Books

Pesta Buku Online di BookCafe

Wednesday, April 26, 2017

Klik gambar untuk tengok buku
Aku ni subscriber untuk website BookCafe ni. jadi, aku akan dapat emel kalau ada diskaun atau harga runtuh dekat sana. Paling latest, aku dapat emel tentang Pesta Buku Online ni lah. Berpinar-pinar mata aku bila tengok diskaun yang diberikan tu. 

Padahal baru jerlaa lepas borong buku kat sini hari tu. Boleh baca entry Buku dari BOOKCAFE | UNBOXING ni kalau nak tengok buku apa yang ak beli.

Dekat poster kat atas dia kata ada diskaun 60% untuk 300 tajuk, 20% untuk 500 tajuk dan 15% untuk 100 tajuk untuk buku-buku terpilih. Banyaktuu boleh jimat. Allah.. Sabar jerlaa wahai hati. Haha 

Tapi, sebenarnya ada benda lagi menarik! Nak tau apa? Kalau korang merupakan MEMBER ataupun hanya SUBSCRIBER dekat website ni, ada benda yang sangat best untuk korang!

Diskaun berganda untuk anda dinaikkan lagi!

  1. Diskaun 60% dinaikkan kepada 80%
  2. Diskaun 30% dinaikkan kepada 50%
  3. Diskaun 20% dinaikkan kepada 40%
  4. Diskaun 15% dinaikkan kepada 30%

Kenaikan diskaun ini hanya sah pada 26 & 27 APRIL 2017 sahaja. Sampai esok jerlaa kiranya. Jadi, kalau korang nak dapatkan dengan harga yang memang sangat murah dan berbaloi-baloi ni. Kena laju-laju pergi subscribe kat website BookCafe sana.

GA dan Contest

GIVEAWAY BY BCSB : ROAD TO 100K VIEW

Wednesday, April 26, 2017

GIVEAWAY BY BCSB : ROAD TO 100K VIEW

Syarat-syarat:
  1. Wajib follow blog BCSB. done!
  2. Wajib follow Google Plus. done!
  3. Follow IG bagi yang ada akaun IG. done! 
  4. Tulis entri bertajuk GIVEAWAY by BCSB : ROAD TO 100K VIEW,  letak banner di atas dan backlink ke entri ni. Tinggalkan URL pada komen di bawah. done!

 26.04.2017 - 26.05.2017 ( sebulan) 

MalaysiakuTercinta

Hotel untuk Backpackers di Ipoh

Monday, April 24, 2017

Assalamualaikum and hi!


Hari ni aku nak share dengan korang tentang lokasi menarik di Ipoh! Sekarang ni, Ipoh makin famous di kalangan para pelancong kan? Aku dah pernah pergi sana, tapi aku memang kalau boleh nak pergi lagi sekali sebab banyak lagi tempat menarik yang aku belum sempat singgah dan teroka!

Bolehlah kalau nak merasa travel solo tu, aku kalau kat dalam Malaysia ni beranilaa lagi. Kalau kat luar, memang tak berani nak travel solo. Hehe. Tapi, still prefer at least berdualaa jugak. Safety first guys! ;)

Antara tempat yang wajib pergi kalau ke Ipoh antaranya adalah Gerbang Malam dan Ipoh World. Selain dari dua tempat ni, sebenarnya banyak lagi tempat best dekat Ipoh. Korang bolehlaa pusing-pusing satu Ipoh tu haha. Nak lagi best, sewa basikal. Jalan-jalan sambil exercise orang kata. Bestnyaaa!

Bila dah cerita pasal jalan-jalan ni, memang tak sahlaa kalau tak cerita pasal hotel kan? Orang macam aku yang poket agak kering ni semestinya akan cari hotel yang murah. Tapi walaupun murah, of courselaa nak yang selesa jugak. Haish, demand betul! :P

Worries no more guys! Sebab traveloka menyediakan amazing deals on Ipoh hotels.  So, check out traveloka.com untuk buat tempahan awal atau nak dapatkan cadangan tentang hotel-hotel yang korang boleh stay dekat Ipoh ni. Antara suggestion hotel yang best dan sesuai untuk kekita yang ingin berbackpack ke Ipoh adalah.. 

Jeng!
Jeng!
Jeng!

Container Hotel Ipoh
Hotel untuk Backpackers di Ipoh

Container hotel ni sebenarnya memang dah tak asing untuk backpackers sebab hotel ni pun ada dekat bandar lain macam Kuala Lumpur and Penang. Kalau dekat Ipoh, Container Hotel ni terletak dekat Jalan Sultan Yussof dan tak jauh dari pusat bandar.

Konsep hotel ni adalah bilik di dalam kontena dan memaparkan seni bina dan rekaan yang moden dan menarik. Berdasarkan laman rasmi hotel ni, rekaan Container hotel diinspirasikan oleh era keemasan Ipoh yang terkenal dengan aktiviti perlombongan.

Hotel untuk Backpackers di Ipoh

Hotel untuk Backpackers di Ipoh

Walaupun hotel ni tak menawarkan bilik yang luas macam kita selalu bayangkan kalau pegi hotel tu, tapi mereka menawarkan pod dekat kita. Haaa! Mesti ada yang tertanya-tanya apa tu pod kan?

Pod tu sebenarnya satu ruangan kecil yang ada tilam dan beberapa kemudahan asas lain macam port charging, foldable desk, personal reading light (sangat penting untuk aku!) dan banyak lagilah. Mesti ada jugak yang risau sebab bilik macam ni biasanya akan bercampur lelaki dan perempuan. Kan?

Jangan risau, sebab hotel ni ada tiga jenis pilihan pod yang kita boleh pilih iaitu mixed pod, pod plus dan female pod plus. Kita yang perempuan ni ambiklaa yang female pod plus. Mahal sikit takpe, yang penting aurat kita terjaga. Okey? :)

Hotel untuk Backpackers di Ipoh

Hotel untuk Backpackers di Ipoh

So, bagi korang yang nak travel sorang atau dengan kawan sangat disyorkanlah stay dekat hotel ni. Mesti best and memorable lah travel experience korang. Hehe. Tapi, kalau korang travel dengan family, maybe hotel ni bukan yang terbaik untuk korang sebab ruang kat sini terhad dan tidak selesa untuk kanak-kanak. 

Walaupun ruangan pod agak terhad, tapi ada banyak ruang santai dan port lepak yang disediakan untuk para tetamu. Bolehlaa spend time kat situ dan berkenalan dengan teman baru. Kemudahan wifi pun turut disediakan dan korang boleh jugak menyewa basikal dengan harga yang berpatutan. Arghhh, bestnyaaa pusing-pusing Ipoh naik basikal! 

Chariton Hotel Ipoh

Hotel untuk Backpackers di Ipoh

Chariton hotel ni pun merupakan hotel yang sangat tepat untuk kekita yang nak menginap dekat hotel yang harganya berpatutan. Hotel ni jugak ada cawangan lain dekat Butterworth dan Alma. Bilik yang disediakan kat sini boleh diconsiderkan agak luas dan sesuai untuk kita beristirehat.

