Diari

Present FYP!!

Wednesday, May 25, 2016

Ganbatte kudasai!!
Kat belakang tu ada checklist yang bertimbun yang perlu aku selesaikan. Tapi, apa yang bestnyaa yang aku nak share adalah...
.
.
.
Aku dah present FYP! Alhamdulillah, Yeayyyyy!
Syukur sangat sebab dah selesai, walaupun ada lagi yang nak kena betulkan tapi bila dah present ni rasa macam lepas satu bebanan yang besar kat bahu nii. :)

Tapi, perjuangan harus diteruskan. Esok ada Japanese test, lusa ada professional course and test lagi. Lepastu startlaa nak final and present projek untuk subjek pulak. Dua projek dan dua paper untuk dua subjek. Yoshhhhh! Ganbatte!!!

Sebelum ni memang sakit jugaklah kami, dengan tak tidonyaa. Kiki. Last minute baru nak kalut, tu lah pasai~ Supervisor aku serius baik sangat-sangat. Ada malam yang dia pun stay up sekali dengan kitorang. Update melalui phone and betulkan apa yang patut. Can you imagine betapa baiknya my SV? Seriously, sangat banyak yang beliau bantu kami. Dari segi pelajaran anf of course moral support jugak! ;)

Sekarang, jangan nak rilek lagi wahai Fatihah. Esok ada test pulak. Dah, pi study sana!! Haha

Buat semua yang bergelar students universiti, best of luck everyone! Moga dipermudahkan urusan. Study2 jugak, kewajipan kita dengan Allah jangan dilupa deh! ;)

Books

Advantura Pulang Ke Malaya | Books Review

Monday, May 16, 2016

Penulis: Badrul Hisham
Publisher: Dubook
ISBN: 978-9670723242



Lagi buku travelog yang aku berjaya baca dan akan review. Dah lama habis baca, tapi baru sekarang berkesempatan untuk review. Yeke? Ke sebab bertangguh? Haha. 
Well, seronok sangat baca travelog ni, buat mata berpinar-pinar dan imaginasi ligat membayangkan keseronokan dan keterujaan penulis mengembara!

Dengan berbekalkan RM8000, penulis berbasikal merentas 11000km mengejar impian untuk melihat dunia. Basikal kawan, bukannya kapal terbang ataupun kereta api laju. Perjalanan dari London ke Malaya selama 5 bulan dengan melalui 18 negara. Pergh! Ini memang berani mati orang kata. Namun dengan tekad dan azam yang kuat, penulis berjaya juga mencapai impian beliau. Berbasikal pulang ke Malaya, dan sudah pastinya dengan perancangan yang cukup rapi.

Banyak yang terjadi sepanjang perjalanan penulis yang boleh membuatkan hidung kau kembang kempis bila membacanya. Haha. Diceritakan juga bagaimana penulis dirompak dan si perompak tiba-tiba insaf. Hidayah Allah datang asbab dari beliau mungkin. Bertemu dengan gadis-gadis cantik yang menggugat jiwa dan raga. Bertemu dengan orang-orang yang baik dan tak kurang juga orang-orang yang pelik. -..- 
Aku lebih rela mengejar impian dari pukul 7 pagi hingga 10 malam setiap hari daripada kerja ofis orang dari 8 pagi hingga 5 petang sampai mati.
Basikalnya beberapa kali juga rosak sepanjang pengembaraan berjarak 11000km itu. Tapi, dengan kecekalan hati penulis, perjalanan tetap diteruskan. Orang yang berjaya itu tak kenal rasa putus asa kan? Kalaupun kau jatuh, kau pastikan bangkit kembali!

