Jelajah Bandung Day 4


Salam Jumaat everybody!!Jom baca alKahfi dan perbanyakkan selawat ke atas nabi. :)
Okeyyyy, setelah menyepi buat seketika, jom kita sambung cerita Bandung untuk hari keempat. Hari keempat kami ke Kawah Putih. Perjalanan agak jauh dari bandar Bandung, dalam tiga ke empat jam gitulah. Jalan nak ke sana pun agak berbukit-bukau, lebih kurang jalan nak ke Lembang. Banyak ladang teh, bunga2 dan strawberri kita boleh tengok.
Sampai je dekat kawasan Kawah Putih, kena naik kenderaan oren yang aku dah lupa panggil apa untuk naik ke atas. Hihi. Kereta parking kat bawah, and aku lupa jugak harga tiket dan sebagainya tuh. Takpe, nanti aku up satu entry khas untuk bajet okeh? InshaAllah. ;)
Belah sana takde penghadang, so kena hati2 sikit. Boleh tahan laju jugak dia bawak nih. Kiki
Up up and away!! Naik benda alah ni dalam beberapa minit je, pastu sampailaa kat puncak. Nanti kat sana akan ada ramai yang jual mask untuk cover hidung dan mulut dari sulphur. Tapi, kami main redah je masing2 tak beli. Naik atas just tutup dengan tudung and sweater je. :P

Sampai kat atas, nak kena turun tangga pulak. Tapi jangan risau, tak tinggi sangat pun tangganya. Sempat berpeluh sikit je. Haha
Dah nampak dahh~
Nampak je Kawah Putih, memang subhanallah sangaaaat cantek! Bau sulphur pun boleh tahan jugaklaa. Kat atas ni ramai orang yang akan offer untuk ambik gambar, tapi memang taklaa kami terima. Save bajett~ Nanti tak memasal kecheng kecheng lagi. $_$
Okey, jom layan gambar jerlaa eh. ^^
Beautiful.
Ehem. :P
K.A.M.I.
Selpie sikit. :P
Kat bawah ni pulak gambar dekat Kawah Putih jugak, ada macam bahagian pokok2 sikit. Bersungguh gak kami photoshoot kat sini. Haha
Berbahaya. Jangan terlalu lama di depan Goa!!!
Masa duduk kat atas ni, akan ada announcement yang suruh kita turun kalau dah lebih lima belas minit. Tapi kami lama jugaklaa kat atas ni, lebih dari lima belas minit yang pastinya. Uhuk uhuk!

Turun dari Kawah Putih, kami sambung shopping baju untuk anak2 buah. Lepastu, lepak2 makan kat bawah tu kejap. Masa makan hujan pun start turun, lebat pulaktuu. Mula2 tunggu jugak hujan reda, tapi sebab lama sangat kami pun redah jerlaa. Naik kereta and singgah dekat ladang teh yang kat tepi2 jalan. Boleh pilih nak masuk yang mana. Haha. Tapi, kejap jerlaa kami singgah tu pun dah basah kuyup.
Nampak tak kepala empat ketul tu? Haha

Ambik gambar laju2 dan terus masuk kereta balik. Jalan naik air jugaklaa. Nasib baik tak banyak sangat. Berenti masjid untuk solat, dekat dalam masjid tempat wudhuk pun air naik jugak. 
Banjirrrr~
Pakcik yang setia jaga parking. Pun sangattt baik, bila kami sampai siap sambut dengan payung lagi. Terima kasih pakcik! :)
Sebelum balik rumah, sempat lagi singgah kedai kain shopping apa2 yang patut untuk orang2 tersayang. Ceeewaaahhh! Then, sampai rumah tetiba buat drama sebab dah mula rasa sedih nak tinggalkan Bandung. Orang2 yang kami jumpa seeeeeemua baikbaik! :')
Okeyyy then, inshaAllah dua lagi entry bakal menyusul pasal Bandung ni. Haha. Harap tak lama sangatlaa ambik masanya. :P
#roadToRamadhan #duaHariLagi


Post a Comment

13 Comments

  1. SubanaAllah cantiknyaaa

    ReplyDelete
  2. cantiknyaaa kawah putehhh

    ReplyDelete
  3. salam fatihah,
    masyaAllah cantik sangat viewnya

    ReplyDelete
  4. Cantinya sangat pemandangan dia. Subhanallah :)

    ReplyDelete
  5. Ni sama macam MD jugak censored muka.. Haha.. Anyway nak tnya.. Tak tahu proper ka tak untuk bertanya pasal ni.. Tapi curious.. Yang pakcik jaga parking tu kan, dia memang ikhlas tolong ka.. Ka mcm expect some tips dari orang yang dia tolong tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak cakap ikhlas ke tak tuu, taktaulaa kan. Tapi, normally orang memang akan bagi tips. Seikhlas hatilaa tapinya.:)

      Delete
  6. SubhanaAllah... cantik sangat. =)

    ReplyDelete
  7. ms g bandung dulu x smpt sggh sini sbb sulfur ms tu agk kuat smpi terpaksa ditutup utk tourist

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ouh, yeke. Takpelaa, takde rezekilaa tu. Kena pegi kali kdua mgkin? Hehe :)

      Delete
  8. Anonymous2:07 PM

    ya Allah lawanya kawah putih tuuu T___T nak nangis tengok!

    ReplyDelete
  9. Best pemandangan.. Peaceful sangat..

    ReplyDelete
  10. Wah seronoknyaaa..xsabar pulak nk p bandung..next entry mayb bleh kongsikab itenarary dan bajet travel..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah I will. Tp maybe lambat. Sorry....

      Delete

Bismillah. Titipkan kata-kata anda.