Diari

Ceritera Passport~

Wednesday, March 23, 2016


Haritu aku, Wani dan Ana pergi pekan Rabu kengkunun nak renew passport. Pusing-pusing bangunan cari pejabat imigresen tak jumpa-jumpa. Rupanya pejabat imigresen dah setahun lebih tutup kat situ. Harhar. Nasib jumpa Achik kat situ, kalau tak sampai ke sudah duk pusing kat situ. Adeh, teruk betul. -..-

Kami pun teruslaa pegi ke Pejabat Penddaftaran Negara pulak. Sekali punyalaa lama menunggu. Dari pukul 10 lbh sampai ke pukul 4 lebih. Hakhak.
Balik semua kepenatan. Lagi cerita sedih, aku tak dapat renew passport pun haritu sebab aku pakai ic sementara. Kenapa pakai ic sementara? Sebab thumbprint rosak. Taktaulaa apa yang rosaknya ibu jari aku nih. Haha

Kalau ikutkan boleh je pakai ic sementara untuk renew passport. Tapi, bila pegawai tu nak sahkan katanya ic aku dah siap. (Btw, nak sahkan kena bayo 5 hengget tau!) What? Kena ambil dululaa jawabnya ic dekat Klate. Terus call pejabat dekat Klate nasib dia kata mak/ayah boleh ambilkan. Fiuh, kalau tak jenuh nak kena balik ambik sendiri. -_-

Maka, passport masih belum siap dan aku masih menanti ic dihantar ke sini. Abah dah post tadi, maybe esok sampailaa kat sini. In shaa Allah. :)

Passport? Minggu depan in shaa Allah kami pergi lagi. Harapnya dipermudahkan urusan kami. Dan, takyah tunggu lama2 sangat. Kami ingat nak bertolak dari bilik pukul 7.30 lagi nanti. Biar dapat jadi customer nom satu! Jyeahh! ^^

Diari

Bila Dandelion Berterbangan.

Saturday, March 19, 2016


'Anak buah' makin bertambah-tambah sekarang ni. Anak buah yang saya maksudkan ini bukanlah anak kakak-kakak saya. Tapi, 'anak buah' dari sahabat-sahabat seusia saya. Tak sangka. Dah ramai rupanya. Kalau dikira-kira dah lebih lima orang rupanya.
Semalam baru dapat yang latest. Baby boy. Hee, seronok!

Padahal dulu, kita sama-sama belajar untuk jadi orang dewasa. Kan? :')
Sekarang, korang dah jauh ke depan. Dulu, kita main teka-teka siapa yang akan jadi orang first kawen. Sekarang, kita dah mula tengok betul ke tak jawapan kepada teka-teki kita tu. Serius nostalgik ok! Haha

Semua dah jadi dewasa. Kalau dulu kita hanya pikir pasal semua ni untuk suka-suka. Sembang kencang. Angan-angan kosong. Tapi, sekarang ni semua tu adalah tanggungjawab dan amanah yang perlu kita tanggung. Sebab apa? Sebab kita dah jadi orang dewasa. Bukan lagi budak-budak yang hanya tahu untuk bersuka ria.

Kita ibarat dandelion kan? Yang dah ditiup angin mencari kehidupan masing-masing. Mencipta pelbagai kisah baru. Menghadapi pelbagai kisah suka duka. :')
Semoga hubungan kita dengan Allah juga makin bertambah erat dengan meningkatnya usia kita. Sungguh, usia kita tidak panjang untuk kita sekadar bersuka-ria dan mengejar dunia.
Kita punya tanggungjawab sebagai manusia. Sebagai hamba Allah.
Dunia ini tempat untuk kita menanam dan akhiratlah tempat untuk menuai. Maka, gunakanlah waktu yang masih ada ini untuk terus dan terus melakukan amal kebaikan yang mampu memberi kebaikan di akhirat kelak.

Lakukan yang terbaik walau apapun posisi kita.
Baik seorang anak, ibu, isteri, pelajar mahupun rakyat marhaen.
Berusaha untuk menjadi mulia di sisi Allah!
Yuk! Sama-sama. :')

.

Buat sang dandelion yang sedang bersedih.
Janganlah kamu kecewa dengan hidupmu.
Berusahalah untuk terus kuat. Allah uji sebab Allah cinta.
Bangkitlah dan berlarilah!
Mungkin kau sakit pada mulanya, tapi yakinlah kau pastikan ketemu dengan sang pelangi.
Kerana setelah kesusahan itu. Pasti, kaukan ketemu kesenangan.
Allah itukan Maha Penyayang.

