Geng Blogger

Segmen 12 Jam Bloglist #20 Mialiana.com

Sunday, April 24, 2016


Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2016 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 24 April 2016, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #20 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?


12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 1 Mei 2016.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Geng Blogger

Segmen Bloglist Azhafizah.com Mei & Jun 2016

Saturday, April 23, 2016

Bulan April bakal berakhir, bloglist untuk March & April akan digantikan dengan bloglist baru untuk bulan Mei & Jun. Berminat untuk masuk bloglist blog sihatimerahjambu ni, boleh sertai segmen ini. Segmen simple je. Cuma perlu buat entry dan copy & paste je. Pemilihan 10 blog melalui random.org.

Klik banner untuk sertai  Segmen Bloglist Azhafizah.com Mei & Jun 2016
http://www.azhafizah.com/

TAMAT : 28 APRIL 2016

Langkah Penyertaan Segmen
1. Buat entry bertajuk : Segmen Bloglist Azhafizah.com Mei & Jun 2016
2. Copy & paste coding dalam kotak bawah ni di ruangan HTML entry
3. Publish dan tinggalkan link entry dalam kotak komen di entry asal Segmen Bloglist Azhafizah.com Mei & Jun 2016 




Terima kasih atas sokongan semua ^__^

Bandung

Jelajah Bandung Day 3 Part 1

Tuesday, April 19, 2016


Hari ni memang aku superrrr excited untuk memulakan perjalanan kami. Kenapa? Sebab tempat yang akan kami lawati adalah sangat-sangat awesome! And yes, aku terpaksa buat dua part sebab aku nak spam gambar banyak-banyak. Sorry guys~ >_<

Semua tempat yang kami lawat ni adalah area Lembang. Kena naik bukit dan udara dingin kat sini. Tepi-tepi penuh dengan ladang teh dan bunga-bunga. Subhanallah, so beautiful! :')

Orait, first place yang kami pergi adalah Sari Ater which is kolam air panas semula jadi. Pagi-pagi pegi berendam air panas memang bestlaa kan? Sari Ater ni sangat luas, memang boleh pilihlaa nak berendam dekat mana-mana part yang korang suka.

Curug means air terjun ye kawan2~ :D




Nak jugak tu tunjuk kaki duk berendam. Haha :P
Kitorang duk kejap je dekat Sari Ater ni sebab nak kejar masa, takut tak sempat pulak nak ke tempat lain. So, lepas rendam-rendam kaki jap kami pun terus gerak ke next place iaitu Grafika Cikole!!!
Sebelum ke Grafika Cikole, singgah sebentar di Tangkuban Perahu. Kami tak masuk pun sebab tiket dia mahalnya makaiiii, dalam RM90++ kalau tak silap. Bergambar kat pintu gerbang dia jerlaa yang mampu. Haha

Tak mampu nak masuk. Meh! -_-
Dekat Grafika Cikole ni takde tiket, tapi korang kalau nak masuk kena buat aktiviti kat sana ataupun makan. Kami pilih untuk main flying fox satu kali. Hanya nak bagi lepas syarat masuk je. Flying fox dia tak mencabar sangatpun. Cehh, riak molek bunyi statement. Haha. Tapi, dia punya safety rasa macam kurang sikit dari Malaysia, tapi okeylaa kan. Siap boleh pakai selipar, pakai beg lagi. LOL.


Takleh naik jambatan tu sebab dia kunci. Geramm betul.

Gigih naik tangga untuk photoshoot. Haha


Lepas habis ber'photoshoot' di Grafika Cikole, kami pun bergerak ke Floating Market. Makan kat situ je, perut pun dah laparrr~





Dekat dalam floating market ni pun banyak tempat lawa-lawa macam gambar kat atas tu. Bolehlaa photoshoot sepuas hati. Hihi. Nak masuk dalam ni kena bayar tiket jugak, lepastu boleh tukar dengan hot coffee.




Suasana dekat floating market. Ada tempat makan kat tepi tuu.
Dah macam lukisan pulak gambar ni.
Comel~ Boleh tengok dia buat live. ^^

Dengan berbekalkan 30 ribu Rupiah sorang. 
Makanan dekat floating market semua best2. Kami beli air kelapa dengan dua cawan teh. Memang berbaloi2 kot dengan duit yang kami pakai. Oh, lagi satu dalam floating market ni sebelum membeli, kena tukar duit dengan coin.