Kemudahan yang disediakan hotel ni adalah seperti free wifi, luggage storage, free parking dan banyak lagilah. So, bagi korang yang datang dengan kereta tak payahlah risau sebab ruang parking dah pun disediakan dan amat luas. Lagi best, di bawah pemantauan pihak hotel lagituu. InshaAllah selamat. ;)

Hotel untuk Backpackers di Ipoh

Hotel untuk Backpackers di Ipoh

Hotel untuk Backpackers di Ipoh

Lagi satu, kalau korang penggemar kopi. Bolehlah korang berkunjung ke coffee house yang ada dekat hotel ni. Seronokkan? Dah tak payah pegi jauh-jauh dah sebab hotel dah sediakan, tinggal sediakan fulus je. Haha 

πŸ’ƒπŸ’ƒπŸ’ƒπŸ’ƒπŸ’ƒπŸ’ƒπŸ’ƒπŸ’ƒπŸ’ƒ

Secara keseluruhannya, kedua-dua hotel ni menawarkan penginapan yang selesa dan harga pun sangat berpatutan untuk backpackers ataupun student yang uhukuhuk macam aku nih. Namun, kalau apa yang aku share kat sini tak cukup lagi untuk buatkan korang puas hati.

Bolehlah pergi ke traveloka.com sebab kat sana banyaaaaak lagi hotel yang korang boleh pilih untuk stay bila ke Ipoh nanti!

Orait?
Semoga membantu. Baibai!

#keepLearning

Ranah 3 Warna | Books Review

Saturday, April 22, 2017

Ranah 3 Warna | Books Review

Penulis: A. Fuadi
Publisher: PTS Litera
ISBN: 978-967-578-358-6
Halaman: 497ms

Sinopsis Ranah 3 Warna - Goodreads

Alif baru saja tamat dari Pondok Madani. Dia bahkan sudah bisa bermimpi dalam bahasa Arab dan Inggris. Impiannya? Tinggi betul. Ingin belajar teknologi tinggi di Bandung seperti Habibie, lalu merantau sampai ke Amerika.

Dengan semangat menggelegak dia pulang ke Maninjau dan tak sabar ingin segera kuliah. Namun kawan karibnya, Randai, meragukan dia mampu lulus UMPTN. Lalu dia sadar, ada satu hal penting yang dia tidak punya. Ijazah SMA. Bagaimana mungkin mengejar semua cita-cita tinggi tadi tanpa ijazah?

Terinspirasi semangat tim dinamit Denmark, dia mendobrak rintangan berat. Baru saja dia bisa tersenyum, badai masalah menggempurnya silih berganti tanpa ampun. Alif letih dan mulai bertanya-tanya: "Sampai kapan aku harus teguh bersabar menghadapi semua cobaan hidup ini?" Hampir saja dia menyerah.

Rupanya "mantra" man jadda wajada saja tidak cukup sakti dalam memenangkan hidup. Alif teringat "mantra" kedua yang diajarkan di Pondok Madani: man shabara zhafira. Siapa yang bersabar akan beruntung. Berbekal kedua mantra itu dia songsong badai hidup satu persatu. Bisakah dia memenangkan semua impiannya?

Ke mana nasib membawa Alif? Apa saja 3 ranah berbeda warna itu? Siapakah Raisa? Bagaimana persaingannya dengan Randai? Apa kabar Sahibul Menara? Kenapa sampai muncul Obelix, orang Indian dan Michael Jordan dan Kesatria Berpantun? Apa hadiah Tuhan buat sebuah kesabaran yang
kukuh?

Ranah 3 Warna adalah hikayat bagaimana impian tetap wajib dibela habis-habisan walau hidup terus digelung nestapa tak berkesudahan. Tuhan sungguh bersama orang yang sabar.

Ranah 3 Warna - My Review 

Seperti juga buku pertama iaitu Negeri 5 Menara, buku Ranah 3 Warna ini juga telah berjaya membuat nafsu membacaku berpuas hati. Bibir tersenyum lega setelah membaca buku/novel yang aku kira agak bagus kualitinya.

Namun di sebalik keindahan itu, novel ini bagi aku sedikit tewas dari novel pertamanya. Aku lebih gemar membaca novel pertama dari yang ini. Mungkin kebanyakan buku bersiri begitu kan? Buku pertama memang tak dapat ditandingi auranya. Mungkin.

Aku lebih seronok membaca kisah Alif belajar di Pondok Madani berbanding membaca kisahnya yang sudah mula bertebaran menuntut ilmu ke institusi tinggi. Watak sahabat-sahabat Alif dalam novel pertama juga tidak ditonjolkan dalam novel ini. Hanya sedikit disentuh mengenai mereka, seterusnya banyak diceritakan tentang sahabat-sahabat baru Alif. Fitrah kehidupan, perubahan sahabat apabila berubah tempat kita menapak.

Novel ini sangat memberi inspirasi kepada aku. Macam biasa, adalaa suka duka dia yang mampu membuat aku menangis dan jugak tersenyum. Bila penulis menceritakan pengalaman Alif di tiga ranah yang berbeza, aku merasa seperti ingin terbang ke setiap tempat yang diceritakan tu. InshaAllah, one day!

Kalau di novel Negeri 5 Menara, Alif berpegang pada kata-kata keramat "man jadda wa jada, siapa yang berusaha pasti akan berjaya!", kali ini kata-kata keramat Alif semakin bertambah, "man shabara zafira, sesiapa yang bersabar akan beruntung".

Ya, semakin dewasa seseorang semakin banyak dia akan diuji. Begitu juga Alif, ujiannya makin bertambah sehingga ada saat-saat yang dia terasa ingin berputus asa dan mempersoalkan nasibnya. Namun, adakah dia kekal begitu atau dia mampu bangkit dengan berpegang pada kata keramatnya tadi?!

Ouh, novel ini jugak banyak mengajarkan aku untuk mencintai negara ataupun semangat patriotik. Sejujurnya, sebelum ni pun aku banyak belajar tentang patriotisme semasa aku ke Indonesia selama sebulan. Duduk berprogram dengan mahasiswa Indonesia yang sangat cintakan negara buatkan aku cemburu dan secara tidak sedar aku makin jatuh cinta dengan negaraku sendiri, Malaysia!

Berminat dengan buku ni? Boleh beli kat sini. :)

πŸ‘‰ Aku dah start buat pre-registration subjek untuk sem depan. Dah nak habis sem dah? πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…
πŸ‘‰ Maaf lama pulak rasanya tak blogwalking, inshaAllah akan menerjah blog kalian malam ni atau esok.

#keepLearning

Khabar Gembira | Jom Tingkatkan Ibadah

Sunday, April 16, 2017

Sedar tak sedar hari ni dah pun 19 Rejab 1438H. Fiuh, betapa cepatnya masa berlalu. Dah nak masuk Ramadhan pulak dah. Semoga kita semua berkesempatan menemui Ramadhan tahun ini. Amiin.

Semestinya khabar gembira untuk kita semua kaum muslim, bila kita sedar yang Ramadhan sudah semakin menghampiri. Kan? Marhaban ya Ramadhan! ;)


Namun, dalam kegembiraan kita menanti Ramadhan. Adakah kita sudah bersedia untuk menghadapinya? Sudah tentu hanya dengan perasaan gembira dan excited tidak cukup untuk kita menempuh Ramadhan, bulan yang dipenuhi barakah ini.

Alangkah bagusnya, jika bermula dari sekarang lagi kita dah mula melatih diri untuk melakukan dan meningkatkan ibadah kita. Supaya di bulan Ramadhan nanti tidaklah terkejut sangatkan tiba-tiba nak pecut untuk buat ibadah.

