Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah yang paling banyak berselawat kepadaku.*Senyum*
Awak, harini hari ulang tahun junjungan besar Rasulullah s.a.w.
Mesti semua seronok dan rindukan baginda kan? Kita sebagai seorang muslim sudah tentu sangat mencintai baginda. Tapi, bagaimana nak buktikan cinta kita kepada baginda tu?
Adakah sudah cukup dengan menyambut hari maulidur rasul?
Berarak dan berselawat ke atas baginda.
Tidak. Tidak cukup sekadar itu sahaja wahai teman.
Mengingati rasulullah itu bukan sekadar hari ini sahaja.
Tetapi, setiap detik dan waktu.
Ayuh, kita hidupkan sunnah dalam kehidupan seharian kita.
Pelajari dan carilah ilmu tentang baginda.
Bagaimana keperibadian baginda. Akhlak baginda.
Lalu, kita contohilah dan teladanilah.
Bukan hanya tahu poligami sahaja yang sunnah.
Tapi, sunnah lain pula diketepikan. ;)
Jangan hanya menggunakan sunnah untuk kepentingan diri sahaja.
Ingat tu. :)
Last but not least.
Jom cinta Allah. Jom cinta rasul.
Sollu a'lan Nabiyy!
Salam dhuha. ^^
11 Comments
Yeeeeeessssss ... sunah bkn stkt poligami ..
ReplyDeleteSalam maulidur rasul ana
ReplyDeletesalam maulidur rasul juga!
ReplyDelete^_^
yang part poligami tu deep. hehe. salam maulidur rasul :)
ReplyDeleteSalam maulud nabi.. Jom amalkan sunnah2 rasul =)
ReplyDeleteAllahuma Soli Ala Muhammad :)
ReplyDeleteSalam maulidur Rasul :)
ReplyDeleteSalam :) rimba,benua dan dunia
ReplyDeleteDari perindu bat dirindu.
Jiwa dilazim dengan zikir-Lantas fikir bergema akhir.
Menyambut salam empuNya Salam-Salam disambut empuNya Alam.
Rindu dihati memujuk diri-Diri rebah sujud Ilahi.
Rasa hidup beramal redup-Lantas rancak munajat hidup.
Utusan sebagai Rahmatal lil Alamin
Selawat dan salam buat mu Ya Rasulullah SAW...
ReplyDeletehaha! exactly ada banyak sunah rasulallah yang boleh dijadikan amalan selain daripada poligami
ReplyDeleteSalam maulidur rasul.. selawat ke atas Baginda Rasulullah SAW.
ReplyDeleteBismillah. Titipkan kata-kata anda.