8 Cara Berkesan Buat Orang Sukakan Kita 'Human relation'

8 Cara Berkesan Buat Orang Sukakan Kita 'Human relation'

8 Cara Berkesan Buat Orang Sukakan Kita 'Human relation'

Pertama sekali, saya sajalaa kan nak kongsi dengan korang yang saya dah selesai present satu lagi subjek, Introduction of Teaching. Subjek ni pun saya jadi kumpulan pertama bentang tau. Samalah ceritanya macam subjek Principle of Teaching hari tu. Alhamdulillah, berehh.

Dua tiga hari ni memang blog saya agak terabai, nak kata sibuk tu takdelah sangat. Tapi, saya sedikit larut dalam pembacaan novel yang baru saya beli. Kihkih. Sekarang tengah baca novel ketiga dan dah nak habis jugak. Nasib dah nak balik kampung malam ni, bolehla bawak stok buku yang belum dibaca kat rumah ke sini. :)

Okeh, cukup dengan pendahuluan yang takde kaitan. Saya hari ni nak kongsi pasal 8 Cara Berkesan Buat Orang Sukakan Kita 'Human relation'. Saya harap tiada yang salah faham dengan tajuk ni. Bukanlah buat orang sukakan kita tu maksudnya jatuh cinta lovey dovey tu, tapi suka yang membawa maksud orang senang dan selesa dengan kita. Tapi, tak mustahil jugak sebenarnya boleh buat orang jatuh cinta dengan kita. Ehhh? 🙈🙈

Ok, dah.

1. Sapa atau Bagi Salam
Yup. Sebarkan bahagia dengan menyapa orang-orang yang kita temui setiap hari. Bagi salam ataupun tanya khabar. Percayalah, orang akan suka bila kita memulakan sapaan kepada mereka. Tapi, tolonglah bukan yang versi "Assalamualaikum, tak jawab doseee~" tu okeh! (versi menggatal punya)

2. Senyum Seindah Suria
Senyum. Semua pun tahu senyum itu boleh mengubat hati yang duka lara. Walaupun tidak banyak, tapi memang akan ada kesannya.
Smile to the world and the world will smile back to you.
InshaAllah. Mungkin kadang-kadang akan ada yang mengabaikan senyuman kita seperti angin lalu, tapi tak apa jangan biarkan ia mengganggu mood kita. Yakinlah bahawa ada pahala di situ dan bersangka baiklah pada mereka, mungkin mereka tengah sakit perut cirit-birit!

3. Panggil Seseorang Dengan Nama atau Panggilan yang Digemari
Tips ini lagi-lagilah berkesan kalau seorang guru buat pada murid. Murid ni, kalau cikgu ingat nama mereka. Mereka akan rasa berbunga-bunga tau. Bangga kembang-kempis lobang hidung gitu. Hehe

Jadi, teman-temanku sudahkah anda mengetahui nama jiran sebelah rumah anda tu? Sebab saya perasan zaman kita sekarang ni, orang dah tak pedulik sangat dekat jiran. Nama pun kadang-kadang tak tahu padahal duduk berjiran dah bertahun-tahun.

4. Peramah dan Mesra dengan Orang (be friendly)
Jangan sombong sangat kawan. Kita hidup bukan sorang-sorang kat atas dunia ni. Tapi, kalau anda seorang pemalu. It's okey. Senyum je dan jadilah pendengar yang baik kalau mereka borak dengan kita, dan respond laa mana yang patut.
Effort tu yang penting ya tuan-tuan dan puan-puan sekalian. ;)

source
5. Jadi Diri Sendiri
Mungkin ni kadang-kadang agak sukar bagi sesetengah orang. Kita biasanya akan cuba sesuaikan diri untuk masuk dengan sesuatu keadaan. Semestinya, itu bukanlah perkara yang salah! Baguslah bila kita cuba untuk meraikan suasana setempat. Bak kata pepatah, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum.

Tapi, jangan lebih-lebih sampai kita jadi hilang identiti diri. Just be yourself! You're awesome the way you are. Lagi satu harus diingatkan jadi diri sendiri bukan bermaksud kita boleh berkelakuan ikut suka hati kita je. Mestilah ada hukum-hakam dan adab-adab yang kita harus jaga. Itu wajib!