Buku ini juga disertakan banyak gambar penulis di tempat-tempat yang beliau berjaya jejaki. Seronok untuk orang yang jenis cepat bosan bila tengok tulisan je. Part ending dia bila penulis sampai ke Malaysia disambut oleh ahli keluarga dan wartawan, aku rasa macam nak menangis sebab teruja sangat! Kau tahu, satu perasaan yang kita dapat bila impian kita tercapai lepas segala penat-lelah yang kita lalui. Semua penat lelah tu terbayar dan akan bertukar dengan perasaan yang tak boleh nak diekspresikan dengan kata-kata mahupun tulisan! It's magic and beautiful feeling. :')

Pendek kata, buku ni sangat superb dan anda terutamanya pencenta kembara wajib baca! Tapi, kalau tak baca tak haram ok? :p

Lalu, apa impian kamu dan juga aku. Dan, apa usaha kita untuk mencapainya? 
Ganbatte kudasai, minna san!

#HappyTeachersDay #TerimaKasihBuatSemuaCikgu

Bandung

Jelajah Bandung Day 3 Part 2

Wednesday, May 04, 2016

Orait, jom kita sambung lagi penjelajahan kita untuk hari ketiga. :) Jangan lupa baca entry hari-hari yang sebelum ni oke? Hehe
Lepas je kami ke Floating Market, kami terus ke Farmville. Ni pun dah kalut sangat dah nii, nak buat macam mana, dekat Floating Market tu terlebih waktu pulak kami photoshoot. Uhuk!

Dekat Farmville ni, benda utama yang kami carik adalah rumah yang macam rumah Shrek tuu. Sebab famous sangat dekat internet tu kan? Kamipun memang semangatlaa mencarik. Hehe
Benda terawal yang aku nampak. Hee
Tiket kat sini pun sama macam floating market jugak, boleh tukar dengan air. Air kat sini laagi besttt, dapat fresh milk dan boleh pilih sama ada  nak perisa original, strawberri ataupun cokelat. Aku amik strowberi. :D
Nyumnyum~
Nak amik gambar dekat area rumah ni memang kena banyakkan bersabar sebab ramai sangat orang yang beratur nak amik gambo. Hee 
Lepastu, apa yang sangat menarik hati aku masa pegi Farmville ni adalah biri2 yang saaaaangat comel. Gerammmm.
Sakan kot bergambar dengan biri2 nih. Baik je dorang~ Eh, dorang ke kata ganti untuk biri2? Entohlerr. Hukhuk. -_-
Yang ni ada arnab. Pun sangaat comel. Tapi, arnab ni suka menyorok dalam rumah dia tuu. Next time kalau nak pegi lagi, kena bawak carrot siap2. Hehe
Aku solat dekat surau dalam Farmvilee ni je. Aku dah ada bagitau kat entry lepas jugak yang kebanyakan surau kat sini campur je lelaki dan perempuan. Termasuklaa tempat wudhuk sekali. Nangis~ T^T. So, memang mencabar sikitlaa. Nak amik wudhuk pun kena amik dalam toilet. Nak masuk surau pun kena make sure dah tutup aurat betul2 baru boleh masuk. Aurat and solat nombor satu ye kawan2 sekalian~ :)
Usai jalan2 dan photoshoot kat dalam Farmville, kami pun teruskan hari kami ke Kampung Daun. Masa untuk makan, tapi sebab nak jimat kamipun makan benda ringan je. Sekadar untuk lepas syarat masuk sini.
Tiga orang dara pingitan~ Haha
Ouh, gambar kat sini memang tak banyak sangat sebab datang melepak makan2 je, pastu jalan2 tengok kawasan. Terus balik. Kiki

Fiuhhh, selesai jelajah Bandung untuk hari ketiga. Sebenarnya ada satu tempat lagi yang kami nak pegi harini tapi tak sempat. Nakgi air terjun Pelangi. Tapi, takpe. Kami try our best untuk cari waktu lain untuk pi sana. Jangan risau. Lepas rancang new plan dengan Cecep, ok dia kata hari last in shaa Allah sempat kalau kami dah taknak shopping. Okeyy, shopping belakang kira yang penting wisata (baca: melawat) alam ya bukkk!

So, yeahh. Stay tuned untuk tengok tinggi mana agaknya air terjun tu ye~ Hiks! ;)

P E N G O M E N