K07 KTR, UTM|11.29pm.

Advertorial

Dress Muslimah Terkini

Friday, March 18, 2016

Salam Jumaat to all readers~

Siapa penggemar dress atau jubah kat sini? Mesti ramai kan? Yelaa, sekarang kan trend orang pakai dress je. Senang and stylo. Paling penting sekali, menutup aurat. :)
Saya memang penggemar jubah. Why? Sebab kalau nak pegi kelas, takdelaa banyak sangat benda nak kena iron. Hihi. Tambah2 jubah hitam.

Cantik kan? Sweet je tengok.
Dress muslimah sangat popular di kalangan wanita terutamanya bagi wanita yang beragama islam.
Saya pun tengah cari jugak dress muslimah murah terkini yang cantik dan simple. Kena cari yang warna emerald green untuk tema dinner pre graduation kami nanti. Harap jumpalaa yang berkenan di hati. :D

Purple tu cun bagi saya. Hihi
Ia jugak boleh disesuaikan dengan apa jua keadaan dan tujuan. Satu untuk semua gituu. Anda boleh guna satu jubah untuk pegi majlis kawen, dinner and for sure pergi kelas jugak. Itu yang paling penting kalau anda student. Kan?

Kalau hari Raya lagilah anggun kalau pakai jubah. Cuma, tolong make sure jubah yang anda pakai mestilah yang betul-betul menutup aurat. Pilih dari fabrik yang tidak melekat dan tidak ketat. Okeh? ;)

Lagipun, sekarang ni sangatlah banyak dan mudah nak cari dress muslimah yang murah-murah dan cantik! Hanya perlu ada internet dan sedikit duit sahaja. Then, you will get dress muslimah yang super cute! Yeayyy!

So,anda pulak macam mana? Suka jubah atau dress muslimah tak? Kalau suka, kita geng!

From, jubah lovers. <3 p="">


Review Website

HIDUP.MY : Find a Room

Thursday, March 17, 2016

Sejujurnya website Hidup.my ni pertama kali saya dengar dari blog Yana a.k.a The Kehalusan Kelembutan. Bila baca, barulaa saya tau yang website ni rupanya untuk memudahkan kita mencari bilik ataupun mencari housemates. Bukan soulmate ye~ Eh, gedikk! :P

Menarikkan? Nanti takdelaa masalah bila pegi tengok rumah~ Ehh? Kenapa housemate campur-campur lelaki pompuan! Apa kes ni?!
Based on true story oke. Kakak saya pernah kena macamni. Teruk betul.

So, dekat search tu. Korang bolehlah search tempat yang korang nak and klik Search Properties. :)

For example, saya search Johor Bahru. Kemudian dia keluarlah list of rooms yang available dengan range harga RM0-RM2000. Then, bolehlah korang pilih yang mana berkenan. Nak yang murah atau yang lawa atau yang sebagainyalah. It's your choice. :)

Bila korang klik bilik mana yang korang berkenan, nanti akan ada info pasal who lives there, about room, property features and also ideal tenant. So, jimatlaa sikit masa korang untuk survey tempat tu. Tak payah nak susah2 pergi tengok sendiri. Semua maklumat dah ada. Contact number orang yang tinggal kat situ pun ada jugak.

Paham tak apa yang saya cuba sampaikan ni? Kalau tak atau kurang paham, boleh refer gambar kat bawah ni.

Klik gamba untuk tumbesaran. ;)
Okey, dah paham? Kalau still tak paham, better korang pergi tengok sendiri dekat website Hidup.my ni. Okeh? ^^

Diari

Before I Graduate.

Tuesday, March 15, 2016

I am not really good in English. When speaks or writing, there will be a lot of grammar errors. But, this 22nd of March, we will have oral Tecs test. We must take this test IF we want to graduate! Haha
It is similar to MUET I think, where we have to do oral test with four members. Discuss about issue that will be given and yes, there will be two examiners!

I don't know. Long time for not having writing in English and formal speaking. So, me is nervous. :P
Writing test will be on 12 April and we must do two essays. Haha

Because of that, I am practising now! English is fun actually. Just be confidence and for sure practice makes perfect. Right? Please don't laugh at my English. Muahaha~

Let's learn Japanese(tetiba)
Hajimemashite.
Watashi wa Fatihah desu,
Watashi wa Computer Sciense no gakusei desu.
Douzo yoroshiku onigaisyimasu.

Nice to meet you.
I am Fatihah.
I am Computer Science student.
Help me and I will help you also. (something like that laa~) :P
.