6. Bermurah Hati
Kalau nampak orang yang memerlukan pertolongan, cubalah sedaya upaya kita untuk menolong mereka. Sebenarnya, bila kita tolong orang bukan mereka je yang gembira. Bahkan, kita pun akan turut gembira. Bukan setakat gembira je sebenarnya kita dapat, saham akhirat pun kita akan dapat jugak. Wah, berganda-ganda!
Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima.
7. Bertimbang rasa
Part ni pun saya rasa, orang Malaysia kita ada masalah sikit. Mungkin sebab kita terlalu fokus dengan dunia menjadikan kita seorang yang mementingkan diri sendiri. Contoh paling senang nak tengok adalah dekat jalan raya. Berapa ramai je pemandu kereta yang bertimbang rasa kepada pejalan kaki untuk melintas jalan?

Walaupun si pejalan kaki dah menunggu di garisan zebra untuk melintas jalan, tetap juga kereta akan bergerak dengan lajunya. Tahu, semua sibuk kan? Nak kejar apa? Oh, kejar solat berjemaah ke? Alhamdulillah~ *senyum sinis sambil angkat kening sebelah*

8. Kelakar / Good Sense of Humour
Siapa tak suka orang yang kelakar dan pandai buat lawak kan? Even Rasulullah pun kadang-kadang berjenaka dengan para sahabat. Tapi, harus dijaga juga dalam berlawak jenaka. Haruslah berpada-pada dan tidak berlebih-lebihan.

Dalam gurauan juga ada adab yang harus dijaga. Jangan bergurau dengan sesuatu gurauan melainkan ia benar.  Jangan sampai berbohong ataupun menyakiti hati mana-mana pihak. Sama-sama kita jaga ye. ;)

Orait, itulah dia 8 Cara Berkesan Buat Orang Sukakan Kita 'Human relation'. Bolehlah dicuba dan amalkan untuk meningkatkan hubungan sesama manusia. Last but very sepecial one,
Jagalah hubungan kita dengan Allah, nescaya hubungan dengan manusia juga akan terjaga.


Post a Comment

38 Comments

  1. great tips! sebagai manusia, kita takkan lari dari sifat nak orang senang dengan kita.tapi kena pegang prinsip ni : kita takkan mampu puaskan hati semua orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dgn prinsip tuu :D sebab manusia sendiri ada macam2 preference. Kita rasa baju A cantik, tak semestinya kawan kita akan suka yang sama. Orang yang dibesarkan dalam background yang sama pun akan ada pilihan yang berbeza apatah lagi manusia di pelusuk dunia :D hehe

      hanisamanina.com

      Delete
    2. Okeyy, sangat betul. Sedangkan nabi yang ma'sum tu pun ada orang yang memusuhi baginda. Inikan pulak kita yg banyak kekurangan kan.

      Kalau kita dah cuba buat yg terbaik, orang tak suka jugak takleh nak paksalaa kan? Biaq pi depalaa. Hihi

      Delete
    3. haha..betul. kita jadi yang terbaik. terpulang lah kat orang.haha

      Delete
  2. salam fatihah singgah sini n follow tq sudi singgah kat blog ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'salam. Terima kasih jugak sudi singgah dan follow sini. :)

      Delete
  3. Akk suka berkawan dgn org yg kelakar. Tapi akk tk pandai buat kelakar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke akak ni? Baca entry akak macam kelakar je. Hihi

      Delete
    2. Ya,hihi. Tengok org tgk tempatlah

      Delete
  4. Akak biasanya sebelum tegur orang yang akak tak kenal..akak senyum dulu..tengok respond pertama dulu..part senyum tu,,,akak pernah senyum dengan jiran..kali pertama akak senyum dia buat tak tahu..akak anggap dia tak perasan..kali kedua akak senyum dia tengok tapi tak balas akak cepat2 tengok bunga senyum dengan bunga..kikiki malu sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kihkih. Senyum pada bunga walaupun memang takkan ada balasan, tetap membahagiakan.