Sama-sama kita cuba perbanyakkan puasa sunat, membaca al-Quran dan jugak melakukan ibadah-ibadah sunat yang lain. InshaAllah, bila kita dah terbiasa lakukannya dari sekarang. Ramadhan nanti, ibadah kita akan bertambah lagi dan kita juga tidak akan menjadi hangat-hangat tahi ayam dalam mengerjakan ibadah.

Awalnya bersemangat, pertengahan mula suam-suam kuku dan pengakhirannya terus berhenti. Sebab apa? Sebab penat atau dah hilang semangat. Naudzubillah. Moga bukan kitalah kan.

Untuk kita istiqamah dalam melakukan amal ibadah itu tidaklah mudah. Ia memerlukan usaha dan masa. Jadi, ayuh sama-sama kita berusaha dari sekarang. InshaAllah kita boleh lakukannya!


Semua dah baca doa ni? Kalau belum, boleh baca dulu ya. Kalau dah, boleh baca lagi sekali. Hee ;)

Ha, lagi satu! (mood bebel dah start) :P

Buat para gegadis cantik yang belum habis ganti puasa. Cepat ganti sekarang, jangan sampai masuk ke bulan Ramadhan pulak. Jangan menangguh-nangguh nak tunggu sampai hujung-hujung. Nanti kalau tiba-tiba sakit atau time tu lah awak uzur, kan dah tak sempat ganti. Aiyokk!

Kalau dah jadi macamtu, kena bayar fidyah tau dan puasa tu tetap kena ganti jugak. Kesian dekat ayah atau suami awak nanti. Kalau depa yang kena tolong bayarkan sebab awak tak ganti puasa. Hihi

So, kalau belum habis ganti puasa. Cepat-cepat ganti tau! Kalau dah habis, boleh pulun buat puasa sunat pulak. Okeh? ;)

Makanya, sebagaimana kita bersedia untuk menyambut Syawal. Ayuh kita berusaha untuk buat persediaan menyambut Ramadhan jugak.

Marhaban ya Ramadhan! πŸ’š

Books

Buku dari BOOKCAFE | UNBOXING

Friday, April 14, 2017

Hujung bulan March haritu saya sempat membeli belah dekat Kedai Buku Online, BookCafe.com.my. Ya, kalau ikutkan memang saya tengah puasa buku. Tapi, I cannot resist laaa. Haha. Lagipun, it's okey sebab saya beli dengan pembelian yang berbaloi-baloi tau masa tu. (sedapkan hati :P)


Masa saya beli tu BookCafe tengah buat sale bulan March. Ada buku-buku terpilih yang dijual dengan harga serendah RM3.33 je. Lepastu, ada jugak buku yang diberi diskaun sebanyak 60%. Yes kawan, 60%! See, macam mana kau boleh tak tergoda kan? 

Buku dari BOOKCAFE | UNBOXING

Buku dari BOOKCAFE | UNBOXING

Perasaan excited bila terima parcel. Tambah-tambah parcel besar and tahu pulak kat dalam dia ada buku. Best feeling evahh! Haha salah satunya lah kan.

Buku dari BOOKCAFE | UNBOXING

Okeyy, sape nak main letup-letupkan plastik ni? Haha sekali lagi. Best feeling evahh! LOL
Masa bukak ni, sejujurnya saya bukanlah seorang yang penyabar. Bukak dengan rakusnya tapi masih berusaha untuk tak koyakkannya. Kihkih

Akhirnyaaaa,

Buku dari BOOKCAFE | UNBOXING

Berikut saya senaraikan buku-buku yang saya beli dan harga serta diskaun yang saya dapat ye. Jangan jealous tau! :P
  • Opera Di Gontor - RM3.33 (diskaun RM15.67)
  • Perahu Kertas - RM8.00 (diskaun RM12.00)
  • Ranah 3 Warna - RM8.00 (diskaun RM12.00)
  • Rindu Purnama - RM3.33 (diskaun RM14.67)
  • Imam Maliki: Pengarang Kebenaran - RM3.33 (diskaun RM20.67)
  • Travelog Hidayah - RM6.00 (diskaun RM9.00)
  • Selembut Hati Rasulullah - RM6.00 (diskaun RM9.00)
Berbaloi-baloikan diskaun dia. Suuuka sangat!
Total  tak sampai RM50.00 pun, tapi sebab kena tambah harga postage lebihlaa jugak. Jadi RM57.07 masih okeylaa. ;)


Buku dari BOOKCAFE | UNBOXING

Kalau korang perasan, empat daripada buku yang saya beli adalah novel Indonesia. Saya ni memang gemar baca novel Indonesia. Kalau nak tau, novel Ranah 3 Warna tu adalah sambungan dari novel Negeri 5 Menara. Antara novel favourite saya tu. Bolehlah klik link tu kalau rasa nak baca review. :)

Alhamdulillah, saya dah berjaya khatamkan novel Ranah 3 Warna. Lepas novel Ranah 3 Warna sebenarnya ada lagi satu novel sambungannya iaitu Rantau 1 Muara. Saya belum ada lagi novel tu. Harap bolehlah dapatkan dengan secepat mungkin. hihi

Buku dari BOOKCAFE | UNBOXING

Kenapa best shopping dekat BookCafe ni pertamanya bagi saya, mestilah sebab diskaun yang banyak tu kan. Puas hati rasa bila dapat beli buku dengan harga murah macamtu. hehe

Lepastu, buku pun laju je sampai dan dibungkus dengan elok. Seronoklaa shopping dengan BookCafe. Tapi, sejujurnya saya lebih suka shopping buku dekat kedai buku dari online macamni.

Tapi, kalau dah jarang keluar. Online pun kira bolehlaa. Oh, btw ni bukan paid review ke apa tau. Saya saja je nak share benda baik macamni. Mana tau, korang pun nak beli buku tapi takde masa nak keluar.

#let'sRead
#readingIsCool

#keepLearning

Resepi Tiramisu (Kek Coklat Chiffon + CreamCheese)

Wednesday, April 12, 2017

Resepi Tiramisu (Kek Coklat Chiffon + CreamCheese)

Haritu kan aku ada cerita masa cuti midsem aku sempatlah jugak buat Cheesecake Mangga dengan Kek Tiramisu. Jadi, kalini aku nak share laa resepi kek Tiramisu seperti yang dijanjikan haritu. :)

Disebabkan kek ni favourite mak aku, jadi rasa macam tak lengkap pulak kalau tak buat kek tiramisu bila balik rumah. Lagipun kakak-kakakku masih di rumah. Bolehlah pau dorang je untuk bahan-bahan. LOL

Aku pun tak pasti betul ke tak cara aku buat Kek Tiramisu ni, tapi ni memang cara akulah. Sebab kadang-kadang aku tengok kek tiramisu warna putih (mungkin perisa vanilla kot) dan ada jugak yang pakai biskut lady fingers.

