Kalau Sayang Abah...

Monday, September 21, 2015

Assalamualaikum dunia~
Bangunlah semua...

Alhamdulillah ala kulli hal. (Syukur kepada Allah atas setiap perkara)

         
          "Awak! Awak sayang abah awak tak?"
        
          "Eh, saya takde abah. Ada daddy jer."

Ish. Budak nii. Tak kesahlaa abah ke, daddy ke, abi ke, abeoji ke..(Korea punya saya pun tak pasti, hasil gugel je tuu. Hikhik) 

Senyum.

Saya pasti mesti semua orang sayang abah masing-masing kan?
Walau abah awak ada buat silap banyak manapun dekat awak, awak WAJIB sayangkan abah awak. Tau? Paham? Oke, bagus. :)

Baiklah. 

Persoalan dari saya, adakah dengan menyayangi abah awak dengan sepenuh jiwa raga itu sudah cukup tanpa perlu dizahirkan dan dibuktikan dengan perbuatan dan kata-kata manis dari awak. 

        "Eheh. Kamonlah, sayang dalam hati dah cukuplah!"

Betulke? Kalau sekadar sayang dalam hati sudah cukup. Awak setuju ke kalau saya cakap boleh tengking abah selagi mana kita tahu yang kita masih sayangkan mereka. For sure, tak bolehkann?!


Justeru itu, sahabat-sahabatku. Marilah kita bersama-sama berlaku baik kepada mereka. Bersopan-santunlah dengan mereka. Beradablah dengan mereka. 

Dan, satu perkara penting yang ingin saya berpesan. Kepada diri terutamanya, dan juga kepada sahabat-sahabat muslimat yang di luar sana yang saya kasihi pastinya kerana Allah.

       "Tutuplah auratmu.."

Kalau awak sayang abah, tutuplah auratmu wahai sahabiah. Jangan kerana kita, mereka ditarik ke neraka. Naudzubillah..

Cuba bayangkan bagaimana perasaan abah apabila ada di antara kita yang tidak mahu mendengar katanya bila dia menyuruh kita menutup aurat.

Hancur.
Luluh.

      "Bagaimana nasibku di akhirat sana? Bagaimana nasib anakku di akhirat sana? Bagaimana dengan mata lelaki-lelaki rakus di luar sana?" 

Allah.. Fikirkanlah sahabat-sahabat.
Jadi, sahabat-sahabat. Masih belum terlambat!

Jom kita sama-sama tunaikan perintah Allah. Sekaligus menenangkan hati abah kita.
Tutup aurat yukk!!


Boleh kan? Kata sayang abah.. Hehe.
Peace. :)

Diari

Jom hiking di Bukit Keluang!

Tuesday, September 15, 2015


Alhamdulillah. Berpeluang lagi untuk mentadabbur alam. 
Kali ni di daerah Besut Terengganu. Bukit Kluang. ;)
Kali ini, kembara aku masih berempat. Tapi, ahlinya berbeza dengan kembaraku semasa di Pulau Perhentian.

Aku ke sana bersama-sama adikku, Hanun dan Cula. Hanun dan Cula merupakan sahabatku semasa di sekolah menengah dahulu. Perancangan ini dibuat adalah kerana aku dan Cula ditakdirkan dapat praktikal di tempat yang sama. Kami kemudiannya turut mengajak Hanun bersama-sama ke Bukit Kluang kerana kami tahu bahawa Hanun juga sedang praktikal di Kelantan.

HAHA. Feeling-feeling menulis travelog gituu. ;)

Aku dan adik bertolak dari rumah seawal 7.15 pagi. Kemudian, kami berjumpa di masjid Machang dan meneruskan perjalanan ke Bukit Kluang lebih kurang pukul lapan. 

