Resepi Biskut Arab Sukatan Cawan | Main Masak2

Assalam. Salam Ramadhan kareem!

Sempena nak raya ni, saya berkesempatanlah jugak buat biskut arab. Memang pilih biskut yang senang pun. Sebab taknak lama2 sangat kat dapur. Hihi. Biasalaa, kurang kerajinan. :p

Resepi ni saya dapat dari facebook Cikgu Ina. Terima kasih cikgu. Moga brtambah2 pahala dan rezeki sebab selalu share resepi. :)
Saya ada ubah sikit2 laa resepi ni sebab saya taknak golek gula kat luar.

Okeyy, jom kita tengok sama2!

Biskut yang dah siap dibakar. Nyumnyum.

Bahan2

  • Minyak sapi - 1/2 cawan
  • Gula aisin - 2 sudu besar (saya mesin gula pasir je)
  • Susu tepung - 1 cawan 
  • Tepung gandum - 1 1/4 cawan 
  • Ceri merah dan hijau - untuk hiasan 

  1. Masukkan minyak sapi, gula aisin dan susu tepung ke dalam satu bekas. Kacau rata.
  2. Masukkan tepung gandum. Jangan lupa ayak dulu eh! ;)
  3. Lepas dah disatukan semua, jadilah doh yang lembut.
  4. Buat bulat2, jangan besar sangat sebab nanti bakar dia jadi kembang.
  5. Ceri potong kecik2 and letaklaa atas setiap biskut.
  6. Bakar dalam 10-15 minit dengan api 170°c.
  7. Siappp! Boleh isi dalam bekas. Yeayyy! Alhamdulillah.
Doh yang dah siap diuli.
Buat bulat2 camni je.
Best part. Letak ceri atas biskut sebelum bakorr!

Untuk hasil dia selepas dibakor, jadilaa macam gambar kat atas sekali tuh. Untuk resepi yang ni sikit je biskut yg kita dapat. So, kalau nak dapat banyak sikit bolehlaa gandakan je resepi kat atas.

Jejengg!

Banyak nilah hasil dia. Cukuplaa untuk sekali makan. Yedak? Oraitoo, buat biskut kalau siang tu jangan terlupa yang kita tengah puasa pulak ye. Hihi. Tunggu malam baru boleh rasa. Kikiki.



    Post a Comment

    16 Comments

    1. Pandainya Ana, kakak ingat nak buat la tapi tak da minyak sapi boleh ke ganti dengan butter ek.. cantik bila letak ceri

      ReplyDelete
      Replies
      1. Biasa buat memang pakai mnyak sapi kak. Tak prnah pulak pkai butter, rasa macam takleh. Tp, xpernah try pulak. Hihi

        Delete
      2. Anonymous6:25 PM

        satu adunan dpt brapa biji ek?

        Delete
      3. Tak pasti sebab ni buat tahun lepas. Tp yang pastinya satu bekas botol macam saya tunjuk kat gambar atas tu. Walaupun nampak sikit, bagi saya dah cukup sebab raya ni kita tak makan banyak sgtpun biskutnya. Hihi

        Delete
    2. Salam singgah sini dik...Sedapnya kuih dan buat pun senang...

      ReplyDelete
    3. sedapnya lol kalau dapat

      ReplyDelete
    4. wahh harus buat ni, sukaaaaa sgt biskut ni sbb wangi minyak sapi, hehe pulak tu senang, pejam mata punnn boleyy :p thanks!

      ReplyDelete
    5. Alhamdulillah..alololo...cumil belaka..

      ReplyDelete
    6. Anonymous10:39 PM

      sedapnya. tapi sy x boleh makan biskut sebab ada gastrik T^T

      ReplyDelete
    7. Anonymous3:48 PM

      comellah biskut tu >_<

      ReplyDelete
    8. Wahhh.. sedapnya.. boleh cuba nie..

      ReplyDelete
    9. emmm sedapnya biskut arab will always be my fav :)

      ReplyDelete
    10. singgah sini nak ucap selamat hari raya.. maaf zahir batin..
      have a blast aidilfitri..

      rajin anak dara ni buat kueh.. hehe..

      ReplyDelete
    11. Anonymous1:31 AM

      Ok. Sy dah buat. Hasilnya, Xsampai 5 minit hangus. Biskut liat. Serius liat. Susu tepung satu cawan. Adakah ianya terlalu banyak menyebabkan ia hangus dan liat.Ada Sape2 lagi yg pernah buat tak.

      ReplyDelete
    12. Simple aje resepi dia, memang boleh buat tu.

      ReplyDelete

    Bismillah. Titipkan kata-kata anda.