Diari

Mission 4 Ummah Kepulauan Riau Day1

Thursday, July 28, 2016

Alhamdulillah. Salam dari Indonesia ye teman2. Hihi. Kami dari UTM seramai sebelas orang terlibat dengan program pelajar2 Indonesia iaitu Kuliah Kerja Nyata, lebih kurang dengan khidmat masyarakat gitulaa. Program ni sebenarnya sebulan lebih, tapi sebab kami ni dari Malaysia maka boleh join selama 30 hari jerlaa. Kalau mahu tinggal lebih, yaa perlu buat visa lah. Kalau gaak jadi pendatang asing laa jawabnya.

Tadi kami bertolak dari UTM ke jeti Stulang untuk naik feri dalam pukul lapan lebih. Naik feri dalam pukul sembilan lebih, sepatutnya sampai ke Tanjung Pinang dalam pukul 11.30 lebih kurang tapi disebabkan feri rosak, terpaksalaa kami pusing ke jeti balik dan tukar feri. Perghhh, ujian. :) Alhamdulillah, selamat sampai ke jeti Tanjung Pinang dalam pukul 3 lebih. Kemudian, disambut oleh wakil Universitas Maritim Raja Ali Haji (UMRAH). Kemudian, terus dihantar ke desa2. Satu orang, satu desa dan kami kemudian bergabung dengan student2 Indonesia yang dah pergi ke sana lagi awal. Ehh, sebenarnya ada satu desa yg dua orang sebab dorang request. Takleh berpisah katanye.. Hihi

Sampai, solat Jama' asar dan zohor. Kemudian, berkenal-kenal dengan sahabat baru sampai masuk maghrib. Solat maghrib di bilik dan ke surau untuk mengajar anak2 di desa Sebong Pereh mengaji and terus solat isyak di sana.



Selesai solat, pulang siap2 untuk makan malam dan rapat perincian (baca: meeting) sebelum tido. Menu untuk hari ini, nasi putih + tempe goreng ikan bilis + telur dadar. Lupa deh mahu snap picture dulu.

Selesai untuk hari ini, masanya untuk aku istirehat dulu deh. ;) Selamat malam. Moga kedatanganku ke desa ini beemanfaat. Insha Allah.

Bandung

Itinerary Bandung 5 Hari 4 Malam + Budget

Thursday, July 28, 2016

Grafika Cikole
Wisata Grafika Cikole
Day 1: #gegadiskeBandung
  • Bertolak KLIA2- Airport Bandung.
  • Dijemput oleh Pak supir (Cecep)
  • Makan malam di Kampiun Bistro Steak & Grill. (59,831.00 rupiah = RM19.00++) *boleh cari yg lagi murah kot.
  • Jalan-jalan pusing Bandar di Bandung
  • Pulang ke homestay Penginapan Samiaji
homestay Penginapan Samiaji
Homestay kat sana


Day 2: ‪#‎gegadisShoppingtime‬
  • Breakfast di homestay
  • Pak supir belikan Sim Card Bandung (2GB = 50,000.00 Rupiah ~ RM16.00++)
  • Bertolak ke Pasar Baru Trade Center *telekung, t-shirt Bandung, ole-ole
  • Lunch di foodcourt Pasar Baru.
  • Toko Tiga - Original Jeans Centre
  • D’Fashion Textile & Tailor *kain pasang, kain lace
  • Passion Factory Outlet *t-shirt,kasut, beg
  • Pulang ke homestay Penginapan Samiaji
  • Dinner *makan Maggie
Breakfast yang disediakan pakej homestay
Indonesian Foods
Lots of foods!!
Day 3: ‪#‎gegadisdiBandungUtara‬
  • Breakfast di Homestay
  • Hot Spring Sari Ater
(Tiket : 30,000.00 Rupiah / person ~ RM10.00 + Parking 1 van: 25,000.00 Rupiah ~ RM8.00++, + Deposit 1 van: 15,000.00 ~ RM5.00)
  • Wisata Grafika Cikole, Lembang
(Tiket: RM0.00, tapi kena main at least 1 permainan, Flying fox: 15,000.00 Rupiah ~ RM5.00)
  • Lunch di Floating Market, Lembang
(Tiket : 20,000.00 Rupiah / person ~ RM6.00++, + Parking 1 van : 10,000.00 Rupiah ~ RM3.00++) *tiket boleh tukar dgn Air Minuman
  • Bergambar depan pintu gerbang Tengkuban Perahu Bandung
  • Farm House, Lembang
(Tiket : 20,000.00 Rupiah / person ~ RM6.00++, + Parking 1 van : 10,000.00 Rupiah ~ RM3.00++) *tiket boleh tukar dgn Air Susu (coklat/original/strawberry)
  • Dinner di Kampung Daun (Tiket : Percuma)
  • Pulang ke homestay Penginapan Samiaji
Floating Market, Bandung
Floating market
Day 4 : ‪#‎gegadisdiBandungSelatan‬

