Buku dari BOOKCAFE | UNBOXING

Hujung bulan March haritu saya sempat membeli belah dekat Kedai Buku Online, BookCafe.com.my. Ya, kalau ikutkan memang saya tengah puasa buku. Tapi, I cannot resist laaa. Haha. Lagipun, it's okey sebab saya beli dengan pembelian yang berbaloi-baloi tau masa tu. (sedapkan hati :P)

Masa saya beli tu BookCafe tengah buat sale bulan March. Ada buku-buku terpilih yang dijual dengan harga serendah RM3.33 je. Lepastu, ada jugak buku yang diberi diskaun sebanyak 60%. Yes kawan, 60%! See, macam mana kau boleh tak tergoda kan? 

Buku dari BOOKCAFE | UNBOXING

Buku dari BOOKCAFE | UNBOXING

Perasaan excited bila terima parcel. Tambah-tambah parcel besar and tahu pulak kat dalam dia ada buku. Best feeling evahh! Haha salah satunya lah kan.

Buku dari BOOKCAFE | UNBOXING

Okeyy, sape nak main letup-letupkan plastik ni? Haha sekali lagi. Best feeling evahh! LOL
Masa bukak ni, sejujurnya saya bukanlah seorang yang penyabar. Bukak dengan rakusnya tapi masih berusaha untuk tak koyakkannya. Kihkih

Akhirnyaaaa,

Buku dari BOOKCAFE | UNBOXING

Berikut saya senaraikan buku-buku yang saya beli dan harga serta diskaun yang saya dapat ye. Jangan jealous tau! :P
  • Opera Di Gontor - RM3.33 (diskaun RM15.67)
  • Perahu Kertas - RM8.00 (diskaun RM12.00)
  • Ranah 3 Warna - RM8.00 (diskaun RM12.00)
  • Rindu Purnama - RM3.33 (diskaun RM14.67)
  • Imam Maliki: Pengarang Kebenaran - RM3.33 (diskaun RM20.67)
  • Travelog Hidayah - RM6.00 (diskaun RM9.00)
  • Selembut Hati Rasulullah - RM6.00 (diskaun RM9.00)
Berbaloi-baloikan diskaun dia. Suuuka sangat!
Total  tak sampai RM50.00 pun, tapi sebab kena tambah harga postage lebihlaa jugak. Jadi RM57.07 masih okeylaa. ;)


Buku dari BOOKCAFE | UNBOXING

Kalau korang perasan, empat daripada buku yang saya beli adalah novel Indonesia. Saya ni memang gemar baca novel Indonesia. Kalau nak tau, novel Ranah 3 Warna tu adalah sambungan dari novel Negeri 5 Menara. Antara novel favourite saya tu. Bolehlah klik link tu kalau rasa nak baca review. :)

Alhamdulillah, saya dah berjaya khatamkan novel Ranah 3 Warna. Lepas novel Ranah 3 Warna sebenarnya ada lagi satu novel sambungannya iaitu Rantau 1 Muara. Saya belum ada lagi novel tu. Harap bolehlah dapatkan dengan secepat mungkin. hihi

Buku dari BOOKCAFE | UNBOXING

Kenapa best shopping dekat BookCafe ni pertamanya bagi saya, mestilah sebab diskaun yang banyak tu kan. Puas hati rasa bila dapat beli buku dengan harga murah macamtu. hehe

Lepastu, buku pun laju je sampai dan dibungkus dengan elok. Seronoklaa shopping dengan BookCafe. Tapi, sejujurnya saya lebih suka shopping buku dekat kedai buku dari online macamni.

Tapi, kalau dah jarang keluar. Online pun kira bolehlaa. Oh, btw ni bukan paid review ke apa tau. Saya saja je nak share benda baik macamni. Mana tau, korang pun nak beli buku tapi takde masa nak keluar.

