Geng Blogger

Review Blog by Safirul Amar

Wednesday, November 30, 2016



Haritu berkesempatan join Blog Review by Safirul Amar, dan gambar kat atas tu merupaka hasil review dari beliau. Saja nak bagitau, haritu markah aku 57% kan? Sekarang dah dapat 100%. Alhamdulillah, yeayyyy! Hihi

markah SEO

Terima kasih bro atas segala panduan dan tips2 yang diajar. Banyak yang saya baru tau sebenarnya. Cuma bab2 keyword tu memang masih lemah dan dalam proses belajar lagi. Uhuk uhuk!

Buat korang yang terlepas nak join haritu, korang bolehlaa pegi download review beliau tentang blog2 yang sempat join dekat sini. Serius, banyak membantu. Boleh belajar serba sedikit ilmu SEO dan perbetulkan mana yang perlu diperbetulkan. 

Lagi satu, kalau nak check markah SEO blog anda, boleh check dekat chkme.com. Lepastu bolehlah buat penilaian sendiri korang dapat grade apa dan kalau sudi sharelaa eh? Hihi

GA dan Contest

Birthday Giveaway by KasihkuAmani

Tuesday, November 29, 2016

GAAmani
Klik gambar untuk join
Hadiah Untuk Pemenang
Sebuah Novel X 4 orang pemenang
(Hadiah akan ditambah bergantung pada penyertaan)


Tarikh Giveaway : 01 Oktober 2016 hingga 30 November 2016
Pengumuman Pemenang : 01 Disember 2016
Tempoh Menuntut Hadiah : 01 Disember 2016 hingga 7 Disember 2016

#keepLearning

Mentaliti Jamban | Books Review

Thursday, November 24, 2016

Penulis: Khairi Abdullah
Publisher: KOMRAD
ISBN: 978-967-13700-4-9

khairulabdullah
Kreatif atau tak senonoh? Meh 
Aku beli buku ni sebab ternampak post kawan aku kat media sosial. Then, aku tengok tajuk dia macam menarik. Cover dia? Hmmm, agak kreatif bagi aku. Dekat area lubang jamban tu memang ada lubang pun and bila kau tengok kat page dalam dia, ada gambar otak sebenarnya.. So, memang kreatif right? Haha

Buku ni banyak tegur pasal perangai orang kita, Malaysia. Perangai buruk yang biasa orang kita buat. Then, penulis bandingkan dengan perangai atau peraturan dekat Jepun atau German. Penulis sememangnya mempunyai pengalaman dan pernah tinggal kat sana untuk pengetahuan korang. Jadi, penulis cerita berdasarkan pengalaman beliau.

Antara yang menarik adalah penulis ada mengatakan yang orang Malaysia ni semua ada deria keenam. Nak tau kenapa? Sebab orang Malaysia suka sangat tak bagi signal kalau nak belok kiri atau kanan. Apakah kerana rakyat Malaysia sememangnya mempunyai deria keenam yang membolehkan mereka tahu kereta di depan mereka nak membelok walaupun tidak diberi signal. Of course not! Itu hanyalah sindiran dari penulis kepada insan2 yang tak suka bagi signal ni. Sindiran yang cukup padu bagi aku. Kalau tak paham, taktau nak cakap apa. Hmmmm.

Kemudian, turut disentuh tentang bagaimana rakyat Malaysia berjanji dengan orang Jepun berjanji. Kalau kita berjanji, susahnya nak jumpa orang yang akan betul2 tepat waktu. Tapi, kalau rakyat di negara Jepun, mereka sangatlah menitikberatkan waktu walaupun satu minit.
Aku pernah dipesan supaya berjanji dengan orang jangan ikut janji melayu, tapi ikutlah janji islam. Weh, kalau janji islam pun berani lagi nak lewat2. Memang nak kena tumbukan padulaa. Lagi satu, bila cerita pasal tepat janji dan masa ni. Aku teringat lagi yang kawan aku pernah cakap.
Kalau datang tepat pada waktu yang dijanjikan, itu bermakna kau lambat. Dan kalau kau datang awal daripada waktu yang dijanjikan, itu barulah dikatakan awal.
Aku pun tak sure dia petik kata2 tu dari mana. Tapi, aku rasa bagus untuk dipegang dan diikut.

Tu dua contoh perangai rakyat Malaysia yang ditegur oleh penulis. Banyak lagi yang penulis sentuh dan bandingkan dengan negara maju Jepun dan German. Perbandingan yang dibuat bukanlah untuk merendah-rendahkan Malaysia, tapi bagi mengambil pengajaran dari negara2 mereka yang mengamalkan perangai yang sangat berdisiplin.

