Cerita Raya 1436

Monday, July 27, 2015

Assalamualaikum.

Malam ni dah masuk ke 10 Syawal.
Masih beraya ke? Mesti masih sibuk dengan rumah terbuka lagikan.
Saya dah rilek2 kat rumah dah..
Rumah pun dah sunyi balik. Cuma, sebab kak Sarah cuti beranak sekarang adalaa lagi anak buah dua orang kat rumah. Takdelaa krikkrik saya dengan ma abah je.

Raya pertama hingga keempat. ekceli duduk kat rumah jer tunggu tetamu datang rumah je. Cuma pergi beraya rumah saudarayang dekat-dekat dan jiran. Ramai jugaklaa yang datang beraya kat rumah kami.

Cerita pasal orang datang beraya kat rumah, teringat ada sorang adik ni datang rumah kami. Dia datang sorang-sorang je. Katanya nak datang beraya, jadi kami suruhlaa dia naik minum-minum ke apa dulu. Tapi, dia berkeras taknak. Sampai ke sudah tak naik-naik. Kami confuse taktau nak buat apa, kami pun krikkrik jerlaa. Sekali dia bagi lagi salam berkali-kali sampai kami jawab lagi. Then, kami suruhlaa dia naik sekali lagi. Tapi, situasi yang sama berlaku balik. Dia taknak naik dan senyap je. At the end, kami bagi jer duit raya and dia pun terus balik. 

Budak tu nak kata kecik takdelaa kecik sangat. Dah darjah empat pun. Tapi, kami macam terpikir-pikir jugaklaa macam tak berapa sopanlaa kalau buat macam tu. At least, naiklaa ke rumah sebab takkan datang beraya untuk dapat duit je kan.. Moral of the story, ibu bapa kena ajar anak-anak adab bila menziarah ke rumah orang ye.. :)

note: saya bukan menghukum adik tu, sekadar mengambil pengajaran.


Orait, jom beralih ke cerita Raya saya pulak! 

Raya kelima, sahabat saya dari Negeri Sembilan datang beraya ke rumah. Tujuan asal sebenarnya untuk ke walimah Kak Jaja yang juga sahabat saya. :)


Kami sempat pegi ke masjid untuk akad kak Jaja. Alhamdulillah.. 

Tok imam pulak asyik duk menyakat je pengantin lelaki. Lepastu, cukup pakej pulak dengan ada sorang pakcik yang suka gelak kuat-kuat. :D

Barakallah buat kak Jaja dan suami. :')
Then, kami makan-makan bergambar dan terus balik rumah. Kawan saya yang dari Negeri Sembilan tu pun stay kat rumah saya. Esoknya pulak, kami pergi beraya ke rumah kawan-kawan. Tiga buah rumah je yang kami sempat pegi. 
Gambo? Takde gambar yang diambil. Haha. :p

Last sekali, reunion dengan sahabat-sahabat sekolah menengah dulu. Tapi, tak ramai sangatlaa yang pergi. Sebab ramai yang tengah praktikal dan ramai jugak yang dah start kerja. Dah tua semuaa. :')
Ni reunion first saya pergi tau, sebelum ni tak pernah pun pegi. Lima tahun kemudian punya reunion baru pegi. Heheh. :p
mencopet gambar di insta sahabat. :p
Lepas selesai, kami sahabat muslimat sahaja (tu pun tak semua) ke rumah tuan punya Insta ni pulak. Lagilaa lama duk bercerita, almaklumlah dah lama tak jumpa. Hahaha.
Apapun, serooooonok sangat jumpa korang semua! Yeuhuuu. ;)

p/s: raya-raya jugak, puasa enam jangan lupa. :)

Anak Buah

Putri Kecil :')

Friday, July 24, 2015

Assalamualaikum.

Apa kabar orang kampung~
Lama sudah tak berjumpa~
Hehe.

Alhamdulillah. Dikurniakan nikmat iman dan sihat. Dan dapat lagi menulis di sini setelah lebih seminggu menghilang. Sibuk berayalaa katakan.. :)
Hilang saya datang membawa kabar gembira.
Gituu~

Alhamdulillah, 18 Ramadhan 1436 bersamaan 5 Julai 2015 kakak saya selamat melahirkan seorang baby girl. Untuk pengetahuan, ni anak buah gegirl saya yang first tau. Yang kelima baru dapat perempuan.

