Books

Jalan-jalan Cari Buku 2!

Monday, February 29, 2016

Disebabkan aku dah tak tahu nak buat tajuk apa untuk sesi buku baru ni, aku pun buatlah tajuk Jalan-Jalan Cari Buku! lagi. Cuma tambah 2 je kat belakang tu. Okeh? ;)

Sebelum aku tunjuk buku apa yang baru aku beli, saja nak cakap hari ni 29 Feb 2016!! Disebabkan tarikh ni hanya ada empat tahun sekali, jadi aku rasa ia agak sesuai untuk di'highlight kan dalam blog ni. Mehmeh. :P

Trilogi Ajaib #3: AKSARA|Syafiq Aizat

Dah start baca sikit, excited sebab buku2 sebelum ni best! (Y)
Dance in the Rain|Rabiatul Faazra

Buku ni pun comel jugak dalam dia~ ^^

Kawaii Notebook 

Takleh tahan diri untuk beli buku nih. Comel sangat! Dahlaa hijau! X_X
Seronok sangat dapat pegi kedai buku. Btw, tadi beli dekat MPH lebih RM50  dan dapat free member card and baucer RM5 untuk pembelian atas RM30. Hehe :D

Selain buku, semangat jugak duk beli makanan. More foods, more happy!
Yeayy! :P

Diari

2 Days.

Saturday, February 27, 2016

Apa yang two days sangat tu? Takde apa sangat pun. Cuma nak cerita, dua hari ni Jumaat dan Sabtu saya ambik professional course, ISO. Semalam dari pagi hingga ke petang lecture dan hari ni pulak sampai pukul dua. Alhamdulillah, we've made it! Hihi

Aktiviti yang dibuat dalam kelas
Enam minit masa diberi, tapi tak sempat jugak nak penuhkan ruang signature tu. Haha :P Hilanglah mengantuk buat aktiviti macamni. Leulz.

Teruknyaa result, sobsob. Simpan buat kenangan. Haha
Lepas habis kelas ISO, kami sempat ke Seminar al-Quran di Hatiku bersama2 ustaz Asraff Ayob Al-Hafiz. Ramai jugaklaa orang yang hadir dari dalam dan jugak luar UTM. The truth is, nampak macam lagi ramai orang luar. Siap ada yang datang dengan bas lagi. Respect! Ada makcik yang duduk sebelah saya tu, datang dari Pontian. Boleh tahan jauh jugaktuu~ Sanggup datang jauh2 untuk menuntut ilmu. Terbaiklahh!

Best seminar tuu. Walaupun sempat pegi kejap je, tapi banyak ilmu baru yang kami dapat. Kami ikut ustaz baca dan banyak jugaklaa kesalahan2 yang ditegur. Kebanyakannya dari segi sebutan huruf. Memang kena banyaaak lagi ngaji untuk betulkan bacaan al-Quran kita.
Sama-samala kita terus bersemangat menuntut ilmu. Okeh? ;)

GA dan Contest

Hadiah Dari Kak Syeila

Tuesday, February 23, 2016

Sebenarnya dah lama dah dapat hadiah ni. Tapi, sebab datang kampus tak sempat ambik gambar haritu jadi saya hold lah dulu entry ni. Tunggu adik hantar gambar hadiah baru dapat update entry nih.

Terima kasih kak Syeila atas hadiah misteri nih. Seronok sangat dapat hadiah free nih. :)

Maaf atas gambar yang low quality. From my adik. Haha
Salam ukhuwwah kembali akak! ;)
Kak Syeila ada selitkan jugak zikir asma alhusna kat dalam hadiah ni. Sekali lagi, terima kasih banyak akak. Moga dimurahkan rezeki akak sekeluarga. :')
Semoga ukhuwwah kita berpanjangan.

Okeh, tu jer nak citer. Assalamualaikum. :D

GA dan Contest

Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016

Monday, February 22, 2016

Tak lama nak masuk bulan March, makanya senarai bloglist untuk January & February akan bertukar bila masuk bulan March. So nak cari bloglist baru untuk March dan April. Jemput sertai Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016.
Klik banner untuk sertai  Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016
Segmen simple sangat. Cuma perlu buat entry dan copy & paste je. Pemilihan 10 blog melalui random.org.