Bila baca, memang banyak jugak macam kena penampor kat diri sendiri. Haha. Tapi, kena teruskan untuk baca sampai habis sebab sangat banyak input yang dapat aku ambik dari buku ni. InshaAllah, kita cuba ubah ke arah yang lebih baik.

Jangan lupa islam pun sangat mengajarkan kita untuk menjadi berdisiplin. Jadi, kenapa kita sebagai umat islam susah sangat untuk ikut peraturan yang jelas2 untuk kebaikan bersama.

Ya. Peringatan untuk diri sendiri semestinya.

Terakhir, buku ni bagus untuk dibaca kalau kau sedia untuk ditegur dan berubah. Okeh?
Jom baca dan berubah. InshaAllah. 😆

Anak Buah

Kreatifnya Abang Irfan.

Wednesday, November 23, 2016

Alhamdulillah, anak buah aku yang sulung Abang Irfan dah umur lima tahun sekarang ni. Kejap je kan masa berlalu. Ingat lagi masa hari pertama dia dilahirkan kat entry ini.

Dah bersekolah, pandai baca dan tulis2 dah pun. Abang Irfan memang sangat suka melukis. Selalu dengan pen dan buku. Lagi satu, pantang nampak notebook saya mesti duk mintak nak menulis atau melukis. Hihi

Saya ni pulak jenis sayangkan notebook. Tapi, biasanya saya akan bagi kat dia menconteng dalam dua muka surat je. Haha. Kedekutkan mak sedara dia.
Kat bawah ni saya nak share hasil kreativiti Abang Irfan. ;) 

childDrawing

Achik ke tu? O.o 
Haha. Siap labelkan lagi. Tersenyum molek jer dia lukis saya eh. Abang Irfan lukis saya tengah main bola kot tu.. ;)

childrenFantasy

Gambar kedua pulak ada gambar saya dan tadika. Abang Ifan cakap.

    "Ni gambar achik masa kecik2, achik pegi tadika."

Lepastu, saya tanya dia nombor lima tu apa? Dia cakap nombor lima tu umur saya. Saya pun bagitaulaa, achik tadika masa umur enam tahun. Sebabtulaa ada kesan kena potong dan dia tukar jadi enam tu. Hihi

Btw, saya sebenarnya tak masuk tadika pun tapi masuk PASTI. :)

#keepLearning

Biji Getah yang Semakin Dilupakan.

Tuesday, November 22, 2016

Adakah anda pernah dengar perkataan biji getah? Atau adakah anda mengenali biji getah? Kalau yang mana berasal dari kampung, mungkin kebanyakan dari kita mengenali biji getah ini. Tapi, kalau berasal dari bandar dan jarang ke kampung berkemungkinan juga tidak berkesempatan untuk kenal dengan biji getah ni.

It's okey. It's allright.
Kalau anda baru pertama kali dengar pasal biji getah ni. Ataupun belum berkesempatan nak kenal biji getah. Meh, saya tunjukkan.

Tadaaaaaa!


Inilah dia biji getah. Sekarang, mungkin musim luruh untuk biji getah ni kot. Sebab masa saya main2 kat luar rumah tadi, saya jumpa banyak bijik2 ni. Lagi satu, kalau nak tido tengah hari pun kadang2 terkejut buji bijik getah ni jatuh atas zink rumah. -_-


Haa, gambar atas ni pulak isi dalam biji getah. Warna putih2 dan lembut je, boleh picit2.

Kalau zaman kecik2 dulu, kami suka kutip bijik ni banyak2. Untuk buat apa lagi kalau bukan untuk main.

Congkak
Lubang congkak dekat atas tanah je, bawah rumah. Sebab kalau hujan pun masih boleh main lagi. Haha. Lubang congkak kat bawah rumah saya ni saya pun tak pasti bila dia dikorek. Seingat2 saya dah ada kat bawah tu. Almaklumlah anak kelima. Dah berapa generasi duk main congkak kat situ. Dan, dia punya biji mestilah tak pakai guli. Pakailaa biji getah ni je. Hehe

Laga getah
Game ni saya tak reti sangat sebab tangan saya tak kuat atau saya takde skill, saya pun tak pasti. Cara dia adalah kita akan keluarkan satu biji getah dan begitu jugak dengan pihak lawan. Pastu, kita akan cuba ketuk kedua2 biji getah dengan tangan tengok yang sape punya bijik akan pecah. Pemilik biji getah yang terselamat adalah champion! Haha

Last but not least, saya ada jugak terbaca yang biji getah ni boleh dimasak and dimakan. Saya memang tak pernah tahu dan tak pernah rasa jugak. So, I'm not sure about this. Bolehlah google kalau nak merasa. Mehmeh.