Pakai selipar je adik aku. -..-
"Dengan bismillah..
Pejuang melangkah gagah.
Berpaksi ikrar lafaz syahadah.."
Sebelum memulakan pendakian, sempat jugak kami bergambar di pantai. Kemudiannya, kami bertanya kepada orang tempatan tentang arah untuk memulakan pendakian ke Bukit Kluang. HAHA. Sebab pergi nak mendaki, tapi tak tau kat mana nak start. :P

Habis tangga ni, jauh lagi perjalanan. And, no more tangga ye!
Kami naik ikut tangga ni. Tangga ni sangat curam. Baru naik berapa tangga, dah boleh rasa lenguh kaki. Maybe kalau abam dan akak taff oke jer kutt! 

Lepas naik tangga ni, kami dah berhenti berehat dah. Adeh! -..-
Jumpa orang-orang lain yang dah nak turun, ada yang cakap.

         "Eh, dah penat ke? Tak sampai suku perjalanan pun lagi..."

Perghhh! Memang benar apa yang mereka katakan. Pendakian lepastu memang boleh tahan lama jugak. Berapa kali kami sempat berhenti berehat. Tiba-tiba jadi lapar nasik kat atas tu. HAHA

Dan, kami pun sampai!!

Subhanallah.. 
*smile with teary eyes*

nice view kan.. :)
Ouh! Lupa nak bagitau. Sampai kat puncak tu, kami rehat dulu sebenarnya. Punyalaa lama rehatnya. Hilang penat,baru memulakan sesi photoshoot.

Gambar fresh dari kamera. Malas nak edit.
Make sure sentiasa berhati-hati untuk ambik gambar. Jangan excited sangat sampai terlupa pasal keselamatan diri dan kawan-kawan. Tinggi tuu awak! ;)

Adik.
Wajib cari papan tanda ni kalau naik Bukit Kluang. Selagi tak jumpa, jangan turun oke! Hehe
Siap bergambar, kami turun dari bukit ikut jalan lain pulak. Rasa macam kejap je bila turun tuu. :D

Turun dari Bukit Kluang, kami terus ke KB Mall sebab petang tu Hanun ada meeting di IPG. Kami jalan-jalan cari makanlaa kat sana. Perut dah lapar sangat kann. 

Cheese Spring Noodle(Smoked Turkey) @Noodle Station. Bestt!! ^_^
Semestinya, untuk peminat cheese sahaja! Lepas makan, window shopping kejap. Pulang!!
Alhamdulillah. Moga berpeluang lagi untuk ke Bukit Kluang.

Cula dah serikk dah. Taknak naik bukit dah dia kata. :P

*Friendship and sister bonding increase*

p/s: Selamat Hari Malaysia untuk esok! Yeayyy! Cuti!! ^_^

Muhasabah

Muhasabah Diri #13

Monday, September 14, 2015


SABAR

Hanya itu yang mampu kuungkapkan kepada saudara-saudara mangsa kemalangan crane di Mekah.
Teruskan berdoa buat mereka yang belum dijumpai dan juga cedera.
Ujian untuk kita semua. 

Allahu..

Books

Jalan-Jalan Cari Buku!

Thursday, September 10, 2015

Assalamualaikum.
And hi to everyone. :D

Alhamdulillah hari ni sempat pegi jalan-jalan di kedai buku. Semestinya, akan ada buku yang diangkut keluar walaupun banyak lagi buku yang tak terbaca kat rumah. Wahaha!

Buku apa?

Tadaaaa!

dah lama tak edit dulu gamba before upload. :p 
1. Merantau ke Deli - HAMKA
2. Travelog MR. Traveller - Meor Farid Asyradi
Genre buku kali ini lebih kepada traveller punya buku. Buku Travelog MR Traveller tu sebenarnya saya dah baca separuh yang kawan punya. In shaa Allah, lepasni bolehlaa sambung balik. ;)

Tak tersangka jugak dapat jumpa di kedai buku sebab ingatkan hanya dijual di internet je. Tapi, sebelum baca buku ni kena habiskan buku Ikhwah Pakai Jeans terlebih dahulu. Haha. Sebab dah baca lebih dari separuh sekarang ni. Jangan tamak ye. Habiskan satu-satu dulu. :P

Orait.
Sampai sini dulu.
Adiossss! 
^_^

 

Lebiu Ma Abah ;)

Tuesday, September 08, 2015

Assalamualaikum.
Seperti yang aku dah ceritakan pada entry yang lepas, sekarang ni aku sedang praktikal di UiTM Machang. 
Sudah minggu kedua. Alhamdulillah. :)

Setiap pagi aku akan berpagian ke tempat praktikal. Pulangnya pula bila sudah lewat petang. Pergi dan balik ke tempat praktikal, abah akulaa yang tak jemu-jemu menghantar dan menjemputku.

