Diari

Advantura Pulang ke Kelate?

Monday, November 30, 2015

Haha.

Rasa kelakar pulak dengan tajuk di atas.

Bajet advanture sangat je. Padahal dari Johor ke Kelantan je. Tapi, saja nak cerita jugak di sini. Sebagai pengalaman dan pengajaran. In shaa Allah. :)


Ceritanya begini, bas kami pukul 8.00 malam. Tapi, sahabat kami terpaksa hantar tengahari lagi sebab dia pun dah nak balik ke Negeri Sembilan. Sebelum tu, kami sempat jugaklaa makan2 dulu dan kemudian terus ke Surau Arab area stesen bas Batu Pahat tu untuk solat zohor.

Kemudian, kami merancang untuk solat Maghrib dan Isyak di surau stesen bas sahaja. Sebab taknak jalan kaki punya pasal. Maklumlaa kalau jalan kaki, dalam 10 minit jugaklaa. So, kami pun mintalaa sahabat kami untuk hantarkan ke stesen bas tu before dia pulang ke rumah.

Nak dijadikan cerita, sampai je dekat stesen basterus cari surau, jumpa pintu dia. Dan, bila nak bukak pintu tu. Tetiba ada akak kedai jerit,

           "Adik, jangan bukak pintu tu.. Busuk!"

           "Kenapa pulak?"

           "Surau tu dah tak boleh guna. Busuk. Takde air."

           "Lepastu, semua orang solat kat mane? Tak buat laporan ke?"

Akak tu cuma cakap kat sini memang tak boleh solat. Takde tempat untuk solat.

Sedih. Aku cukup sedih.
Bagaimana boleh jadi macamni?
Tempat yang sebenarnya paling penting, tempat solat tak boleh guna?! Padahal, stesen bas Batu Pahat ni boleh tahan besar jugak.

Sebelum aku ke Batu Pahat, aku dah search pasal surau dan tandas kat stesen bas ni. Feedback yang aku jumpa kat internet, memang dah negatif. Ramai yang cakap kotor, berbau dan scary. Tapi, aku tak sangka pulak bila kami pergi. Memang dah tak boleh guna terus.

So, kami ambik keputusan patah balik ke surau Arab tu. Jalan kaki pastinya. Aku tak kesah sangatpun sebenarnya nak kena jalan kaki tu, tapi aku sedih bila orang ramai tak ambil berat sangat pasal ni. Kalau negara bukan islam aku tak heran, tapi kalau negara kita. Seriusly, aku sedih. Kecewa.

Jom cinta masjid.
Berkampung kat surau sampai siap solat maghrib. Jamak terus dengan Isyak, kemudian terus kami jalan kaki ke stesen bas. Takut juga kalau2 terlambat. Alhamdulillah, walaupun masatu hujan. Tapi, takdelaa lebat sangat. Anjing pun jumpa sekor je. Tu pun tak menyalak pun. (kawan sebelum ni jumpa 5 ekor anjing masa nak pegi solat Subuh)

Jalan kaki. Blurr.
Sesampai je kat stesen bas. Bas pulak lambat. Tayar bocor katanya. Ada pakcik ni dah marah2 sebab lewat sangat. Tapi, apa yang aku respect dengan pakcik ni. Walaupun dia marah, tapi dia takdelaa nak mencarut tak tentu pasal dan suaranya masih dikawal. Cuma muka dia jerlaa ketat sangat. Biasalaa tu. Yang orang dekat kaunter tiket tu pun, aku puji jugaklaa. Sebab bila pakcik tu macam geram2 tu. Dia sabar je. Senyap je. Tak lawan pun. Bila jawab soalan pakcik tu pun, beradab je. :)
Kan bagus macam ni.. ^^

Lebih kurang pukul 11, alhamdulillah bas sampai. Naik bas, borak kejap dengan sahabat sebelah. Kemudian, mengembara ke alam mimpi. Hihi.

Esoknya, turun masjid untuk solat subuh. Selipar pulak putuih. Haha. Sabor jerlaa. Nasib baik dah tak perlu jalan jauh dah. Alhamdulillah.. :)


Walaupun perjalanan untuk kali ni singkat je. Tapi, banyak pengalaman dan pengajaran yang dapat aku kaut. :)
Alhamdulillah ya Allah.

Hadiah dari sahabat2. Syukran aidhon. ^^

#keepLearning

Bidadari's LIBRARY

Friday, November 27, 2015


Assalamualaikum friends. As you guys know, I love books soooo much! For now, I only got bookshelf in my room and alhamdulillah almost full with my beloved books now! One day, I will have my own library in my house in shaa Allah. It's okey to have a good dream right?! Pray for me. ;)

Here, I would like to share a review to the books that I already read with all of you. Happy reading and hope you enjoy it. Moga bermanfaat! ^^
She reads books as one would breathe air, to fill up and live.



Diari

Nikmat HUJAN.

Thursday, November 26, 2015

A lover of rain; someone who finds joy and peace of mind during rainy days.
Yup. I do love rain. Terutamanya bila hujan dan langit cerah, maksudnya takde guruh takde petir. Bunyi hujan. Bau hujan. I love everything about rain. :)

It also bring back memories. Contohnya seperti memori ketika zaman kecik2. Mandi hujan, main kejar-kejar (bukan macam cite hindustan ye), bina istana pasir yang tak berapa nak berdiri tegak. Hehe.

