. Haha 

💃💃💃💃💃💃💃💃💃

Secara keseluruhannya, kedua-dua hotel ni menawarkan penginapan yang selesa dan harga pun sangat berpatutan untuk backpackers ataupun student yang uhukuhuk macam aku nih. Namun, kalau apa yang aku share kat sini tak cukup lagi untuk buatkan korang puas hati.

Bolehlah pergi ke traveloka.com sebab kat sana banyaaaaak lagi hotel yang korang boleh pilih untuk stay bila ke Ipoh nanti!

Orait?
Semoga membantu. Baibai!



Post a Comment

22 Comments

  1. Cantiknya hotel-hotel tu!! yang container tu memang unik la tengok. Teringin pula nak pergi ipoh lepas baca ni haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Ipoh hipsturrr sangat sekarang. Haha :P

      Delete
  2. Cantiknyaaa hotel.. akak pergi sekali jerr perak hiii.. perak unik sikit .. bila lah nak jejalan lagiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah. Saya haritu pun pegi banyak pusing2 je, tak teroka betul2 lagi. Huhu

      Delete
  3. Skrg byk dh hotel utk backpacker dekat malaysia. Cantik2 pula tu mcm container hotel tu. Dah xde alasan xcukup bajet nak cuti2 malaysia lah lepas ni ye. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Tapi kadang2 still tak cukup duitlaa akak. Huwaaa~

      Tapi, kalau memang save duit utk travel and tak kacau memang bolehlaa. Hotel pun dah banyak yg murah. :)

      Delete
  4. tunggu masa je ni nak pi jenjalan ipohhh hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh, bunyik macam dah tak lame tuu~ Hehe bestnyaa. :D

      Delete
  5. cantik hotel Chariton Hotel tu..nampak bersih dan Perak memang negeri yang best untuk pergi dan semestinya kena pergi Ipoh jugak...

    ReplyDelete
  6. Thank you for sharing =)

    ReplyDelete
  7. Alahai teringinnya nak tidur kat Container Hotel tu, memang stylo...

    ReplyDelete
  8. Anonymous11:15 PM

    comelnya hotel container tuuu
    kan best kalau dpt tido semalam, haha

    ReplyDelete
  9. Hotel style container tu pernah tengok di TV hari tu... macam menarik. Tapi dengan family memang tak sesuai la kan..

    ReplyDelete
  10. Selalu lalu depan container tu tapi tak taw pon kata actually pod hotel. fancy nya design! loving ittt.

    ReplyDelete
  11. tampak sangatttt selesa

    ReplyDelete
  12. Tak sampai lagi di Ipoh tu. Kuala Kangsar ja 😄

    ReplyDelete
  13. Cantiknya hotel ni 😍😍 Siqah nak sangat pergi Ipoh tau. Tapi suami kata takde apa kat sana. Tak nak melayanlah tu. Haha. Nanti kalau ke sana, nak stay kat Container Hotel. Lawa 😍

    ReplyDelete
  14. I've always wanted to experience staying in one of the containers hotel (waktu bujang dulu), tapi memandangkan ada baby dah... have to postpone then.

    ReplyDelete
  15. Female ade tmpt khas,yg lgi satu mix,yg Pod plus tu xkn cmpur jgk ke yg.tu untuk lelaki pule?

    ReplyDelete
  16. thnk you. good read here

    ReplyDelete

Bismillah. Titipkan kata-kata anda.