Tips Mengawal Rasa Cinta

Wednesday, November 25, 2015

Erk! Sejujurnya dah dua tiga kali saya duk taip dan padam tajuk untuk entry kali ini. Lol.
Sebenarnya begini, saya tahu kebanyakan remaja termasuk saya (eh, remaja lagi ke?) sangat mudah untuk jatuh cinta. Terutamanya wanita. Yes, wanita. Why? Because we have soft heart, ingin mencintai dan dicintai. Auwww, so sweet. :)

Hey, tak salah tau nak rasa macam tu. Memang kita perlu cinta dan sayang pada semua orang. Kerana dari situ juga akan lahirnya nilai tolong-menolong, kerjasama dan ambil berat. 
Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.
Hadis Riwayat Bukhari & Muslim
But, masalahnya adalah apabila kita tersalah cinta. Cinta yang membawa kerosakan. Cinta yang membawa kelalaian. 
Kecik-kecik lagi dah pandai crush dan secret admire bagai..

Ok dah2 merapu, saya memang lemah betul dengan pendahuluan nih. Terus ke main point okey! :)


Kurangkan Membaca Novel Cinta
Novel ataupun kisah-kisah cinta ni boleh buat kita rasa terbuai-buai. Lepastu mulalaa rasa manisnya lahai bercinta ni. Nak ada pakwe jugaklaa. Nak ada makwe jugaklaa. Nanti ada orang nak caring kat kita. Gittuuuw!

Sama jugak sebenarnya situasinya dengan menonton filem-filem ataupun drama-drama cinta nih. Bercinta sakan tanpa menjaga ikhtilat dan benda tu seakan-akan sudah menjadi norma masyarakat kita. Ingat, benda yang biasa orang buat tak semestinya betul dan benda yang jarang orang buat tak semestinya salah.
Islam itu kan datang dari keadaan asing dan akan kembali asing. :)

So, please. Kurangkan, nak stop terus pun bagus juga. Kalau nak baca jugak pasal cinta, pilihlah buku yang mengajarkan cinta menurut Islam. Tidak melanggar syariat. Buku Hlovate, Hilal Asyraf, Ustazah Fatimah Syarha, Ustaz Pahrol Juoi antara contohnya.

Menjaga Pandangan
Pernah dengarkan dari mata turun ke hati. Haa! Betullaa tu. Bila kita tak jaga pandangan, ramailaa orang yang kita nampak. Eh, manisnya.. Eh, handsomenya.. Dan ingat, bukan lelaki je kena jaga pandangan, wanita pun sama tau.

Menjaga pandangan ni bukanlah bermaksud kita takleh pandang langsung orang berlainan jantina. Sampai nak berjalan pun langgar tiang lampu. No! Pandang jerlaa, tapi jangan lama2, jangan nak tenung2, jangan nak sengih2 menggedik. Okeh?

Bila kita jaga pandangan, hati kita pun akan terjaga.
Oh, btw jaga pandangan di alam maya jugak ye! ;)

Berurusan Hanya Ketika Perlu
Ini fokus kepada yang berbeza jantina sahaja ye. Kalau untuk kaum sejenis tu, awak nak borak sampai ke Subuh pun silakan asal tidak sampai terlajak solat dan tidak buat perkara yang melanggar syariat.

Namun, apa yang menduka citakan sekarang terlalu ramai anak muda yang menganggap berborak kosong dengan rakan berlainan jantina itu perkara biasa. Terutamanya apabila di alam maya. Virus ini bertambah parah apabila turut terkena kepada mereka yang berada di bawah jalan dakwah dan tarbiah.

Berdasarkan pemerhatian saya, ramai sahabat saya yang sebelum ini katanya tiada perasaan terhadap si lelaki tetapi akibat selalu berbalas mesej akhirnya terbitlah rasa cinta.
Mulanya memang tidak mahu ber'couple tapi bila dah sayang, sukarlah untuk menolaknya. :'(

Sibukkan Dengan Cinta Allah Dan Rasul
Yup! Inilah bagi saya yang paling penting. Sibukkan dengan cinta Allah dan rasul. Pasti, kita akan terkejut kerana dengan automatiknya kita akan terlupa tentang cinta dunia. Sibuk mengejar ilmu hingga tiada masa untuk bercintan-cintun. ;)

Cinta Allah dan rasul itu jauh lebih manis. Menenangkan dan membahagiakan.



Point ni pun dah cukup rasanya untuk mengawal rasa untuk bercintan-cintun ni. Sebenarnya mungkin banyak lagi tips-tips lain, tapi bagi saya inilah antara cara saya menjaga diri saya. Hehe. In shaa Allah, sama-sama kita cuba amalkan. Semoga memberi kebaikan kepada saya dan juga kepada anda.