Kakak saya pegi hospital dalam pukul lapan dan dalam pukul sembilan lebih baby pun selamat dilahirkan. Alhamdulillah, dipermudahkan urusan.

Nama diberi buat si kecil manis ini adalah Nur Husna Farihah. Berumur 20 hari. 
Semoga sentiasa baik2 dan gembira sentiasa sama seperti maksud nama yang diberikan. In shaa Allah. :')

Abang Furqan pun baik je. Tiba-tiba jadi matang bila dah dapat adik nih. Hehe. Tapi,kadang2 nangis jugak. :P

Apapun, Abang Irfan, Abang Faqih dan Irsyad pun jangan cobacoba nak membuli ye. Nanti Achik cubit korang. hahahaa. :P Tapi, so far dorang baik2 ajaa.


Dear, please be a good muslimah! :')

Much Love,
Achik

Salam Syawal

Friday, July 17, 2015

Assalamualaikum.

Selamat hari raya aidil fitri buat semua sahabat blogger.
Maaf zahir dan batin andai ada salah dan silap. 


Dalam seronok berhari raya, please jaga batas kita sebagai umat Islam. Jangan makan overdose. Seriously, pesanan ini memang ditujukan khas untuk saya. 

Dan, dalam seronok bersama-sama keluarga jangan lupa untuk kenal pasti dengan siapa kita boleh bersentuh ataupun tidak. Oke? ;)

Gambar kat bawah ni boleh dijadikan rujukan kita sama-sama.


Ok, sekarang kita dah tau sape yang kita boleh atau tak boleh bersalam. So, sama-samala kita jaga kesucian hari lebaran. Jangan kotori dengan benda yang Allah larang.

p/s: korang balik kampung kat mane? saya beraya kat rumah je. :D

Muhasabah

Kenapa Imam Menangis

Sunday, July 05, 2015


Assalamualaikum.
Hi everyone~ :)

Tadi, aku tengok Salam Muslim. Dah nak habis daa. Dalam sepuluh minit je kut sempatnya. 

Ceghitanya begini:

Ada seorang muallaf ni (dah lupa nama) dia ceritalaa kat dalam rancangan tu. Kita guna nama Muhammad laa ye. ;)

Muhammad: Ustaz, kenapa imam solat ni boleh baca quran sampai nangis-nangis. Kita tak rasa apa pun.
Ustaz: Sebab dia paham makna apa yang dia baca tu.
Muhammad: Saya rasa rugi sangat tak mampu nak rasa sampai tahap tu bila baca quran. Tak tahu apa yang Allah nak sampaikan dalam ayat-ayat suci al-Quran tu.


Jadi, ustaz pesan agar kita semua umat islam kalau yang tak paham bahasa Arab ni. Bacalah terjemahannya. Terjemahan beza dengan tafsir tau. Kalau nak tafsir, bergurulah. Jangan main ikut sebat je kita tafsir pakai logik dan fikiran kita. Nanti haru-biru pulak jadinya.

Ustaz cakap lagi, kita ni mungkin dah banyak kali khatam baca al-Quran. Tapi, apa kata kali ni kita berusaha untuk khatam terjemahan al-Quran pulak. In shaa Allah, sama-sama kita cuba paham al-Quran. 

Kalau seorang muallaf yang baru mengenal Islam pun dah rasa rugi tak paham al-Quran, kita yang dah lama hidup sebagai Muslim dan selalu baca quran ni takkan tak rasa apa-apa bila tak paham al-Quran.

Allah.. Sungguh, aku tertusuk-tusuk bila tengok rancangan tuh tadi.

