Saya Tak Ada Masa Nak Baca Quran!

Saya Tak Ada Masa Nak Baca Quran!
Saya bukan taknak baca Quran, tapi tak sempat. Tak ada masa nak baca al-Quran.
Rasanya kebanyakan dari kita memang biasa sangat dengar ayat ni kan? Ataupun mungkin juga ayat di atas keluar dari mulut kita sendiri. Atau mungkin jugak paling tidakpun terdetik dekat hati kita.
Saya tak kata dekat orang lain, saya kata dekat diri sendiri sebenarnya.

Tapi pelik, kenapa dekat phone kita notification selalu je kosong. Semuanya terbaca. Malah, tak pernah miss. Kitalah juara online. Normally, blogger memang selalu online dan ada connection pantas kan? Uhuk uhuk.

Sebab sebenarnya masa itu harus dicari, bukan hanya ditunggu. Kalau keutamaan kita untuk baca Quran tu taktahu dah jatuh ke nombor berapa. Mestilah tanpa kita sedar, kita tak pernah punya masa untuk baca Quran pun. Kan?

Luangkan masa. Cari masa khusus untuk kita baca Quran. Contohnya, waktu di antara Maghrib dan Isyak. Buat syarat atau rules dekat diri sendiri, waktu tu kita wajib usahakan untuk baca Quran. No internet and no smartphone!

Buat target. Contohnya dalam masa sehari, aku mesti paling kurang baca satu muka! Bila kita buat target, kita akan rasa susah hati kalau tak tercapai kan. Bila dah ada target, barulah kita akan ada usaha untuk capainya. InshaAllah.

Dan kemudian, mungkin target tu kita boleh tambah dari sehari ke sehari. Ya, memang tak mudah. tapi juga tak mustahil. Setiap apa yang kita nak lakukan perlukan kesungguhan dan kesabaran. Mungkin kalau untuk sehari dua senang je untuk kita amalkan. Tapi, untuk lakukan sepanjang hidup kita memerlukan kesabaran yang sangat tinggi.

Kalau tak takdelaa kita di bulan Ramadhan senang je baca satu juzuk setiap hari. Tapi, bila habis je Ramadhan. Masuk Syawal, terus momentum kita untuk baca Quran berkurang. Malah, siap cuti seminggu lagi sebab sibuk sangat beraya ke rumah-rumah terbuka. 👀

Saya Tak Ada Masa Nak Baca Quran!

Dengan membaca Quran, hati kita akan menjadi tenang. Pernah tak kita rasa hati kita gelisah? Kadang-kadang disebabkan oleh sebab-sebab tertentu, kadang-kadang tanpa kita sendiri tahu puncanya. Lalu, cubalah ambil Quran dan baca. Pasti akan kita rasai ketenangannya.

Bukan setakat baca, hanya dengan mendengar pun kita dah boleh rasai ketenangan. Pernah tengok video dekat YouTube yang depa bagi non-muslim dengar bacaan al-Quran? Ada yang sampai menangis dan mostly memang cakap al-Quran yang mereka dengar tu memberikan ketenangan.
The miracle of al-Quran! :)

Kalau saya, suka sangat kalau mak saya tengah baca Quran mulalaa sibuk pergi menempel dekat dia. Kadang-kadang pegi baring atas riba. Yang ni biasa kejap je bertahan sebab lepastu kena marah sebab dia penat, kepala berat sangat. Haha

Lagi satu, kalau boleh setiap orang dari kita punya satu al-Quran sendiri. Lagi bagus kalau yang ada terjemahan. Pilihlah yang cantik-cantik yang boleh bagi semangat untuk kita bukak setiap hari. Kalau minat warna pink, carik yang warna pink. Minat hijau, carik yang hijau.

Saya punya warna pink walaupun saya peminat hijau. Dah pernah beli yang warna hijau, tapi adik saya ambik pulak. Sebagai kakak yang baik, saya terpaksalah mengalah lol. Yang pink ni dapat hadiah masa Explorace Kembara Al-Quran first year degree dulu. Hihi

Dekat smartphone, downloadlah apps al-Quran. Mana tahu, sambil-sambil naik bas atau LRT boleh bukak phone dan baca. Senang kan? Cuma nak bukak apps al-Quran berbanding bukak apps yang lain, yang tu tak senang.

Last but not least, Al-Quran masa kita kecik-kecik dulu selalu kita peluk bawak pergi belajar mengaji. Kan? Sekarang, bila dah pandai dan dewasa takkan sekadar kita letak di atas meja tak berusik. Bukankah al-Quran itu yang akan menjadi penolong kita di akhirat kelak?

Persoalan untuk kita sama-sama renungkan.



Post a Comment

39 Comments

  1. Terima kasih untuk pesanan ini, satu peringatan dan tips yang baik... moga Al-Quran terus menjadi pilihan Muslim...

    ReplyDelete
  2. Betul tu. Kena cari masa untuk baca Al-Quran tu. Paling senang lepas Subuh sebab masa tu tenang. Dekat play store sekarang banyak jer apps Al-quran utk di download. Kena usaha baru berjaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas subuh pun best. Tambah2 untuk para ibu kan. Waktu tu antara waktu yg tak sibuk dgn anak2. :)

      Delete
  3. Alhamdulillah. Setuju sangat dengan awak 👍

    ReplyDelete
  4. I love this entry of yours.. Memang ada masa kita rasa susah sangat nak mengaji padahal dulu masa kecik-kecik, semangat belajar mengaji.. hmm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, thanks! Betui2, biasalaa tu iman turun naik. Yg penting jgn putus asa okeh! :)

      Delete
  5. Btw CCL baru follow sini ptg tadi ..betul tue kadang diri ni terlalu kejar duniawi sangat sampaikan lupa nak kejar akhirat . Alhamdulillah CCL walaupun tak baca al-quran tiap hari. Tapi dalam seminggu tue terdetik juga nak baca .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you! :)
      InshaAllah boleh ditingkatkan dari sehari ke sehari. Yg penting niat dan usaha tu. :)

      Delete
  6. setuju..kita kena paksa diri utk luangkan masa baca quran. kalau tak memang susah laa nak pupuk diri supaya tak tinggal quran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Sebab dunia tu permainan, memang tak pelik kalau kita akan asyik disibukkan dgn dunia tanpa kita sedar.