Oklaa, that's all for today. Nothing much. Keep calm and learn foreign language. Ceiiwaahh! :P
Whoops! Do you learn foreign language? Come on, share it with me! Hihi

Books

Trilogi #AJAIB | Books Review

Sunday, March 13, 2016

Penulis: Syafiq Aizat
Publisher: FIXI

First buku yang aku beli adalah AWAN. Bila aku tengok, rupanya buku AWAN tu adalah buku kedua. So, aku tahan dulu nafsu aku untuk baca buku tu sampaila aku jumpa buku pertama iaitu AJAIB. Sebabtu lah cover untuk buku AWAN tu beza dengan buku AJAIB dan AKSARA.
Lepastu, barulaa aku boleh baca dengan happy ever after~ Ehh? Tetiba. -_-

Okey, ketiga-tiga buku ni sangat menarik bagi aku. Tapi, aku rasa yang paling best buku kedua which is AWAN. Kalau kau nak baca yang seram-seram sikit maybe buku first adalah yang terbaik.

Ketika-tiga buku cerita pasal budak yang ada six sense. Dalam buku AJAIB, budak rambut selerak nama Izat sebagai watak utama. Dia ada kelebihan boleh nampak hantu. Dengan kelebihan dia nih, dia banyak bantu kawan-kawan dia. Walaupun dia seorang yang nampak tenang dan matang dari usia, dia sebenarnya selalu tertekan dengan kelebihan yang ada pada dia. Kesian kan?
Sampai satu hari dia jumpa sorang budak nama Fa'iq. Budak tu cakap something kat dia, sampai buat dia rasa lagi tenang. :)
Tanpa kegelapan, kita takkan nampak bintang.
Budak Fai'q ni jadi best friend Izat pada buku kedua iaitu AWAN. Rupa-rupanya si Fa'iq ni pun ada six sense jugak. Dia boleh baca fikiran orang, sebabtu dalam buku first dia boleh tahu Izat tu boleh nampak hantu. Fa'iq jugak boleh nampak imej hantu yang Izat nampak, sebab Fa'iq kan mind reader. Dalam buku ni, dorang banyak mennyiasat untuk merungkaikan persoalan2 yang berlaku pada Izat sampai semuanya terjawab. Lepas semua terjawab, ada satu benda yang Fa'iq tak pernah jangka berlaku pada Izat..

Last but not least, pada buku ketiga iaitu AKSARA Fa'iq jumpa lagi ramai budak2 six sense. Dia pun pelik macam mana boleh ramai sangat budak2 six sense yang wujud kat dunia ni dengan 'kuasa' yang berbeza-beza. Hanya enam orang yang boleh ada six sense, jika muncul 'kuasa' yang baru, salah seorang akan mati? Betul ke teori tu?
Izat. Betul ke 'kuasa' dia boleh nampak hantu? Semuanya hanya terjawab dalam buku AKSARA.

.

So far, buku ni menarik. Bila baca, rasa nak terus dan terus membaca. Sebab banyak sangat persoalan yang perlukan jawapan. Bukan cerita klise yang pastinya. Haha. So, sape yang belum baca lagi dan sukakan buku yang ada kelainan. Ketiga-tiga buku ni are highly recommended!

Btw, buku ni khas untuk pembaca matang sahaja. Siap ada tulis kat cover buku. Haha
Eh, korang dah baca ke buku2 ni? ;)

Diari

12.53 AM

Saturday, March 12, 2016


[Mode Diary]

Saja aku rasa nak menulis di malam hari. Bukannya ada benda nak share sangatpun. Cuma, sekarang dah mula ada aura mengantuk. Tapi, tanggungjawab masih belum selesai. Ada perkara yang perlu dibereskan sebelum esok. Muahaha. Misteri tak? Takde benda yang misteri pun sebenarnya, aku dah melalutlaa ni. :3

Yang penting, in shaa Allah perkara yang bermanfaat. Penat dan mengantuk? Takpe, moga menjadi asbab untuk diri yang lemah ini menggapai redha Allah. *senyum*

Sempat lagitu, datang update blog walaupun kerja tak beres lagi. Apa nak jadilaa dengan ana fatihah ni. :P
Mata dah berpinar duk baca pdf, kita datanglaa menulis kat sini pulak. Hihi
Well, dah alang-alang tulis diari ni secara umum. Nak mintak tolong sahabat doa-doakan jugaklaa~

Doakan aku terus kuat.
Doakan aku terus bersemangat.
Untuk capai redha Allah.
Untuk berjaya dunia akhirat.
Untuk ke syurga Allah.
Jom, sama-sama! :')

