Sukaneka Anak-anak SD di Sebong Pereh

Acara sukaneka atau dipanggil acara lomba di Indonesia sangat sering diadakan bila tiba hari kemerdekaan Indonesia. Lebih kurang dengan di Malaysia jugaklah kan? Sekolah-sekolah dan kampung-kampung akan sangat meriah dengan acara. Sangat seronok!

Sukaneka Anak-anak SD di Sebong Pereh
Buat apa tu?
Acara untuk sukaneka macam biasalah tarik tali, lari dalam guni dan ada jugak makan keropok. Aku lupa acara-acara ni dalam bahasa Indonesia apa, mungkin sama saja dengan nama Malaysia atau mungkin jugak berbeza. Acara makan keropok tu depa akan gantung keropok dekat tali lepastu anak-anak ni akan makan tanpa boleh pegang keropok tu dengan tangan. Banyak gambar dalam hard disk sebab aku ambik gambar pakai kamera tapi yang aku upload kat sini gambar yang dari kamera phone sahaja. Jadinya, banyak gambar selfie jerlah dari gambar aktiviti.

Aku pun tak pasti gambar kat atas ni depa tengah main tarik tali ke apa. Macam takde tali pun. Haha. Aku pun dah mula lupa cerita di sebalik gambar-gambar yang aku ambil ni. :)
Okeyyy, sekarang selfie time. Maafkan muka aku yang besar gedabak tu.

Dengan anak-anak ciwiks yang cantik dan sweet!

Sukaneka Anak-anak SD di Sebong Pereh

Sukaneka Anak-anak SD di Sebong Pereh

Sukaneka Anak-anak SD di Sebong Pereh

Dengan anak-anak cowoks yang ganteng!

Sukaneka Anak-anak SD di Sebong Pereh

Sukaneka Anak-anak SD di Sebong Pereh

Dengan sepasang kembar yang hampir seiras! Eh, ke seiras?

Sukaneka Anak-anak SD di Sebong Pereh

Aku siap paksa si kembar dua orang ni buat video yang macam Upin Ipin tu. Yang hai, nama saya Upin. Nama saya Ipin. Kami kembar seiras! Haha

Anak-anak di sini sangat sukakan kamera dan sangat pandai bergaya. Tak payah suruh, depa yang datang lari suruh kita amikkan gambar dorang. Sangat pandai dan energetik.

Sukaneka Anak-anak SD di Sebong Pereh

Sukaneka Anak-anak SD di Sebong Pereh

Sukaneka Anak-anak SD di Sebong Pereh

Sukaneka Anak-anak SD di Sebong Pereh

Sebelum balik dari sekolah, kami kakak abang yang datang ni buat seketika jadi macam artis kejap. Masya Allah, masing-masing bawak kertas dengan pen untuk mintak tanda tangan dan nom phone. Nak tak layan tak sampai hati pulak. Bila dah bagi kat sorang, jawabnya ramailaa yang beratur.

Sangat comel! Dan, hari ini aku sangat merindui anak-anak yang berhati suci ini. Lihatlah senyuman mereka yang tanpa dosa itu. Satu terapi yang sangat menenangkan jiwa. Semoga kalian membesar menjadi anak-anak yang soleh. Berbakti kepada agama, masyarakat dan negara. Teruskan menjadi anak-anak yang sentiasa gembira dengan hati yang suci! Amiin. :')



Post a Comment

10 Comments

  1. Anonymous12:36 AM

    aktifnya diorang ni!
    mesti penat nak handle bebudak kan

    ReplyDelete
  2. Tau tak kenapa diaorang nak sangat ambil gambar... Sebab kakak pakai topeng...gurau je... kalau pengalaman bersama kanak2 memang menyeronokkan...walau berbeza budaya, tetapi keriangan mereka tetap sama...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheh! :P
      Sangat betul tu tuan. Tetap hati suci dan meraikan orang yang dorang temui.

      Delete
  3. Semalam kak Ana singgah takde kotak komen ni. 😀

    Teringat zaman sek ren dulu. Sukaneka acara tahunan yang dinanti2. Kalau boleh semua acara Kak Ana nak masuk. Hehe.

    Acara yang gantung keropok dekat tali tu buat kak ana teringat running man. Selalu juga dorang buat misi macam ni. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semalam private kejap kak. Gigih edit blog. Hehe

      Sangat betul. Sebab nak hadiah tupperware. Kiki.

      RM yang tiru dorang ke dorang tiru RM ni? Hihi

      Delete
  4. happy nyer diorg... mesti riuh kan ana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mestilah riuh kak. Sampai nak gaduh2 ambik gambar kalau kita tak kawal. Haha

      Delete
  5. Singgah lalu...boleh lawat kami pula di http://hotistagram.blogspot.my/

    ReplyDelete

Bismillah. Titipkan kata-kata anda.