Ah, rindunya. :')

Kadang-kadang, sekarang pun saya suka juga curi-curi main hujan.
Kalau takde orang di sekeliling, saya pun menikmati hujan. Pandang langit. Depakan tangan.
Oke, yang ni memang macam Hindustan sikit. :P

Tapi, tak rugi.
Serius. Indah sangat.
Subhanallah.
(Pastikan masa tu takde kilat petir)

Namun, ada juga waktu bila hujan buatkan saya sedih. Kalau duduk di asrama jadi teringatkan family. Taktau kenapa.. Hukhuk.
Yang pasti, waktu hujan juga antara waktu yang sangat sesuai untuk kita duduk bermuhasabah.
Fikirkan tentang kebesaran Allah. Nikmat hujan, dan juga ketenangan yang kita rasai. Sambil-sambil tu, jangan lupa panjatkan doa kepada Allah. Waktu mustajab doa.

Alang-alang saya membuat entry pasal hujan, doakan tahun ini agar tidak berlaku musibah banjir seperti tahun lepas. Semoga kita semua mengambil ibrah dan pengajaran dari peristiwa banjir yang lalu.
Ingat, ujian itu diberikan sebab Allah sayang dan Dia tahu kita mampu hadapinya.

Cinta

Tips Mengawal Rasa Cinta

Wednesday, November 25, 2015

Erk! Sejujurnya dah dua tiga kali saya duk taip dan padam tajuk untuk entry kali ini. Lol.
Sebenarnya begini, saya tahu kebanyakan remaja termasuk saya (eh, remaja lagi ke?) sangat mudah untuk jatuh cinta. Terutamanya wanita. Yes, wanita. Why? Because we have soft heart, ingin mencintai dan dicintai. Auwww, so sweet. :)

Hey, tak salah tau nak rasa macam tu. Memang kita perlu cinta dan sayang pada semua orang. Kerana dari situ juga akan lahirnya nilai tolong-menolong, kerjasama dan ambil berat. 
Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.
Hadis Riwayat Bukhari & Muslim
But, masalahnya adalah apabila kita tersalah cinta. Cinta yang membawa kerosakan. Cinta yang membawa kelalaian. 
Kecik-kecik lagi dah pandai crush dan secret admire bagai..

Ok dah2 merapu, saya memang lemah betul dengan pendahuluan nih. Terus ke main point okey! :)


Kurangkan Membaca Novel Cinta
Novel ataupun kisah-kisah cinta ni boleh buat kita rasa terbuai-buai. Lepastu mulalaa rasa manisnya lahai bercinta ni. Nak ada pakwe jugaklaa. Nak ada makwe jugaklaa. Nanti ada orang nak caring kat kita. Gittuuuw!

Sama jugak sebenarnya situasinya dengan menonton filem-filem ataupun drama-drama cinta nih. Bercinta sakan tanpa menjaga ikhtilat dan benda tu seakan-akan sudah menjadi norma masyarakat kita. Ingat, benda yang biasa orang buat tak semestinya betul dan benda yang jarang orang buat tak semestinya salah.
Islam itu kan datang dari keadaan asing dan akan kembali asing. :)

So, please. Kurangkan, nak stop terus pun bagus juga. Kalau nak baca jugak pasal cinta, pilihlah buku yang mengajarkan cinta menurut Islam. Tidak melanggar syariat. Buku Hlovate, Hilal Asyraf, Ustazah Fatimah Syarha, Ustaz Pahrol Juoi antara contohnya.

Menjaga Pandangan
Pernah dengarkan dari mata turun ke hati. Haa! Betullaa tu. Bila kita tak jaga pandangan, ramailaa orang yang kita nampak. Eh, manisnya.. Eh, handsomenya.. Dan ingat, bukan lelaki je kena jaga pandangan, wanita pun sama tau.

Menjaga pandangan ni bukanlah bermaksud kita takleh pandang langsung orang berlainan jantina. Sampai nak berjalan pun langgar tiang lampu. No! Pandang jerlaa, tapi jangan lama2, jangan nak tenung2, jangan nak sengih2 menggedik. Okeh?

Bila kita jaga pandangan, hati kita pun akan terjaga.
Oh, btw jaga pandangan di alam maya jugak ye! ;)

Berurusan Hanya Ketika Perlu
Ini fokus kepada yang berbeza jantina sahaja ye. Kalau untuk kaum sejenis tu, awak nak borak sampai ke Subuh pun silakan asal tidak sampai terlajak solat dan tidak buat perkara yang melanggar syariat.

Namun, apa yang menduka citakan sekarang terlalu ramai anak muda yang menganggap berborak kosong dengan rakan berlainan jantina itu perkara biasa. Terutamanya apabila di alam maya. Virus ini bertambah parah apabila turut terkena kepada mereka yang berada di bawah jalan dakwah dan tarbiah.

Berdasarkan pemerhatian saya, ramai sahabat saya yang sebelum ini katanya tiada perasaan terhadap si lelaki tetapi akibat selalu berbalas mesej akhirnya terbitlah rasa cinta.
Mulanya memang tidak mahu ber'couple tapi bila dah sayang, sukarlah untuk menolaknya. :'(

Sibukkan Dengan Cinta Allah Dan Rasul
Yup! Inilah bagi saya yang paling penting. Sibukkan dengan cinta Allah dan rasul. Pasti, kita akan terkejut kerana dengan automatiknya kita akan terlupa tentang cinta dunia. Sibuk mengejar ilmu hingga tiada masa untuk bercintan-cintun. ;)

Cinta Allah dan rasul itu jauh lebih manis. Menenangkan dan membahagiakan.



Point ni pun dah cukup rasanya untuk mengawal rasa untuk bercintan-cintun ni. Sebenarnya mungkin banyak lagi tips-tips lain, tapi bagi saya inilah antara cara saya menjaga diri saya. Hehe. In shaa Allah, sama-sama kita cuba amalkan. Semoga memberi kebaikan kepada saya dan juga kepada anda.

