Main Masak2

Resepi Biskut Arab Sukatan Cawan | Main Masak2

Wednesday, June 29, 2016

Assalam. Salam Ramadhan kareem!

Sempena nak raya ni, saya berkesempatanlah jugak buat biskut arab. Memang pilih biskut yang senang pun. Sebab taknak lama2 sangat kat dapur. Hihi. Biasalaa, kurang kerajinan. :p

Resepi ni saya dapat dari facebook Cikgu Ina. Terima kasih cikgu. Moga brtambah2 pahala dan rezeki sebab selalu share resepi. :)
Saya ada ubah sikit2 laa resepi ni sebab saya taknak golek gula kat luar.

Okeyy, jom kita tengok sama2!

Biskut yang dah siap dibakar. Nyumnyum.

Bahan2

  • Minyak sapi - 1/2 cawan
  • Gula aisin - 2 sudu besar (saya mesin gula pasir je)
  • Susu tepung - 1 cawan 
  • Tepung gandum - 1 1/4 cawan 
  • Ceri merah dan hijau - untuk hiasan 

  1. Masukkan minyak sapi, gula aisin dan susu tepung ke dalam satu bekas. Kacau rata.
  2. Masukkan tepung gandum. Jangan lupa ayak dulu eh! ;)
  3. Lepas dah disatukan semua, jadilah doh yang lembut.
  4. Buat bulat2, jangan besar sangat sebab nanti bakar dia jadi kembang.
  5. Ceri potong kecik2 and letaklaa atas setiap biskut.
  6. Bakar dalam 10-15 minit dengan api 170°c.
  7. Siappp! Boleh isi dalam bekas. Yeayyy! Alhamdulillah.
Doh yang dah siap diuli.
Buat bulat2 camni je.
Best part. Letak ceri atas biskut sebelum bakorr!

Untuk hasil dia selepas dibakor, jadilaa macam gambar kat atas sekali tuh. Untuk resepi yang ni sikit je biskut yg kita dapat. So, kalau nak dapat banyak sikit bolehlaa gandakan je resepi kat atas.

Jejengg!

Banyak nilah hasil dia. Cukuplaa untuk sekali makan. Yedak? Oraitoo, buat biskut kalau siang tu jangan terlupa yang kita tengah puasa pulak ye. Hihi. Tunggu malam baru boleh rasa. Kikiki.

    Diari

    After 4 Years.

    Monday, June 27, 2016


    Alhamdulillah.
    Segala puji-pujian bagi Allah.

    Perkataan yang paling sesuai untuk menggambarkan rasa hati ini.
    Rasa hati yang terlalu bersyukur ke hadrat Ilahi. Tuhan yang maha Pemurah, yang tidak pernah tidak memberi nikmat kepada hamba-Nya yang lemah ini. Walaupun hamba-Nya ini sering alpa dan sering leka. Namun, hamba-Nya ini tetap dikurniakan nikmat yang cukup besar. Lalu, nikmat apakah lagi yang mahu hamba-Nya ini dustakan? Terima kasih Allah. :')

    :')
    Buku merah ini. Buku yang mampu membuat aku resah dan gelisah. Buku ini jugalah yang mampu membuat aku tersenyum dan ketawa.
    Dalam menyiapkan buku ini, aku mengenali seorang insan yang terlalu baik. Membimbingku menyiapkan buku ini, tanpa pernah mengeluh. Terima kasih Puan Zuraifah, puan ibarat seorang ibu yang sanggup berjaga malam demi menunggu anaknya menyiapkan kerja sekolah!
    Really appreaciate your hardwork and your patience. Maaf saya memang nakai sikitt. Haha

    Buat ma abah dan adik beradik, terima kasih jugak sebab selalu support in every aspect. Moral and financial support gittew. Hihi. Dan, walaupun ma abah tak pernah cakap. I know that they always pray for me. Siapalah saya tanpa mereka. Syurga saya. :')

    Dan buat kawan2 yang aku chentai, best kan bila kita sama2 dapat pegang buku kat atas tu dengan nama sendiri terpapar dekat cover dia tu. Rasa macam, wowww biaq betuii!! Aku dapat siapkan buku ni? Rasa sebelum ni nak siapkan satu perenggan pun dah macam apa. -_- Walaupun aku tau ada yang sampai nangis2 nak siapkan benda alah ni. Haha. One more thing, korang sedap cakap aku nampak paling tak stress dalam kita ramai2, korang taktau aku pun stress jugak macam nak pecah kepala cuma mungkin sebab aku kan suka control cun. Tu yang korang tak perasan. Hihik. :p
    Thankyou korang selalu support each other!! Kadang2 sesi 'menyaport' lagi lama dari buat keje kan? Haha. Sangat membantu sebenarnya walaupun korang mungkin tak perasan benda tu.