  • Breakfast di Homestay
  • Kawah Putih Ciwidey
(Tiket : 50,000.00 Rupiah / person ~ RM16.00++, perlu naik Ontang-Anting untuk ke Kawah Putih : 15,000.00 Rupiah / person ~ RM5.00)
  • Lunch + shopping t-shirt di tapak parking Kawah Putih
  • Kebun Teh Ciwidey (Percuma *tepi jalan jer)
  • Kilang kain Batik Bidadari *LUBUK orang Malaysia utk shopping kain pasang
  • Pulang ke homestay Penginapan Samiaji
Air Terjun Pelangi, Bandung
Air terjun pelangi
Day 5 : #gegadiskeBandung

  • Breakfast terakhir di homestay & check out
  • Air Terjun Pelangi
(Tiket : Non-local 25,000.00 Rupiah / person ~ RM8.00++)
  • Wisata Kavling Stoberi
(tiket : 20,000.00 Rupiah / person ~ RM6.00++) *tiket boleh ditukar dgn jus Strawberry
  • Sari Raos Oleh-oleh Bandung *Shopping makanan utk ole-ole
  • Kartika Sari *Shopping Kek
  • Bertolak ke Husein Sastranegara International Airport
  • Pulang ke Malaysia
Okay, seminggu sebelum ke sana, kami baru terkedek-kedek tempah pakej penginapan dan pengangkutan untuk 5 hari kat Bandung.

Pengangkutan : 430,000.00++ Rupiah sehari / 4 person, so 1 kepala around 107,500.00 Rupiah = RM36.00++ sehari. 
Total : 107,500.00 x 5d = 537,500.00 Rupiah around RM179.00++ (based on currency). Pakej termasuk Pak supir, minyak, tol dan parking.

Penginapan: (Duduk homestay).

Harga penginapan is 200,000.00 Rupiah sehari / 2 person. Tapi sebab kami sweet sangat sampai diabetes tak mau berpisah 4 orang, kami just ambil 1 bilik + 1 bed. Caj untuk 1 bed 135,000.00 Rupiah = RM45.00++. Total: 335,000.00 Rupiah sehari / 4 person. So, 1 kepala dalam 83,750 Rupiah = RM28.00++ sehari.
Total: 83,750 Rupiah x 5d = 418,750.00 Rupiah around RM140.00++.

Pakej termasuk breakfast.

Tiket Flight : RM187.00 return *book 6 bulan awal.

Hakak tukar 2juta Rupiah = RM608.00 *ikut currency

So Total perbelanjaan untuk 5d4n kt sana :

Penginapan + Transport + Tiket masuk + makan

RM140.00++, + RM 179.00++, + RM 74.00++, + RM70.00++
= RM463.00++ ~ 1,568,421.00 Rupiah

So baki yang selebihnya jela hakak guna untuk shopping.
Agent tourguide kami is Rahmat Sugiarto, kalau nak tempah pakej untuk penginapan or transport, boleh direct contact dia +6282121950335(ws) / usya ig: Maostraveltours_bandung. Ataupun, boleh direct contact Pak supir under agent ni iaitu brader Cecep Anhar Transport's +6282115177237 / +6289611975130 (call/ws). Service diorang memang Tip Top la. Memang Mantoppp n Terbaik!! in sha Allah lepas ni kalau nak ke sana memang akan terus book pakej dengan diorang je.