Jom kejar cinta Allah dan rasul. :)

Muhasabah

Muhasabah Diri #16

Wednesday, November 25, 2015

sumber
♥♥♥♥♥
Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.
Surah Ghafir:60

Diari

NOTA LAMA.

Tuesday, November 24, 2015

Haritu belek2 buku lama terjumpa buku nota Bahasa Arab. Haha.
Lepastu saja-saja snap gambar nak masukkan dalam blog sebagai kenangan. Mana tahu nanti nak pakai lagi. :)

Isnin, 4/5/2008. Masa ni form 3.


Nota ni ada warna-warni sikit, saya syak saya buat nota ni waktu rajin kot. Kalau tak, memang satu warna je. Blue or black only. Hehe :P

Saya memang suka belek buku-buku lama, bring back memories gituu. Hehe.
Anda pulak macam mane? ;)

GA dan Contest

Giveaway Poskad Vintage (Bahasa Jerman)

Monday, November 23, 2015

I think this GA is soooo awesome!
Why?
Because I love postcard from other countries! >_<

klik banner untuk join. ;)
I really hope that I will win this giveaway. Haha :P

# saya baru ada satu poskad dari Granada, Spain :D

life

Palestine Art Street | Kota Bharu

Sunday, November 22, 2015

Kelmarin aku sempat ke Kota Bharu area Medan Ilmu. Orang Kelantan pasti tau Medan Ilmu ni sebab setiap hari Jumaat, kat sini memang meriah. Dengan ceramahnya, dengan banyak gerainya. :)

Pegi sana, aku jalan-jalan nak usya gerai. Sambil usya2 tu, aku terjumpa wall art street. Aku tak tau pun kat sini pun ada art street sebenarnya. Dan, yang specialnya sebab dia art pasal Palestine.

Aku tunjukkan kat sini beberapa gambar yang aku jumpa. Rasanya ada lagi kat lorong2 lain dan ada jugak yang tertutup oleh gerai-gerai kat situ.



Cukup sayu bila tengok lukisan ni.
Tentera al-qassam!
Pray for Palestine.

Ya Allah, selamatkanlah Palestine.
Selamatkanlah Syria.
Selamatkanlah Perancis.
Selamatkanlah Malaysia.
Selamatkanlah semua negara yang ditimpa bencana mahupun musibah.
Serangan bom mahupun serangan ideologi.
Amiin.

Semoga dengan sedikit paparan lukisan ini, mengingatkan kita kepada saudara-saudara kita yang sedang berjuang demi kalimah Lailaha illallah.
Keep praying.
:'(


GA dan Contest

1ST GIVEAWAY MagicBaked

Sunday, November 22, 2015

Masih sempat untuk join GiveAway ni.

Lemah longlai masuk blog ni tengok gambar kek comelcomel.
Terima kasih kepada Kak PC sekali lagi sudi tag saya. ;)

klik gambar untuk join ;)
Tarikh Tamat:  29 November 2015 

Muhasabah

Berbaloikah Bersenang-senang di Dunia?

Thursday, November 19, 2015


Pepatah Melayu ada mengatakan,
Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian,
Bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian.
Maksudnya lebih kurang begini, untuk menghadapi kesenangan pada masa hadapan. Kita semestinya harus bersusah-susah dahulu. Tiada kesenangan yang datang bergolek tanpa sedikitpun usaha dari kita. Melainkan kesenangan yang sementara ataupun kesenangan yang dipenuhi dengan kepura-puraan.

Okey. Sekarang ni cuba sama-sama kita fikirkan. Berapa tahun biasanya kita boleh hidup di dunia ini? Setujukah anda kalau saya katakan kebiasaannya kita hanya mampu bertahan sekitar 70 tahun sahaja di dunia ini. Atau, kalaupun lebih. Itu bolehlah dikira sebagai bonus.

           "Eh, lamalah tu 70 tahun.."

Anda pasti bahawa 70 tahun itu lama? Saya nak tanya. Adakah 70 tahun dibandingkan dengan kehidupan di akhirat yang selama-lamanya itu masih dianggap lama?
Sudah tentu 70 tahun yang kita katakan lama itu sudah tidak ada nilainya bukan?! Allah..

Berbaloikah jika kita berhibur secara berlebih-lebihan?
Mencari harta dunia sehingga lupakan akhirat.
Bersuka-ria sehingga lupakan syariat.

Tidak. Tidak sama sekali.

Maka, sahabatku sekalian. Berusahalah kita untuk menjadi manusia yang terbaik di sisi Allah. Syurga itu untuk insan-insan yang terpilih. Justeru, mana mungkin kita akan mendapatnya secara percuma.

Bagi anak muda, gunakan masa muda kita dengan sebaiknya. Berbakti kepada agama, keluarga dan masyarakat. Tuntutlah ilmu dengan sebanyak mungkin. Berusahalah untuk menjadi pemuda dan pemudi yang berjuang untuk agama.
Waktu muda hanya sekali, maka jangan persiakan.

Bagi yang sudahpun tua, masih belum terlambat. Pintu taubat itu sentiasa terbuka. Jika kurang ilmu, tidak perlu segan untuk menuntut ilmu. Pakcik, makcik anda osem sangat bilamana masih bersemangat menuntut ilmu walaupun dalam keadaan uzur. Respect! :)

Di akhirat kelak, menyesal pun sudah tidak berguna lagi. Ketika itu sudah tidak ada jalan kembali. Jadi, berbaloikah untuk kita bersenang-senang di dunia? Sedangkan di akhiratlah yang kekal abadi.
Saya pasti anda juga tahu jawapannya. ;)

Saya yang menaip ini juga pastinya sedang mengingatkan diri sendiri yang sering terleka dengan nikmat duniawi yang sementara. Semoga anda dan juga saya sentiasa berada dalam rahmat Allah sentiasa. Amiin.