Eh, awak2 dah tido ke? Ke tengah struggle buat keja jugak? :)

Advertorial

DIY Natural Body Scrub

Thursday, March 10, 2016

Harini, aku nak share dengan korang semua pasal resepi untuk buat natural body scrub. Uihh, jarang tau aku nak share pasal beauty nih. Aku memang ada jugak pakai body scrub ni and of course lavender always be my choice. :)

Apa, takde duit nak beli body scrub? It's ok. No worries. Entry kali ni aku sediakan natural remedy for body scrub. Yeayy! Suka tak? Hehe
Orait, ambik kertas dan pen ye semua~



Ingredients
  • 1 cup of brown sugar
  • 1 teaspoon of lemon juice
  • 6 tablespoon of olive oil
Then, campurkan je semua. Boleh terus dipakai dekat your body ketika mandi. Btw, lemon jugak boleh hilangkan kita punya bau badan. Kalau takde lemon boleh je tukar dengan limau purut ataupun limau nipis.


Ingredients
  • 1 cup of ground coffee
  • ½ cup of brown sugar
  • ½ coconut oil
  • 2 tablespoon of olive oil
  • A few drops of vanilla essence
Mix all the ingredients and there you go! Dah boleh guna dah. Penggemar kopi pasti suka dengan body scrub yang ni.

Last but not least, kalau malas sangat. Pakai je serbuk teh, best jugak lepas pakai. Rasa lembut je kulit. Kalau yang ni pun malas, pi beli kat kedai jerlaa nak oiii!
Haha. K, tu je. Mata ne~

Diari

Kenduri + Balik Kampung

Wednesday, March 09, 2016

Ada yang rindu tak?
Mehmeh. Sesaja tanya soalan macam tu. Nak test market. Wohooo~ :P

Sebenarnya saya menghilang beberapa hari ni sebab pegi Teganu and balik kampung. Pegi Besut, Teganu sebab ada kenduri kawan. Kami pegi satu kelas macam pegi kenduri Adda dulu. Rumah dorang pun dekat2 je. Orang Besut memang kawin awal eh? Hehe. Okok gurau.

Tak sempat jalan-jalan sangat pun. Sebab lepas kenduri je terus balik kampung. Dengki jugaklaa dengan kawan2 yang stay sana. Dorang siap pegi pantai Kluang, kolam air panas La and air terjun Lata Kolam. Best woooo~ Nasib baik semua tempat tu saya dah pernah pegi. Tapi, unsur jeles tu still ada lagilaa jugak.

Cuma satu jerlaa pengubat duka saya. Haha. Takleh blah ayat~



Sungai ni dekat belakang rumah yang kami stay je. Airnya jernih dan sejuuk sangat walaupun cetek. Tak mandi pun, just basahkan kaki and seluar. Bangun pagi, terus ramai-ramai kami redah semak samun and pegi gosok gigi kat sini. Fe'feeling' puteri bunian. :3

More random pictures sepanjang kenduri~

 Penyeri majlis. Comel macam gula-gula. Ehh? :P

Pelamin a.k.a tempat photoshoot kami yang paling hot.
Makan nasik dalam ni je. Takyah basuh pinggan dah.
Oke, saya dapat ni. Jadi VIP kejap. Kawan2 saya yang lain mostly jadi bridesmaid. :)
Best dapat pegi kenduri reramai dengan kawan-kawan. Terima kasih dekat Kaklynn the beautiful bride and family sebab sudi layan kami yang ramai dan riuh ni~ Hehe
Barakallah Kak Lynn & Ewan. May Allah bless your marriage. Semoga berbahagia hingga ke syurga dan dianugerahkan anak-anak yang soleh solehah. ;)

life

Let's Be Awesome?

Wednesday, March 02, 2016


Good morning! How are you guys~
I hope all of us will be happy and always positive ! ^_^

Kalau ada masalah, cuba cari jalan untuk selesaikannya. Jangan mudah mengalah dan stress ok? Everything will gonna be alright. Trust me~


See, Allah pun dah sebut dalam al-Quran. So, be strong okeh?! :')
Allah always with you.
Allah uji sebab Dia sayang.
Allah uji sebab Dia tahu awak mampu.
Sabarlah dan kuatlah!
I know you can do it!

Apa yang penting, terus dan terus dekatkan diri dengan Allah. Pasti ketenangan akan datang dengan sendiri. Walau fikiran kusut dengan masalah, hati tetap tenang dengan adanya Allah. Trust me!
Ouh, one more thing. Remember Allah always, then you'll be awesome!

P E N G O M E N