.

Post kalini aku ambik dari sahabat aku. Hakak Farhana yang suka bajet muda. Muehehe. Makasih awok. Semangat dia buatni, lepastu aku cilok. Tapi, dia dah bagi kebenaran eh. Siap suruh aku update lama dulu dah. Tapi, aku jer yang baru nak update. Dia ada jual shawl tau, so do follow her kalau hangpa semua peminat shawl flowy-mowy gitu oke? ;)

Kepada Rahmat. Sorry bangat yaa saya lambat udate. Macam sis Farhana cakap Rahmat and Cecep memang terrrrbaikk. Service dorang sangat-sangat awesome. Tanya jer apa2 yang korang nak tanya kat dorang, insha Allah dorang akan bantu. Makasihhh banyak ya Rahmat and Cecep and makcik pakcik and semua yang banyak bantu kami masa dekat Bandung. Semuanyaaa terrrbaikk! *thumbs up*

Mission4Ummah

Misi 30 Hari.

Wednesday, July 27, 2016

Gambar ehsan dari sahabat.
InshaAllah esok aku dan sembilan orang sahabat akan memulakan misi kami selama 30 hari di sebuah kepulauan. Kepulauan apakah? Tunggu..
Sebenarnya, kami hanyalah minoriti yang akan join kelompok yang lebih besar di sana. Dan kami jugak sebenarnya geng2 yang pegi lambat. Uhuk uhuk. Sebabtu dapat gambar awal ni.. Hihi.

Apapun, takleh nak cerita banyak sebab kami pun belum sampai kat sana. Cuma nak mintak sangat sahabat2 doakan kami di tempat orang. Lama jugak tuu 30 hari. Hihi.
May Allah ease everything. InshaAllah. :)

Books

Merentas Amerika | Books Review

Saturday, July 23, 2016

Penulis: Badrul Hisham
ISBN: 978-9671409008


Masih ingat buku Advantura Pulang ke Malaya? Nampaknya, penulis Badrul Hisham memang tak serik lagi. Kali ini, beliau mencabar diri untuk merentas Amerika pula bersama-sama dengan dua lagi sahabat beliau, Furkan dari Turki dan Badrul Hisyam (Ya, nama sama dengan penulis. Ejaan je lain satu huruf).
Aku berjaya habiskan buku ni bulan puasa haritu. Ingat nak review before raya, sebab penulis ada buat contest dan hadiah dia tiket flight ke Indonesia! Tapi, tak sempat~ So, aku buat jerlaa sekarang. Better late than never. Meh!

.

Sebelum memulakan kembara, permohonan Visa untuk ke Amerika perlu dibuat. Berpuluh-puluh soalan yang sensitif perlu dijawab di laman web Kedutaan Amerika London dan antaranya adalah "Adakah awak pernah terlibat dalam organisasi pengganas?" Fiuh, berpeluh jugak nak menjawab tuu.  Tidak cukup dengan itu, sesi temuduga pula perlu dilalui oleh penulis. Siap ditengking lagitu. Serammnya lahai.

.