Resepi Tiramisu (Kek Coklat Chiffon + CreamCheese)

Kek Coklat Chiffon 
Sumber: Mat Gebu

BAHAN A 

  • 4 kuning telur (gred A)
  • 135 ml air
  • 85 ml minyak jagung (aku semestinya pakai minyak masak je)
  • 1/4 camca teh garam halus
  • 100g gula halus
  • 135g tepung gandum
  • 15g serbuk koko
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 1 camca teh baking powder
  • 1 camca serbuk nescafee (aku pakai kopi sebab takde nescafee)

BAHAN B 

  • 4 putih telur (gred A)
  • 90g gula halus
  • Secubit cream of tartar
Resepi Tiramisu (Kek Coklat Chiffon + CreamCheese)Resepi Tiramisu (Kek Coklat Chiffon + CreamCheese)




CARA-CARA
  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Ayak bahan kering (tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan garam) ke dalam satu bekas.
  2. Satukan kuning telur bersama gula halus (bahan A) dan serbuk kopi. Kacau rata dan tuang air, kacau hingga gula larut. Masukkan bahan yang diayak tadi dan gaul hingga sebati, tuang minyak dan esen vanilla, kacau hingga sebati. Ketepikan.
  3. Putar putih telur hingga kembang, masukkan gula halus (bahan B), dan cream of tartar dan terus memutar hingga pekat.
  4. Campurkan putih telur tadi ke dalam adunan no 1 dan kacau dengan spatula menggunakan kaedah kaup balik hingga sebati.
  5. Tuang dalam tin chiffon yang bersaiz 23 cm (jangan sapu mentega pada tin) dan bakar 45 - 50 minit hingga kek masak. (aku pakai tin kek yang biasa je sebab takde tin chiffon)
  6. Keluarkan dari oven dan terbalikkan tin serta merta dan biarkan kek berada dalam keadaan macam tu sehingga betul2 sejuk.
  7. Bila kek sejuk, sisip tepi tin dengan pisau untuk melonggarkannya dan berusahalah untuk keluarkannya. (Aku punya adalaa tercedera sikit. hukhuk)
  8. Last sekali, potong kepada dua bahagian secara horizontal kek tu. Sebab kita nak sapu creamcheese nanti kan.
Resepi Tiramisu (Kek Coklat Chiffon + CreamCheese)
Berdebar betul kalau kek tengah mengembang, takut merekah atau hangit. :P
Creamcheese

BAHAN-BAHAN

  • 250g cream cheese
  • 1 1/2 cawan whiping cream
  • 3 camca besar gula halus
CARA-CARA

  1. Putar cream cheese dengan gula sampai sebati.
  2. Masukkan whipping cream  dan putar lagi sampailaa dia jadi kental.
Resepi Tiramisu (Kek Coklat Chiffon + CreamCheese)

HIASAN/ TAMBAHAN
  • Buat air nescaffe pekat-pekat (aku buat air kopi)
  • Serbuk koko secukupnya
πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’
  1. Setiap lapisan kek, korang siram dengan air nescaffe tadi biar kek jadi lembap. Better tuang dengan sudulah senang sikit nak suruh rata.
  2. Sapu cream cheese yang kita buat tadi pakai spatula.
  3. Dengan menggunakan penapis teh, tabur serbuk koko atas lapisan cream cheese. Ikut citarasa koranglaa nak letak banyak atau sikit. 
  4. Ulang langkah yang sama dekat lapisan kek yang kedua.
Alhasilnya jadilah begini~
Ouh, aku kunun-kunun nak menghiaslaa kat atas kek tu. Tapi, jadi pelik pulak. Haha kira boleh jerlaa eh. :P

Resepi Tiramisu (Kek Coklat Chiffon + CreamCheese)

Resepi Tiramisu (Kek Coklat Chiffon + CreamCheese)

Okey, buat entry ni jadi mengidam nak makan kek. Time duk hostel ni lah rasa membuak-buak nak baking tu datang. Hiuhiu

Moga bermanfaat ye! ;)

Beauty

Sayalah Penggemar Barang Free

Tuesday, April 11, 2017


Haha. Rasa macam takleh blah jer tajuk tu. Rasa macam tengah cakap macamni, "Sayalah Penggemar Barang Free! Hahahahaha" Sila buat macam suara kartun superhero yang dialih suara ke Bahasa Melayu.dengan gaya tangan masing-masing. 
(Erghh, peliknya rasa intro ni.)

Abaikan.

Ya, saya memang penggemar barang free! Kihkih macam tu jerlah senang.

Antara cara saya nak dapatkan barang free ni adalah dengan saya selalu usya website-website yang kongsi pasal sample atau freegift untuk kita. Biasanya saya akan usya website Freebies Malaysia dan Malaysia Free Sample Giveaway. Tak susahpun, biasanya kita hanya kena masukkan details kita dan alamat je.

Lepastu tunggu jerlaa barang sampai lebih kurang sebulan kemudian. Antara sample yang pernah saya dapat and saya paling saya suka adalah satu set produk Cetaphil. Comel sangat packaging dia, kecik-kecik dalam kotak ada pencuci muka, moisturizer dan jugak sunblock.

Haritu masa call rumah, saya tanyalaa ada apa-apa barang yang sampai tak? Mak saya cakap banyak jugak barang kecik-kecik yang sampai. Jadi, sayapun mintaklah adik saya tolong ambik gambar dan whatsapp saya.

Apa yang saya dapat kali ni ye?

  • Lip ice
  • Pixi
  • Fair & Lovely
  • Susu Anmum
Lagi satu, boleh jugak join Giveaway di blog, facebook atau instagram. Yang ni biasanya hadiah lagi lumayan. Tapi, kena bersaing dengan ramai orang. Ada rezeki, dapatlah kan? Yang penting kena rajin mencuba. Saya ada dua orang kawan yang memang selalu menang Giveaway dekat instagram tu. Bertuah betul depa. Hehe :)

Jadi, kalau korang pun penggemar barang free. Bolehlah join mana-mana Giveaway atau nak senang pergi je pantau dua website yang saya share tu. Mana tau ada yang berkenan di hati. Kihkih :P

Advertorial

Nak Sihat dan Cantik pun Perlu Bijak

Monday, April 10, 2017

Nak Sihat dan Cantik pun Perlu Bijak

Kalau cerita pasal kesihatan dan kecantikan ni, semestinya sangat sinonim dengan wanita kan? Nak sihat dan cantik ni jugak boleh terbahagi kepada penjagaan dalaman dan luaran. Kalau bagi saya, sudah tentulah saya akan cakap penjagaan yang terbaik harus datang dari dalam.

Dari segi pemakanan dan jugak attitude kita, kalau tak jaga yang ni terlebih dahulu. Rasanya mustahil untuk kita nampak sihat dan cantik. Jadi buat akak-akak di luar sana, jagalah kecantikan dan kesihatan anda secara dalaman dahulu sebelum terkejar-kejar beli pelbagai jenis produk tu. Untuk bother-brother jugaklah ye! Kihkih, kena jugak.
Beauty isn't about having a pretty face, It's about having a pretty mind, a pretty heart,and most importantly a beautiful soul.
Lepas kita dah jaga perangai kita dengan baik, rupa yang tak seberapa pun akan sedap je dipandang. Jangan risau. Awak cantik je. Semua ciptaan Allah tu cantik tau. ;)

Makanan tu pun kalau boleh jagalah sikit, jangan asyik makan maggi je! Banyakkan minum air masak. Barulah awet muda cun melecun and sihat sentiasa inshaAllah. You are what you eat. Kita sepuluh tahun akan datang akan ditentukan dengan apa yang kita makan sekarang.