Jom kejar cinta Allah dan rasul. :)

You Might Also Like

31 comments

  1. Thumbs up. Best entry .. nampak org couple tuu macam best je, rasa macam nak ikut tapi cepat cepat kuatkan hati, iman , takpayah ikut semua tuu. Nafsu semata mata. Maaflah terbebel pulak dekat sini. Hihuu

    ReplyDelete
  2. Tang taip padam taip padam tu selalu jugak time nak buat artikel.

    betul semua point kat atas,

    susahnya nak jaga hati. perjuangan takkan selesai sampai kita terpilih jumpa Allah kan :)

    ReplyDelete
  3. @Kim Chaa
    Haha. No probs!
    Memang pun. Biasalaa jiwa muda. :P

    ReplyDelete
  4. @The Kehalusan Kelembutan
    Haha. Memang selalu sangat.
    In shaa Allah, semoga kita terus kuat! ;)

    ReplyDelete
  5. Kak aiza setuju dangat dengan semua tips ini.. Cinta jika tidak dikawal dengan sebaiknya pasti akan membinasakan diri.. Jaga cinta kepada Allah swt, insyaAllah Dia akan mengurniakan pasangan yang juga mencintai Allah swt..

    ReplyDelete
  6. Hati-hati ketika bercinta , kerana cinta itu sebahagian dari nafsu .

    ReplyDelete
  7. Salam dik..

    Usia remaja sgt indah.. Hati dibuai2 tuk bercinta..
    Tapi awas.. Cinta tanpa pengawasan iman tidak bermakna.. Cinta lepas nikah sgt2 manis dik..

    Salam kenal dik..

    ReplyDelete
  8. insyaAllah akan meenjaganya sehebat mungkin...
    ^_^

    ReplyDelete
  9. Kdg2 bila xberkapel perlu juga kene jaga pndgnn.. Kdg2 bila single juga rasa boleh buat mcm2 dgn kaum adam tu yg kdg2 bhya.. Remind diri sendirii huhu :)

    ReplyDelete
  10. Betul...akak setuju ana...cinta sesama manusia berlainan jantina itu tidak salah..yang salah bila cinta itu kerana nafsu..jadi tips yang last tu salah satu penyelamat...dulukan cinta Allah dan Rasul...terbaik...

    ReplyDelete
  11. @Mizz Aiza
    Setuju tu kak. Lagipun Allah dah janjikan lelaki yang baik untuk wanita yg baik. :)

    ReplyDelete
  12. @Wanyob
    In shaa Allah. Yg penting kena ikut syariat, in shaa Allah terjaga. :)

    ReplyDelete
  13. @LadyBird
    Wa'salam..
    Betul tu kak. Saya pun percaya dgn manisnya cinta lepas kahwin ni. :)
    Salam kenal. :D

    ReplyDelete
  14. @Wardah Aneesa
    Betul tu. Biasalaa fitrah kpd brlawanan jantina. Syaitan pun pandai ambik kesempatan. Moga kita sntiasa terjaga. :)

    ReplyDelete
  15. @sofie adie
    In shaa Allah. Sama-samalaa kita. :D

    ReplyDelete
  16. yelah kan...macam satu trend pula bercinta ketika masih dibangku sekolah
    good tips...moga berguna buat yang memerlukan
    yang pasti dunia percintaan hanya fantasi
    yang sebenarnya nikmat cinta ketika melalui alam rumahtangga =)

    ReplyDelete
  17. @Yana Yani
    Betul tu kak. Kami yg tak bercinta ni pulak yg dipandang pelik. Hihi :)

    ReplyDelete
  18. Yg b'cium kt khalayak ramai tu btl2 b'cinta ke....???

    ReplyDelete
  19. Cinta mmg mengasyikkan.. tp bisa nembinasakn... ken tu kita perlu mendahulukn 'rasa akal' sblm rasa hari...

    ReplyDelete
  20. @Cikna
    Cinta tu sepatutnya kita taknak pasangan dan diri sendiri buat benda yg mungkar. Sebab kita taknak orang yg kita cintai masuk ke neraka Allah. Naudzubillah.. :'(

    ReplyDelete
  21. @dear anies
    Sebab tu kalau nak bercinta, kena tahu panduannya seperti yg diajarkan dalam agama. :)

    ReplyDelete
  22. thank you very much!! suka sangat dengan entry ni. ina akui ina pun sama je macam kat atas ni. tapi insyaallah ina akan try untuk berubah.

    ReplyDelete
  23. @Sabrina SA
    Alhamdulillah. Takpe ina, in shaa Allah kita berubah sedikit demi sedikit. Moga redha Allah milik kita. ;)

    ReplyDelete
  24. mmg asyik kalau sedang bercinta semuanya indah

    ReplyDelete
  25. @Jari Manis
    Betulbetul. Sebabtu kita kena tanya iman dulu sbelum buat sesuatu.

    ReplyDelete
  26. thanks share yaa sis!

    fi hifzillah :)

    http://messarah.blogspot.my/

    ReplyDelete
  27. Menjaga ikhtilat sangat penting ^^, kalau slow slow buat mesti tak rasa susah nak jaga ikhtilat dan In Sya Allah , terhindar dari "cinta monyet"

    ReplyDelete
  28. @Meura metsu
    Ada kawan pesan, kalau kau jaga ikhtilat in shaa Allah takdenya masalah hati. :)

    ReplyDelete

Bismillah. Titipkan nasihat anda. :)

P E N G O M E N