Lovely Blog

Bidadari Superb Berwajah Baru.

Wednesday, November 18, 2015

Alhamdulillah. Dua tiga hari ni sempat untuk godek2 blog. Edit situ, edit sini.
Dan, hasilnya..







Tema warna masih menggunakan warna yang sama hijau campur pink. Moga anda pun lebih sukakan wajah baru belog saya ni ye. :D

Baibai. Happy blogging. :*

Diari

Random Chesee Ball | Main Masak2

Tuesday, November 17, 2015

Okeh, kali ni saya bukanlah nak share resepi pun. Kalau awakawak rasa terliur dengar atau tengok cheese ball saya nih, (terliur ke?! -.-) sila google sendiri ye. Muahaha. :P

Cerita sebenarnya, saya tetiba rasa nak makan cheese malam tadi. Tapi, takde bahan sangat dan saya pun memang tak tahu nak buat apa. Saya pun main taip je kat google resepi cheese dan potato.
Dan, keluarlah cheeseball ni. Haha. :P

Saya pun pegi tanya ma saya ada lagi tak kentang, sekali ma saya cakap dia baru je masak untuk tengahari semalam. Nasib ada tinggal sebijik jer lagi. Tsk. Tapi, sebab nak cuba, try je jugak buat.

Alhasilnya..


Sepatutnya kena golek dengan serbuk roti, tapi sebab takde balun sahaja. :P
Tengok, banyaklaa jugak dapat kan? -.-

cicah dengan sos
Saja potong sikit, nak bagi nampak cheezy dia tu. Nampak menggiurkan tak? Wahaha.

Rasa dia, emmm. Saya tak suka sangat sebenarnya walupun saya ni penggemar cheese. Maybe sebab masin lemak2 gitu jer kot. Next time kena tambah gula sikit maybe?!
Kalau ada next time laa. :P

Kekasihku..

Rasulullah, Aku Rindu..

Monday, November 16, 2015

sumber
Sudah berselawatkah kita hari ini?
Tanyalah pada diri. Kita pasti tahu jawapannya.

Rasulullah tidak pernah melupakan umatnya.
Bagaimana pula dengan kita? 
Adakah sering mengingati baginda? Ataupun tidak?

Renungilah dengan mata hati yang dalam.
Sekadar jentikan buat hati yang sering terlupa.

Jom selawat.
Jom ikut sunnah.
:')
Kasih Padamu (Hafiz Hamidun)

Rasulullah dalam sirahMu
Ku temu tulusnya cinta
Demi umatMu berkorban jiwa
Sehingga hujung nyawa

Kau diutus atas nama Kebenaran
Dengan fasih lidah beri penjelasan
Sabar dalam apa jua keadaan
Tak goyah dengan ranjau tekanan

Walau diri bisa menakluki tahta
Tetap rendah hati penuh sederhana
Segalanya demi LillahiTaala
Azimat yang berharga

Rasulullah dengan hikmahMu
Terpancar syiar agama
Mengubah gelap Menjadi terang
Menghapus jahiliyah

Rasulullah Engkau tinggalkan
Semangat juang tertinggi
Membina satu aqidah
Membangun Iman dan dilapangan Mujahadah

Sahih hadith dan AlQuran
Menjadi sumber cahaya pedoman
Hanya itu yang Kau wariskan
Akan selamat di dunia akhirat

Rasulullah Terlalu Rindu
Padamu Junjungan Jiwa
Didalam sunnah yang utama
Menyambungkan kasih denganMu

Rasulullah dalam sirahMu
Ku temu tulusnya cinta
Demi umatMu berkorban jiwa
Sehingga hujung nyawa

Rasulullah dengan hikmahMu
Terpancar syiar agama
Mengubah gelap Menjadi terang
Menghapus jahiliyah
Ya Rasulullah Ya HabibAllah

Books

Travelog Mr. Traveller | Books Review

Friday, November 13, 2015

Penulis: Meor Farid Asyradi
ISBN: 978-967-13337-0-9
Halaman: 329 ms


Sinopsis:

Travelog Mr. Traveller adalah sebuah catatan pengembaraan rekod seorang mahasiswa menaiki kereta api seorang diri mengelilingi benua Eropah. Merempuh hampir 10 000km perjalanan melalui 15 buah negara dengan hanya menggunakan sekeping tiket sahaja. 50 buah kereta api digunakan dalam masa 15 hari.

**************************************

Buku ini berjaya menginspirasi ramai pembaca agar lebih berani mengambil risiko untuk keluar mengembara. Pelbagai tips dan panduan yang turut diselitkan oleh penulis dalam kisah kembaranya.

Apa yang menarik minat aku dan yang aku rasakan paling rare adalah walaupun beliau dalam kesibukan dan kepenatan mengembara, tanggung jawab kepada Sang Pencipta tidak pula dilupakan. Malah, ditambah pula dengan target untuk mengkhatamkan 30 juzu’ al-Quran sepanjang pengembaraannya.

Penulis menggunakan tema “dengan lafaz basmalah aku menjelajah” kerana besarnya lafaz basmalah tersebut yang bermaksud dengan nama Allah. Sebelum memulakan misi besarnya iaitu untuk menjelajah pastinya perlu dimuliakan dengan kalimah mulia tersebut.