Okey, tu jer dulu untuk part one. Part two, kita sambung lagi perjalanan untuk hari ketiga di Bandung ye! Stay tuned~~

#mungkin bakal lambat sikit update sebab sangat sibuk sekarang ni. -_-

Bandung

Jelajah Bandung Day 2

Wednesday, April 13, 2016


Hari kedua di Bandung bersamaan 3 April 2016, hari Ahad dan hujung minggu. Jadi, Cecep cadangkan kami habiskan waktu di kota Bandung ajaa. Kenapa? Sebab jalan jem bangaaat katanya. Kalau mahu ke Bandung Utara ataupun Bandung Selatan akan rugi masa dalam kereta je. So, kami ikutkan aje. Dia lagi tau kan dari kami~ :)

Haipp, bangun pagi sebelum sarapan dan siap-siap kami jumpa Rahmat dulu. Siapa Rahmat? Rahmat ni lah yang menguruskan penginapan dan transport kami. Serious, you guys memang boleh percayakan dia kalau nak ke Bandung. Boleh request nak stay kat hotel atau homestay je. Kami of courselaa homestay jerkan, boleh cut bajet. Lagipun, hotel tak syiokk sangat. Tak backpackerlaa kalau duduk hotel. Kengkunun~ :P Harga pun murah-murah je.. No worries!

Lepas jumpa Rahmat kami pun bersiap-siap, then sarapan! Sarapan best sangat achik(lupa nak tanya nama -_-) tuu masak. Nasi goreng + telur + sambal yang memang terbaikk! Nyumnyum~

Mana Atam?? Haha. Mesti tak siap lagi tu. -_-
Makan laju-laju sebab dah lambat. Cecep pun dah sampai masa kami duk makan, nasib dapat driver yang penyabar. Siap makan terus naik kereta untuk pegi shopping~ Sebelum tu, jom tukar simcard dulu. Harga simcard ni 50 ribu rupiah, lebih kurang dalam RM15 plus2 laa. Internet dia laju giloss tau. Geram rasa. Macam nak buat balik Malaysia je.. Hihi

Highly recommended! ^^
Cerita shopping kami bermula di Pasar Baru. Kat sini hangpa boleh cari semua jenis kain kot. Haha. Aku pun taktaulaa, tapi banyak sangat macam semua jer ada. Telekung, kain pasang, seluar macam-macam ada. Tinggal pilih dan sedia duit aje! $_$
Duk pusing punya pusing sampai dalam pukul tiga camtu kot perut dah mula mengamuk. It's time to eat bebeh. Yeayyy!

Meriahnyaaa mak aiiiii~
Banyaknyaaa~
Makanan agak berlebihan untuk kali ni. Kitorang tak sangka pulak makanan banyak macamni. Ni pun dah tempah dua untuk empat orang makan. Maybe kalau lepasni ada peluang pegi lagi, tempah satu pun dah cukup untuk empat orang makan. :)

Ouh, lupa nak bagitau. Kat Pasar Baru ni jugak ada disediakan 'shopping guide'. Macam orang yang akan teman korang shopping dan tunjuk arah. Siap tolong angkatkan barang lagi dan jangan risau, free je.

Suasana dalam Pasar Baru. Beli kuih jap~
Lepas pegi Pasar Baru, banyak lagi kedai yang kitorang pegi. Adeii, tapi biasalaaa bukan minat aku sangat. So, tak banyak gambar dan tempat yang kami pergi tu pun aku ingat-ingat lupa je. Hikhik. Antara yang aku ingat Toko Tiga. Kat sini banyak jual jeans and Tshirt yang berjenama macam Levis, Adidas and so on. Taktau sangat. Cantik kedai ni, hipsturr and banyak tempat korang boleh photoshoot. Haha. Aku solat kat surau Toko Tiga ni laa, jamak ta'khir. Btw, surau kat sini biasanya campur je tau, tempat wudhuk pun campur. So, memang kena tabahkan diri amik wudhuk kat dalam toilet. Huhu

Lepastu, entah apa lagi nama kedai yang kami pegi tak ingat. Tak beli apa sangatpun. Beli telekung je. Rasa nak muntah tengok kain banyak sangatnii. Haha :P
Walaupun tak beli apa sangat, sampai ke malam jugaklaa kami pusing2. Window shopping laa katakan~
Kedai-kedai kat sini banyak yang sediakan air dan kerepek atau makanan ringan. Apa lagi, amik kesempatanlaa sambil menanti Atam sorang yang shopping. Ramai sangat orang kirim barang kat dia ni. Haha kesian tengok.