      Senyum dekat orang, takde balasan malulaa sikit2. Hihi

      Delete
  5. I hardly made the first encounter.. Nak senyum pun rasa awkward kadang2.. Hmm.. But actually, all that you listed tu betul.. hee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah kita Anis huhuhu, Ana ada pape tips tak untuk orang macam kami ni haa ? 😂

      Delete
    2. Hehe. Cemane eh? Cuba jerlaa senyum. Practice makes perfect, right? Haha :P

      Delete
  6. I agree with you bidadari with those 8 items relationship becomes better. Tapi saya kerap berhati2 dengan lidah because connections are made with the hearts not the toungue.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, kalau tidak berkata yang baik. Maka lebih baik berdiam. Lagi selamat dan tidak menimbulkan dosa. :)

      Delete
  7. great tips!hi awak, jom join pencarian bloglist cikja!heee

    ReplyDelete
  8. Saya setuju dengan semua point yang diberikan. Saya memang sejenis yang suka senyum hahaha. Pernah juga senyum kat senior kat kampus dulu, setiap kali jumpa senyum tapi haram nak balas. Lepastu tiap kali kalau selisih dengat dia ke apa mesti buat2 tengok phone etc. He doesn't deserve my smile, menyampah pulak tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha hamboih marahnya. Tapi, betullah kalau dah terkena banyak kali. Geram jugaklah and mulalaa buat2 tak perasan~

      Delete
  9. Great tips Fatihah.. Memang itulah yang perlu kita buat..
    Setuju juga dengan PC, akak pun sama guna pendekatan senyum dulu dengan orang tak kenal.. Kalau ada feedback baru tegur.. Bab atas jalanraya pun satu hal.. Macam-macam ragam padahal kalau diamalkan sikap timbangrasa, in shaa Allah boleh elakkan perkara yang tidak diingini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senyum tu macam penghubung untuk kita dengan orang2 lain kan? Tapi, kalau dah tak terbalas macam manelaa orang nak berani tegur lagi dah. Hihi

      Delete
  10. senyum seindah suria, yang membawa cahaya... senyumlah dari hati, duniamu berseri 😁 kenal ke x, sy sedekah ja senyuman. kang tayang muka masam, kena sumpah plak 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh eh nyanyi pulak. Betul, dapat pahala kat kita~ :D

      Delete
    2. kan, pahala sedekah �� nahhh, sy sedekah senyuman ☺☺☺

      Delete
  11. selalukan senyum :)

    ReplyDelete
  12. jengah my blog yer....
    http://mummyayu.blogspot.com/2017/03/jom-tengoksiapa-yg-menang.html
    http://mummyayu.blogspot.com/2017/03/calling-for-winner.html
    http://mummyayu.blogspot.com/2017/03/last-call.html

    ReplyDelete
  13. Senyum tu paling senang nak buat 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Cik Epal. Tak pakai tenaga, pakai keikhlasan je. Eceewaah :)

      p/s: Terima kasih sudi jugak singgah sini! #muahciked

      Delete
  14. Anonymous12:37 PM

    alhamdulillah senyum itu melihatkan org itu cantikan kan...hehe
    salam singgah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, manisss je nampak. Biar tak lawa/hensem mane pun tapi kalau suka senyum terus nampak sedap mata memandang. :)

      Delete
  15. No 3 dan 5 tu sy sntiasa buat. Hahaa

    ReplyDelete
  16. Paling setuju part jadi diri sendiri tu^^

    ReplyDelete
  17. sy mulakan dengan senyuman... kalau ada balasan maknanya mereka mudah untuk didekati

    ReplyDelete
  18. bagus artikel ni.thanks

    ReplyDelete
  19. Tips yang bagus Ana.. Senyum tu paling berkesan dan mampu menceriakan hari..

    ReplyDelete
  20. Senyum paling senang buat dan be friendly paling susah nak buat. Huhu. Siqah jenis tak reti nak menegur orang kalau tak dikenali. Secara berdepan, kalau alam maya nie, laju je menegur. Hihi. :D

    ReplyDelete
  21. semua tips fatihah share semua saya setuju. \

    Nadia jenis akan senyum dulu . Tapi kdg if nadia ada jadi terlebih friendly , nadia yang akan bertegur apa dulu . ihihi.

    ReplyDelete

Bismillah. Titipkan kata-kata anda.