Penulisan yang berbentuk penceritaan ini berjaya membawa aku ke alam yang berbeza. Seolah-olah turut sama berada dalam misi pengembaraan tersebut dan melihat sendiri suasana dan persekitaran negara-negara yang dijelajahi.

Antara kisah yang terkesan padaku dalam buku ini adalah apabila si penulis bertemu dengan seorang warga Indonesia yang bernama Teguh ketika mahu ke Amsterdam. Walaupun baru dikenali ketika dalam kereta api itu, namun Teguh sudahpun berbaik hati untuk menjemput penulis tidur di kediamannya setelah mengetahui bahawa penulis hanya mahu tidur di stesen kereta api sahaja.
Sesungguhnya setiap yang beriman itu bersaudara.
Al-Hujraat:10
Bukan satu sahaja kisah penulis dibantu oleh penduduk tempatan ataupun orang yang dijumpai di tempat yang dijelajahinya tetapi sudah banyak. Kisah-kisah yang lain turut diceritakan dalam buku ini. Jelajahilah buku ini, in shaa Allah pengajaran dan input yang berguna akan kita perolehi.

4 bintang!

Final Year

Rindu Bahasa Arab.

Wednesday, November 11, 2015


Ah. Dah terlalu lama aku tinggalkan bahasa Arab.
:'(

Jealous tengok sahabat-sahabat yang dah boleh bertutur dalam bahasa arab.
Aku ni pulak dah banyak lupa dari ingat. Huhu.

Masa belajar dulu, dari tingkatan satu hingga lima.
Dari Bahasa Arab Komunikasi hingga Bahasa Arab Tinggi. Tak pernah aku nak hargai.
Belajar sekadar untuk exam je.

Sekarang ni aku makin sedar kepentingannya. Bahasa Arab itu bahasa syurga. Bahasa yang ditutur oleh rasulullah. Juga, bahasa al-Quran.

Dan, aku rasa nak sangat belajar balik bahasa Arab. Betulbetul. Dah tak main-main lagi. In shaa Allah. :D

Btw, sem depan aku ngan sahabat pakat nak ambik foreign language bahasa Arab. Doakan kami dipermudahkan eh. Hihi

5 Hari Cuti!

Tuesday, November 10, 2015


Yes, hari ni dah start cuti.
And, I got 5 days holiday. 
Gumbiranya rasa hati~
^_^

Disebabkan lepas cuti Deepavali, bersambung pulak dengan hari keputeraan Sultan Kelantan. Kemudian, bersambung pulak dengan cuti hujung minggu. Maka, kami rakyat Kelantan pun dapatlah cuti lama. 

Haha. Seronok benau dapat cuti lama.
Aipp! Ingat, masa itu emas. Jangan pernah mensia-siakan masa.
Kan Allah dah sebut dalam surah al-'asr.
Buku banyak lagi duk beratur dalam almari untuk dibaca. Baca keh! Hihi :P

Cinta

Sindrom Tahun Akhir!

Sunday, November 08, 2015


Pop!

Aku tengok ada notification masuk.

Macam biasa, tanpa buang masa terus aku klik gambar bumi yang dah keluar nombor merah tu. Heh.

*Minah invited you to her event Jemputan Walimah With Seman.*

           "Alhamdulillah. Tak sangka betul Si Minah ni dengan Si Seman rupanya. :)"

Sahabat-sahabat satu kampus dengan aku ramai juga yang berkahwin sesama sendiri. Eh? Emmm. Maksudnya, dengan sahabat dari kampus yang sama juga. Adeh, pahamkan? -.-
Tapi, satu kepelikan adalah mereka takde nak dating atau makan sama-sama macam kebanyakan couple yang lain which is good! Very good!
Sebabtu, bila kami dapat undangan dari mereka. Ternganga jugaklaa kejap. Haha.

When there is invitation, then the syndrome will come out! Jengjeng.

*Group whatsapp Geng Tahun Akhir*
        A: Dah tengok invitation kak Minah tu?
        B: Dah2! Tak sangka dorang dua orang tu rupanya..
        C: Aku dah agak dah sebenarnya. Haha
        A: Eh, kita bila lagi? Bila nak isi borang? *blushing*
        -krikkrikkrikkrik-

Borang yang dimaksudkan adalah borang baitul muslim. Borang yang kita boleh isi bila dah rasa diri bersedia untuk mendirikan rumah tangga. In shaa Allah dengan cara ini lebih terjaga dari ikhtilat ataupun pergaulan bebas.
Untuk mengisi borang ni perlu serius ok! Bukannya sebab nak minta couple sesaja. Dan, proses-proses yang perlu dilalui bukan sekadar melibatkan pasangan itu sendiri malah melibatkan juga orang tengah dan keluarga kedua-dua belah pihak.

One word for this.
Terjaga.

Korang boleh search kot macam mana procedure dia kalau nak tahu lebih lagi pasal borang baitul muslim ni. Homework untuk semua. Hihi. ;)


Lagi satu benda yang geng tahun empat akan kecoh adalah bila jumpa ada kursus perkahwinan kat kampus. Semua orang nak share.

           "Jom pegi kursus berjemaah."
           "Buat reunion kat sini, jom!"

Haha. Macam-macamlaa. Laju je kalau bab-bab kawen ni.

Tapi, bila datangnya topik Projek Sarjana Muda..

          "Oh no! Pikir pun dah sakit perut. Jangan sebut boleh tak weh."