Bebelen untuk diri sendiri ni sebenarnya. -_-

Kemudiannya barulah kita sertai dengan produk-produk luaran seperti skincare dan sebagainya tu. Tak salah nak bercantik-cantik, cuma bersederhanalah jangan sampai berlebihan. Lagipun, dalam Islam pun sangat menganjurkan untuk kita tampil cantik dan sihat ni.

Okey, sebelum saya akhiri bebelen hari ni nak kongsilah jugak dengan korang yang LAZADA pun tengah buat kempen World Health Deal bermula dari 7-13 April. Haa, selain dari jaga semua benda kat atas tu. Kitapun kena bijaklah dalam nak shopping produk untuk kekal sihat dan cantik nih. Beli time macamni dan dapatlah berjimat-cermat. Ye dak?

Nak Sihat dan Cantik pun Perlu Bijak

Sekian sahaja dari saja. Baibai, lap you!
Assalamualaikum! ;)

#keepLearning

Zainab Al-Ghazali: Srikandi Islam Mesir | Books Review

Saturday, April 08, 2017

Zainab Al-Ghazali: Srikandi Islam | Books Review

Penulis: Ustaz Shafie Abd. Rahman
Publisher: Yamani Angle Sdn. Bhd
ISBN: 978-967-052-510-5
Sekarang bilik penjara 24 itu tidak gelap lagi. Barulah Zainab Al-Ghazali nampak semua yang ada di dalam bilik itu. Dia mengucap dan beristighfar panjang. Rupa-rupanya tujuan Zainab dimasukkan ke dalam bilik itu adalah untuk menyeksanya. Di dalam bilik kurungan itu terdapat beberapa ekor anjing garang yang dikurung sekali bersama-samanya. Jelas sekali anjing-anjing itu sengaja dibiarkan untuk menggigit Zainab. 
Itulah natijah yang terpaksa Zainab hadapi demi perjuangannya. Namun itu sedikitpun tidak menumbuhkan rasa kesal dalam jiwanya. Keberanian, kecekalan dan ketabahan serta semangat juang Nusaibah binti Kaab menjadi inspirasinya ketika menghadapi cubaan dalam kehidupan dan perjuangannya bagi mendaulatkan kembali syariat Islam di bumi Mesir. Sahabiah yang tidak pernah pudar semangat juang berjihad di jalan Allah itu menjadi idola perjuangannya.

πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’

Buku Zainab Al-Ghazali: Srikandi Islam Mesir ini sejujurnya aku ambik masa yang agak lama untuk dikhatamkan. Buku ni tentang seorang tokoh wanita Islam di Mesir yang berpengaruh dan merupakan pengasas kepada Jemaah Sayyidah Muslimah.

Aku memang slow reader kalau baca buku yang jenis sejarah atau fakta macamni. Aku akan mudah berangan, kiranya aku baca je tapi otak aku tak mampu nak brain. Baca tapi dalam kepala aku ni taktau apa-apa. Gitulaa maksudnya.

Tapi, buku ni sebenarnya agak membantu jugak untuk aku baca sampai habis sebab penulis buatkan buku ni macam novel. Kiranya ada dialog dan plot. Bukan sekadar fakta macam dalam buku sejarahlah kiranya.

Penulis cuba untuk buat buku Sejarah yang kebiasaannya jarang orang minat menjadi lebih menarik dengan buat ke bentuk novel. Untuk aku yang memang noob kalau bab sejarah ni, memang sangat membantulah kan. Walaupun mengambil masa yang masih agak lama, tapi mampulah jugak khatamkan.

Kalau korang biasa baca buku dari penulis terkenal untuk buku-buku tokoh/sejarah Abdul Latif Talib atau Pak Latif. Haa, lebih kuranglaa gaya penulisan beliau dengan Ustaz Shafie ni.

Banyak sangat input dalam novel ni yang boleh kita dapat. Sejarah Mesir, Jemaah Ikhwanul Muslimin, Jemaah Sayyidah Muslimah dan banyak lagi. Kita juga akan dapat lihat betapa besar pengorbanan para pimpinan-pimpinan terdahulu demi untuk membawa Islam.

Tidak kurang juga tokoh-tokoh yang dikenakan hukuman bunuh hanya kerana ingin menegakkan syariat Islam. Lagi menyedihkan, hukuman dijatuhkan oleh pimpinan yang juga merupakan orang yang beragama Islam. Tak pelik sangatpun sebenarnya, sampai sekarang pun kita boleh tengok orang Islam sendiri yang takut dengan syariat Islam. Orang Islam sendiri yang nak menjatuhkan agama Islam. Hmmm.

Apapun, moga kita bukanlah dari golongan yang menyebabkan Islam itu lemah. Kalau boleh biar diri kita ni pun ada sumbangan untuk Islam. Kalau dah takleh sangat, jangan pulak menjadi parasit kepada agama kita sendiri atau lebih teruk lagi menjadi penunggang agama!

Jadi, kalau korang cari buku pasal srikandi Islam atau nak tahu pasal jemaah Islam di Mesir bolehlaa baca buku Zainab Al-Ghazali: Srikandi Islam Mesir ni. InshaAllah, bermanfaat.

Islam

Jangan Kita Lupakan Mereka

Friday, April 07, 2017

Jangan Kita Lupakan Mereka
sumber
Komik ni sangatlah deep kan. Boleh bayangkan tak kalau kita sekeluarga sama-sama melarikan diri dari rumah sebab rumah kita kena serang pihak musuh. Kemudian, dalam perjalanan tu seorang demi seorang dari keluarga kita diambil oleh Allah dan tidak berjaya diselamatkan. Last, bila sampai di tempat yang selamat. Hanya tinggal kita seorang je. Ya, kita seorang je yang selamat.

Allahu, hanya dengan bayangkannya sahaja dah cukup pedih dan sedih hati ni rasa.

Inikan pula saudara-saudara kita di Syria yang perlu menghadapi situasi ini. Bukan sekadar di bayangan tapi situasi yang benar-benar terjadi. But yet, they still can say Alhamdulillah.. Alhamdulillah..

Mungkin ramai yang dah tahu dan perasan yang saudara kita di sana telah diserang dengan gas beracun Sarin. Gas yang boleh membawa maut bagi sesiapa yang menghidunya. Ramai dari mereka telah terkorban, bukan hanya dari kalangan dewasa tetapi juga di kalangan anak-anak kecil yang baru ingin mengenal dunia. 

Ampuni kami ya Allah. Ampuni kami ya Allah.

Kami terlalu sibuk mengejar dunia sehingga lupa untuk bersyukur. Kami juga telah memejamkan mata dari melihat saudara-saudara kami di Syria yang sedang dizalimi. Ampunkan kami ya Allah..

Semalam, saya tengok video seorang bapa muda yang kehilangan isterinya dan dua anak kembarnya yang masih kecil. Namun mulutnya masih mampu menyebutkan,
Alhamdulillah. Alhamdulillah..
Sebenarnya, boleh dikatakan dalam setiap video mereka. Pasti akan kedengaran laungan alhamdulillah yang keluar dari bibir mereka. Sungguh, mereka sangat kuat dan jelas redha dengan ujian yang diberikan kepada mereka.

