Diari

Puan Notty Pregnant

Tuesday, January 26, 2016

Masih ingat dengan Notty?

Eh, sape tu?
Kawan awak eh?

Notty ni kucinglaa. Hehe. Saya pernah cerita pasal dia kat entry ini di zaman dulu kala. Boleh klik untuk lebih kenal beliau. ;)

Dan, sekarang ni dia pregnant. Saya agak mungkin hari ni atau dalam minggu ni jugak dia akan beranak. Pray for her and bakal anak2 dia nanti.

Penatnya diaa. 

Moga nanti dapat anak yang comel2 ye. Hiks.
Bolehlaa acik buli lagi ramai kucing. Hihihi

Psst: kepada sahabat bloggers saya tak mampu nak komen kat entry awaks, hanya mampu baca je. Maap. :'(



Diari

Take a Penguin!

Thursday, January 14, 2016


Lepasni, mungkin saya akan kurang aktif dalam blogging. Sebab kat rumah takde internet, mengharapkan mobile data sahaja. Kalau laju, bolehlaa saya bukak jugak blog. Kalau tak, hmm paham-paham jerlaa ye. Takleh nak update entry tiap-tiap hari dan terjah blog korang selalu!

Jadi, saya mohon maaf awal-awal kalau saya lama tak singgah blog awak2 lepasni ye. In shaa Allah, kalau ada internet saya singgahlaa balik kat blog awak2. Dan, jangan risau blog ni akan terus wujud in shaa Allah. Sayanggg kotttt! Hihi

Apapun, terima kasih kepada semua yang sudi datang ke blog picisan saya ni. Sayang korang! Serius, walaupun tak kenal tapi sudi jugak bagi semangat dan support kat saya nih. *kaki kuis tanah*

nah, amek ni sorang satu. hihi
Maafkan semua salah silap saya jugak ye sepanjang berblog ni. Walaupun saya bukanlah nak berhenti terus blogging ni tapi tak salah untuk bermaaf-maafan sesama kita, kan? Saya dah maafkan sahabat semua, tapi rasanya korang semua baik-baik dengan saya. Takde buat salah apapun. Heee 

Saja nak bagitau lagi sekali, harini last day praktikal. Alhamdulillah. ;)

Ok, tu jer kot.
Happy blogging~
Assalamualaikum! ;)

Diari

Report + Logbook = Done!

Wednesday, January 13, 2016

Comel tak eksesori kat pendrive tuu? O_o

Alhamdulillah. All praises to Allah. Syukur sangat dah siap report dan logbook nih. Terima kasih atas doanya kawan-kawan. :)
Sekarang tinggal nak binding dan post je. Alhamdulillah~

Next semester will gonna be tough with FYP. But, first lets enjoy the holidayyyy!
Esok ada satu hari lagi sebenarnya. Haha. Lasttt day!!
#lastDaySindrom

Diari

Bersilat Dengan Report!

Monday, January 11, 2016

Haritu aku punyalaa berbangga sebab sem ni aku takde exam dekat entry Semester Without Exam kan? Sekarang ni aku dah dapat balasan. Haha. Orang yang ambik exam masing-masing dah up status last paper and nak balik kampung. Dan aku, masih pungpang bersilat nak siapkan report. Huks. -_-

This is sooo me right now!!
Kesian kott mengadap laptop berjam-jam, tapi hasilnya cumalah satu perenggan. Nak keluar air mata ni rasa. Haha. Tapi, alhamdulillah nasib duduk kat rumah. Boleh jugak aku keluar bilik kacau ma abah kejap lepastu masuk bilik sambung balik keja. :P Hilang stress kejap bila kacau dorang nih. Hehe

Tapi yang jadi masalahnya, bajet nak keluar kacau kejap je. Sekali dah borak, ehh terlebih lama pulak. Syiokk pulak bila borak sambil tengok tv sambil makan kerepek ni kann? Haha. Masalah betul laaa. :P
Bila kamu tak tahan lelahnya belajar, maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan.
Imam Syafie 
Oke, macam biasa bagi wish untuk diri sendiri. Good luck to me  dan jugak kepada yang tengah struggle sekarang ni tak kiralaa untuk apapun, yang penting benda baik. Good luck to all of you. Memang penat and susah sangat nak lawan penyakit malas ni but we have to. Tunaikan tanggung jawab dan amanah kita dengan sebaik mungkin. In shaa Allah.

Muhasabah

Pesanan Buat Ex-Sekolah Agama.

Sunday, January 10, 2016

Latihan tawaf dekat sekolah dulu. :')
Di sekolah,
Mathurat pagi dan petang,
Sekarang, mathurat sekadar pandang,
Mulalah kau rasa hati tak tenang..

Di sekolah,
Setiap malam, al -mulk menjadi amalan,
Sekarang, movie n wasap menjadi tatapan,
Ya kau baca, tapi tak seperti ketika kau di sekolah.
Apa kau tiada masa?
Atau kau yang tak amanah dengan masa??

Di sekolah,
Wajib hadiri program ilmu,
Sedikit sebanyak ia sucikan hatimu,
Sekarang, byk program ilmu di u,
Namun tak sewajib dulu, kau biarkan ia berlalu,

Iman kau semakin layu..
Oh, baru aku faham erti tarbiyah di sekolah.
Patutlaa dulu mampu boleh ambik berpuluh-puluh subjek,
Sekarang ni 5 subjek pun dah semput,
Maybe faktor maksiat yang berkarat?

Nota: Post ni saya copy paste dari Whatsapp Group dan sedikit diedit.

Merapu

Planner 2016 Comel.