#let'sRead
#readingIsCool



Post a Comment

30 Comments

  1. Sgt berbaloi ana.. Bc tajuk semua best...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru satu buku yang berjaya dikhatamkan. Tapi, tulah tengok tajuk macam best kan. Hihi

      Delete
  2. Banyaknyaaaaaaaaa! :D
    Siqah pernah sekali je beli buku di Bookcafe, tajuk Pena & Picagari.
    Btw, Fatihah baca novel Indon eh. Ayatnya mudah difahami ke? Siqah macam nak baca novel SYTD tapi takut tak faham sangat bahasa Indon..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah senang je paham. Sebab dorang pakai bahasa Indonesia baku. Cuma, kadang2 adalaa jugak certain perkataan yang kita tak paham dan kena Google. Tambah2 kalau baca buku Pak Hamka. Hihi

      # Ayat buku Indonesia biasanya lagi puitis tau akak. Highly reccomended! Hehe

      Delete
    2. Serius lagi puitis. Hii. Siap tanya google lai. Apa saja google boleh jawab kan. Kalau masuk exam, sure dapat A+. hii. Akak cuba cari nanti buku SYTD :D

      Delete
  3. Mai ada satu buku Hamka, hehe, tapi sudah dialih bahasa ke bahasa Malaysia..bestnyaaaa murah giler2 diskaun tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya walau dah dialih bahasa, tapi still jugak akan ada perkataan Indonesia kan? Sebab dia macam nak jaga bahasa dan gaya penulisan Pak Hamka. Macamtu laa lebih kurang, pernah terbaca pasalni.

      Delete
  4. Banyak betul diskaun :o Nak skodeng bookcafe jugaklahh!!

    ReplyDelete
  5. best kan dpt buku byk2 gtu. pening nak baca mana satu hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betuuul sangat. Confuse nak baca yg best dulu atau yg kurang best sikit. :P

      Delete
  6. Assalam , yana pon puase beli buku, tapi tertengok ni macam mana hahahah ,
    btw happy reading awak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'salam. Haha jangan terpengaruh Yana!!! Haha :P

      Delete
  7. banyaknya buku. harga pun memang murah dan berpatutan.
    lepas nie boleh la review kan.
    selamat membaca :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah, akan direview dari semasa ke semasa. Ecewaaaah! :P

      Delete
  8. wah seronoknya murah sangat tu harga buku-buku tu semua saya pun dah lama tak beli buku
    jemput singgah ke blog saya
    https://thisisme-38.blogspot.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak beli, bolehlaa beli dekat bookcafe ni je. Banyak diskaun boleh dapat. :)

      Delete
  9. Uisss murahnya... len kali leh terjah bookcafe lak...

    ReplyDelete
  10. banyaknya buku! hakhak kalau elsa pengumpul buku pun agaknya macamnie banyaklah elsa beli hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha gitulah gamaknyaa Elsa uitt. Sampai duit tgh kering pun tiba2 jadi macam orang kaya bila tgk diskaun macamni. Hoho

      Delete
  11. Anonymous10:37 PM

    murahnya harga buku niii
    saya tengok kat situ ada buku pena & picagari, org kata buku tu best :D

    selamat mengkhatamkan semua buku2 tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah ada terbaca jugak review pasal buku tu. Belum beli and baca lagi. So, taktau nak komen lebih.

      Hihi, thankyou Mazni! ;)

      Delete
  12. Banyak juga diskaun harga tu 😍 Suka juga sy baca novel Indon, tapi novel hantu 👻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo. Wow, tak pernah pulak baca novel hantu Indonesia. Haha seram tak?

      Delete
    2. Seram dengan cara hantu tu balas dendam kerana dibunuh. Major cerita hantu Indonesia sebab nak balas dendam

      Delete
  13. memang berbaloi Ana..takpe, beli buku ni jangan anggap pembaziran. Sebab ilmu kan. Moga bermanfaat. Akak ada banyak buku tak terbaca kat rumah ni..hihi

    ReplyDelete
  14. rajinnyaaa membaca bagus..

    ReplyDelete
  15. Wow.. Bila ada sale bestlah beli banyak2 kan ana, jimat sikit..

    ReplyDelete
  16. banyak tuu... hah..jgn lupa serang pwtc hjg mggu ni laaaagi byk buku2 best kat sn ;-)

    ReplyDelete

Bismillah. Titipkan kata-kata anda.