TAMAT : 28 FEBRUARY 2016

Langkah Penyertaan Segmen
1. Buat entry bertajuk : Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016
2. Copy & paste coding dalam kotak bawah ni di ruangan HTML entry
3. Publish dan tinggalkan link entry dalam kotak komen di entry asal Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016

Terima kasih atas sokongan semua ^__^

GA dan Contest

Segmen 12 Jam Bloglist #19 Mialiana.com

Monday, February 22, 2016


Pencarian bloglist bagi bulan Mac dan April 2016 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 22 Februari 2016, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #19 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?


12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 29 Februari 2016.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Diari

Tadabbur Alam @ Pulau Pangkor

Sunday, February 21, 2016

Alhamdulillah. Cuti sem haritu berpeluang lagi untuk jalan-jalan tadabbur alam. Kali ni di Pulau Pangkor. Tanpa perancangan yang panjang, dalam masa dua hari gitu je kami decide untuk ke sana. Pergi ke sana hanya dalam masa satu hari dan tidaklah bermalam. :)
Pulau ketiga selepas Pulau Perhentian dan Pulau Langkawi. Pulau Pinang tak termasuk ye. :P

4 Februari 2016
Kami cuba untuk bergerak seawal mungkin ke Marina Bay sebab nak naik feri yang paling awal , kalau tak silap pukul 7.15 kot yang paling awal. Tak ingat pulak. Tapi, tak sempat. Kami naik feri yang pukul 8.00 pagi. Tu pun sempat marathon jugak. Kena berlari sebab feri macam dah nak gerak masa tu. And yes, kami orang last naik feri sebelum bertolak ke Pangkorrr!

First view masa mula-mula sampai
Sesampainya dekat Pangkor, kami pun cari kereta sewa untuk pegi ke pantai. Banyak je kereta sewa kat sana. Motor pun ada, manalaa tau kalau korang pergi berdua jer kan. Jangan risau, prosesnya sangatlah senang. Just tinggal sedia duit je. Teksi pun ada jugak, tapi van laa. Comel sangatt.

Pinkkk! Mesti ramai yang melting kan? Haha
Kemudian, kami pun naiklah kereta pergi ke Coral Beach. Kat situ korang boleh naik bot untuk ke satu pulau kecik. Serius, aku lupa nama lagi. Maafkan aku!! Teruk betui. :'( 

Pantai yang sentiasa memberi ketenangan bila memandangnya.
Sangat cantik kan? Bolehlaa nak bajet princess kat buaian tuu. :P
Nampak tak pulau kat tengah depan tuh. Kat situlaa kita akan pergi naik bot. :)

Dah sampai dan diturunkan dari bot.
Pulau Pangkor banyak batu-batu. Ada batu bentuk buaya.
Sebelum kami diturunkan dari bot, bro yang drive tu pusing dulu pulau kecik tu and dia tunjuklaa batu-batu yang betuk buaya tu. Lepastu dia punya pro bawak bot tuu memang bestlaa. Tabik springg! 

Lepak kat situ, yang lelaki buat aktiviti snorkelling. Kami yang perempuan ni bro tu letak dekat sebelah yang jauh sikit dari geng lelaki. So, kami boleh main air dengan amannya. Ditinggalkan kat situ perempuan je. Sempat jugaklaa mandi-mandi, lepastu berjemur keringkan badan sebelum bro tu datang ambik balik. Seronok berjemur atas batu. Haha

Untuk pengetahuan, kat situ ada jugak tempat yang macam hutan-hutan sikit. Bolehlah kalau nak masuk situ. Taktaulaa boleh cakap jungle trekking ke tak, sebab laluan dia memang tak mencabar sangatpun. Tapi, sempatlaa jugak letih sikit. Kami siap dua kali naik, sebab dia just hutan yang memisahkan pantailaa kiranya. Berbelitnya rasa ayat, kalau tak paham buat2 paham jerlaa ye. :P

Masa ni langit dah mula mendung
Time to say goodbye~
Kejap je kami pegi. Dalam pukul tiga tu naik feri untuk balik. Tu pun dah puas hati dah. Pulau Pangkor boleh tahan banyak juga sampah kat sana. Sedih. Pelancong tetap ramai, so kena jaga mata sikitlah ye kalau pegi sana. Harhar 