Thursday, January 07, 2016

Sejujurnya, takde idea nak update entry apa untuk hari ni. Maka, berhuhu lah kita. Eh, takdelah. Maka, saya pun upload lah gambar planner 2016 saya nih. Bagi saya sangat comel dan murah. Kalau mahal, mesti saya tak beli. Sebab tak berapa kreatif dan kalau buku nota yang dibeli sebelum ni adalaa jugak yang terabai sebab tak pakai. :P



Dalam dia sangat comel sebab warna-warni. Hihi. Lepastu siap ada gambar lagi, pun yang comel-comel jugak.


Psst, saya tak reti nak meng'hipsturrr'kan gambar. Maka, jadilaa tak berapa nak comel pun. Haha. Tajuk je cakap comel. Tapi, bagi saya planner ni comel tau kalau secara live. Bila saya ambik gambar nampak tak comel pulak. Eh, paham tak? Peliknya ayat ni. Arghhh, stress. Hahaha.

Kbai.

GA dan Contest

NEW YEAR GIVEAWAY 2016 BY IZYAN ATHIRAH

Wednesday, January 06, 2016

Assalamualaikum


GIVEAWAY BERLANGSUNG DARI 6 / 1 / 2016 - 6 / 2 / 2016
Happy new year Izyan Athirah. Semoga tahun yang mendatang akan menjadi lebih baik untuk awak dan jugak tak lupa untuk blog awak jugak! Dan yang paling penting, semoga awak dan kita semua menjadi hamba Allah yang bertaqwa dan soleh/ah. ^_^
NOTA TAMBAHAN :-
-HADIAH ADALAH RAHSIA (5 HADIAH YANG BERLAINAN) YANG AKAN DIBERIKAN KEPADA 5 PESERTA YANG BERTUAH.
-PEMILIHAN PEMENANG MENGGUNAKAN KAEDAH RANDOM.ORG SAHAJA.

-KURANG DARIPADA 20 PESERTA YAN AKAN MASUKKAN DALAM BLOGLIST SELAMA SATU BULAN DARI

 (9 / 2 / 16 - 9 / 3 / 16)

PENGUMUMAN PEMENANG AKAN DIUMUMKAN PADA 8 / 2 / 2016 (ISNIN)


Anak Buah

First Day Persekolahan Irfan

Tuesday, January 05, 2016

Semalam first day abang Irfan sekolah. Wait, abang Irfan dah berapa tahun sekarang? Untuk pengetahuan korang semua, Irfan dah lima tahun! Yeayyyy!
Dah besar dah anak buah sulung saya. :')

Irfan sekolah dekat tadika Little Caliph. In shaa Allah, sekolah yang elok untuk pendidikan agama dan akademik. Moga jadi anak yang soleh dan berguna untuk agama dan masyarakat. ^^

Apa yang kelakarnya, bila saya tanya kakak saya macam mana Irfan semalam. Kakak pun hantar voicemail dia temuramah Irfan. haha

Guess what? Irfan cakap apa tau.

Tau tak? Irfan tido kat sekolah tadi tau tak?..
Kami yang dengar ni, gelak gulingguling. Haha. Ok, itu ouverrr. Please, abang Irfan jangan tiru perangai Achik okeh?. Hahaha
Ok, jom kita tengok sikit aksi abang Irfan dan kawan-kawan dia kat sekolah.

Gambar ni masa hari orientasi haritu.
Kena buat gelang, nampak masih excited. ^^
Kena nyanyi. Oke, dia dah lari. Usya yang kat blakang tengah tengok dinding tu ye. :P
Alamak, abang Irfan dah duduk! Hahaha
Ottomennn! Kembali minat. haha
Serius kelakarlaa saya rasa anak buah saya yang sorang ni. Kopiah dengan nametag dia pun dah tak tahu ke mana dah. Takpe, kanak-kanak ni memang macam2 ragam kan.. Tak semestinya dia taknak ikut apa yang cikgu dia suruh tu dia tak baik. Saya selalu fikir yang kanak2 macamtu adalah kanak2 yang kreatif.

Memang kalau jadi cikgu tadika ni kena kreatif dan pandai pujuk dorang. Dan yang penting sekali sabar dan sayangkan dorang. Mencabar kan? :)

Ibu(pengasuh dorang) pun cakap si Faqih pun tak bising sangat kat rumah semalam sebab geng dia yang sorang ni dah sekolah. Hihi.
Biasalaa tu, berubah suasana kann. Nanti dah lama-lama sikit okelaa tu.

Haha. Tu jer dulu kott. Oke then, assalamualaikum. ;)

Diari

First Entry 2016

Monday, January 04, 2016


Setiap hari yang kita tempuhi merupakan peluang untuk kita meneruskan kehidupan. Peluang untuk kita terus beribadah kepada Allah dan menjadi khalifah di muka bumi.

Majulah ke hadapan dan usahlah menangisi perkara yang telah berlalu. Cukuplah hanya dengan menjadikan yang lepas sebagai pengajaran untuk kehidupan yang bakal mendatang. Sebaliknya, carilah hikmah di sebalik kejadian-kejadian yang telah berlaku sebelum ini. Pasti, akan ditemui beribu mutiara hikmah. :')

So, let's start our new years with new hope and new inspiration!
Ingat, peluang sentiasa ada untuk kita menjadi lebih baik.
Apa yang penting, kita berusaha dan bermujahadah.
Jom, ramai-ramai kita tingkatkan diri untuk menjadi hamba Allah yang terbaik.
Tunjukkan contoh yang baik kepada semua orang.
Senyum selalu dan sebarkan salam.
In shaa Allah, sama-sama kita usaha ye. ;)

Tak lupa jugak, selamat meneruskan persekolahan buat adik-adik yang masih bersekolah.
All the best deh! ^^

P E N G O M E N