Siap semuanya, masa untuk pulang. Perut lapar, tapi nak kena jimat. Konklusinya, mintak Cecep hantarkan kat kedai mana2 untuk beli maggi dan roti. Aku beli maggi Pop Indo kalau tak silap jenama dia. Bestt! Balik malam tu Rahmat datang lagi borak2 tanya apa yang kurang dan sebagainya. So, kami ambik peluang tanya semua benda untuk trip keesokan harinya. Allright, all is well planned inshaAllah. We are ready for the next day! Yeuhuuuu~

Advertorial

USWAH Islamic Clothing

Monday, April 11, 2016

Anda muslimah? Susah untuk mencari pakaian yang menutup aurat dan tudung labuh bidang 60 yang cantik marvellous?

No worries, USWAH Islamic Clothing ada menyediakan segala-galanya untuk anda.
Hiks. Ayat typical iklan yang kita biasa dengar. Kan?

Apa yang menarik saya untuk share tentang USWAH Islamic Clothing ni adalah tidak lain dan tidak bukan sebab produk-produk yang dikeluarkan semuanya mengikut syariat. Dahlaa cantik-cantik. Why not saya share pasal ni dan jika ada yang membeli pakaian atau tudung di sini kemudian menutup aurat, mungkin saya juga akan mendapat saham akhirat sekali dan menjadi asbab untuk saya ke syurga Allah. In shaa Allah :')


Cantik-cantik kan? Boleh usya webpage Uswah Islamic Collection laju-laju kalau ada yang sudah berkenan di hati. Hihi

Selain beli di online page, bagi yang jenis suka shopping secara direct atau di kedai-kedai bolehlah ke butik Uswah ni yang beralamat:
Uswah Islamic Vendor Boutique,
3A-59-01, Jalan Medan Pusat Bandar 8,
Bangi Sentral, Bandar Baru Bangi.
(Landmark: Sebaris Mee Tarik Warisan, Bella Ammara, Sugarscarf)

Kemudiannya, Uswah juga ada membuka peluang untuk sesiapa sahaja menjadi agen dropship ataupun stokis produk mereka. Students boleh cuba untuk jana pendapatan sampingan ketika belajar. :)
Ok, kita tengok sama-sama apa kelebihan menjadi agen dropship produk Uswah ni:
  • Tidak perlu simpan stok
  • Tidak mengeluarkan modal untuk pembelian produk, di samping membeli (untuk kegunaan sendiri) dengan harga jauh lebih rendah.
  • Peluang mempromosi pelbagai koleksi Hijab patuh syariat
  • Tiada tempahan minimum
  • Tidak menanggung kerugian jika produk tidak laku.
  • Tiada kos tersembunyi
  • Komisen 10-20% automatik (siap tolak! Tak perlu tunggu hujung bulan baru dapat komisen)
  • Sistem tempahan automatik di web, tidak perlu menunggu kami memberi maklum balas melalui whatsapp atau inbox. Paparan web disediakan khas untuk AGEN, harga ditolak secara automatik.
  • Group coaching dan perkongsian permasalahan serta tips jualan atau pemasaran.
  • Menyediakan peluang untuk reseller menjadi stokis di tempat masing-masing.
So, apa tunggu lagi kawan-kawan. Nak beli, nak jadi dropship atau nak jadi stokis? Jom, serbu ramai-ramai webpage Uswah! ;)

Bandung

Jelajah Bandung Day 1

Sunday, April 10, 2016

Ramai jugak yang dapat teka aku bercuti di Indonesia eh dekat entry lepas. Powerlah korang! Hehe. Yup, kami bercuti di Indonesia which is Bandung~
Pejam celik pejam celik tak sangka yang kami dah pun selamat pulang dari Bandung. Rasa macam mimpi. Serius! Pengalaman yang sangat-sangat awesome!