    .

    After four years, tipulah kalau takde terbuat atau sengaja buat silap. Tambah2 aku yang suka kacau and gaduh dengan orang. Bak kata dak Timah, eh ada ke orang yang tak pernah gaduh ngan Tihah? Kuasammm eh. Haha. Tapi, aku tau korang sayam aku kan? Ouh, so sweet~ Lulz.

    .

    Apapun, please keep in mind yang aku tak pernah simpan dalam hati apepun yang pernah berlaku and aku harap korang pun sama. Aku cuma simpan benda yang sweet2 and baik2 je. Hihi. Kalau ada masalah, boleh roger aku. InshaAllah aku akan cuba bantu apa yang patut and aku tau kalau aku ada masalah aku pun boleh carik korang. Tambah2 kalau pasal duit. Kan? Haha. Ok, yang tu aku gurau. ;)

    .

    Satu lagi, aku harap sangat walaupun kita mungkin tak jumpa lagi lepasni doa jangan lupa sebut nama aku, takpun korang bayangkanlah muka aku yang comel ni okeh? Hehe

    .

    Last but not least kawen jangan lupa jemput. Grad nanti jumpa lagi eh. Moga berjaya dunia dan akhirat. Sama2 kita kejar redha Allah. Jumpa di syurga sama2 inshaAllah. :')

    Saja nak share. :D
    Last tiket dari utm ke Klate as degree student. Hihi. Saja simpan buat kenangan.

    Okeh, that's all for today. Keep calm and teruskan memburu malam lailatul qadar. Jom gandakan ibadah! Moga dipertemukan dengan malam yang lebih baik dari seribu bulan. Amiin.


    Diari

    Ramadhan Terakhir di UTM?

    Saturday, June 18, 2016

    Alhamdulillah.
    Allahumma solli 'ala sayyidina muhammad.
    Ramadhan kareem everyone! Ramadhan bulan mulia, bulan penuh keberkatan. :')

    Malam ni dah 13 Ramadhan dan saya masih di UTM bumi tercinta, walaupun sebenarnya paper dah habis 13 Jun lagi. Final year laa katakan, duk sibuk buat correction FYP. Tapi, alhamdulillah correction dah diterima. Jadi, tinggal nak hardbound dan buat beberapa benda yang nak kena hantar sekali dengan tesis nanti. Lagi, projek masih ada satu yang belum present. Fiuh~

    Okey, one of the best thing bila puasa kat UTM adalah berbuka dekat masjid. Ramai2 dekat dewan dengan pelbagai bangsa. Ceewah! Tapi, seriously ramai jugaklaa foreigners dan saya apa lagi, selalu duk fe'feeling' belajar oversealaa. Hehe. Kat sini, tiap2 tahun memang akan makan dalam talam. Serooonok! Pengikat kasih sayang orang kata. Siap boleh kenal2 dengan sahabat baru lagi bila makan dalam talam ni. Bertambah2 kenalan. :)

    Gambar curik! :P

    Makan dalam talam ni mengajar kita untuk berkongsi dan bersederhana jugak tau! Tapi, makanan dalam talam kat masjid UTM ni biasanya boleh tahan jugaklaa banyak dia. Memang kenyang baq hang! Nasib share ramai2. ;)
    Lepas siap makan, terus naik atas untuk solat maghrib dan menanti isyak dan terawih. Kat sini buat 20 rakaat, tapi kami jarang sekali buat sampai habis. (*゚ー゚)

    Selain tu, berkesempatan jugak untuk membantu pihak Yayasan al-Quds dalam mengedarkan tabung di bazar2 Ramadhan untuk meminta derma buat saudara-saudara kita di Palestin. Antara bazar yang kami selalu pegi bazar Taman U, Bandar Baru Uda, Tun Aminah dan beberapa lagilaa.

    Dan, subhanallah orang JB memang baik2. Setiap petang, sumbangan yang diterima agak banyak. Terharu. Bukan muslim je tau yang menyumbang. Non muslim pun ramai yang menyumbang. Kami yang jaga tabung ni kadang2 orang bagi kuih, kebab. Sejujurnya, kami cukup-cukup terharu. Terima kasih semua.. :')


    Harta kita bukanlah berapa banyak yang disimpan, tapi berapa banyak yang diinfakkan di jalan Allah. Itulah harta dan saham kita di akhirat kelak.
    Betapa besarnya pahala mereka yang memberi sumbangan demi memastikan Masjidil Aqsa terpelihara. Kita bantu saudara Islam kita, Allah akan bantu permudahkan urusan kita pula.
    Sumbangan akan disalurkan kepada :

    • Penjaga Masjidil Aqsa daripada Zionis
    • Pemulihan Masjidil Aqsa
    • Rakyat bandar al-Quds yg miskin & susah

    BEBASKAN AL-AQSA
    "Setiap Sumbangan Membawa Kepada Kebebasan"

    Ramadhan terakhir ataupun mungkin masih di UTM pada tahun akan datang belum pasti lagi. Manalaa tau, tetiba sambung master pulak kat sini kan? Ehemmm. :)
    Apapun, jom kita ber'marathon dalam melakukan ibadah di bulan mulia ini. Moga redha dan rahmat Allah sentiasa memayungi kita semua.