Maap atas perkongsian yang tak seberapa. Maklumat pun banyak yang aku dah lupa. Mampu share gambar dan pengalaman je. Tu pun tak seberapa jugak. LOL. :P

Orait, tata titi tutu. ^_^

Geng Blogger

25 Things That Make Me Happy

Saturday, February 20, 2016

Assalamualaikum!
Eh, saya pun terjebak dengan benda ni? Haha. Sebab saya rasa macam menarik juga join ni, maka saya pun menyahut seruan yana a.k.a The Kehalusan Kelembutan untuk turut sama buat entry 25 Things That Make Me Happy. Terima kasih sudi tag kita! ^_^

RULES
  • Create a new post + Insert the theme picture above
  • List 25 things that make you happy most of the time (it can be in any language that you want)
  • Mention the blog that have tagged you (of course it can be more than a blog)
  • Tag at least 5 bloggers & make sure they know they've been tagged!
  • You can also share your favourite quote of the week! (if none, then it'll be okay)

  1. Family gathering
  2. Spend time with sahabat yang beriman
  3. New books!
  4. Rak buku penuh dengan buku best
  5. Kedai buku
  6. Reading last page of a book
  7. Cakes, chocolates and ice creams!
  8. Peace places
  9. Backpack travel
  10. Mandi sungai kat tempat takde lelaki
  11. Hujan dan langit cerah
  12. Clean and beautiful mosque
  13. Bendang atau sawah padi
  14. Anak buah
  15. Photoshoot melompat. Ahahah! :P
  16. Cats or any cute animals
  17. Freegift
  18. Bilik wangi dan kemas
  19. Peti ais penuh dengan makanan
  20. Baking
  21. Orang makan masakan kita (walaupun tak sedap. LOL)
  22. Ramadhan (pesta ibadah)
  23. Hari Raya Aidilfitri and Haji
  24. Tengok semua orang tutup aurat di tempat awam. :')
  25. Girls talk dengan kawan2 sampai lewat malam (kadang2 sampai nangis2). Tehee :P
Sebenarnya, saaangat banyak lagi benda yang boleh buat saya happy. Walaupun ada benda yang buat saya sedih atau kecewa, I'm always trying to make it positive. Cuba untuk bersangka baik dengan Allah and trust Him. Yakin yang perancangan Allah itu adalah yang terbaik! He knows better, right? :')
Setting a good example is a far better way to spread ideals than through force of arms.
Quotes yang disukai berubah-ubah mengikut waktu dan situasi.
Tag?

❤ Izyan
❤ Aqilah
❤ Sally
❤ Kak PC
❤ Kak Eimma

Last but not least, be happy!
Jaga akhlak dan jaga adab. :)

Final Year

Sentapan di Kelas Pertama

Wednesday, February 17, 2016

Google
Pagi tadi kelas pertama kami untuk sem ni. Kelas yang berdurasi tiga jam dari pukul 10am sehingga 1pm. Memerlukan mujahadah yang sangat tinggi bagi aku yang mudah hilang fokus ni untuk terus dan terus fokus.

Dalam kelas, lecturer meminta kami memperkenalkan diri. Kemudian, beliau menanyakan perancangan masa depan kami. Final year lah katakan~
Surprisingly, kebanyakan dari kami tak tahu nak jawab apa. Termasuklah aku. Dan mengejutkan lagi sekali, hampir semua dari kami menjawab mungkin akan cari kerja. Kesatuan fikiran sungguh! Haha

Lepastu, lecturer kami pun cakaplah. Most of middle east students(beliau dari sana), bila ditanya perancangan masa depan akan cakap nak sambung belajar. Walaupun tanpa biasiswa!
See the difference?

Masa aku dengar lecturer aku cakap macamtu. Perghhh! Rasa macam dirobek2 hati ni. Hahah.
Konklusi dari aku, masyarakat sana sangat mencintai ilmu. Semangat untuk sambung belajar. Kita pulak, tak sabar2 nak habis belajar dan nak cari kerja.