Terharu.

Pagi sebelum bergerak ke tempat praktikal pulak, aku akan kalut-kalut untuk sarapan. Pastinya, ma akulaa yang sentiasa gigih memasak. Tak lupa juga mengisi air ke dalam botol air, yang aku sendiri asyik terlupa. 

Adeh.
Lap air mata sikit. :')

Membuat aku terpikir, betapa banyak dan betapa besarnya pengorbanan mereka kepada aku.

Terima kasih.
Ma.
Abah.


Satu perkongsian dari seorang ustaz.

Katanya kalau kita berbuat baik kepada kedua ibu bapa kerana Allah. Kita akan sentiasa sabar dan masih berbuat baik kepada mereka, walaupun mereka ada melakukan kesilapan. Kerana apa, kerana kita tahu itu perintah Allah. 

Namun, kalau kita mengasihi mereka hanya kerana merekalah yang mengasuh kita dari kecik. Kita akan mudah untuk memberontak bila mereka ada membuat kesalahan. 

Semoga kita sentiasa menjadi anak yang soleh. Taatkan Allah dan taatkan kedua ibu bapa. Bukan hanya untuk membalas jasa mereka. Tapi kerana kita tahu, itu adalah perintah Allah. Dan kita juga tahu bahawa redha Allah itu letaknya di atas redha kedua ibu bapa.

Dengan memandang wajah mereka sahaja sudah memberi kita pahala. Apatah lagi bila kita berbuat baik kepada mereka.

Allah.. 

Sungguh Engkau Maha Pemurah.
:)


Sentiasa doakan ibu dan ayah kita. Terutamanya selepas solat lima waktu.

Ingat. 

Kalau kita mahukan anak yang soleh dan solehah. Kita yang terlebih dahulu perlu menjadi anak yang soleh solehah.

Jom.

Sama-sama kita berusaha menjadi anak yang boleh membahagiakan ibu dan ayah.

Pastinya.
Dunia dan akhirat.

:')


Internship @UiTM Machang

Wednesday, September 02, 2015

Assalamualaikum.


Hey, sedar tak sedar dah tahun akhir aku bergelar mahasiswa. Sobsob. Atau.. Ouhyeahhhh!
Haha. Biasalaa, feeling yang bercampur-baur. ;)

Yes, entry kali ni memang dah macam diary. Fyi, aku ni tak pernah langsung bekerja. So, intern yang aku tengah jalani sekarang ni merupakan pengalaman yang baru dalam hidup aku. Wahaha.


Semalam adalah first day aku kat sini. Nervous? Of course. 

Tapi, feeling yang paling top adalah awkward~~ Aku kena perkenalkan diri dan say hi kat staff and student practical yang dah ada kat sana. Aku sorang je yang masuk lambat. Uni lain dorang masuk awal untuk intern.

Dekat group whatsapp kelas semua duk upload gambar first day intern. Haha. Aku tengok jerlaa. Nak upload jugak, segan pulak. Haha. :p

Semalam jugak, balik rumah lepas maghrib aku terus tertido. Terbangun balik dah pukul sebelas lebih. Huhu. Penatlaa kengkunun.

Apapun, perjalanan baru bermula. Hari ni baru second day. Lebih kurang lima bulan lagi sebelum aku nak menamatkan latihan ni. Buat yang terbaik Fatihah! Ganbatte!

Doakan aku yang baik2 saja. :)

P E N G O M E N