Teringat pulak bila kami berempat Ana, Atam dan Wani semangat gilos tahun lepas merancang untuk bercuti lagi lepas tak puas bercuti di Pulau Perhentian. Setahun sebelum ni laa. Waktu yang sama iaitu waktu midsem break. Very nostalgic~ :')

Our bags. Captured by Atam.
Hari Jumaat, 1 April kami berempat konvoi ke Putrajaya naik kereta Wani. Kat Putrajaya aku dengan Ana balik rumah kakak Ana, Wani balik rumah dia dan Atam balik rumah makcik dia. Alhamdulillah, perjalanan ke Putrajaya smooth je~ Sampai Putrajaya pergi Alamanda nak tukar duit tapi mahal sangat! Aku sorang je tak sempat tukar duit Rupiah Indonesia sebab dah habis pulak kat Jusco. Ana dengan Wani je yang sempat, Atam pulak tukar duit dekat Taman U. Lepas habis dekat Jusco, kitorang pi jugak kedai dekat Taman U tu, tapi dah tutup pulak.

Dekat Jusco dan kedai dekat Taman U tuh, RM304 bersamaan 1 juta ringgit. Dekat Alamanda dalam RM330++ bersamaan 1 juta, memang taklah nak tukar dekat situ. Sebab mahal sangat, kami pun lepaklah kejap dekat Secret Recipe makan kek. Beli dua je untuk empat orang. Kena jimatlaa awok, kami takdak duit. Hihi. Sambil makan, sambil search tempat tukar duit yang murah di Putrajaya. Based on apa yang Uncle Gugel cakap IOI Mall murah. So, kami pun pergilaa sana. Memang murah! Lagi murah dari Jusco and Taman U. RM302 bersamaan 1 juta rupiah. Alhamdulillah, jimatt. :D

Okey, sebenarnya ni Wani punya. Aku cilok gambar dia. Haha :P
Hari Sabtu bersamaan 2 April, dalam pukul 12.30 kami jumpa dekat Putrajaya ERL Station. Kemudian, berlari naik ERL ke KLIA 2. Fiuhhh!
Sampai sana, uruskan apa yang patut dan terus solat zohor dan asar jama' taqdim. Ini wajib oke!

Tunggu punya tunggu, dalam pukul tiga lebih kot kami naik flight. E.X.C.I.T.E.D!

Subhanallah. Beautiful sky. Also captured by Wani.
Kami sampai dalam pukul enam kot sebab bila sampai sana, dengar azan Maghrib. Feeling yang kami rasa bila sampai sana tak boleh nak describe macam mana. Kami memang super excited and happy sangat! Serius tak sangka plan kami lebih kurang setahun yang lalu akan jadi kenyataan macam ni. Alhamdulillah ya Allah. Syukur sangat-sangat. :')

Sampai di sana, kami disambut oleh driver kami ataupun pak supir yang bernama Cecep. Sangat baik orangnya. Highly recommended kalau korang nak ke Bandung. Cakap je nak pegi mana, Cecep akan hantarkan. Dahlaa sabar je kalau kami terlambat pun. Adeh, kami pulak yang rasa bersalah.

Lepastu, terus angkut semua beg masuk kereta and cakap kat Cecep kami nak pegi cari makan. Cecep pun bawak kami ke Kampiun Bistro. Kedai hipsturr you alls~ Cantik sangat kedai tu. Siap ada persembahan band music lagi. Kami order nasi goreng kampung dan jugak nasi rames.

Bad quality photo. Gambar crop. Sorry!
Nasi rames. 
Nasi goreng kampung dan nasi rames ni sedaplaa. Tapi, sangat banyakk. Maybe kalau korang jenis makan sikit je, tambah-tambah makan malam. Boleh share2 laa makanan, nanti takut membazir pulak.

Prepare sebelum persembahan
Sambil makan, penyanyi band tanya kitorang dari mana. Bila cakap dari Malaysia, dorang pun nyanyikan lagu Suci Dalam Debu dan Isabella. Suwit angatt~ Haha
Lepas makan-makan, dengar lagu dan of course photoshoot. Kami pun keluar untuk pergi ke homestay. Sebelum pegi homestay,Cecep bawak kami pusing-pusing kota Bandung. Meriah jugak malam-malam di kota Bandung nih. Biasalaa, nama pun kota kan.. Hmmm.

Sampai homestay, jumpa Pakcik Zainal dan isteri. Baik sangatt. Orang Bandung ni memang baik-baik eh? Hehe. Kami tempah satu bilik je untuk empat orang. Baru best nak gosip-gosip. Eh! :P
Mana gambar homestay ni? Takjumpa~ Kalau rajin, aku try tanya bebudak ni and upload lagi kat sini okeh.

