Diari

Jaulah Awesome! :)

Sunday, March 29, 2015

Bismillah.

Assalamualaikum. First entry in 2015. Uwaaaa~

21/3/2015
Alhamdulillah,saya dan sahabat2 berkesempatan untuk berjaulah ke Teluk Ramunia minggu lepas. ^_^


Dalam bergelak ketawa, ada sahabat yang mengingatkan walaupun kita datang untuk bersuka ria namun niat yang utama haruslah diniatkan kerana Allah. Datang untuk melihat keindahan alam dan juga kebesaran Allah. Subhanallah.

Subhanallah..

Tempat pelepasan bot.
Kami tiba dalam pukul sebelas dan terus bersiap-siap untuk menunaikan solat sunat dhuha. Kami menunaikannya di dewan terbuka di sana.
Apa yang dipesan oleh sahabat, kita buat di tempat terbuka dan niatkan untuk berdakwah. In shaa Allah. :)
"Jadilah kamu pendakwah tetapi kamu tidak perlu berkata apa-apa." - Saidina Umar al Khattab
"Bagaimana?" Tanya seorang pemuda
"Dengan AKHLAQ kamu" Jawab Saidina Umar Al Khattab
Dan kemudian, aktiviti2 santai diteruskan. Antaranya adalah taaruf mengenal 'sahabat'. Apa yang menarik 'sahabat' tu adalah sahabat rasulullah.

cuba teka sape ni.. :)
Lepastu ada lagi beberapa aktiviti yang menarik2 semuanya. Makan2 dan photoshoot. Haha. Bajet jer.

geng muslimat power. haha.  

"Ukhuwah itu bukan pada indahnya pertemuan, tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya."
Sayang antum semuaaa! Ukhuwwah sampai syurga.. In shaa Allah. :')

P E N G O M E N