Destinasi yang menarik hati aku, pastinya air terjun syurga Niagara!
..kedengaran bunyi jatuhan air terjun sungguh kuat dan aku sungguh terpesona. Hati aku mahu sahaja berkhemah di tepi air terjun ini. Bau udara segar dari air terjun menyinggah di hidung dan menghantar isyarat ketenangan yang amat kepada otak aku..
Badrul Hisham
Can you feel that? Bila baca part yang aku quote tuu, rasa macam ya Allah nakpi sini!! Hihi. Macam aku pernah bagitau kat entry2 sebelum ni. Aku suuuuka sangat air terjun!! ^_^

Selain tu, ada part yang mendebarkan. Aku pun naik risau bila baca. Mengapa? Sebab penulis berada di ambang maut masa tengah seronok main surfboard kat pantai Daytona. Lepastu jugaklah aku baru tau pasal fenomena Rip Current iaitu fenomena air yang akan menolak seseorang ke arah laut dan bukan ke arah pantai. But, alhamdulillah semuanya okey. :)

Kalau dekat buku lepas penulis hampir kena pau tapi tak jadik, dalam buku ni penulis dan dua sahabat beliau siap kena tahan polis. Pasaipa tu, hangpa kena baca sendiri. Yang paling kesian, kawan penulis si Badrul Hisyam tu. Dia yang paling teruk kena. Siap kena troll lagi kat polis sampai pucat muka. Adeh! -.-

Tapi, semua tu pengalaman kan? Pahit dan manis, semuanya berharga dalam hidup kita. Dan dengan pengalaman jugaklah, kita akan dapat belajar banyaaaak perkara dalam hidup.
Pergilah mengembara dengan berbukukan pengalaman walau sedikit kerana pengalaman itulah yang mengajar kita bersyukur.
Hirzawati Atikah
Sebenarnya, terlalu banyak lagi tempat2 menarik yang penulis coretkan dalam buku ni. Tapi, biasalah disebabkan tukang review kurang kerajinan. Sikit jerlaa ceritanya. Kenapa ramai homeless dan pengemis dekat MacDonald? Dorang jumpa IronMan ke kat sana? Gerbang semula jadi di Taman Negara National Arches di Utah? Semuanya ada dalam buku ni. Macam buku lepas jugak, banyak gambar disediakan. So, bolehlah jugak kita kenal negara orang walaupun kita sendiri tak jejakkan kaki lagi ke sana.

Suatu hari nanti mungkin? InshaAllah.. :)

Biskut Raya

Resepi Biskut Tart Nenas Bunga | Main Masak2

Thursday, July 21, 2016


Okeyy, saja nak share resepi biskut tart nenas bunga ni yang saya buat masa hari raya haritu. Ingat nak share before raya, tapi tak berkesempatan pulak. Hihi. Eh,btw betul ke nama dia tart nenas bunga? Saya tau tart nenas gulung je, yang ni tak sure orang panggil apa. Muehehe

Resepi kali ni saya amik dari dapur kak Jee. Terima kasih banyak akak sudi share resepi. :)

Bahan-bahan

  • 300 gram tepung gandum
  • 4 sudu besar tepung jagung
  • 3 sudu gula aising (saya mesin gula pasir)
  • 200 gram butter
  • 2 kuning telur
  • Jem nenas (boleh beli kat kedai atau buat sendiri)


Cara-cara

  1. Ayak tepung gandum, tepung jagung dan gula aising ke dalam satu bekas.
  2. Masukkan butter ke dalam bekas.
  3. Gaulkan dengan tangan. (Ramas-ramaskan semua bahan)
  4. Masukkan telur kuning dan gaul-gaul lagi sehingga menjadi doh yang kekuningan.
  5. Canai doh biar jadi setengah inci ataupun setebal mana yang anda mahukan. Make sure doh tu letak kat tengah-tengah plastik supaya tak melekat. (Kalau takde pencanai, boleh kreatif cari botol, gelas, ataupun sbagainyaa. ^_< )
  6. Masa untuk menekap!! Ulang langkah 5 dan 6 ni sampailaa semua doh digunakan. Jangan berhenti separuh jalan ye!
  7. Letak jem saya suruh adik. Kiki. Dia pakai sudu je..
  8. Kita bakorrr dia!! Guna suhu 170degree selama 20-30 minit.
  9. SIAP!!
Macamnii lah rupa doh tu..:)
Hasil biskut tart yang dah siap dapatlah sebanyak bawah ni. Cukuplah untuk sekali raya. Ni pun sampai sekarang ni tak habis lagi. Biasalaa, raya orang bukan makan sangatpun biskut nii. Sekadar untuk penyeri dan memeriahkan raya orang kata. Sekarang ni, saya dengan mak sayalaa duk kunyah2 biskut ni depan tv. Hihi. :P

DONE!!

