January 2017 HIGHLIGHT Stories

Wednesday, February 01, 2017

January 2017 HIGHLIGHT Stories

Hari ni dah 1 Februari kan? How time flies. Sangat pantas meninggalkan sesiapapun yang terleka. Dah habis sebulan, tinggallah lagi sebelas bulan yang akan mendatang untuk tahun 2017.

Jadi, untuk tahun 2017 ni inshaAllah saya nak cuba buat HIGHLIGHT Stories entry untuk setiap bulan. Ini merupakan entry pertama dan harapnya saya akan terus rajin untuk buat entry-entry macamni pada bulan-bulan yang akan datang. Basically, entry ni akan menceritakan highlight untuk bulan ni. Yeah, apa yang penting and berbaloi untuk diingati dan dikongsi. Ramai blogger memang buat benda ni and I really love to read their posts. So, why not saya pun buat jugak kan? πŸ˜‰

Sambung Belajar Sebagai Pelajar Master 

Melangkah ke alam belajar di peringkat yang lebih tinggi adalah satu keputusan yang besar jugak dalam hidup aku. Memilih antara dua sama ada kerja atau sambung belajar dan alhamdulillah, aku akhirnya memilih untuk sambung belajar. Moga ini adalah pilihan yang terbaik inshaAllah.

Sekarang, aku struggle untuk cari kerja part time dan jugak biasiswa. Google lah sumber utama aku. Kalau korang ada tau part time atau biasiswa yang bersesuaian, please share with me dekat ruangan comment ya. Sangat appreciate kalau korang boleh bantu. Hee.

Btw, kalau korang nak baca diari master aku walaupun tak berapa nak ada info bolehlah baca dekat entry Aku Budak Master.

Keep Strong

Belajar Untuk Lebih Berdikari

Bila dah masuk master ni kebanyakan orang memang tahu kot yang almost everything kita kena buat sendiri-sediri. Jadi, aku cuba ajar diri aku untuk lebih berdikari.

Kalau masa degree, aku suka copy paste kawan-kawan aku punya timetable je. Haha. Please jangan tiru aku. Sekarang ni, aku memang buat sendirik je. Nak buat macam mana classmate pun aku tak dapat kenal pasti lagi sape. Kihkih

Tu baru part timetable kan? Belum lagi masuk bab study nanti. So, aku mesti belajar untuk lebih dan lebih lagi berdikari bermula dari sekarang!

Books That I Have Read

Sepatutnya aku kena habiskan satu buku dalam masa seminggu. Well, that's my target lah kan. Tapi, bulan ni aku hanya mampu habiskan tiga buah buku dan tak capai target. Dahlaa tak ikut minggu, kadang-kadang dalam seminggu habiskan dua biji buku dan ada jugak minggu yang aku tak sentuh pun buku.
Aku memang kena ajar diri untuk lebih berdisiplin. Hmmm.

Tiga buku yang aku dah berjaya khatamkan adalah #Henshin Muslimah by Kak Hassanah, Lelaki Terakhir Menangis di Bumi by Musa Nuwayri dan Pelukis Jalanan by Teme Abdullah. Tak sempat lagi nak review. Aku suka sangat dua buku terakhir tu, sebabtu boleh baca dengan laju dan jayanya. Haha

Balik Kampungggg!

Okey, aku memang selalu excited bila dapat balik kampung Chinese New Year haritu. Sapelaa yang tak excited kan? Balik jumpa family kesayangan kot. Yang lagi bertambah happy sebab balik free tumpang kakak aku since aku dah belajar dekat Gombak, bolehlaa tumpang. Kalau dulu mereput sorang-sorang kat Johor takde sedara. Hehe

Padahal aku baru je datang daftar 18 Januari haritu and balik kampung 26 Januari. Seronoklaa kalau boleh balik kampung selalu ni~

Bagi yang takleh balik, it's okey. Jangan sedih-sedih ya. Gunakan telefon yang kita ada dengan sebaiknya. Call mak ayah selalu selagi mereka masih ada. Jangan berkira dengan depa. Mereka syurga kita.

Auchh, sape potong bawang pulak ni tetiba. 😭

πŸ’—πŸ’—πŸ’—πŸ’—πŸ’—πŸ’—πŸ’—πŸ’—πŸ’—πŸ’—πŸ’—

Rasanya tu je dulu untuk Januari ni. Aku doakan Februari ini akan menjadi bulan yang lebih baik dari yang lepas. All the best guys.

Ganbatte Kudasai!

πŸ‘‰ I've gone to my first class today which is Practice of Teaching class. Actually, class had started yesterday but yeah hmmm hmmm. :P

You Might Also Like

14 comments

  1. Haa ponteng kelas eh? Hehe.

    Semoga dipermudahkan urusan ana dalam study master. Bagus tau sambung master terus sebab kalau ana dah kerja, susah sikit nak sambung belajar. Kalau sambung belajar sambil bekerja, semangat kena kental lebih :D

    Siqah suka Pelukis Jalanan jugak! A very nice and motivation story :) Lagi dua buku tu siqah tak baca lagi. Hee.

    Btw, Yeayy! Love and enjoy reading your January's highlights <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shhhh kak, kantoi nanti. Haha
      Terima kasih atas nasihatnya kak. Moga urusan kita semua dipermudahkan. Amiin.
      Kita pun suka sangaaat baca akak punya. :)

      Delete
  2. Selamat berkelas semula Ana. Kak ana doakan semoga semua urusan ana di permudahkan dan graduate dengan cemerlang insyaAllah. Keep strong and stay healthy ❤

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiin. InshaAllah kak! ;)

      Delete
  3. Assalam fatihah! wow master , macam mana boleh terlepas lak entry tu , tulah malas sangat nak bukak blog,
    btw okey la 3 biji buku satu bulan yana satu buku dan suku hahaha je mampu.

    satu lagi buku musa dan teme memang memang best , yana pun banyak je buku belum review asyik draft je .. sabar jelah.

    Btw , semoga Allah permudahkan segala urusan fatihah sebagai budak master jugasebagai hambaNya .. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'salam Yana. Haha takpelaa tu.
      Kannn, memang best. Sehari je blh terus habis.
      Terima kasih atas doanya. Amiin. :)

      Delete
  4. da sambung master ni kena double kn usaha... byk2 berdoa semoga berjaya sampai ke akhirnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takut pulak rasa kadang2 tu. InshaAllah kak. :")

      Delete
  5. Wow dah nak masuk master, hebatnya akak :D semoga berjaya!
    Buku pelukis jalanan tu best kaannnnn. Dgr cerita penulis tu nk buat buku baru lepasni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak hebat punn, cuma mencuba untuk menjadi hebat. Hihi
      Ye eh? Bestnyaaa!!!

      Delete
  6. belajar untuk berdikari !! power puff girls !! hee~

    ReplyDelete
  7. tahniah sebab berjaya sambung belajar.. nanti bila dah habis master, buat phd pulak k. btw, awak sambung master course apa - research or by course work?

    ReplyDelete
  8. kalau nak cari job part time, boleh try jobdirumah.com. nanti boleh buat kerja dari rumah

    ReplyDelete

Bismillah. Titipkan nasihat anda. :)

P E N G O M E N