Pesan seorang sahabat aku,

Jangan berkejaran kepada kuantiti tetapi kejarlah pada kualiti (baca 30 juzu' tetapi makhrajnya tajwidnya tadabburnya tiada)
Betul, walau kita buat tak banyak macam orang lain. Tapi, berusahalah untuk buat sehabis baik!
Salam nuzul Quran. dah terlambat sehari. -..-

Ramadhan kareem

16 Ramadhan 1436

Friday, July 03, 2015

Assalamualaikum semua.
Alhamdulillah, sudah 16 hari kita berpuasa. Sedar tak sedar kita dah pun berada di pertengahan Ramadhan. 
Jadi, bagaimana dengan amalan kita? Azam Ramadhan kita? Adakah sudah tertunai ataupun kita dah mula mengatakan 'Ah, buat Ramadhan tahun depan sajalah.'
Jangan begitu sahabat, tahun depan belum tentu masih ada buat kita. Ajal dan maut itu rahsia Allah. Bila-bila masa sahaja kita bakal dijemputNya.
Fasa Kedua (Fasa Pengampunan)


Ya. Sekarang kita sedang berada pada fasa pengampunan dan kemaafan. Banyakkanlah berdoa kepada Allah agar segala dosa kita dan seluruh umat Islam diampunkan olehNya. :')

Saya faham, makin bertambahnya Ramadhan bermaksud Syawal juga makin mendekati. Namun, jangan disebabkan keghairahan kita untuk menyambut Syawal menyebabkan kita mengabaikan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.

Tidak bermakna apabila kita melakukan ibadah, persiapan raya pula perlu diabaikan. Tidak! Uruskanlah dengan baik. Seimbangkan kedua-duanya. Pentingkan mana yang lebih penting.

Apapun, semoga kita terus bersemangat untuk Ramadhan kali ini. Jangan hanya bersemangat di awal bulan sahaja. Okeh?
Next fasa, kita nak memburu Lailatul Qadar pulak!

Muhasabah

Muhasabah Diri #12

Thursday, July 02, 2015

Assalamualaikum.

Ok, slot Muhasabah kini kembali.

Last aku post Muhasabah Diri #11 dah lama, pada 10 April 2014. Memang terserlahlaa kerajinan aku menghupdate belog di situ. :P

credit di sini
Tadi tok imam pesan istighfar lah sebanyak mungkin. Kita semua ni pasti ada melakukan kesilapan tak kiralah secara sedar ataupun tidak. Jadi, aku sampaikanlah pulak kat semua. Jom sama2 kita perbanyakkan istighfar.

Astaghfirullah.

2.29 a.m.

Books

Buku Baru. Yeay!

Wednesday, July 01, 2015

Assalamualaikum. :)

Alhamdulillah. Semalam tarikh last untuk guna Baucer Buku dan semalam jugak saya berjaya habiskannya. Bukan tak nak habiskan awal, tapi memang saja tunggu balik kampung dulu baru nak pakai sebab kalau tak makin bertambahlaa barang yang nak kena buat balik dari UTM ke sini. Dahlaa memang dah semula jadi banyak barangnya. Hehe

banyak tak?
Penat memang takleh nak cakap masa duk angkat barang2 ni semua. Bukak puasa pun dengan air je sebab kejar bas punya pasal. Nak naik bas, kena pulak marah dengan pakcik bas sebab barang banyak sangat. Hehe. Maaf pakcik. Abah saya takleh nak datang Johor ni, jauh sangat. :P

Ok, abaikan kisah sedih itu. Haha. Apa yang saya dah beli semalam?
Taraaaa~

1. #Henshin From Jahiliah To Jannah by Aiman Banna
2. Tarbiah Sentap by Adnin Roslan
3. Kopi-Ah by Abrar Syfie & Munirah Rashid 
4. Salahudin Al-Ayubi by Abdul Latip Talib
5. Ikhwah Pakai Jeans by Inche Gabbana
6. Catatan Mat Lutfi by Mat Lutfi
Last but not least~

Al-quran terjemahan. Sangat cantik luar dan dalam. Saya memang puas hati dapat beli quran ni. Dia dah pakej dengan terjemahan, asbabun nuzul, hadis sahih, hikmah, asmaul husna dan indeks matematik. Haa, macam gambar kat bawah ni. :)

rainbow~
Dah ada quran lelawo, jangan malas baca pulak. Baca dan hayati maknanya. Oke? Paham. Bagus.

Alkisahnya, buku dah banyak. Tapi, masalahnya baca tak banyak sangat. Haha. So, cuti ni memang kena gandakan usaha untuk banyakkan pembacaan. Terus bersemangat! Yeayy!


P E N G O M E N