Ketenangan Luar Biasa

Sunday, December 06, 2015


Ketenangan adalah satu nikmat yang luar biasa. Hanya dimiliki oleh orang-orang yang tertentu dan pastinya tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.

Ayuh, kita sama2 menyingkap kembali sirah Rasulullah s.a.w dalam peristiwa hijrah baginda dan sahabatnya Saidina Abu Bakar. 

Begini.

Ketika mereka bersembunyi di dalam gua dan hampir ditemui oleh pihak musuh, Abu Bakar ketika itu sangat takut dan gelisah kerana risau ditemui oleh pihak musuh.
Lalu, apakah kata2 Rasulullah s.a.w. pada ketika itu?
Wahai Abu Bakar, apakah pandangan engkau sekiranya kita berdua ini, dan Allah adalah yang ketiganya?
Kegusaran dalam jiwa Abu Bakar terus lenyap saat mendengarkan kata2 Rasulullah s.a.w.
Masya Allah, mereka boleh setenang itu sedangkan mereka tahu, sekiranya ditemui oleh pihak musuh. Pastinya mereka akan dibunuh.

Bagaimana rasulullah s.a.w. boleh setenang itu? Tidak lain dan tidak bukan, hanya kerana baginda sentiasa menghadirkan Allah s.w.t dalam kehidupannya.

Kita pula bagaimana? Jika hati sentiasa gelisah dan tidak tenang. Cubalah untuk hadirkan Allah dalam setiap saat dalam kehidupan kita.
Ketahuilah dengan mengingati Allah, akan tenang tenteramlah hati manusia.
[Aa-Rad:28]
sumber: Tinta 2 Asyraf

You Might Also Like

13 comments

  1. Nice sharing.... teruskan berkongsi ilmu2 yang berguna seperti ini ye

    ReplyDelete
  2. salam , ayat pemujuk terindah :) tenanglah dalam dakapanNya

    ReplyDelete
  3. Salam singgah hujung minggu dik....perkongsian yang baik ni dik...

    ReplyDelete
  4. @Media Sensasi
    Terima kasih. In shaa Allah. :)

    ReplyDelete
  5. @The Kehalusan Kelembutan
    Wa'salam.. Yup. That's really worked! :')

    ReplyDelete
  6. @Mardiah Diana
    Wa'salam. Alhamdulillah akak. ;)

    ReplyDelete
  7. singgah bw sini.. :)

    jemput join segmen shawal.. ^^v

    http://akubukaninnocent.blogspot.com/2015/12/SegmenBlogwalking.html

    ReplyDelete
  8. SubhanAllah..betul..dan terima kasih atas peringatan ini ana..
    Apa pun situasinya letak Allah pada kedudukan yang pertama dihati kita..

    ReplyDelete
  9. kalau hati resah gelisah, pastu mohon kepada Allah..in shaa Allah semua settle..ubat n penawar terbaik

    ReplyDelete
  10. Andailah yg bukan islam tahu "ketenangan" sbne...

    ReplyDelete
  11. @PeRdU cINta
    In shaa Allah kak. ;)
    Allah nom satu.

    ReplyDelete
  12. keep writing. teruskan menulis. :)

    ReplyDelete

Bismillah. Titipkan nasihat anda. :)

P E N G O M E N