      Delete
  7. ya Allah smoga kita smua ada masa untuk dekatkan diri baca al quran.. kitab suci <3 terima kasih atas perkongsian ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiin. You are most welcome, dear. ;)

      Delete
  8. sy ni pun jenis skip baca Quran juga. alhamdulillah, dgn adanya app alQuran dalam fon memudahkan sy baca ayat Quran kat mana2 😄 kecuali tmpt mcm tnds. dlm flight pun boleh 😉 memula beli Quran cover warna biru, pastu adik sy waris. beli kali kedua pun warna biru juga 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Senasiblaa kita waris dekat adik. Takpe saham akhirat. Sekali dia baca, kitapun dapat pahala jugak. :)

      Delete
  9. terima kasih mengingatkan. selalu baca dekat app je. tu pun tak setiap hari T^T
    kena gigih lagi lepas nie. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah, sama-sama kita usaha tingkatkan amaln! :)

      Delete
  10. Selalu curi masa antara maghrib dan Isya', lebih seronok bila buat bersama keluarga.
    Itulah, masa harus dicari,bukan ditunggu.

    Semoga Al-quran menjadi syafaat untuk kita disana nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat tu Mai. InshaAllah, kalau buat aktiviti macamni dgn keluarga akan melahirkan keluarga sakinah mawaddah gituu.
      Amiin. :)

      Delete
  11. Akk join grup wasap quran, kami ada seround seminggu, seorg satu juz, admin tukang pantau atau tolong habiskan juz bg yg keuzuran, so in shaa Allah dgn cara ni akk selalu dpt membaca Al quran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baguslah kak. Kalau ada group lg semangat kita nak ngaji. Ada geng ngaji kan.. :)

      Delete
  12. Akk follow sini ye;)
    Kalo sudi, bolelah follow akk juga.

    ReplyDelete
  13. Salam ana ,

    This is such a good reminder .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'salam.
      InshaAllah, thankyou sis! :)

      Delete
  14. peminat hijau juga,,dan quran saya hijau :D

    ReplyDelete
  15. Al-Quran masa kita kecik-kecik dulu selalu kita peluk bawak pergi belajar mengaji. Kan? Sekarang, bila dah pandai dan dewasa takkan sekadar kita letak di atas meja tak berusik.

    Deepnya yang ni :( . Thanks di atas peringatan. InshaAllah, betul. masa tu perlu dicari bukan hanya menunggu.

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah mmg ada group bc at least 1 Juzuk 1 bln dgn Habib2. seronok sbb Allah bukak jalan utk rasa selesa tu

    ReplyDelete
  17. kita yang sebenarnya kena sediakan masa untuk baca al-quran bukan bila ada masa terluang baru nak baca... huhuhu

    psssttt... jemput join http://www.mialiana.com/2017/03/giveaway-fridge-magnet-padang-besar-by.html

    - Mia Liana -

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mia,
      Saya setuju sangat. Dalam semua hal kita yg jaga masa bukan masa kawal kita.

      Delete
  18. Banyak pengaruh luar menghalang dari memegang quran. Iblis pun hasut kita. Kita sanggup tengok rancangan raja lawak dulu then kalau nak baca wuran baru kita baca. Pada hal raja lawak buksnnya lawak pun. Kenaps kita tak nak baca quran dulu then baru tengok tu.

    ReplyDelete
  19. terima kasih untuk peringatan.. nice entri..

    ReplyDelete
  20. alhamdulillah akak akan bace quran bile lepas sembahyang maghrib.. :)

    ReplyDelete
  21. nice tips
    jemput singgah ke blog saya
    http://thisisme-38.blogspot.com

    ReplyDelete
  22. Benar apa Ana cakap. Kita kena cari masa untuk baca AL Quran. masa kecil, bukan main semangat nak cepat baca. Bila dah besar, lain pula jadinya.

    A good reminder Ana. Thank you :)

    ReplyDelete
  23. apa2 pun kita kena paksakan diri... niat kena istiqamah. kalau dah janji pada diri sendiri nak baca quran lps maghrib, so JANGAN MEMUNGKIRINYA...

    ReplyDelete
  24. Terasa sedih, sayu, takut macam-macam perasaan bila baca entri Fatihah.. Itulah hakikat sebenar.. LZ selalu berdoa supaya dihindarkan dari sifat lalai.. In shaa Allah amalan membaca tafsir Al-Quran akan kekal sebagai rutin harian..

    ReplyDelete
  25. InshaALLAH...jom sama-sama kita ada target untuk Al-Quran. Mukjizat terAgung dari ALLAH SWT untuk kita semua. Terima kasih atas peringatan.

    ReplyDelete

Bismillah. Titipkan kata-kata anda.