Salam Maulidur Rasul: #solluAlaNabiy

Monday, December 12, 2016

12 Rabiul Awwal 1438H.

Sudahkah kita berselawat kepada Rasulullah yang kita cintai?
Banyakkan berselawat. Banyakkan berselawat.
Allahumma solli a'la Muhammad wa a'la alihi wasohbihi wasallim.

Ya Rasulullah.
Sebaik-baik manusia di atas muka bumi.
Betapa beruntungnya kita dapat menjadi umat baginda.
Bersyukurlah.
Semoga syafaat baginda Rasulullah dapat kita terima di akhirat kelak.
Banyakkan berselawat. Banyakkan berselawat.
Allahumma solli a'la Muhammad wa a'la alihi wasohbihi wasallim.

Ya Rasulullah.
Akhlakmu teramat sangat mulia.
Tidak kira dengan musuh mahupun sahabat.
Sehingga bila ditanya kepada Saidatina Aisyah tentang akhlakmu.
Jawapannya adalah akhlakmu adalah alQuran. Subhanallah.

sunnah kayu sugi
Sunnah bersiwak. ;)
Wahai sahabatku, kita kata kita mencintai Rasulullah.
Tapi, adakah kita mengikut baginda?
Atau hanya sayang dan cinta sekadar di bibir?
Cinta itu perlu dibuktikan.
Mana mungkin cintakan Rasulullah jika hidup kita dipenuhi dengan cinta dunia.

Rasulullah mengajar kita untuk bercakap dengan sopan dan penuh beradab
Rasulullah mengajar kita untuk bersikap jujur dan amanah.
Rasulullah mengajar kita untuk sentiasa berakhlak mulia.
Tapi kita??
Muhasabah dan renung-renungkanlah diri kita.
Semoga kita sentiasa mengikut cara hidup Rasulullah
Hidupkan sunnah dan perbanyakkan selawat.

Ya Rasulullah, kami merinduimu..
Allahumma solli a'la Muhammad wa a'la alihi wasohbihi wasallim.


You Might Also Like

9 comments

  1. Allahumma solli 'ala muhammad waalaa aalihi wasohbihi wasallam

    ReplyDelete
  2. nampak lain ye kayu sugi tu
    salam maulidur rasul :)

    ReplyDelete
  3. Allahumma solli a'la Muhammad

    ReplyDelete
  4. SALAM MAULIDUR RASUL.. Allahumma solli a'la Muhammad wa a'la alihi wasohbihi wasallim.

    ReplyDelete
  5. اللهم صل على محمد وآل محمد

    ReplyDelete
  6. salam maulidurrasul sis. salam kenal

    ReplyDelete
  7. slaam maulidur rasul =)
    970 lapor diri, mohon support newbie =D

    ReplyDelete
  8. Terima kasih atas peringatan

    ReplyDelete
  9. A good reminder ana :) Semoga sama-sama kita ke arah lebih baik..

    ReplyDelete

Bismillah. Titipkan nasihat anda. :)

P E N G O M E N