Lagi satu video yang sangat terkesan di hati saya adalah bila mana saya melihat video yang bertanyakan anak-anak Syria apa yang mereka mahukan. Anak-anak kecil menjawab,
Saya mahu makan malam bersama-sama dengan adik-beradik saya.  
Saya mahukan kereta control dan bermain bola sepak bersama rakan-rakan saya.
Saya mahukan patung barbie dan jugak set permainan alatan dapur.
Mungkin di mata kita. Itu adalah permintaan yang sangat kecil dan senang untuk ditunaikan. Tapi, pada mereka itu sangatlah besar dan sukar untuk dicapai.

Makan malam bersama adik-beradik atau keluarga. Itupun kadang-kadang kita take for granted kan? Dah boleh berkumpul dengan keluarga untuk makan malam. Tapi, malangnya kita tak gunakan peluang yang ada dengan sebaiknya, sebaliknya masing-masing sibuk dengan smartphone sendiri. Moga dijauhkan.

Jadi, temanku sekalian. Jom sama-sama kita perbanyakkan doa kepada mereka. Jangan lupakan mereka dalam setiap doa kita. Sumbangan juga boleh diberikan melalui badan-badan NGO yang banyak di Malaysia ni. Okeh? Sama-sama kita cuba jadi saudara islam yang terbaik.

Jangan Kita Lupakan Mereka
sumber
Jom sama-sama kita menyumbang! Sama ada dengan doa atau dana atau sebaran kepada orang awam. Moga usaha kecil kita akan diterima oleh Allah. Dan jika ditanya di akhirat nanti apa sumbangan yang telah kau lakukan untuk membantu saudara kamu?

Moga kita punya jawapannya.

#keepLearning

Kerana Mati Itu Tidak Mengenal Usia

Wednesday, April 05, 2017

Kerana Mati Itu Tidak Mengenal Usia

Setiap kali aku membuat panggilan ke rumah. Aku akan tanya update dari mak aku di penghujung perbualan. Ado cito gapo-gapo dok ma dekat kapong tu? Berita ko? 
"Anok si P takdok doh, baru umur empat tahun. Lepahtu, sore lagi Pok Cik M pun baru jugok  takdok. Hari samolaa."
Aku terdiam.

Innalillahi wa inna ilaihi rojiun.

Si anak kecil sudah menderita sakit sejak dari lahir lagi. Anak sahabat lama yang tua setahun dari aku. Pakcik tu pulak, aku selalu tengok beliau jalan-jalan dengan tongkat untuk ke kedai. Siapa sangka si kecil dan seorang pakcik yang sudah berpangkat atuk pergi meninggalkan dunia yang sementara ini dalam hari yang sama?

Benarlah janji Allah, setiap yang bernyawa itu pasti akan kembali kepada Penciptanya. Tanpa mengenal usia sama ada masih muda ataupun sudah tua. Tidak terkecuali, mereka yang di usia remaja. Maka, malanglah barang siapa yang dalam hidupnya tidak mahu beribadah dan menjadi hamba yang taat kepada Allah.

Hidup hanya sekali, maka jom kita enjoy!

Teramat rugilah mereka yang berpegang dengan prinsip ini. Hidup hanya sekali teman, bukan untuk enjoy tapi gunakanlah ia dengan sebaik-baiknya. Masa yang berlalu takkan kembali lagi. Mahukah kamu di akhirat nanti menyesal dan meminta kepada Sang Pencipta untuk dihidupkan semula demi untuk mensucikan dosa-dosa yang telah dilakukan di dunia? Naudzubillah.

Apakah tujuan manusia itu diciptakan? Tidak lain dan tidak bukan adalah untuk beribadah kepada Allah. Mengabdikan diri kepadaNya dengan sebenar-benar taqwa. Tugas kita di muka bumi ini pula adalah untuk menjadi khalifah. Menjadi pemimpin dan menjaga bumi ini dengan sehabis baik. Bukan malah menambah rosakkan lagi pula!

Ingatlah, dunia ini hanyalah tempat persinggahan dan sementara sahaja. Akhiratlah tempat yang kekal abadi. Buatlah pilihan dengan tepat. Biar susah di dunia, jangan susah di akhirat. Kerana di akhirat sanalah, tempat untuk kita berehat dan kekal tanpa pengakhiran.

Berbaloikah untuk kita bersenang-senang di dunia ini hingga lupakan akhirat? Berbaloikah kita siang malam mengejar dunia sehingga akhirat tergadai?

Tak.

Bangkitlah.
Sedarlah.

Akhirat itu lebih utama. Di sanalah kita akan kekal selamanya. Semoga aku, kamu dan kita semua mendapat rahmat Allah untuk ke syurgaNya. Amiin.

#reminderToSelf
#mayAllahBlessUs

Diari

MARCH 2017 HIGHLIGHT STORIES

Monday, April 03, 2017

MARCH 2017 HIGHLIGHT STORIES

Nak buat entry ni, memang rasa kena berjuang sungguh untuk melawan aura malas update blog. Permulaan yang kurang baik sebenarnya untuk April dengan sikap negatif macamni. "Wahai sifat malas, nyah kau dari diriku! Muahahahaha"

Satu lagi masalah, saya macam taktahu nak tulis apa untuk March 2017 Highlight Stoies nii. Rasa macam sedikit lost pun ada. Adeh!

Tapi, saya cubalaa ye bebel apa yang patut. Jom, mulakan.

What I Read?
  • Living la Vida Loca - Belinda Jones
  • The Silver Linings Playbook - Matthew Quick
  • Fangirl - Rainbow Rowell
  • Zainab Al-Ghazali - Shafie Abd. Rahman
Buku Zainab Al-Ghazali sebenarnya saya baru habis baca semalam. Jadi, ada sedikit ngelatlaa kiranya bila saya letak dia dalam March. Haha. Eh, sebenarnya banyak ngelat. Sebab saya mula baca buku ni dah lama, tapi biasalaa sebab buku yang agak berat saya ambik masa yang agak lama untuk habiskan baca buku ni. 

Tapi, alhamdulillah berjaya jugak habiskan buku Zainab Al-Ghazali ni. Seorang tokoh wanita yang sangat berpengaruh di Mesir. Sangat bagus untuk dibaca sebenarnya buat lelaki mahupun wanita.

MARCH 2017 HIGHLIGHT STORIES

What I Did?

Presentation Lagi..
Alhamdulillah, satu lagi presentation dah selesai saya buat. Presentation tentang Education Issues in Islamic Countries dan saya memilih untuk buat tentang negara Palestin. Manakala dua lagi rakan saya buat pasal negara Malaysia and Indonesia.

Tinggal satu je lagi presentation. Setelah ditakdirkan dua subjek saya dapat jadi kumpulan pertama present. Satu lagi subjek, saya jadi kumpulan last. Huahua

Mid-Sem Break!
Cuti mestilah bersamaan dengan balik kampung kan? Seronoook sangat. Masa nak balik haritu, balik dengan Kak Azah saya. Depa ambik saya lewat malam nak dekat pukul satu pagi. Pintu mahallah pun dah kunci masa tu. Mak guard pulak takde dekat pondok pengawal tu. 