Okeylah teman2, kalau anda baru je kenal biji getah ni jangan lupa tunjuk kat anak2 ataupun adik2. Manalaa tau depa pun belum kenal lagikan?

Well, sharing is caring. Kan? 💚

Beauty

Parcel dari Lazada.

Monday, November 21, 2016

parcel Lazada

Alhamdulillah. Parcel dah sampai tengahari tadi kat rumah. Macam biasa, excited sangat bila tengok van poslaju tu sampaii. Hihi. Selain dua barang ni, gambar konvo aku haritu pun dah selamat sampai. Terrbaiklah Kelab Foto Kreatif UTM. Laju jerr.

Okeyy, let's cekidaut apa yang aku beli. Jyeahh!

dslrfilters

Filters! Ada tiga filters + lens hood. I don't know, pembelian yang tidak dirancang. Aku tengok murah, terus grab. Please jangan contohi aku. Harhar. But, harga dia memang murah. RM31.99 + diskaun sebanyak RM6.40 + FREE SHIPPING = RM25.59! So, rasanya memang berbaloi-baloi untuk dibeli.

DSLR aku tu dahlaa selalu dianaktirikan. Jadi, aku rasa kalini takpelaa keluarkan duit sikit untuk dia. Mehmeh.

beabeautyvare massager

5 in 1 beauty care massager. Oh my, aku terpengaruh and terbeli benda alah ni sebab aku memang suka tengok skincare routine kat Youtube. Adeii. Yang ni pulak harga dia RM18.97 + diskaun RM3.79 + FREE SHIPPING = RM15.18!

Thanks LAZADA! Aku order 14 November and parcel ni sampai semalam 21 November. Lama sikit sebab stock dari oversea. Of course yang paling best adalah DISKAUN + FREE SHIPPING!

20% OFF for new customers (1 Nov-17 Dec) = 20LAPOR25.

Okeylah, chiawww~

GA dan Contest

GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANI LISA'S FGHENDS

Monday, November 21, 2016

GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANI LISA'S FGHENDS - Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera (dah jawab ke belum tu???), hari ini mummy nak melancarkan satu Giveaway. Dah lama tak buat giveaway,kan. Sampai, ada yang bertanyakan pada mummy. Bila nak buat giveaway lagi?? Haaaa...ni mummy dah buat GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANI LISA'S FGHENDS. Jangan tak join, tau !




GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANI LISA'S FGHENDS

Tadaaaa.. Ni jam untuk GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANI LISA'S FGHENDS. Koleksi jam ini di ilhamkan dari Lisa Surihani. Yang di beri jenama Lisa's Fghends. Boleh refer Facebook Lisa's Fghends


SYARAT MUDAH GIVEAWAY AZLINDA ALIN JAM TANGAN LISA SURIHANI LISA'S FGHENDS


3 pemenang di cari !! Cepattt sertai Giveaway ini. Nak tahu syaratnya?? Mudah saja. Syaratnya seperti berikut :-

1. Buat 1 entri blog "GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANI "

2. Follow blog www.azlindaalin.com

3. Follow G+ INI

4. Follow Facebook ini, Facebook Rush Media dan Instagram ini

5. Tinggalkan URL di ruangan komen ini.



KEPUTUSAN PEMENANG GIVEAWAY AZLINDA ALIN JAM TANGAN LISA SURIHANI LISA'S FGHENDS


Giveaway ini bermula dari tarikh 20 Oktober 2016  hingga 25 November 2016

Keputusan pemenang akan di beritahu dalam blog ini pada bila-bila masa selepas tarikh tutup. 

Kesimpulannya, kene rajin terjah  blog ini la ye...kalau nak tahu siapa gerangan yang menang dapat jam tangan Lisa Surihani ni.


Semoga berjaya ! 







#keepLearning

Ilmu Allah itu Luas.