Aku tak cakap kalau kau semangat nak kerja maksudnya kau tak cintakan ilmu. Tapi, bezanya tetap ada kan? Aku pun sebab nak backup diri sendiri terus cakap, kerja pun ilmu baru jugak. Kann? Haha

Tapi, semua tu bergantung pada diri sendirilah. Kalau kita memilih untuk kerja. Kerjalah dengan sebaiknya dan jika kita memilih untuk menyambung belajar, pun samalah buat yang terbaik! Fikirkan betul-betul mana yang terbaik untuk diri kita. Sama ada sambung belajar ataupun kerja. :)
If you are not willing to learn, no one can help you. If you are determined to learn, no one can stop you.
Cuma, harapanku. Sambung belajar atau kerja kita akan terus cintakan ilmu. Tidak kiralah ilmu agama mahupun ilmu duniawi. Ilmu Allah tu kan luas.
Jom tuntut ilmu! ;)


Main Masak2

Resepi Ais Krim | Main Masak2

Monday, February 15, 2016

Ais krim ni saya buat masa cuti sem haritu. Dan, saya berpuas hati dengan result dia. Muehehe. My mom pun cakap best! Alhamdulillah. ^_^

Resepi asal ais krim ni saya rujuk dari Cik Epal. Arigatou! Lepastu ada jugaklaa ubah sikit2 sebab saya buat sikit je, sebab masatu kan musim hujan. Hihi

AIS KRIM
3/4 tin susu cair
4 sudu besar susu pekat (ikut taste anda, yang ni pun saya dah rasa manis)
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil ovallete (pastikan halalan toyyiban)

Perisa: Serbuk koko & biskut Oreo

Resepi Ais Krim | Main Masak2

  1. Campurkan kesemua bahan kecuali perisa dan gaulkan dengan mixer sampailah likat. (saya buat hampir 30 minit)
  2. Asingkan mengikut perisa.
selepas dipusing selama 30 minit
selepas dimasukkan dengan biskut oreo yang dihancurkan dan serbuk koko
perisa Oreo

perisa koko
Lepastu, bolehlaa disimpan ke dalam peti. Dalam beberapa jam je. Haritu mencabar jugaklaa sebab peti ais rumah saya problem sikit. Yang tak tahannya, time problem tu laa jugak saya pun tetiba rajin nak membuat ais krim. Haha

alhasil~~
Oke, selamat mencuba sisturr~ :D
Ada yang puasa sunat Isnin hari ni? Kalau ada, selamat berbuka. Jangan terliuqq ye. Haha perasan. :P

Diari

First Day on the Last Semester.

Sunday, February 14, 2016


Alhamdulillah a'la kulli hal. Thank you Allah for everything. :)
Dah lama juga aku menghilang. But hey, I'm back now! In shaa Allah.

Homesick? Ada jugaklaa, sebab dah satu sem duduk dekat rumah dan sekarang kembali membawa diri ke selatan demi mencari ilmu. Ceewah!

Seronok? Mestilaa ada. Dapat jumpa mereka. Mereka itu merupakan sahabat2 aku di bumi JB ni. Sahabat-sahabat persatuan,kelas dan lain2 juga. Rindu dengan majlis ilmu yang terlalu banyak di sini dan akak2 dan adik2 usrah. Ah, terlalu banyak untuk dirindui dan pasti akan menjadi kerinduan juga bila tiba waktu aku meninggalkan bumi tarbiah ini. Suatu hari nanti.
Uitt, sentimental je rasa malam2 ni. Dah, fullstop. Nanti menangis tak berlagu pulak aku ni memalam buta. :P

Nervous? For sure! Sem last kott. Kena jumpa balik PSM 2 yang aku dah biarkan ia bersawang buat seketika. Doakan! Please, please.. Haha

Semester terakhir, tanggungjawab dan amanah juga makin meningkat. Semoga dipermudahan urusanku dan juga sahabat semua.
Harini, aku takde kelas pun. Jadi, kami keluarlah beli barang dan kemas-kemas barang. Esok pun takde kelas jugak. Selasa, Rabu dan Khamis je kelas tu pun satu subjek je untuk setiap hari.
Alhamdulillah, kemas bilik pun dah settle. :D

Buat sahabat yang masih sudi melawat blog aku, syukran lakum. Terima kasih banyak buat semua. Terharu sangatt. Sayang semua~ :')

Ok, jumpa next entry In shaa Allah. Assalamualaikum.

P E N G O M E N