Ilmu Allah itu Luas.


Adat dalam menuntut ilmu. Semakin banyak kita belajar, semakin kita tahu bahawa sedikitnya ilmu yang kita pelajari. Belum lagi tanya ilmu yang tersemat di dada. Belajar sepuluh tahun, belum tentu semuanya kita ingat dan kita amalkan. Kan?
Semakin banyak belajar, semakin tunduk seseorang.
Sebab itulah kalau kita tengok para ulama' dan juga fuqaha' sangatlah zuhud dan warak. Mereka tidak pernah dilihat berbangga dengan ilmu yang mereka miliki. Bahkan sentiasa merasa diri mereka itu kekurangan ilmu. Mereka menuntut ilmu lagi dan lagi. Padahal kita tahu bahawa ilmu mereka tersangatlah tinggi.

Kita?
Baru belajar sedikit, dah rasa dirilah yang terhebat. Aku belajar itu dan ini, mereka tidak. Duhai, ketahuilah bahawa ilmu Allah itu luas. Boleh jadi apa yang kamu tahu itu mereka tidak ketahui. Dan, apa yang mereka tahu kamu pula tidak.

Setiap kali kita memperoleh ilmu yang baru. Bersyukurlah. Kita diberi peluang untuk mendapat ilmu dan tidak semua orang mendapat peluang itu. :)

Maka, duhai penuntut ilmu. Teruslah menuntut ilmu tanpa pernah merasa jemu. Ilmu itu luas dan tidak akan pernah habis untuk dipelajari. Betulkan niat dalam belajar, bukan untuk bermegah2 tapi sebagai bekal untuk kehidupan di akhirat sana.

Wallahu a'lam. ;)



Post a Comment

9 Comments

  1. Sebab tu kita jangan kedekot nak kongsi ilmu dengan orang lain. Mana tahu dapat ilmu baru kan

    ReplyDelete
  2. truskn menuntut ilmu kan.. trima kasih mengingatkan.

    ReplyDelete
  3. Dan nak berkat ilmu, kena jaga adab dengan cikgu. 😃

    ReplyDelete
  4. InshaAllah..amin...yup betulkan niat.

    ReplyDelete
  5. Ilmu tu kene carik kan.. Tapi kengkadang kite sebagai manusia malas nk menuntut ilmu.. HUrmmm tu masalahnye..

    ReplyDelete
  6. Menuntut ilmu di mana saja dan berterusan hendaknya. Insyallah :)

    ReplyDelete
  7. Setuju....sebenarnya semakin bnyk kita belajar, semakin kita sedar yang banyak lagi kita tak tahu.

    ReplyDelete
  8. Teruskan mencari ilmu...

    ReplyDelete

Bismillah. Titipkan kata-kata anda.