Orait, tu jer aktiviti kami untuk hari first day di Bandung~ Stay tuned for the next adventure and stories. :D

Diari

Loves from..

Tuesday, April 05, 2016


Alhamdulillah, hari ni sudah hari ketiga aku dan geng 'bajet travellaa sangat padahal tourist' ni jalan-jalan. Sangat-sangat seronok dan super awesssome!

Jadi, harap maaf sangat tak dapat menyinggah ke blog anda semua. In shaa Allah balik nanti akan diusahakan. Dahlaa bakal sibuk dengan PSM jugak. -..-

Ok, sikit saja untuk entry kali ni. Mungkin ramai yang dah sampai tempat ni. Huahua. Boleh je kalau nak cuba teka kat mana tempat ni di ruangan komen. :p

Enam hb ni inshaAllah saya balik Malaysia. Stay tuned kalau nak tau sape geng travel dan cerita travel saya. Walaupun tak menarik sangat, maybe ada jugak manfaatnya. Haha

Doakan saya ye semuaaa~
Terima kasih.

Lot of love,Ana Fatihah
4 April 2016.
10.58 pm tempatan|11.58 pm Malaysia.

Diari

Update Untuk Seminggu~

Friday, April 01, 2016

Apa kabare semua? Sudah seminggu tidak ber'update blog picisan saya ni. Harap maaf kalau ada yang menyinggah tapi tiada apa-apa update terbaru.
Minggu yang boleh tahan sibuk. Well, last week before semester break kanggg. Btw, hari ni dah start midsem break tau. 1st of April 2016, happy April guys! ;)
So, I'll be sharing with you guys about highlighted event for this week. Eceeeewah!

Sabtu (25/3/2015)
Berkesempatan join program Talkshow Muslimah anjuran Nisa', jadi volunteer. Asalnya jadi camerawoman gituu tapi kejap je sebab lepastu terlekat dekat ruang kanak-kanak. Termain sekali pulak dengan dorang. :P

Masa ni tak ramai lagi nih sebenarnya. Gambar banyak amik dari kamera akak kat sana je, so sikit jerlaa gambo yang ada. :'(
Saya pun jadi peserta jugak untuk acara nih. LOL saya takde bakat nak buat origami ni. :P
Ok, kalau bintang ni saya dah reti tapi bentuk dia taktaulaa macam bintang ke idokk~
Seronok sangat dalam setengah hari tu boleh spend time dengan adik-adik comel. Program sebenar adalah Talk Show tu sebenarnya. Talk yang bertajuk Muslimah Ideal Dambaan Ummah. Ramai jugak makcik2 dan akak2 yang datang. Terbaikkk Johor, geng cinta majlis ilmu. *thumbs up*

Ahad (27/3/2015)
Harini pulak saya berkesempatan untuk belajar buat air hipsturrr atau pun bigcup tu sendirik. Siap jualkan dan buat servis delivery lagi. New experience and new knowledge. Love it!!
Cup yang sedia untuk diisi air yang super lazzaaaattt! :D
Air yang sudah siap untuk diminum~
Strawberri flavour~ Stgawbeghi? ;)
Haha. Tu lah citer dia untuk satu minggu nih. Lagi? Oral Tecs pun dah selesai diambik 29/3 haritu, alhamdulillah. :) Lepastu hari Rabu dan Khamis #UTMBlackout guys~
Lama pulak tu, ada masalah sikit. Lepasni dengarnya akan ditutup lagi elektrik sebab ada nak baiki apa ntah. Kami sempatlaa jugak pusing JB malam semalam cari internet and wifi source. Most of the tempat yang ada wifi semua penuh dengan bebudak UTM. Tak bagi can betul kat kami yang final year nih. Sobsob.
Last sekali, keluar tu dah macam carik makan and lepak je. Keja tak terbuat pun. Pi situ pi sini. Jumpa plug baru nak start buat keje, dapat wasap cakap elektrik dah ada. Balik bilik-> Penat-> Tidoq. Double LOL. Haha dahlaa satu keta tujuh orang chualls tau dak? :P

Last but not least,

New members untuk usrah kami minggu ni. Tapi, dia datang tidoq jer~ Hmmmm. Nak kena tarbiyah lebih ni! Hiks, keh gurau2~
Oklaa, jumpa lagi next time. Maybe akan tak berupdate lama pulak kott. Kott~

Note: Passport dah siap. Yeayy! (walaupun muka burok gilos -..-)

P E N G O M E N