Saya pun trylaa jalan ke mahallah sebelah mana tau ada mak guard. Takde jugak, tapi alhamdulillah nak dijadikan cerita sampai je saya kat pintu pagar tu. Datang sorang akak guard bawak kunci. Alhamdulillah, kalau tak jenuhlaa nak menunggu. Dahlaa jauh lagi perjalanan nak balik kampung. Hihi

Baking!
Seronok baking kalau bahan dia kita boleh main order je tanpa keluarkan wang. Kalau time cuti and kakak2 saya balik, memang bestlaa request je nak buat kek apa. Nanti depa beli bahan. Hihi

Blog
Dapat jadi pemenang bertuah segmen 24 Jam Bloglist Mia Liana dan dapat hadiah dari Kak Ana Suhana sebab jadi pengomen tegar dekat blog beliau. Terima kasihh!

My Desktop Wallpaper

MARCH 2017 HIGHLIGHT STORIES
Find yourself and be that.
I guess that's the end for March 2017 Highlight Stories. To April, please be nice to me. #muahciked

Advertorial

Lazada Malaysia Big Baby Fair

Sunday, April 02, 2017


Lazada nampaknya kembali dengan jualan besar-besarannya lagi. Kali ini adalah Lazada Big Baby Fair. Bermula dari 27 March hingga 2 April. Hari ini merupakan hari terakhir ye kawan-kawan. Special discount is up to 85%. Wohoooo!

Apa lagi? Cepat-cepat klik banner untuk shopping. Masih belum terlambat. ;)

Bersempena dengan tu jugak, LAZADA ada buat contest lagi. Rugi kalau tak join, mana tau ada rezeki saya kan? Doa-doakanlah. Hihi

Okey, macam biasa ada beberapa soalan yang perlu dijawab dalam entry ni. Let's do this!

#1. What is your favourite brand of diapers for your baby (or future baby)? 


Sebenarnya, saya tak tahu sangat pasal pampers ni tapi sebab saya tengok anak buah saya pakai Huggies dan they look comfort and happy. So, I guess it's the best choice lah. Hehe

#2. What is your favourite choice of baby formula for your baby (or future baby)? 

Okey, kenapa saya pilih Dutch Lady pulak sebab saya penggemar Dutch Lady. Jadi, rasanya kalau untuk future kids tu (entah bilalaa kan? -_-) saya akan pilih susu yang samalah. Haha

#3. Choose 1 product from Lazada Malaysia you'd like to get for your children (or future children).


Wahh, nampak bestlaa swimming pool siap ada gelongsor lagi. Best ni kalau boleh letak kat rumah bagi anak-anak buah main. Nanti bolehlah Achik depa ni join sekali. Kihkih

Jadi, buat para ibu-ibu. Jangan lepaskan peluang sementara tengah ada jualan besar-besaran ni. Nanti terlepas, menangis tak berlagu pulak. Hari ni hari last tau!

Arigato

Terima Kasih Kak Ana Suhana

Friday, March 31, 2017


Semalam, aku pergi check barang dekat pejabat barulah aku jumpa nama aku. Tengok dalam kertas tu, barang aku sampai 28/3. Sebelum ni aku dah pergi cek dah hari Isnin 27/3 tapi takde lagi masatu. Apapun, alhamdulillah barang dah sampai.

Sebenarnya ni kiriman dari Kak Ana Suhana. Terima kasih banyak Kak Ana. Suuuuuuuka sangat-sangat dengan isi dalam tu. Hihi. Moga akak murah rezeki sentiasa. 

Korang nak tau tak apa yang ada kat dalam bungkusan ni? Mestilah nak kan? Emmm kalau taknak pun, nak kongsi jugak dekat sini. Hihi

Jang!


Kawaii deshou?

I looove kawaii things. Terima kasih sangat akak. Saya siap snap picture dan menunjuk dekat sisters saya (adik-beradik perempuan I mean). Maklumlah sisters saya ramai, lima orang termasuk saya. Jadi, siap ada group whatsapp sendiri. Haha

Nampak tak? Banyakkan kat dalam tu.

Saya dah cuba stokin tu. Sambil duk tergelak sorang-sorang kat bilik sebab ada pusat bulat dekat stokin. Soo cute and funny. Haha

Jadi, apa lagi kawan-kawan jom ramai-ramai terjah blog Kak Ana Suhana. Kak Ana banyak share pengalaman beliau travel dengan husband dan anak yang comel, Syafi. Sangat aktif berblog. Kalau korang pergi, inshaAllah konfem Kak Ana akan terjah balik blog korang.

Ehh, masih baca lagi? Dah jom kita pergi blog Kak Ana ramai-ramai. Joooom! ;)

Geng Blogger

Segmen 24 Jam Bloglist #25 Mialiana.com

Thursday, March 30, 2017


Pencarian bloglist bagi bulan April, Mei dan Jun 2017 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 29 Mac 2017, iaitu tepat jam 2.00 petang sehingga hari esok, 2.00 petang 30 Mac 2017. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #25 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

10 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Mac 2017.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Aku Budak Master

Cerita Kad Matrik. It was So Funny When..

Wednesday, March 29, 2017

It was So Funny When..

Gambar dekat matric card aku ni memang kelakar habis. Bukan sebab i tak comel okey, tapi sebab gambar tu macam kemek gituh. Low quality. Haha okey yang part comel tu mengarut jek! -_-
Tapi, okeylaa. Bukan nak buat apa sangatpun kan. Sekadar di matric card, muka buruk pun takde effect sesape rasanya. Haha

Apa yang kelakar sangat tu? Baik, ceritanya begini.

Aku ni untuk pengetahuan kalian semua, seorang yang sangat pemalas kalau bab-bab pakai matric card nih. Dari zaman matrikulasi sampailah ke zaman master sekarang ni, liat benaulah orang kata. Please jangan kecam sis. Uhuk uhuk.

Masa matrik, aku akan pakai kad matrik kalau waktu kelas dinamika je. Haha tau-tau jerlaa kelas dinamika kan kena berpakaian dan berkelakuan penuh etika. Erghhh, seram bila pikir balik zaman ambik subjek dinamika tuh. Kena bersajaklah, bernasyidlah dan jugak dikir barat. It was sooo embarassing! Tapi kalau ingat balik memang kelakar habislaa.

Aku ingat lagi bila lepas je group aku buat persembahan (sajak + nasyid), sorang classmate laki datang depan aku dan bersajak. Kuang asam. Dahlaa aku memang malu gile bila kena buat persembahan macamtu, boleh pulak dia datang menganjing aku. Haha serius malu and kelakar.

Tapi, part dikir barat aku suka sangat. Dikir barat punya persembahan agak meriah, buat dekat dewan and campur dengan kelas-kelas lain jugak. Pakai pakaian yang liplap siap dengan samping dan tengkolok bagai. Nak masuk dikir barat bukan calang-calang tau, siap ada audition lagi. Kami wajib buat persembahan sama ada menari ataupun dikir barat. Duhh. Ramai pulaktu yang nak masuk dikir barat sampai berlebihan sebabtu ada audition bagai. Disebabkan aku memang taknak menari, memang bersungguhlaa aku buat untuk melayakkan diri aku nih masuk dikir barat.

Dan aku berjaya masuk dikir barat. Fiuh. Dikir barat nih, kalau korang tak pernah cuba, rasa dia macam korang sedang bersenam sambil bersila sambil menyanyi. Peluh keluar banyak gila masa practice dan masa persembahan. Haha soo funny. Rasa macam muka buruk sangat sebab tangan asyik bergerak and takleh nak lap peluh. Grrr. Pengalaman betul. Eh, pehal tetiba throwback cerita zaman matrik nii. Hmmm, eh terindu pulak kawan-kawan matrik. Walaupun setahun je dengan depa, tapi best sangat-sangat. Hee.