Sunday, November 20, 2016


Adat dalam menuntut ilmu. Semakin banyak kita belajar, semakin kita tahu bahawa sedikitnya ilmu yang kita pelajari. Belum lagi tanya ilmu yang tersemat di dada. Belajar sepuluh tahun, belum tentu semuanya kita ingat dan kita amalkan. Kan?
Semakin banyak belajar, semakin tunduk seseorang.
Sebab itulah kalau kita tengok para ulama' dan juga fuqaha' sangatlah zuhud dan warak. Mereka tidak pernah dilihat berbangga dengan ilmu yang mereka miliki. Bahkan sentiasa merasa diri mereka itu kekurangan ilmu. Mereka menuntut ilmu lagi dan lagi. Padahal kita tahu bahawa ilmu mereka tersangatlah tinggi.

Kita?
Baru belajar sedikit, dah rasa dirilah yang terhebat. Aku belajar itu dan ini, mereka tidak. Duhai, ketahuilah bahawa ilmu Allah itu luas. Boleh jadi apa yang kamu tahu itu mereka tidak ketahui. Dan, apa yang mereka tahu kamu pula tidak.

Setiap kali kita memperoleh ilmu yang baru. Bersyukurlah. Kita diberi peluang untuk mendapat ilmu dan tidak semua orang mendapat peluang itu. :)

Maka, duhai penuntut ilmu. Teruslah menuntut ilmu tanpa pernah merasa jemu. Ilmu itu luas dan tidak akan pernah habis untuk dipelajari. Betulkan niat dalam belajar, bukan untuk bermegah2 tapi sebagai bekal untuk kehidupan di akhirat sana.

Wallahu a'lam. ;)

Diari

Like a Boss.

Saturday, November 19, 2016


Sayonara Penang.

Sebiru hari ini.
Birunya bagai langit terang benderang.
Sebiru hati kita, bersama di sini.
Seindah hari ini.
Indahnya bak permaidani taman surga.
Seindah hati kita.
Walau kitakan terpisah.

Kelmarin aku naik bas dari Penang to Kelate. Foto kat atas tu masa aku duk atas Penang bridge. Subhanallah. Biru yang penuh ketenangan.


Kenapa tajuk like a boss?
Sebab boleh tengok gambar kat atas tu. Aku sorang2 je naik bas kat bahagian atas. Memang sedaplaa aku tido dengan pelbagai style. Like a boss. Haha

Tapi, lepastu tetiba ada macam roadblock. Polis naik area atas and tengok aku sorang. Then, kena mintak ic. Muka pesalah kah aku ini? Haha.
Aku pun bukak purse nak ambik ic, sekali tersekatlaa pulak. Dalam aku duk tarik2 ic tu. Polis pun cakap.

"Takpelaa dik, susah sangat nak keluarkan tuu.."

Erk? Haha.

Alhamdulillah.
Lepastu, sempat lagi dorang cakap.

"Kenapa duk sorang2 atas nih?"

Aku gelak jerlaa.

Adeh, macam2 cerita. Alhamdulillah, perjalanan yg panjang dan aku pun selamat sampai.

The end. Wohaha.

Final Year

Kos Grafik & Multimedia Software di UTM ?

Wednesday, November 16, 2016

Assalamualaikum and hi!


Harini aku rasa terpanggil and rajin pulak untuk share pasal kos aku ni which is Sarjana Muda Sains Komputer (Perisian Grafik dan Multimedia)
Aku ni kira pelajar pertengahan je dalam kos ni. Tak terlalu power dan tak jugak terlalu ehem ehem. Haha taktau nak guna istilah apa. :P

source


Bukan Kos Edit-edit Gambar/ Buat Video


Yup, kos ini takkan ajar anda untuk pakai software Adobe Photoshop, Illustrator, mahupun After Effect. Kebanyakan classmates aku (termasuklah aku) tersalah paham dengan nama kos ni yang ada perkataan Grafik dan Multimedia tu. Kami ingat, kami akan diajar tentang benda2 yang editing dan software2 yang terlibat. Rupa-rupanya salah sangkaan kami tu. Sebab tu lah, budak kelas aku ni ramai yang kreatif2. Power sketching and melukis. Tapi, malangnya aku tak. Haha


Coding, Coding and Coding


Dalam kos ni, most of it is about coding. C++, JavaScript, PHP and so on. Kena buat software atau apps. Haa! Yang ni lah datangnya grafik dan multimedia tuh. Biasanya kalau projek, kenalaa buat games atau photo editor. Segala macam apps yang dibuat tu kan ada kaitan dengan grafiknya. Shading, lighting, animation. Yang tak tahan, animation atau model tuh hampa kena belajar sendirilaa kalau nak masukkan dalam game korang. Takpun kalau nak senang beli atau pakai jerlaa yang mana free kat internet tu. Hukhuk

People will Say: "Budak Grafik kan? Mesti Power Buat Poster/ Video"