Haha. See the difference. Adeh. Bertabahlah semua geng tahun akhir!
Semoga kejayaan milik kita!
Dan.
.
.
.
Bertemu jodoh yang baik!
Amiin. :3
           

            


GA dan Contest

Segmen Kembara Misteri Burung Hantu

Sunday, November 08, 2015

Halluuuu~
Nak join segmenlaa pepagi ni. ;)

Segmen apa tu?
Jejanggg!

klik gamba untuk join
Segmen ni berlansung selama 7 hari je tau! Bermula jam 00:00 6/11/2015 hingga jam 00:00 13/11/2015.
Jom meriahkan segmen misteri nih. Hehe

Books

#88 LOVELIFE QUOTE

Saturday, November 07, 2015

Sape tau buku comel #88 LOVE LIFE ni?
Angkat tangan!!


Comel kan? Comel kan? Cakap comel cepat! Haha

Sebenarnya saya tak beli pun lagi buku ni.
Tapi, sebab kawan saya Hanan dah ada. So, saya pun usya-usya laa. Hehe
Okeyyy.
Nah, belanja satu page.


Credit to Hanan omey2 bagi saya pinjam buku ni.
Author : Diana Rikasari
Illustration : Dinda Puspitasari

Silakan usha-usha. :)


life

Muhasabah Diri #15

Friday, November 06, 2015

Berhubung dengan isu  Teguran Terbuka Buat HOT FMs | Ustaz Hafez Sabri, ayuhlah kita sama-sama bermuhasabah.
Betapa pentingnya sifat malu dalam diri kita lebih-lebih lagi dalam diri setiap muslimah.
Bukanlah untuk saling berbalah-balahan, tetapi hanya untuk membantu sesama islam.
Dan harus diingat, bila dikata muslimah bermaksud wanita islam.
Ya, wanita islam!
Bukannya wanita yang bertudung labuh atau berniqab.

Ingatlah muslimah, Islam sudah mengangkat martabat kita sebagai seorang wanita dengan sebaik-baiknya. Jangan pula kita yang sewenang-wenangnya menjatuhkannya. :)

sumber
Jom muslimah, jaga akhlak kita.
Kita jumpa di syurga kelak. In shaa Allah.
:')

Ikhlas, saudara seislammu.

TeguranTerbuka Buat HOT FMs | Ustaz Hafez Sabri

Thursday, November 05, 2015

Terjumpa post Ustaz Hafez Sabri di facebook. Dan, aku merasa terpanggil untuk turut share teguran beliau. Kenapa? Kerana aku juga seorang muslimah.
Baca dengan hati yang tenang. Mulakanlah dengan bismillah. :)

sumber
TEGURAN TERBUKA BUAT RADIO HOT FM

Pagi 2 November lepas Radio Hot FM melalui AM Krew telah membawakan satu segmen perbincangan terbuka dari konti ke corong-corong radio segenap pelusuk negara. Segmen pagi kali ini menampilkan Dr. Shazril Shaharuddin (Pegawai perubatan yg terlibat mengendalikan bahagian sakit puan).

Namun didapati isu perbincangan tidak mendatangkan banyak manfaat dan tidak bersifat ilmiah apabila yang ditekankan di dalam segmen pagi ini adalah sekitar "ketampanan" paras rupa dan raut wajah si doktor serta respon balas pendengar radio melalui panggilan telefon yang tersasar dari ajaran Islam.

Justeru, saya sangat berharap agar HOT fm, DJ yg mengendalikan slot ini dan Dr. berkenaan supaya mengambil pengajaran dari pesanan-pesanan ini:

1. Hati-hati dalam Bicara

Islam ialah ad-deen, sebagai cara dan panduan hidup perlu dijulang dalam setiap tingkah laku dan amal kerja seharian terutamanya bagi seorang Muslim. Antara yang dititik-beratkan di dalam agama ini adalah butir kalimah ketika tutur kata.
Tutur kata melambangkan peribadi seseorang. Lantas, haruslah dijauhi dari membicarakan perkara-perkara yang sensitif dan negativ lebih-lebih lagi berkenaan maruah wanita dan Agama Islam ini.

Isu perbincangan dalam slot ini seakan-akan melupakan aspek hukum-hakam dalam agama dan dikhuatiri ianya bakal mengundang petaka. Bimbang-bimbang yang jahil akan terus merasakan perbuatannya betul.

Pentingnya menjaga tutur kata, tidak mengungkapkan hal buruk, menyakiti hati sesama muslim dan manusia, meringan-ringankan hukum agama kerana bertutur tanpa berfikir kesannya akan membawa kepada permusuhan dan kekacauan dalam masyarakat.

Perbincangan yang sudah terbabas dari landasan ilmiah ini dikhuatiri mendatangkan silap faham terhadap hukum-hakam berkaitan wanita dan perbidanan.

2. Islam mengangkat Maruah Wanita

Islam adalah agama yang sempurna telah mengangkat martabat dan memelihara maruah wanita serta menjaga penganutnya dari terjerumus ke lembah kehinaan. Cukuplah Surah An-Nisa sebagai satu bukti Islam memuliakan wanita.

Namun reaksi penyampai radio dan pendengar wanita seperti mencampakkan semua kemuliaan tadi dan terjun ke lembah yang hina. Kebanyakan pemanggil umpama sudah tidak ada lagi adabnya sebagai seorang wanita. Atas alasan mahu menceriakan pagi tidak dapat menghalalkan cara kalian.

Saya teringat satu hadith Rasulullah SAW yang bermaksud :
“Jika engkau tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu”(Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari)

Ada yang sudah pasang niat mahu Dr. lelaki ini mengendalikan proses bersalinnya. Sedangkan di luar sana, ramai doktor Muslimah wanita sedang mempertahankan hak dan aurat wanita ketika bersalin. Bukankah menjaga aurat dari diperlihatkan kepada ajnabi itu sangat mulia di sisi Allah?