    #RamadhanKareem #roadToGraduation

    Bandung

    Jelajah Bandung Day 4

    Friday, June 03, 2016


    Salam Jumaat everybody!!Jom baca alKahfi dan perbanyakkan selawat ke atas nabi. :)
    Okeyyyy, setelah menyepi buat seketika, jom kita sambung cerita Bandung untuk hari keempat. Hari keempat kami ke Kawah Putih. Perjalanan agak jauh dari bandar Bandung, dalam tiga ke empat jam gitulah. Jalan nak ke sana pun agak berbukit-bukau, lebih kurang jalan nak ke Lembang. Banyak ladang teh, bunga2 dan strawberri kita boleh tengok.
    Sampai je dekat kawasan Kawah Putih, kena naik kenderaan oren yang aku dah lupa panggil apa untuk naik ke atas. Hihi. Kereta parking kat bawah, and aku lupa jugak harga tiket dan sebagainya tuh. Takpe, nanti aku up satu entry khas untuk bajet okeh? InshaAllah. ;)
    Belah sana takde penghadang, so kena hati2 sikit. Boleh tahan laju jugak dia bawak nih. Kiki
    Up up and away!! Naik benda alah ni dalam beberapa minit je, pastu sampailaa kat puncak. Nanti kat sana akan ada ramai yang jual mask untuk cover hidung dan mulut dari sulphur. Tapi, kami main redah je masing2 tak beli. Naik atas just tutup dengan tudung and sweater je. :P

    Sampai kat atas, nak kena turun tangga pulak. Tapi jangan risau, tak tinggi sangat pun tangganya. Sempat berpeluh sikit je. Haha
    Dah nampak dahh~
    Nampak je Kawah Putih, memang subhanallah sangaaaat cantek! Bau sulphur pun boleh tahan jugaklaa. Kat atas ni ramai orang yang akan offer untuk ambik gambar, tapi memang taklaa kami terima. Save bajett~ Nanti tak memasal kecheng kecheng lagi. $_$
    Okey, jom layan gambar jerlaa eh. ^^
    Beautiful.
    Ehem. :P
    K.A.M.I.
    Selpie sikit. :P
    Kat bawah ni pulak gambar dekat Kawah Putih jugak, ada macam bahagian pokok2 sikit. Bersungguh gak kami photoshoot kat sini. Haha
    Berbahaya. Jangan terlalu lama di depan Goa!!!
    Masa duduk kat atas ni, akan ada announcement yang suruh kita turun kalau dah lebih lima belas minit. Tapi kami lama jugaklaa kat atas ni, lebih dari lima belas minit yang pastinya. Uhuk uhuk!

    Turun dari Kawah Putih, kami sambung shopping baju untuk anak2 buah. Lepastu, lepak2 makan kat bawah tu kejap. Masa makan hujan pun start turun, lebat pulaktuu. Mula2 tunggu jugak hujan reda, tapi sebab lama sangat kami pun redah jerlaa. Naik kereta and singgah dekat ladang teh yang kat tepi2 jalan. Boleh pilih nak masuk yang mana. Haha. Tapi, kejap jerlaa kami singgah tu pun dah basah kuyup.
    Nampak tak kepala empat ketul tu? Haha

    Ambik gambar laju2 dan terus masuk kereta balik. Jalan naik air jugaklaa. Nasib baik tak banyak sangat. Berenti masjid untuk solat, dekat dalam masjid tempat wudhuk pun air naik jugak. 
    Banjirrrr~
    Pakcik yang setia jaga parking. Pun sangattt baik, bila kami sampai siap sambut dengan payung lagi. Terima kasih pakcik! :)
    Sebelum balik rumah, sempat lagi singgah kedai kain shopping apa2 yang patut untuk orang2 tersayang. Ceeewaaahhh! Then, sampai rumah tetiba buat drama sebab dah mula rasa sedih nak tinggalkan Bandung. Orang2 yang kami jumpa seeeeeemua baikbaik! :')
    Okeyyy then, inshaAllah dua lagi entry bakal menyusul pasal Bandung ni. Haha. Harap tak lama sangatlaa ambik masanya. :P
    #roadToRamadhan #duaHariLagi

    P E N G O M E N