Arigato

Terima Kasih Sis JM

Wednesday, July 20, 2016


Terima kasih banyak2 sis JM. Dah lama dapat ni tapi baru tau masa balik bulan puasa haritu and baru sempat buat entry. Maaf ye sis. Hikhik.

Teruja sangat tengok magnet fridge ni. Siap ada special for ana fatihah tu yang tak tahan. Dari jauh pulak tu. Nami Island, tak pernah sampai lagi nii. Terharu sangat kite. :')

Sis JM antara sahabat blogger yg suka boom blog sahabat2. Rajin sangat komen and sangat mesralah. Rasa macam dah lama kenal, walaupun sebenarnya kenal kat alam maya je. Hihi

Apapun sis, moga persahabatan kita kekal sentiasa. Terima kasih sangat!! Really appreciate it! #muahciked

Nuffnang

CPUV Nuffnang :)

Tuesday, July 19, 2016

Bila tengok je ada dapat CPUV, hati terus berbunga-bunga riang gembira. Rasa nak senyum je sampai ke telinga. Dah lama tak merasa dapat CPUV nii. Yerlaa, blogger yang tak aktif macam saya ni jarang2 jerlaa dapat merasa CPUV ni. Apapun terima kasih banyak-banyak NUFFNANG! :)

Rezeki di bulan Syawal. Alhamdulillah, syukur sangat. 


Harap lepas ni NUFFNANG bermurah hatilah nak bagi lagi. Kiki. Bodek pulak eh. Jangan seriklah bagi kat saya walaupun saya ni tak aktif sangat berblog. :)
Tapi, inshaAllah saya akan terus menulis walaupun tak selalu. I love my blog okeyy. Dari zaman remaja lagi kott. Hehe.

Last but not least, thankyou NUFFNANG!! Love you~ ;)

Bandung

Jelajah Bandung Day 5

Monday, July 18, 2016


Last dayyyy in Bandung!!! Excited but also sad to leave Bandung. Harini kami nak pegi tempat yang kami tak sempat pegi masa hari ketiga haritu. Ke mana eh? Anyone remember? Hihi
Air terjun Pelangi!!!!! Here we come!!!
Masha Allah, kami memang superrr excited. Air terjun antara tempat yang aku sangat sangat suuuuka pegi. :)
Air terjun ni jugak duduk di area Lembang. Told you yang area Lembang ni memang sangat banyak tempat menarik. Air terjun pun ada lagi yang lain but Cecep dan Rahmat suggest air terjun ni, so kami follow jerlaa. They know better, right? ;)
Sebelum gerak keluar, kami dah siap-siap kemas beg dan bilik sebab flight balik pukul tiga lebih. Lepas sarapan, fotorin sama makcik pakcik, Cecep dan Rahmat barulaa kami teruskan perjalanan untuk ke air terjun Pelangi.

Jommmmm!

Kami dah sampai
Masa nak bayar untuk masuk ke air terjun ni, Cecep yang tolong bayarkan. Lepastu, kami yang super excited memang duk bisinglaa mulut bila nampak air terjun. Tetiba, Cecep buat isyarat suruh senyap. Pasaipa Cecep ni? Rupanya, dia bayarkan kami dengan harga warganegara. Sebabtu dia suruh kami jangan bising, nanti kantoi tak pasal2 kena tambah duit lagi. Haha :P
Terus kami bajet cakap Indonesia macam dalam sinetron. Klakor klakor.

Tudiaaa. Tinggi baq hang. :)
Sebelum nak sampai air dekat air tejun ni, kami kena turun anak tangga kalau tak silap aku dalam lima ratus lebih anak tangga. Perghhh, boleh tahan penat dia. Haha. Tapi, bila sampai kat bawah memang terngangalaa kami tengok kebesaran dan keindahan ciptaan Allah. Subhanallah!