Ada yang menawarkan diri sebagai calon isteri nombor dua. Sedangkan mereka sudah bersuami. Na'uzubillah. Maka tundukkanlah pandangan kamu dan jagalah kemaluan kamu nescaya kamu mulia.

Allah berfirman dalam Surah An-Nur ayat 31:

وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنّ
Maksudnya:
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka;

3. Doktor Mukmin Idaman Ummah

Profession dalam bidang perubatan adalah profession yang mulia. Allah subhanahu wa taala telah menjadikan Nabi Isa alaihissalam sebagai seorang yang terkenal dalam menyembuhkan dan merawat penyakit. Inilah salah satu mukjizat Nabi Isa.

Umum mengetahui untuk menjadi seorang doktor seseorang perlu menjalani latihan dan menimba pengetahuan yang sangat luas, namun tidak cukup sekadar pengetahuan berkaitan perubatan dan kesihatan sahaja, seorang doktor Mukmin perlu mendalami ilmu agama dalam bidang perubatan.

Seorang doktor Mukmin sentiasa meletakkan hukum Allah mengatasi segala urusan dan keputusan. Mereka juga sentiasa membimbing pesakit bersama-sama mendekati Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala laranganNya. Agar hasilnya sama-sama beroleh peningkatan Iman dan dilimpahi keberkatan dalam kehidupan.

Justeru, sepatutnya Dr. Shazril menceritakan prosedur yang diamalkan secara profesional bagi pengendalian kes perbidanan ini ketika dilontarkan soalan dan harapan oleh pendengar melalui panggilan ke konti Hot FM. Hal ini kerana persoalan ini berkait rapat dengan aurat pesakit yang pada hukum asal melihat aurat bukan mahram adalah haram sama sekali.

4. Seruan kepada Hot FM

Dalam keadaan masyarakat hari ini yang amat memerlukan bimbingan untuk kembali kepada asas kehidupan berteraskan Al-Quran dan sunnah, kewujudan rancangan dan segmen di radio harus diberi penelitian dari pelbagai aspek agar maklumat yang disebarkan adalah benar dan tepat serta memberi manfaat kepada pendengar bagi menambahbaik kehidupan bukan sekadar menjadikan pendengar terawang-awangan dengan gosip dan buah mulut yang tidak ada kesudahan.

Tuntasnya, diharapkan Hot FM, AM krew dan semua syarikat penyiaran yang berunsur hiburan semata-mata dapat menjadikan teguran ini sebagai iktibar dan pengajaran.

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah”. (Al-Ahzab: 21)

Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita dan memberikan taufik dan hiadayahNYA kepada kita.

Akhukum fillah.

HAFEZ SABRI
(Pengerusi Lujnah Dakwah Dewan Pemuda PAS Malaysia;
Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak)

Like Page : Hafez Sabri
Instagram : Hafez Sabri

Books

Kalah Pada Nafsu?

Wednesday, November 04, 2015

          "Ya Allah, beli buku lagi?"

          "Hmmmm. Hihi." Tu jerlaa jawapan saya kalau ma saya tanya.

Nasib baik ma saya rilek je. Kiki.
Alaaa, bukan beli benda tak elok pun kan? :P

Lepas makan tadi masuk Muda Osman kejap. Sekali, nafsu nak beli buku terus membuak-buak. Ambik letak, ambik letak. Sekali, angkut tiga bijik buku. Serius, susah sangat nak pilih buku mana yang nak diangkut. Sorry buku-buku lain, I will buy you guys next time. In shaa Allah. :D

Kecheng!
Kecheng!

Menangis dalam kegembiraan kejap.
Nafsu untuk beli buku berjaya! Saya kalah lagi.. Mentang-mentang baru keluarkan duit. Kena berjimat dari segi makan pulak lepasni. Grrrr.


  • Advantura Pulang Ke Malaya - Badrul Hisham
  • Tuan Direktur - HAMKA
Oke, itu aje untuk kali ni.
Jangan lupa baca review buku Merantau Ke Deli by HAMKA! ;)

*sambung baca buku*

GA dan Contest

Segmen Carik Bloglist Blog Encik Kidal

Wednesday, November 04, 2015

Saya join segmen ni!
Terima kasih kak Perdu Cinta sudi tag kita. Siap panggil kita adik comel lagi. Hahaha. Tak perlu kot nak mention. :P

Klik gambar untuk join. :)
Syarat-Syarat Mudah
  • Follow Blog Encik Kidal dan Letak nama korang kat SINI
  • Buat entry "Segmen Carik Bloglist Blog Encik Kidal"
  • Letak banner atas tu dan link kan ke entry ini
  • Letakkan link entry korang kat kotak komen tuh
  • Tag la paling kurang pun sorang rakan blogger korang tuk sebarkan tentang segmen ni

So, tunggu apa lagi? Jom join sementara masih sempat! :D
Saya tag....

Books

Merantau Ke Deli (HAMKA) | Books Review

Tuesday, November 03, 2015

Penulis: Buya HAMKA
Publisher: PTS Publishing House
ISBN: 978-967-411-476-3


Sinopsis 

Cinta adalah penyatuan dua hati, sehinggalah takdir berkata sebaliknya.

Untuk novel ini, HAMKA memilih untuk bercerita tentang cinta lelaki yang merantau, dan setianya seorang perempuan yang tidak dipandang darjat keturunannya.