Nak taknak, sebab nama kos kau ada Grafik and Multimedia, kau kena jugak belajar sendiri and improve soft-skill dalam editing and designing ni. Termasuklah jugak buat video. Sebab orang akan expect kau power dalam bab2 macamni walaupun sebenarnya kau tak pernah diajar pun dalam kelas. Kau jangan ingat nak cakap "Eh, saya tak diajar benda2 tu semua." Nanti orang cakap: "Alaaaa, mesti ada basic kan?" Takpun "Explorelaa sendiri. Tu kan kos kau. Takkan nak lecturer suap semua kot." Auchhh, it's hurt! Haha -_-

*****

Nanti nak cari kerja atau internship ataupun orang tanya, jenuhlaa kau nak kena explain nih. Haha. Kitorang biasanya terus je cakap kos ni macam software engineering, banyak main coding. So, kalau korang ni minat nak belajar buat animasi ataupun designing, Aku syorkan jangan ambik kos ni! 
Ya, kau akan dapat banyaklaa jugak pendedahan pasal designing and animation tu. Tapi, secara informal je. Kalau yang formal, it's all about coding. 

Aku share kat sini sebab kalau boleh aku taknaklah ada student yang tersilap kos. Minat lain, tapi terambik kos lain. Kalau kau minat coding, sangatlah dialu-alukan untuk ambik kos nih. Kalau tak, memang sakit jugaklah untuk kau survive dalam kos ni. 

But, don't worry! You can do it when you try your best. ;)

Diari

Aboy yang Muncettt!

Tuesday, November 15, 2016


Inilah dia makhluk yang dikenali sebagai Aboy tu. Dia ni kucing housemate kakak aku sebenarnya. Aku sekarang ni pi Penang jap ziarah kakak aku. So, kat situlah detik pertemuan dengan si kucing hensem tapi muncit ni. ABOY!

Aboy ni peliknya suka gigit rambut orang. Kena hati-hati. Walaupun rambut bau syampu sekalipun, dia tetap pi gesel-gesel nak gigit. Tapi, don't worry dia bukan gigit betul-betul pun. Ahaha. Acah-acah je, gurau manjalaa katakan.

Tapi, memang best peluk Aboy sebab dia ni muncit plus gebuss. Haha. Tapi, dia tak suka sangat dipeluk. Sombongnyaaaa Aboy nih. -_-
Aboy suka tido. Muka garang tapi sebenarnya manja.
Okey, tu je nak cerita pasal Aboy.
Tatatata~ ;)

note: Entry pemalas~

Diari

Let's Berkarang!

Monday, November 14, 2016


"Jom berkarang!!"

Anak2 Desa Sebong Pereh seperti biasa cukup bersemangat untuk ajak kami kakak2 mahasiswa yang datang ke desa mereka. Awal-awal pagi lagi. Bila ditanya udah sarapan belum? Ya, kebiasaan jawapannya adalah belum.

"Okey setttt!" Of course, I'm also got inspired to do this activity in the morning! Hahaha
Walaupun pada mulanya, boleh tahan mengantuk jugak pagi2 lepas subuh ni.. Dua orang je dari kami yang ikut. Aku dan sorang kawan dari UIN Jakarta. Fida namanya. Yang lain, ada yang bertugas sediakan sarapan dan selebihnya sleeping beauty mungkin. Hihi :P

Apa itu berkarang? Aku sebelum ke desa Sebong Pereh, taktau jugak berkarang tu apa. Rupanya, istilah yang disebut bila mereka turun ke laut ketika air tengah surut. Cari udang, sotong dan juga kepiting (ketam). Pengalaman yang sangat2 terbaik. Mencari rezeki lauk-pauk di tengah dingin pagi ditemani mentari yang mula terbit. Alhamdulillah. :')

Mereka-mereka agaknya tengah usya ketamla tu. Hihi
Kat bawah ni antara hidupan-hidupan laut yang kami jumpa. ;)




Nampak pagar2 kat tengah tu. Kat situ, para nelayan macam letak jala gitulaa. So, bila air pasang ikan akan melekat kat situ. Dan, bila air surut barulah nelayan akan pegi check ikan2 yang terlekat kat situ.
Banyakkan ikan.
Ikan yang tak boleh dimakan akan dilepas kembali ke dalam laut. Kalau perasan, ada ikan macam nemo kat dalam jala tu. Oren + putih. Comelll!!

Boleh nampak rumpai laut~
Bajet-bajet kejap~ Haha
Masa untuk pulang~ Mehmeh

P E N G O M E N