Bila kaki kami masuk dalam air, sejukkkknya air. Rasa macam air yang disimpan dalam peti. Kami berendam kejap jerlaa. Tak mampu kami nak berlama2 dalam tu, boleh beku jap lagi. Haha

Sejukkk.
Tengok sejukkk sangat sampai muka pun bertukar jadi macamtu. Heheh. Gurau2. Gambar xcukup quota ni. Sorang lagi tukang amik gambar. Hihi

Mencari ketenangan~
Biasalaa mesti kena ada gambar ajet-ajet ni. Muehehe. Lepastu kami pegi bergambar dekat sikit dengan air terjun tuu. Tapi memang tak turunlaa sebab air dalam kan kat situ. Kami memang ajet2 dilwale laa sebab sangaat cantik dan dia punya tempias air sangat kuat. Sampai nak ambik gambar pun susah sebab kamera dipenuhi tempias air. Baju yang dah nak kering basah balik bila pegi sini. Hihi

Subhanallah!
Siap2 bergambar, kami pun salin baju. Dan, sebelum mendaki naik tangga kami pegi ngeteh dulu. Cecep belanja kami teh panas. Makasih Cecep. :)

Sambil pekena teh, Cecep cakap kadang2 kalau waktu panas pelangi akan muncul dekat air terjun ni. Sebabtu air terjun ni dikenali sebagai air terjun pelangi. Kisah dongeeng dia pulak, kalau masa pelangi muncul maksudnya ada puteri bunian tengah turun bersiram. Gitttuww.

Lepas kumpul tenaga, masa untuk mendaki naik atas. Adeh, dah macam makcik2 kami punya lambat duk mendaki. Nasiblaa si Cecep sabar je tunggu kami. Haha.
.
Now, masa untuk cari strawberry farm. Harap adalaa jumpa. Mostly banyak yang dah tutup sebab strawberry dah habis. Kuciwa jugaklaa, sampailah kami jumpa satu tempat yang dia bagi kami masuk. *smile*

Kavling Stroberi
Bila masuk dalam ni, lepas bayar kami dapat air strawberry blended. Best air dia, fresh sangat. Lepastu kami boleh pegi petik strawberry dengan diberikan bakul dan gunting yang sangat comel. Hehe

Kecik je.
Strawberry tak banyak and buahnya pun kecik2 je. Katanya sebab masa kami pegi tu tengah musim hujan. Takpelaa, kecik pun jadilaaa. :)
Bunga strawberry.
Beautiful princess tengah kutip strawberry. *muntah*
Siap kutip strawberry, kami pun balik ke bandar Bandung. Tengok jam masih awal lagi, kami pun singgah kedai kerepek kat tepi jalan. Banyak sungguh kerepek, rambang mata. Yang bestnya, boleh rasa sebab ada tester. Memang rasa semualaa. Oke, takdelaa semua. Tapi, banyaklaa jugak kami makan. Hikhik

Lepastu, pegi pulak dekat Kartika Sari. Nak tengok jugak kenapa femes sangat ni kan? Hehe

Katika Sari
Kat sini kami shopping sambil habiskan duit sebab tempat terakhir dah kan.. Beli apa yang patut untuk bawak balik Malaysia dan juga buah tangan untuk Cecep dan family dia. Keluar je dari Kartika Sari akan ada ramai makcik pakcik yang akan jual keychain. Tapi, sebab kami dah beli so senyum jerlaa. :)

Beg bertimbun
Kami sempat merasa airport baru Bandung. Masa kami nak balik ni baru hari first pembukaan dia. Masa kami sampai haritu airport lama lagi. Sempatlaa merasa dua airport walaupun pegi kejap jer. :)
Sayonara Bandung. Till we meet again. You'll be my great wonderful memories. InshaAllah takkan lupa. :')

P E N G O M E N