Pada ketika perempuan yang setia itu sudah bahagia, lelaki yang dikasihinya perlu memilih antara dia dan darjat keturunan.
Apa akhirnya perempuan setia itu? Apa jadinya kepada lelaki yang terpaksa memilih?

**************************************

Suspen bukan sinopsisnya? Sejujurnya ini merupakan karya Buya Hamka yang pertama yang saya pernah baca. Sememangnya penulisan beliau sangat menyentuh hati dan sangat menarik!

Sempat juga mengalir cecair jernih dari mata saya. Haha :P

Buku ini banyak memaparkan rintangan dan cabaran dalam menghadapi kehidupan seharian. Kisah dari susah ke senang dan kisah dari senang ke susah juga ada. Kehidupan rumah tangga dan bermasyarakat. Tambahan, banyak input tentang beberapa suku kaum di Indonesia dan juga adatnya dapat kita perolehi.

Kisah Leman yang merantau dan jatuh cinta kepada seorang wanita yang bernama Poniem. Mereka lalu berkahwin dan menghadapi susah dan senang bersama-sama. Memulakan perniagaan dari kecil-kecilan hingga semakin membesar.

Kemudian, Leman mengajak Poniem pulang ke kampungnya. Di sanalah, Leman diperkenalkan dengan seorang gadis muda. Orang kampung menawarkan gadis tersebut untuk dijadikan isteri kedua dengan alasan Poniem berasal dari suku kaum yang berbeza dan belum dikurniakan cahaya mata.

Apakah kesudahannya?
Adakah Leman menerima tawaran tersebut?

Yang tu kena baca sendiri. :P
Kalau memang tak berkesempatan nak baca, boleh PM saya di FB. Hehe.

Hmmm, untuk novel Merantau Ke Deli karya HAMKA. Saya bagi lima bintang!!
Orang yang pelekas marah itu lekas sekali pemaaf dan lekas menyesal. Sebab itu hatinya baik, padanya tak ada dendam. Dan kalau kena pula jalan yang akan menundukkan hatinya, mudah saja air matanya jatuh.
Kalau anda berkesempatan untuk membaca buku ini, silakan cari quote di atas. Antara quote yang paling memberi kesan kepada saya.
Bagaimana untuk tidak memberi kesan kalau memang itu sangat berkait dengan diri ini! Allah..

Diari

All The Best To All SPM Candidates!

Monday, November 02, 2015

Pagi itu aku cepat-cepat menelefon ke rumah.

Memohon kemaafan dan restu dari ayah bonda.

Lalu, aku dan sahabat-sahabat  menuju ke dewan makan.
Usai bersarapan, kami terus bergerak ke kawasan sekolah.
Tidak terus naik ke dewan, tetapi berkumpul di court badminton.
Court yang berada di tengah-tengah bangunan sekolah.

Terus, kami bersama-sama mengaminkan doa yang dibaca oleh wakil pelajar.
Masing-masing berdebar-debar.
Ketika itu, doa kami penuh kekhusyukan.
Meminta dengan penuh tawadhuk kepada yang Esa.
"Rabbi yassir wala tu'assir Rabbi tammin bil khoir."

All The Best To All SPM Candidates!

Begitulah aku,lima tahun yang lalu. Tahun 2010.
Hari ini giliran adik bongsuku pula yang berjuang untuk masa depannya. Tahun 2015.
Semoga kejayaan milikmu, dik.
Dan juga milik semua calon SPM yang lain.
In shaa Allah.
Apabila kamu sudah membulatkan tekad, maka berserah dirilah kepada Allah.
[Ali-Imran:159]
All The Best To All SPM Candidates! 

Main Masak2

Resepi Japanese Cheese Cake Gebuss

Sunday, November 01, 2015

Alhamdulillah. Dah lama sebenarnya nak buat kek ni. :P
Walaupun dah pernah buat sekali masa zaman sekolah dulu kot, dan tak berapa nak jadik. Saya cuba lagi kali ni. Hehe


JAPANESE CHEESE CAKE
Resepi Oleh: Rms Benhadriah
Dikongsikan Oleh: Kak Ita

4-5 keping cheddar cheese (Saya pakai 5 keping)
200ml susu segar
4 biji telur
70gm gula halus
70gm tepong kek
70gm butter
masa penyediaan: 20min
masa membakar: 1jam

  1. Koyakkan cheese kecil2 dan campurkan dengan susu segar. Masak dengan api perlahan, kacau selalu. Masukkan butter, kacau sehingga cair.
  2. Asingkan telur putih dan merah. Pukul telur putih dengan gula halus hingga menjadi kembang @ meringue. 
  3. Kemudian, pukul telur merah hingga kembang, masukkan dalam adunan cheese tadi.
  4. Masukkan tepung sikit demi sedikit, kacau perlahan. 
  5. Kemudian masukkan adunan meringue tadi. Kaup dan sebatikan adunan.
  6. Tuang adunan ke dalam acuan (lapik dengan baking paper terlebih dahulu).
    *sekiranya berketul-ketul, bolehlah tapis sebelum dituang*
  7. Letak loyang dalam bekas yang telah di isi air panas. Masukkan ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan 20min pada suhu 170c selama 20min.
  8. Kemudian, rendahkan suhu kepada 140c dan terus membakar selama 40min (saya bakar 30 minit je).
Alhamdulillah, berjaya. Tapi, kek kat atas ni kalau ikut perut saya untuk dua tiga orang makan je. Sebab dia ringan je. Susah nak bagi kenyang. Haha :P
So, apa lagi kawan2. Jom cuba. terutama kepada penggemar cheese!

P E N G O M E N