Ok, cukup dengan rindu-rinduan. Masuk balik cerita kad matrik. Masa dekat UTM pun pernah kena sound dekat staff yang jaga computer lab sebab tak pakai kad matrik. Dia suruh pakai depan dia jugak before masuk lab. Oh, aku ni walaupun pemalas nak sangkut kad matrik kat leher tapi aku selalu bawak ke mana-mana dalam dompet. Hihi. Aku pun pakailah depan Encik tu sambil buat muka sengih-sengih bersalah. LOL

Bila masuk master pulak, perangai aku sama je. Tak berubah sangatpun bila cerita hal kad matrik nih. Tadi, aku jalan lenggang kangkong sorang-sorang untuk pegi kelas. Sekali, aku nampak ada akak-akak/ makcik guard yang tengah jaga pintu pagar mahallah. Oh tidak, aku expect dia akan cek kad matrik sebab aku duk tengok dekat facebook ada kempen pamer kad matrik. Kalau tak, kena saman RM50. Duit makan aku boleh sampai dua minggu tu~

Aku pun apa lagi? Menyorok sikit dekat tepi semak, dan selongkar dompet aku. Ambik kad matrik dan sematkan di tudung. 'semat', is it the right word to use here? Kira boleh jerlaa eh. Haha
Then, aku pun meneruskan perjalanan dengan penuh keyakinan.

Tiba-tiba, sorang makcik guard tahan aku. Aku dalam hati, Oh, whyyyy? Aku dah cukup lengkap, berpakaian dengan penuh etika dan siap bagi senyuman paling manis lagi. Eh.

Sekali, korang nak tahu makcik tu cakap apa?
Meh, tangkap gambar dik. Bagus, lengkap pakai kad matrik nih..
And I was like, whattttt? Aku rasa bersalah jugak dengan makcik tuh sebab aku nih berlakon je sebenarnya, plus malu kot nak kena ambik gambar nih. Aku pun cakaplaa dekat makcik guard tuh malulah nak ambik gambar. Tapi, dia macam cakap eh, takpelaaa. What should I do, aku tak reti nak tolak. Hmm, terpaksalah pamerkan sengihan yang macam nak tergelak besar.

Aku siap cakap dah tudung tak jadik ni.. Ambik gambar muka sekali ke? Tapi, semua alasanku tidak diterima. Adeh, mungkin ini balasan untuk aku yang berpura-pura menjadi mahasiswa yang beretika dan berdisiplin depan beliau walaupun realiti sebenarnya adalah tidak sama sekali. LOL

Masuk kelas, cerita dekat classmate bantai kena gelak. Ahh, abaikan jerlaa. Takde effect apanya setakat gambar sekeping. Kan? Please say yes. Arghhh. -..-

Main Masak2

Resepi CheeseCake Mangga No-Bake Senang dan Sedap

Sunday, March 26, 2017

Resepi Cheesecake Mangga No Bake Senang dan Sedap

Masa balik bercuti haritu, saya sempat baking dua bijik kek. Khas buat keluarga tersayang. Hihi
Kek pertama adalah Mango Cheesecake Non Bake dan kek kedua pulak Kek Tiramisu. Alhamdulillah, dua-dua boleh tahanlah menjadi jugak.

Okey, kali ni saya nak share Resepi Mango Cheesecake Non Bake Senang dan Sedap dulu. InshaAllah, di lain entry saya share resepi Kek Tiramisu pulak. Macam biasa terima kasih dekat para master yang sudi kongsi resepi di internet ni. Kalau tak, mahunya tak merasa saya makan kek-kek macamni. Untuk kali ni, resepi yang saya pakai adalah dari Cikgu Azlina Ina. Tapi, adalaa ubah sikit-sikit tuu. Terima kasih banyak-banyak!

Resepi Mango Cheesecake Non Bake Senang dan Sedap
Sumber: Azlina Ina

Bahan-bahan:
  • Mangga - 3 bijik 
  • CreamCheese - 250gram
  • Biskut Mery - 20 keping (saya pakai separuh dari biskut mery tu, jadi taktahu berapa keping)
  • Butter - 1/2 buku (saya pakai minyak masak je)
  • Non-dairy Whipping Cream - 3/4 cawan (saya pakai 1 cawan setengah :P )
  • Gelatin
  • Gula halus - 1/2 cawan (saya pakai tiga sudu besar je)
Resepi Cheesecake Mangga No Bake Senang dan Sedap

Cara-cara:
  1. Hancurkan biskut mery. Saya letak dalam plastik dan tumbuk-tumbuk je biskut tu sebab nak suruh ada ketul-ketul sikit.
  2. Gaul biskut dengan butter yang dah dicairkan atau in my case minyak masak je sebab lupa beli butter. Uhukuhuk
  3. Masukkan ke dalam loyang yang boleh bukak tepi tu dan penyet-penyet sikit pakai sudu biar dia mampat. Kemudian, simpan sejuk.
  4. Kupas mangga (sebiji potong dadu dan dua biji lagi di'blend) - Masukkan gula dalam satu atau dua sudu dekat mangga yang diblender tu. Kalau nak cantik masukkan pewarna oren tapi saya tak buat pun sebab takde pewarna oren.
  5. Putar cream cheese dengan gula sampai sebati.
  6. Masukkan whipping cream  dan putar lagi sampailaa dia jadi kental. Tangan tu akan rasa berat dah nak pusing pemutar.
  7. Masukkan pulak mangga yang dah diblend ke dalam adunan yang diputar. Bukan semua tau, dalam lima sudu besar pun dah cukup rasanya. (Ikut seleralaa)
  8. Masukkan gelatin (yang dah dikacau dengan air suam) sebanyak 1 sudu besar setengah dan sambung kacau. 
  9. Masukkan mangga yang dipotong dadu sedikit (bukan semua), ke dalam adunan tadi dan kacau rata dengan spatula. Jangan putar dah, nanti habis hancur mangga tu.
  10. Tuang adunan ke dalam loyang yang ada biskut mery tadi.
  11. Simpan dulu dalam peti sambil kita prepare untuk mangga puree yang kita dah siap blender tadi.
  12. Masukkan gelatin (satu sudu besar dicampur dengan 5 sudu besar air suam) ke dalam mangga yang diblender. Gaul bagi rata.
  13. Masukkan puree mangga yang dah siap ke dalam loyang. 
  14. Tunggu biar nampak macam dah keras sikit lapisan mangga tadi, bolehlah tabur baki mangga yang dipotong dadu tadi.
  15. Done! (Simpanlah sampai betul-betul sejuk, baru enak dimakan~)
Kek ni jugak kami anggap Abang Irfan punya birthday cake sebab Abang Irfan punya birthday 27 March. Sambil-sambillah kan. Nak bagi anak buah happy.

Resepi Cheesecake Mangga No Bake Senang dan Sedap

Ada pulak adik saya yang menyibuk jugak dekat gambar nih. Haha. Sabor jerlaa. :P

Nak boleh tangkap gambar cake, nak kena bertarung dengan anak-anak buah dulu. Kena cucuk situ-sini dulu. Haha~

Resepi Cheesecake Mangga No Bake Senang dan Sedap

P E N G O M E N